Pantun Keagamaan

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun Keagamaan as PDF for free.

More details

  • Words: 865
  • Pages: 7
FALSAFAH DANLOGIKAL MELAYU JXEA 1104 PANTUN KEAGAMAAN

NAMA : JEA 080054

NO. MATRIK : JEA080054

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD

SEMESTER 1 SESI 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Pengenalan

pantun ialah satu genra asli kesusasteraan melayu menjadi wahana bagi pengucapan di dalam pelbagai jurusan aktiviti masyarakat melayu , pantun akan menyentuh persoalan masyarakat ,adat ,agama ,kasih sayang,nasihat dan lain-lain. Ia popular di kalangan orang tua,muda mudi mahupun kanak-kanakBerikut pendapat tokoh mengenai pantun

Wan Abdul Kadir Wan Yusuf;Beliau menyatakan bahawa pantun berkembang ke dalam masyarakat melayu yang buta huruf dan menjadi suatu tradisi lisan . penciptaan pantun dengan rapi sehingga menhasilkan kata-kata yang indah dan menarik. Nilai-nilai keindahan menjadikan pantun dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan dengan tahan diuji sepanjang zaman

Zainal Abidin Borhan;Beliau menyatakan bahawa pantun mempunyai dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud , kedua-dua bertaut secara intraktif sehingga tertera sebagai pengucapan yang indah . Dua bahagian ibarat dua struktur luaran dan dalaman,lahir dan batin kemudian bertaut menjadi pantun. Ini menepati pendapat para sarjana barat terdahulu iaitu; TIDAK LENGKAP PENGETAHUAN PENKAJI TAMADUN MELAYU JIKA TIDAK MENELITI DAN MEMAHAMI PANTUNNYA (WINSTEDT 1960;202-3 DALLIE1988) Pantun merupakan ucapan kemelayuan. Dalam pantun terkandung seluruh jiwa,seni  ,kebijaksanaan,budi bahasa dan pandangan dunia melayu.

Braginsky(1998, 363)Beliau menyatakan bahawa pada umunnya mengandungi unsur­ unsur alam sekeliling iaitu makrokosmos dan mikrokosmos . ia menrupakan sumber  alamiyah yang digunakan oleh sejauh yang terjangkau oleh akal fikiran manusia .begitu  juga dengan bahagian maksud atau isi yang merupakan roh dan jiwa pantun  . korpus  datanya berdasarkan pengalaman  inderawi dan batini manusia. maka pada bahagian ini  mengandungi persoalan rasional dan logikal ,interaksi manusia dengan alamnyadan  interaksi manusia dengan manusia.

Alias yunus. Beliau menyatakan bahawa pahlawan melayu dahulu sering mengunakan  pantun ,gurindam untuk membangkitkan semangat kepahlawanan dan keperwiraan para 

pengikutnya . menurutnya lagi ,pantun merupakan warisan yang menjadi indentiti  kita,yang mengukuh jati diri orang melayu.    

Pantun keagamaan

Melalui pantun yang akan diterjemahkan berkonsep percaya kepada hari kiamat. Pantun ini akan saya olah dengan bertemakan ilmu teologi. Pada amnya istilah teologi diambil dari perkataan ‘Theos’ (yunani) yang bermaksud’TUHAN’dan ‘LOGOS’ membawa maksud ’ILMU’; Oleh itu ilmu teologi ilmu tentang Tuhan atau ilmu keTuhanan. Walaubagaimanapun ;secara ringkas ilmu teologi menbicarakan tentang Tuhan dan pertaliannya dengan manusia,baik berdasarkan wahyu mahupun akal. Dari sudut islam ,ilmu teologi bertujuan untuk memantapkan kepercayaan-kepercayaan dan keimanan kepada yang esa. Tujuan lain ialah mengangkat kepercayaan seseorang daripada kepercayaan yang lemah dan taklid buta kepada puncak keyakinan dan ketakwaan.

Iman AL-GHAZALI berkata;

Akal tidak dapat menbawa sifat kewajipan bagi manusia , kewajipan ditentukan oleh wahyu

Dengan ini kewajipan mengetahui tuhan dan kewajipan berbuat baik serta menjauhi kejahatan hanya diketahui melalui perantaraan wahyu;

CONTOH PATUN Todak menyerang Singapura Habis dikerat dicincang lumat

Bila kianat pada manusia Dunia akhirat tidak selamat

Halia di tanam –tanaman Di barat sahaja akan tumbuhnya Dunia ini pinjam-pimjaman Akhirat juga sungguhnya

Buah rumia bawa ke huma Untuk dimakan sambil menjerat Hidup di dunia tidaklah lama Patut amalkan bekal akhirat

Mencari palas ke sana sini Palas ada di simpang empat Siapa malas selama ini Kemudian akhirat rugi mendapat

Pada belari baik melompat Barang dicari segera dapat Sudah berbudi jangan diumpat Balasan baik syurga dapat ANALISIS MAKSUD PANTUN

Pantun di atas menjelaskan bahawa kehidupan di dunia hanya pinjaman atau sementara sahaja sedangkan kehidupan akhirat adalah kekal .

Maksud pantun menjelaskan bahawa golongan yang membuat kianat sesama manusia di dunia ini akan terseksa di akhirat kelak . maksud ini mungkin lebih luas, iaitu manusia di

dunia ini dikehendaki menjaga hubungan sesama manusia jika ingin selamat di akhirat kelak.perkara- perkara yang melibatkan urusan sesama manusia harus dititikberatkan dalam islam.

Seterusnya dinyatakan bahawa manusia perlu membuat baik kerana amalan tersebut akan dihintung di akhirat kelak, kerana itulah amalan atau bekalan ketika bertemu dengan Allah swt.

Dalam pantun , ada memyebut supaya manusia sentiasa mencari ilmu . barang siapa yang malas berusaha mencari ilmu pastinya golongan ini akan termaksud golongan yang rugi .

Selain itu, dalam agama islam ada menyebut sekiranya kita sudah membuat satu kebaikan janganlah kita ‘mengunkip’ kerana amalan ini amat dikeji, kerana pahala amalan yang dilakukan selama ini tidak akan diterima

pada pendapat saya secara keseluruhannya , pantun ini lebih menjurus kepada konsep alam akhirat. Iaitu menyeru manusia melakukan kebaikan ketika berada di dunia. Allah juga menyeru manusia supaya berusaha bersungguh-sungguh kealam akhirat. Maknanya manusia diseru melekukan amalan-amalan yang baik dan sentiasa bertakwa.

Oleh itu, ingatlah bahawa’Allah swt telah member peringatan supaya manusia tidak tertipu dengan godaan syaitan ; Seperti yang berlaku kepada nabi adam dan siti hawa Terkeluar dari syurga; Segala amalan manusia akan dihintungkandan jadilah manusia yang beriman . amalanamalan buruk dan keji harus diketepikan;

Syed Naguib Al-attas pernah berkata; kedatangan islam telah menbentuk akidah orang melayu dengan mengesakan allah ,falsafah keagamaan telah memalingkan masyarakat dari seni mitos dan khayal kepada alam akal dan budi mengikut gaya yang teratur

Kesimpulan Jelaslah kepada kita .setiap penulis pantun melayu menpunyai falsafah tersendiri dalam menhasilkan karya yang menarikdan unik. Perkara yang membanggakan adalah ,segala masalah atau perkara yang berlaku diluahkan kedalam pantun dengan susunan perkataan yang menarik dan indah walaupun masyarakat pada ketika itu tidak tahu menulis dan membaca.

Sumber Mana sikana 1996; falsafah dan seni kreatif melayu.

Konsep alam pantun melayu(teksis APM).

Othman putih 1995; globalisasi dalam sastera melayu.

Zahir ahmad; 2005, pantun melayu sebagai manifestasi sosialbudaya.

Related Documents

Pantun Keagamaan
October 2019 33
Pantun
May 2020 33
Pantun
October 2019 41
Pantun
October 2019 47
Administrasi Keagamaan
December 2019 39
Pantun
October 2019 40

More Documents from "Firda"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48