Pengenalan Pendidikan Seni Visual

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pengenalan Pendidikan Seni Visual as PDF for free.

More details

  • Words: 4,685
  • Pages: 25
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

SOALAN 1 Kandungan di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah KBSR disusun di dalam empat bidang kegiatan iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu I. pemerhatian secara aktif, II. interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan dan alat, III. apresiasi seni visual IV. menghargai nilai. Bincang dan huraikan bagaimana pengajaran dapat dilakukan secara bersepadu melalui keempat-empat aspek tersebut.

Di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, seseorang guru itu haruslah peka terhadap objektif pengajaran yang hendak dicapai dengan berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan Seni Visual secara amnya bertujuan memberi

peluang

kepada

murid

memupuk

minat,

memperkembang

keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain (Huraian Sukatan Pelajaran PSV, PPK KPM:2002) Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Empat bidang kegiatan Pendidikan

1

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Seni Visual sekolah rendah disusun sesuai dengan tahap kognitif dan pengalaman murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada guru untuk mengolah empat aspek utama di dalam organisasi kurikulum bagi mencapai objektif pengajaran. Empat aspek berkenaan ialah 1. PEMERHATIAN SECARA AKTIF Aspek yang pertama yang perlu diberi perhatian oleh guru untuk ditekankan di dalam pengajaran ialah pemerhatian yang aktif. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain mengembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian

seperti

ini

membantu

perkembangan

emosi

dan

imaginasi.

Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Pemerhatian

yang

aktif

dapat

meningkatkan

Pemerhatian dapat melatih pengamatan

murid

kreativiti

seseorang.

pada sesuatu perkara.

Melalui pemerhatian itu, murid-murid diminta membuat pengamatan dengan menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan sebagainya. Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk menarik minat bagi melihat ataupun menyentuhnya. Seterusnya perbincangan muridmurid dengan guru dibuat bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan sesuatu aktiviti seni. Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta mengaplikasikan bagaimana hal benda diolah menjadi motif.

2

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Aspek pemerhatian yang aktif di dalam pengajaran guru melibatkan sensitiviti deria. Sebelum memulakan pengajaran atau semasa menyediakan aktiviti, antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah 1.1 Pengetahuan sedia ada murid Guru Pendidikan Seni Visual haruslah peka sebelum memulakan pengajaran berkenaan hal pengetahuan sedia ada murid. Hal ini penting untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai apabila murid dapat melibatkan diri kerana bahan pengajaran guru berkesinambungan atau berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Sebagai contoh guru yang hendak mengajar tentang Teknik Mozek kepada murid haruslah memastikan murid telah mahir atau tahu mengenai Kolaj. Berdasarkan teori kognitif, proses pembelajaran berlaku apabila seseorang itu menyerapkan ataupun menyesuaikan pengetahuan sedia ada di otak dengan data-data yang diperoleh melalui persekitarannya. 1.2 Benda yang konkrit Perkara yang hendak dipelajari oleh murid hendaklah benda yang konkrit pada peringkat murid-murid sekolah rendah ini. Mengikut Thorndike (1986), tindak balas seseorang itu adalah berdasarkan rangsangan yang diterima. Oleh itu pada peringkat mereka, perkara yang berada di persekitaran dan konkrit dapat dibuat dan bukan di dalam imaginasi atau maya. Sebagai contoh, apabila mengajar bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan- topeng, guru haruslah menggunakan benda yang konkrit seperti watak haiwan, kartun dan bukannya imaginasi seperti dewa ataupun alam khayalan.

3

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

1.3 Minat, kecenderungan dan latar belakang murid Perkara

ini

haruslah

diambil

berat

oleh

guru.

Minat

dan

kecenderungan murid yang berbeza perlu dipertimbangkan kerana ianya amat mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan latar belakang murid, sama ada datangnya dari keluarga miskin, sederhana ataupun mewah. Minat dan kecenderungan yang lebih menjurus kepada kecerdasan yang pelbagai ini seandainya dikesan oleh guru akan dapat melahirkan kreativiti melalui pengamatan dan tanggapan dalam mengaplikasikan pembelajaran

bagi

membantu

murid-murid

membina

kemahiran

seterusnya memperoleh ilmu dan mengamalkannya. Aktiviti dalam pendidikan seni visual boleh dijalankan dengan memanfaatkan kepelbagaian minat dan kecenderungan yang terdapat pada murid-murid dalam aktiviti berkumpulan ataupun aktiviti individu. 1.4 Bahan, bunyi, pergerakan dan aksi Melalui pemilihan bahan yang

melibatkan deria, guru

dapat

menentukan rangsangan yang didedahkan kepada murid-murid dan kesannya terhadap gerak balas yang dihasilkan. Perkara yang melibatkan pergerakan, bunyi dan aksi akan mampu menarik perhatian murid seperti nyanyian lagu ‘Burung Kakatua’ dan boneka burung akan mampu

meningkatkan

minat

murid

untuk

menjalankan

aktiviti

menggambar menggunakan teknik catan cat air. Media pengajaran yang digunakan adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran termasuk juga proses pengalaman,

4

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

persediaan dan perasaan (Ngui Kuan Sang, 1989). Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total. 1.5 Mencetus idea dan imaginasi Hasil daripada

pemerhatian yang aktif, murid-murid akan dilatih

membuat pemerhatian terhadap objek alam dan buatan manusia. Murid akan dapat merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Justeru itu cetusan idea dan imaginasi dapat dihasilkan untuk murid menghasilkan karya yang kreatif melalui pemerhatian yang aktif ini. Pemerhatian yang aktif ini dapat ditajamkan apabila guru peka terhadap persekitaran pembelajaran murid. Sebagai guru pendidikan seni visual yang berkesan, guru harus memastikan murid-muridnya bersedia untuk belajar. Keadaan kelas yang tidak terurus dengan sampah sarap dan meja tidak tersusun akan mengganggu pemerhatian murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran.

2. INTERAKSI YANG KRITIS DAN KREATIF DENGAN BAHAN Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta terknik-teknik mudah.

5

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru di dalam menjalankan aspek ini ialah 2.1 Penerokaan Melalui aktiviti penerokaan ini, murid-murid KBSR akan dapat mendalami sesuatu perkara dan mencari penemuan baru. Penerokaan ini boleh berlaku sama ada dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah. Pelbagai bahan boleh digabungkan sehingga mewujudkan hasil seni yang unik dan menarik. Hasil daripada aktiviti penerokaan adalah penemuan yang akan dapat memberikan rangsangan kepada murid-murid menjadi lebih kreatif. Dalam usaha menemukan sesuatu yang baru, murid-murid perlu berusaha mencari sesuatu kelainan yang bakal diperoleh hasil daripada penerokaan, pemerhatian dan percubaan. Apabila wujudnya percubaan melibatkan eksperimentasi murid-murid, tindakan spontan dan kesalahan semasa pembelajaran akan berlaku. Percubaan membuat sesuatu dapat memberi pengalaman estetika semasa menghasilkan produk. Ini penting kerana melalui pengalaman itu, murid akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada

6

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

yang sebelumnya. Secara tidak langsung melalui percubaan demi percubaan dapat mendidik seseorang murid itu erti kesabaran Antara aspek yang berkaitan dengan penerokaan ini yang seharusnya guru prihatin bersesuaian dengan empat bidang yang disusun itu ialah i.

Aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid adalah aktiviti yang kecil, mudah difahami dan ringkas perlaksanaannya.

ii.

Murid amat digalakkan untuk cuba mencuba dan berusaha agar dapat suaikenal dengan bahan yang disediakan oleh guru

iii.

Penemuan di dalam pembelajaran adalah oleh murid sendiri, dan guru sebagai pemudah cara dan murid juga digalakkan untuk uji menguji dengan menggunakan pelbagai teknik. Misalannya dalam memberikan pendedahan kepada muridmurid tentang asas mewarna, guru boleh menyarankan murid menggunakan pelbagai medium seperti kertas tisu, kertas tandas, kertas kadbod dan pelbagai jenis kertas yang memberikan kesan yang berlainan apabila dibubuh warna air.

iv.

Mencari alternatif di dalam menjalankan aktiviti mewarna, variasi yang pelbagai dan kemungkinan lain. Contohnya penggunaan bahan untuk capan boleh dipelbagai selain daripada flora boleh juga digunakan bahan buangan seperti ronyokan kertas, plastik dan seumpamanya.

v.

Bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba dan pastikan guru menggalakkan murid menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada peraturan asal sekiranya ianya masih tidak menyalahi tajuk dan objektif pembelajaran. Sebagai contoh dalam memperkenalkan dan membuat kraf tradisional, anyaman- murid yang tidak mempunyai bahan gantian kertas warna boleh menggunakan kertas surat khabar berwarna selagi bahan itu boleh membentuk anyaman apabila dijalinkan.

7

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

vi.

Aktiviti pembelajaran yang aktif melibatkan pelbagai kecerdasan murid yang perlu diberi perhatian oleh guru.

vii.

Menggunakan

kemahiran berfikir iaitu

proses menggunakan

minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,

membuat

pertimbangan

atau

keputusan

dan

menyelesaikan masalah. Selain itu guru boleh juga menggunakan kaedah

pengurusan grafik untuk menggalakkan murid berfikir

secara kreatif dan kritis, 2.2 Penghasilan / membuat Di dalam penghasilan dan membuat aktiviti, kepekaan pada persekitaran perlu digalakkan kepada murid-murid. Contohnya muridmurid

perlu

peka

pada

persekitaran

mereka

supaya

dapat

memanipulasikan objek-objek di sekeliling mereka menjadi sudut hasil seni. Murid-murid secara kreatif boleh memanipulasi bahan, ruang, cahaya dan sebagainya untuk diaplikasikan dalam karya mereka. Guru juga boleh memberi peluang kepada murid memberi idea bersama-sama bagi mengembangkan bakat murid itu sendiri. Melalui pendidikan seni visual juga guru dapat menjana minda muridmurid untuk berfikir secara logik. Secara tidak langsung bahan yang terbuang boleh digunakan

semula dan

ini dapat mengelakkan

pembaziran dan berlaku pencemaran alam sekitar secara berleluasa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara muridmurid dan guru memainkan peranan penting bagi menjamin kefahaman murid-murid pada pengajaran yang disampaikan oleh guru. Suasana pembelajaran juga banyak dipengaruhi oleh hubungan dua hala yang menekankan pendekatan kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan pelbagai aktiviti gerak kerja, peranan rangsangan dan gerak balas

8

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

memainkan peranan yang penting bagi menjana proses pembelajaran murid-murid. Semasa aktiviti dijalankan, guru haruslah memberi kepercayaan penuh kepada murid-murid menonjolkan minat masing-masing dengan pelbagai kaedah pembelajaran sambil bermain tetapi dalam suasana yang mampu dikawal oleh guru. Ini bertujuan mewujudkan suasana ceria dan harmonis dan tidak mengongkong murid-murid itu. Di dalam penghasilan dan membuat gerak kerja ini, murid-murid haruslah diberi perhatian terutamanya berkaitan dengan i.

Penggunaan alat, bahan dan teknik yang dipilih haruslah bersesuaian dengan bidang yang hendak diajar oleh guru. Sebagai contoh bagi murid Tahun 1, bahan yang digunakan untuk capan mestilah bersesuaian seperti batang pisang atau keratan rentas bawang merah. Mengukir kentang untuk mengecap pastinya tidak sesuai kerana psikomotor mereka belum mahir melakukannya.

ii.

Tatacara, langkah dan proses membuat seharusnya diterangkan dan dibimbing dengan baik oleh guru pendidikan seni visual. Ini untuk memastikan murid yang kita ajar akan dapat mengikuti dan tidak ketinggalan sehingga mampu menimbulkan suasana yang menyeronokkan. Apabila proses pembelajaran yang dijalankan oleh guru tidak dapat diikuti dengan baik oleh murid maka aktiviti itu tidak berulang kerana menimbulkan implikasi negatif kepada diri murid dan seterusnya membantutkan proses pembelajaran mereka.

iii.

Amalan tatatertib kerja

dan keselamatan semasa bekerja

perlulah dititk beratkan oleh guru untuk memastikan aktiviti pembelajaran murid berjalan denegan lancar tanpa sebarang

9

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

masalah atau musibah seperti kecederaan ataupun gangguan emosi. iv.

Penyampaian kandungan subjek, idea dan halbenda dengan bentuk hasil hendaklah saling berkaitan.

3. APRESIASI Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Antara objektif pengajaran seni visual ini ialah menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan dan kraf, justeru itu aspek apresiasi ini tidak boleh diabaikan oleh guru apabila mengajar. Selain itu melalui kegiatan ini, murid-murid dapat mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan. Di dalam teori pembelajaran anjuran teori behaviorisme, guru harus beri ganjaran pada respons pelajar yang betul atau yang berani memberikan respons. Dalam sessi apresiasi ganjaran dalam bentuk penghargaan iaitu menampalkan karya seni murid di sudut seni atau papan kenyataan dapat meningkatkan harga diri murid dan memberikan keyakinan kepada mereka akan kebolehan mereka. Pujian kepada respons yang betul akan memberangsangkan minat muridmurid supaya melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan positif yang diberikan kepada murid atas hasil

10

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

yang menarik atau tingkah laku yang terpuji akan membantu murid mengamalkannya sebagai pengulangan. Melalui aktiviti apresiasi pendidikan seni visual ini, murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka. Aspek ini melibatkan pernyataan dan unsur afektif. Terdapat dua jenis utama aktiviti apresiasi. Aspek pertama ialah yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aspek kedua ialah aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Apresiasi diri satu aspek yang penting dijalankan setelah murid-murid menyiapkan kerja mereka. Slot ini penting agar murid tahu kekuatan dan kelemahan hasil seni mereka. Mereka sudah tentulah akan memperbaiki hasil kerja mereka pada sesi lain. Dalam sessi apresiasi seni , guru boleh menanyakan bagaimana muridmurid dapat hasilkan karyanya sebegitu, misalnya cara mewarna, bahan yang digunakan, bagaimana proses membuatnya berjalan atau kekangan yang boleh dimanipulasikan. Guru juga boleh memberi motivasi dengan menggunakan perkataan yang dapat memberi semangat kepada murid supaya

mereka

meningkatkan

keyakinan

dan

minat

mereka

terhadap matapelajaran PSV. Dalam sesi ini, guru perlu memberikan perhatian kepada perkara berikut, i.

Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk. Ini seharusnya dikuasai oleh murid bagi memastikan pengukuhan dan guru perlulah membimbing murid memahami unsur seni yang dipelajari.

ii.

Aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda seperti nilai, kaitan dengan pelajaran lain atau perkaitannya dengan pengalaman hidup seharian.

11

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

iii.

Aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik yang digunakan sewaktu menjalankan aktiviti seni bersama rakan-rakan.

iv.

Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya. Ini boleh dibantu oleh guru dengan menampalkan hasil seni yang menarik di sudut tertentu agar timbul perasaan penghargaan diri pada jiwa pembuat dan semangat berlumba atau cabaran pda diri murid lain.

v.

Perasaan, penghargaan dan refleksi diri. Konsep ini penting dan guru boleh meminta murid menyatakannya atau memikirkannya berpandukan soalan-soalan terbimbing dan dirancang.

vi.

Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan isi pelajaran.

4. MENGHARGAI NILAI Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Sebagai contoh dalam aktiviti membuat kolaj, murid dididik supaya menggunakan bahan terbuang supaya dapat menanamkan semangat mencintai alam kehidupan. Begitu juga apabila tiba bulan kemerdekaan, murid digalakkan membuat poster yang bertemakan cinta pada tanah air.

12

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Antara perkara yang berkait rapat dengan menghargai nilai ini ialah yang perlu disepadukan oleh guru semasa menjalankan aktiviti dan kesan selepas itu ialah, i.

nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan seni dijalankan di dalam bilik darjah iaitu pada masa dan hari yang lain semasa menjalankan kegiatan pembelajaran subjek berlainan.

ii.

nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian seperti dengan keluarga dan masyarakat. Sebagai contoh, apabila murid sudah mahir

mengenal

warna

dan

jenis-jenisnya,

dia

boleh

mengaplikasikan pengetahuannya itu dengan menolong bapanya memilih warna cat yang bersesuaian mengikut tona. iii.

tindakan

susulan

hasil

daripada

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran di dalam kelas seperti iv.

mencintai

alam

kehidupan

seperti

mencintai

sungai

dan

keindahannya, hutan dan khazanahnya dan alam sekitar bersama flora dan fauna yang terkandung di dalamnya. v.

nilai patriotisme dan nilai murni lain seperti semangat cintakan negara atau semangat bermasyarakat dan seumpamanya dapat diamalkan dan diterapkan secara bersepadu melalui aktiviti pembelajaran yang berkesan. Selain itu murid diharapkan dapat mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan

vi.

kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan persepsi yang terkandung dalam 4 aspek

vii.

kritikan seni; huraian, analisis, interprestasi dan penilaian

13

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Teori behaviorisme adalah salah satu daripada teori yang diplikasikan ke dalam pembelajaran murid-murid. Ianya boleh didefinisikan sebagai ‘kefahaman

tingkah-laku’.

Menurut

ahli-ahli

psikologi

behaviorisme,

pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam diri seseorang yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran adalah proses yang dilalui oleh setiap individu semenjak dilahirkan sehingga ke akhir hayat. Dalam teori ini mereka mengatakan peri laku dan gerak balas sebagai unsur penting dalam sesuatu pembelajaran. Teori behaviorisme lebih menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang dapat diperhatikan dan diukur dengan pandangan mata kasar. Terdapat empat peringkat yang harus dilalui iaitu hukum kesediaan, rangsangan, gerak balas dan peneguhan. Apabila diteliti ianya tidak jauh berbeza dengan penekanan aspek di dalam pengajaran pendidikan seni visual ini. Ahli

psikologi

aliran

behaviorisme

berpendapat

sebelum

sesuatu

pembelajaran berlaku, ia perlulah ada kesediaan yang meliputi kesediaan mental, fizikal dan rohani. Hal ini juga serupa dengan pemerhatian yang aktif di dalam aspek yang telah ditekankan. Kemudian diikuti dengan rangsangan bagi mendapatkan gerak balas iaitu bersamaan dengan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Gerak balas adalah percubaan pada kejayaan sesuatu pembelajaran. Pencapaian pembelajaran berkesan dan kekal lama sekiranya diberi peneguhan. Peneguhan boleh diberikan bukan sahaja dalam bentuk kebendaan malahan pujian, motivasi dan sebagainya. Begitu juga dengan tumpuan utama pendidikan seni visual iaitu apresiasi seni secara mudah. Dan diikuti dengan menghargai nilai murni.

14

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Seandainya keempat-empat aspek berkenaan dijalankan secara menyeluruh oleh guru di dalam pengajaran dan pembelajaran, matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual pasti tercapai. Kandungan

kurikulum

yang

bersepadu

berupaya

membantu

murid

meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembanngunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

15

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

SOALAN 2 Jika keempat-empat aspek di atas (pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara

mudah

dan

menghargai

nilai

murni)

dikaitkan

dengan

pembelajaran ukiran kayu Melayu, bagaimanakah setiap kreativiti yang berikut dapat dilakukan. 2.1 Pergaulan 2.2 Penemuan 2.3 Percubaan 2.4 Pemerhatian 2.5 Manipulasi sesuatu 2.6 Mencari kebenaran dan keesahan

Di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual, aspek pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai murni perlulah

disepadukan

untuk

mencapai

objektif

pembelajaran

yang

menyeluruh. Guru haruslah memainkan peranannya bagi memastikan murid benar-benar memperolehi perubahan tingkah laku seperti yang dikehendaki. Apabila guru hendak mengajar perkara yang berkaitan dengan pembelajaran ukiran kayu Melayu, banyak perkara yang perlu dikuasai oleh guru. Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Pelajaran seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu Tradisi. Bagi menghasilkan sesebuah karya seni ukir, perlu ada kemahiran memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran sehinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

16

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Ukiran kayu Melayu ini diajar kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 2.1 Pergaulan Di dalam pergaulan, kreativiti dapat dikembangkan menggunakan aspek pemerhatian yang aktif hasil daripada pengetahuan sedia ada terhadap ukiran kayu Melayu. Melalui pemerhatian secara aktif yang merangkumi

kesedaran

pemerhatian

keseluruhan,

berfokus

dan

terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Guru boleh menanyakan kepada murid mengenai pengalamannya berkenaan tajuk contohnya seperti pernah tinggal di rumah datuk yang mempunyai ukiran kayu, perabot di rumahnya yang mempunyai kesenian ukiran kayu, ukiran dinding dan mimbar masjid dan seumpamanya. Hasilnya murid dapat mengimbas pergaulan bersama bahan yang akan dipelajari atau dibuat berasaskan pengetahuan sedia ada dan pengalaman.

Selain

mengembangkan

deria

penglihatan

ia

juga

melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas

seni

visual

juga

turut

diperkembangkan

melalui

kegiatan

pemerhatian ini. Guru

juga

boleh

mengunakan

bahan

bantu

mengajar

yang

menunjukkan ukiran kayu seperti gambar-gambar bangunan yang berkaitan dengan tajuk. 2.2 Penemuan Aspek penemuan ini dapat dikembangkan melalui pembelajaran ukiran kayu Melayu ialah apabila terdapat unsur-unsur inkuiri penemuan di dalam menjalankan strategi pengajaran oleh guru. Kaedah ini

17

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

merupakan satu kaedah saintifik yang digunakan yang merujuk kepada proses penyoalan, mencari pengetahuan dan maklumat atau mengkaji sebab sesuatu fenomena itu berlaku. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah. Antara kaitannya dengan ukiran kayu Melayu ialah sejarah awal mengenai ukiran kayu di Malaysia yang boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin.

Antara isi

kandungan yang boleh dipetik ialah “ Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai 'Istana Hawa Nafsu'. Seni ukir di negara ini telah berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (tahun 1756-1780). Ukiran kayu zaman dahulu dapat bertahan beratus-ratus tahun kerana pengukirnya menggunakan kayu-kayu terbaik untuk menghasilkan ukirannya. Antara kayu-kayu yang tahan lama ialah kayu cengal, kayu merbau, kayu kempas, kayu penak, kayu bacang hutan dan kayu-kayu baik yang lain. Ukiran-ukiran kayu kebiasaannya menghiasi pintu, tingkap, cucuran atap, kisi-kisi tingkap, tiang seri dan beberapa bahagian dalam rumah. Perabot juga diukir untuk memperlihatkan kemewahan. “ Elemen yang dapat diperhatikan di sini ialah a) Masalah – ukiran kayu Melayu b) Latar belakang maklumat – sumber buku rujukan, internet c) Bahan – apakah jenis kayu yang digunakan d) Soalan memandu – terdiri daripada soalan yang dijangkakan akan ditanya oleh guru untuk mengarahkan proses pemikiran pelajar

18

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

e) Hipotesis – dibentuk hasil daripada perbincangan dan soalan memandu f) Memungut data dan analisis – jalankan kerja-kerja amali. Beri penekanan kepada proses pembuatannya g) Kesimpulan – buat kesimpulan dan generalisasi berdasarkan kerja amali yang dijalankan. Selain daripada membuat inkuiri penemuan, program lawatan ke kilang perabot juga boleh dijalankan untuk melihat dengan lebih dekat bahan dan jenis ukiran yang akan dibuat. Lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai unsur kesenian itu seperti Istana Kayangan, Kuala Kangsar yang penuh dengan ukiran tradisional juga boleh diuruskan. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru ialah memperkenalkan dahulu motif ukiran. Ini melibatkan bahan pengajaran yang merujuk contoh mahupun model. Antara hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran kesufian. Misalnya reka corak bermula pada suatu tempat dalam ruang yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu kejadian; seluruh kehidupan melalui tahaptahap perkembangannya dan menabur zuriat (Hassan Mohd Ghazali : 1993) Antara perkara yang perlu diterangkan oleh guru mengenai Ukiran Kayu Melayu ialah Bentuk-bentuk Ukiran Kayu a)

Ukiran Tebuk / Papan

19

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

b)

Ukiran Arca

c)

Ukiran Larik

d)

Ukiran Kayu Hanyut

Bentuk-bentuk Silat a)

Silat Belah Rotan

b)

Silat Dada Tuma

c)

Silat Serong

d)

Silat Leper

e)

Silat Minangkabau

Pola Ukiran Kayu Melayu a)

Pola lengkap

b)

Pola Pemidang

c)

Pola Bujang atau Pola Putu

Jenis-jenis bunga ukir

2.3

a)

Awan larat

b)

Awan silang atau kerawang

c)

Awan bentuk huruf

d)

Larik

e)

Simetri

Percubaan Melalui percubaan ini murid merasa sendiri bagaimana cara membuat ukiran kayu Melayu. Aktiviti ini boleh dilakukan di bilik pertukangan yang mepunyai peralatan yang berkaitan dengan ukiran kayu seperti pisau wali, pahat kuku, ketam kayu, gergaji kecil atau kikir pari. Aktiviti ini boleh dibuat dengan menggunakan kayu yang sebenar dan terpilih iaitu kayu cengal, kayu sena, kayu merbau, kayu nyatoh dan kayu

20

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

jelutung. Jika terdapat kesukaran mendapatkan kayu berkenaan boleh juga digunakan kayu lembut yang boleh ditempah khas oleh guru. Alatan yang digunakan juga haruslah diterangkan fungsi dan kegunaannya. Prosedur dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan semasa menjalankan aktiviti tidak harus dilupakan untuk memastikan murid tidak tercedera atau bermasalah sewaktu gerakerja berjalan.

Alatan Dan Bahan (Sumber) : Pendidikan Seni Visual SPM : Hassan Mohd Ghazali Melalui percubaan ini, murid dapat merasai sendiri pengalaman membuat dan mengukir kayu dan pembelajaran dengan bahan maujud ini akan kekal dalam ingatan jangka panjang. Hasil yang dibuat tentunya menimbulkan rasa bangga dan menghargai nilai seni itu.

21

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

2.4 Pemerhatian Pemerhatian ini lebih berfokus kepada aktiviti murid menjadi pemerhati kepada aktiviti yang dijalankan oleh orang lain. Ianya sama ada ditunjuk cara oleh guru atau mereka yang mahir di dalam seni ukiran kayu ini. Aktiviti ini juga boleh dibuat apabila terdapat murid lain yang membuat gerakerja, maka pemerhatian dapat dilakukan. Program lawatan ke kilang perabot juga boleh dijalankan untuk melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana ukiran kayu dibuat. Proses ini akan kekal lebih lama di dalam ingatan mereka kerana mereka mengalami sendiri proses berkenaan. Selain mereka dapat melihat prosedur yang sebenar, hasil yang pelbagai pastinya dapat menarik minat mereka untuk menghasilkannya sendiri. 2.5 Manipulasi Sesuatu Selain menggunakan papan atau kayu untuk menjalankan aktiviti, guru juga boleh memanipulasi bahan-bahan yang lain dapat dikaitkan dengan ukiran kayu. Idea boleh diberikan oleh guru mahupun murid mengutarakan idea mereka yang kreatif. Sebagai contoh, oleh kerana kayu adalah media yang keras dan agak sukar

untuk

diukir

padanya,

guru

boleh

mencadangkan

murid

menggunakan sabun cap kapak. Sabun yang agak panjang ini boleh didapati di kedai-kedai runcit dalam ukuran lebih kurang 1 kaki. Sifatnya yang lembut sudah pasti mudah dibentuk dan murid pasti merasa selesa dan selamat untuk mengukirnya. Menerusi

manipulasi

alatan

dan

bahan

juga

guru

boleh

mencadangkan penggunaan kertas kadbod keras dan ditebuk dengan pola-pola ukiran kayu yang telah dipelajari atau diterangkan. Selain itu

22

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

gunakan plastisin untuk membentuk motif bunga seperti motif bunga raya, motif bunga cempaka dan seumpamanya.

Pengaruh Motif Ukiran (Sumber) : Pendidikan Seni Visual SPM : Hassan Mohd Ghazali 2.6 Mencari kebenaran dan keesahan Mencari kebenaran dan keesahan ini perlu dilakukan oleh murid sama ada membuat rujukan daripada buku-buku teks yang menerangkan mengenai ukiran kayu Melayu ataupun buku-buku rujukan yang berkaitan. Mereka juga digalakkan membuat kaji selidik mengenai topik yang berkenaan dengan merujuk bahan-bahan yang ada di internet. Maklumat perlu diperolehi daripada pelbagai sumber. Pastikan sumber yang mereka dapati itu sahih dan jika tidak pasti, boleh dirujuk kepada guru. Sekiranya perlu lawatan ke tempat yang

23

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

menyimpan khazanah yang berkaitan seperti ke Istana Raja Besut yang terdapat di Muzium Negeri Terengganu pasti mendatangkan manfaat. Temuramah dengan pihak yang membuat ukiran itu sendiri juga boleh membuktikan kebenaran dan kesahihan. Contohnya menemuramah tokoh kraf yang terkemuka sebagai pengukir ukiran kayu iaitu Encik Latiff b Long yang mewarisi bakat ayahnya yang berasal dari keturunan tukang kayu yang handal. Beliau pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ukiran kayu jenis silat dalam pameran ukiran kayu yang berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Melalui temuramah dengan beliau, pasti banyak bahan dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama dengan murid-murid.

Penutup Di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang berkesan, peranan yang dimainkan bukan hanya daripada pihak guru sahaja. Murid harus dilibatkan sama secara langsung atau tidak langsung agar matlamat dan objektif pengajaran tercapai disamping memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan & Ainon Abdullah. (2003). Mendorong Kreativiti Kanakkanak. Selangor Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

24

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Chang Hon Woon. 1992). Panduan Dinamik PMR Pendidikan Seni Tingkatan 1&2 KBSM. Selangor Darul Ehsan: Pustak Delta Pelajaran Sdn Bhd Hassan Mohd Ghazali. (2007). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4&5. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn Bhd Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab dan Universiti. Selangor Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd Rousliluddin Ambia & rakan-rakan. (2007). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn Bhd Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukirkayu.htm

25

Related Documents