Pantun

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun as PDF for free.

More details

  • Words: 1,118
  • Pages: 12
NAMA PELAJAR: noor adzlienda binti adnan NO.MATRIK: JEA080169 KURSUS: PENGAJIAN MELAYU LECTURER: PROF. AMRAN BIN MUHAMAD Fakulti: pengajian melayu

PENGENALAN PANTUN PERIBAHASA DAN KIAS IBARAT 1

Pantun peribahasa barat dan kias ibarat merupakan pengucapan kemelayuan yang terkandung budi bahasa, perumpamaan serta nasihat yang lahir dari npengucapan lahir batin melayu dan untuk mengambarkan sesuatu yang berlaku didalam kehidupan manusia pada masa kini dan lampau. antun ini juga di selitkan sindiran yang tidak melampau untuk mengambarkan sesuatu kejadian. Di dalam setiap pantun peribahasa dan kias ibarat mempunyai makna yang tersirat dan tersurat. Oleh itu kita perlu memahami apa yang cuba di sampaikan oleh pengarang melalui pantu tersebut. Pengarang ingin memberikan nasihat tetapi bukan secara teranterangan sebaliknya disampaikan di dalam pantun peribahasa dan kias ibarat tersebut.

KUPASAN PANTUN PERIBAHASA DAN KIAS IBARAT Ombak badai mengulung-gulung Kelasi terdampar di tepi laut Hajat di hati nak peluk gunung Apakan daya tangan tak sampai Serangkap peribahasa ini membicarakan tentang seseorang yang bercita-cita besar, namun tidak tercapai matlamatnya itu. Baris pertama “ombak badai mengulung-gulung” menunjukan bahawa terdapat pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi oleh seseorang tersebut dalam pencariannya untuk mendapatkan sesuatu. Contoh rintangan yang dihadapinya adalah kekurangan wang atau tidak mempunyai ilmu yang mendalam yang mengakibatkan dirinya di hina orang . Baris kedua “kelasi terdampar di tepi laut” bermaksud semangat seseorang tersebut

2

yang tidak kuat dan cepat berputus asa telah menyebabkan dirinya tewas dalam pencariannya yang tidak di ketahui penghujungnya. Contohnya seseorang itu tidak dapat menerima tohmahan dan penghinaan yang dilemparkan oleh orang ramai terhadapnya menyebabkan dia mudah mengalah. Baris ketiga dan keempat “hajat di hati nak peluk gunung, apakan daya hajat tak sampai ” bermaksud seseorang itu berasa menyesal dan mengeluh kerana cita-cita yang hendak dicapainya tidak kesampaian olehnya. Ini adalah berpunca daripada sikapnya sendiri yang cepat putus asa dan tidak mahu berusaha dengan gigih demi cita-citanya. Kesimpulannya, kita janganlah cepat berputus asa jikalau ingin mencapai cita-cita dalam hidup kita kerana “ di mana ada jalan, di situ ada kemahuannya”. Peluang kejayaan tidak datang bergolek kepada kita malahan kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencapainya. Berbunga lebat pohon rambutan Hinggap tempua berjuntai kaki Bila dapat memandang bulan Jangan lupa rumput di bumi Keseluruhan rangkap ini membicarakan tentang nasihat kepada seseorang supaya jangan lupa diri dan asal usul setelah menempa kejayaan. Baris pertama dan kedua “berbunga lebat pohon rambutan , hinggap tempua berjuntai kaki” bermaksud seseorang yang dahulunya dia hanyalah berasal dari keluarga yang miskin itu telah berjaya dalam mencapai cita-citanya dan banyak peluang pekerjaan yang menantinya. Baris ketiga dan keempat “bila dapat memandang bulan, jangan lupa rumput di bumi” bermaksud supaya apabila sudah menempa kejayaan janganlah bersikap bongkak,

3

sombong dan lupa diri serta memandang rendah kepada orang lain apabila sudah berjaya. Sebaliknya kita mestilah sentiasa ingat siapa diri kita, asal usul kita dan jangan kerana setelah menjadi seseorang berjaya kita perlu bersiakp bongkak dan lupa diri. Seharusnya sikap ini tidak baik untuk diamalkan di dalam kehidupan seharian kita. Tinggi sungguh gunung daik Mercunya nampak terang berkilau Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

Serangkap pantun ini membicarakan tentang orang baik akan sentiasa diterima walau di mana berada. Baris pertama dan kedua “tinggi sungguh gunung daik, mercunya nampak terang berkilau” mengambarkan tentang seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi serta sikapnya yang baik dan peramah telah membuatkan orang sentiasa nampak akan kebaikannya dan sentiasa menyerlah dalam melakukan sesuatu perkara. Baris ketiga dan keempat “kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau” bermaksud jikalau seseorang itu sudah berasal dari keluarga yang baik-baik contohnya dari keluarga yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi, berpendidikan, beragama dan mempunyai jati diri yang tinggi oleh sebab itu dia akan sentiasa di sanjung orang walau kemana dia pergi. Orang juga akan sentiasa mengingati dirinya dan sentiasa di beri layanan yang baik Pendekar handal di tengah gelanggang, Pendekar bergelar raja saksama

4

Bagaikan pipit dengan enggang Manakan boleh terbang bersama Rangkap ini membicarakan tentang orang yang tidak sama taraf tidak boleh berbaik dan berkawan rapat. Ini ditunjukkan dalam baris ketiga dan keempat “bagaikan pipit dengan enggang, manakan boleh terbang bersama” ini bermaksud seseorang yang darjatnya rendah dan berasal dari keluarga yang miskin serta tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tidak boleh berkawan dengan seseorang yang berasal dari keluarga yang berada serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.

Hal ini demikian kerana masyarakat zaman sekarang kebanyakkan lebih memandang kepada materialistik dan mementingkan darjat yang tinggi dan ilmu yang tinggi. Sekiranya tidak mempunyai syarat-syarat tersebut jangan bermimpi untuk berkawan dengan mereka yang tinggi darjatnya kerana mereka hanya akan mendapatt penghinaan dan tohmahan sahaja. Pergi kerumah cik Mariam Ramai orang tengah berjaga Carik-carik si bulu ayam Lama-lama bercantum juga. Rangkap ini membicarakan tentang adik beradik yang bergaduh, lambat laun akan berbaik semula. Ini di tunjukan dalam baris yang ketiga dan keempat “carik-carik si bulu ayam, lama-lama bercantum juga”. Ini bermaksud adik beradik tersebut tidak akan bergaduh lama-lama sehingga tidak bertegur sapa selama beberapa hari dan biasanya belum sampai beberapa minit mereka akan berbaik semula. Pantun ini memberitahu

5

tentang hubunggan yang sangat erat antara adik beradik dan ia tidak akan putus kerana perkara kecil walau sekerap mana mereka bergaduh. Nyiur daging puncak mahligai Sayang ketupat berisi inti Hancur daging tulang berkecai Belum dapat belum berhenti Serangkap pantun ini membicarakan tentang seseorang yang sanggup berjuang habishabisan sehingga akhir hayatnya. Ini di tunjukan dalam baris ketiga dan keempat iaitu “hancur tulang berkecai, belum dapat belum berhenti”. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya semangat yang tinggi didalam diri seseorang itu untuk berjaya dan sanggup buat apa sahaja dan berjuang habis-habisan asalkan dia dapat apa yang dia mahu. Selagi dia tidak berjaya selagi itulah dia akan berusaha sampai dia berjaya. Contohnya ingin berjaya di dalam pekerjaan dan pelajaran Tetapi cara yang dia ambil itu tidak menyalahi undang-undang dan mengikut jalan yang benar. Ini kerana terdapat juga seseorang yang mengambil jalan yang salah demi mencapai cita-citanya dan akhirnya memakan diri sendiri.

Kayu keras si kayu kempas Alas tempat orang berjudi

6

Ada beras kerja pun deras Ada padi kerja pun menjadi Pantun ini memberitahu tentang jika seseorang itu mempunyai kemahiran dan keupayaan, segala kerja dapat dilakukan dengan mudah. Ini ditunjukan dalam baris ketiga dan keempat iatu “ada beras kerja pun deras, ada padi kerja pun menjadi”. Sekiranya seseorang itu mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap semua perkara maka segala kerja dapat dilakukan dengan mudah dan cepat tanpa sebarang kesilapan. Ini kerana jika tidak mempunyai sebarang asas pengetahuan yang cukup tentang semua perkara maka kerja tidak dapat dilakukan dengan lancar dan ilmu pengetahuan juga amat penting bagi generasi zaman sekarang kerana semua perkara memerlukan ilmu yang tinggi. Oleh sebab itu, kita perlulah menuntut ilmu sebanyak yang mungkin untuk memantapkan lagi diri kita.

SUMBER RUJUKAN: •

SUMBER HANIEY

7



KARYA SASTERA MELAYU, HTTP://REPUBLIKA.CO.ID/22 NOVEMBER 2007.

8

9

10

11

12

Related Documents

Pantun
May 2020 33
Pantun
October 2019 41
Pantun
October 2019 47
Pantun
October 2019 40
Pantun
May 2020 28
Pantun
October 2019 53

More Documents from "Firda"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40