Falsafah dan logika Jxea1104 PANTUN
NAMA PELAJAR: NADIAH BINTE ABDUL KARIM NOMBOR MATRIK: JEA080709 NAMA PENSYARAH: DR AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTORIAL: CIK SITI HADIJAH
1
PENGENALAN
Pantun memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Adapun pantun tergolong dalam puisi lama Melayu/Indonesia. Pantun dan peribahasa adalah puisi lama Melayu yang asli. Menerusi pantun dan peribahasa itulah falsafah hidup dan pemikiran orang Melayu tersalur. Dalam mengolah tentang Pantun Melayu itu, seorang pengkaji Barat R.O. Winstedt, dengan tegas dan yakin berkata: “...and no one can istimate the mental scope of the Malay without an understanding of the pantun...”
Dalam buku Dr Pendeta Za’ba yang bertajuk ‘Ilmu Mengarang Melayu’ [Jawi] halaman 250261, beliau mengatakan: “makna asal kekata ‘pantun’ itu ialah: ‘seperti’ atau ‘umpama’, kemudian ‘pantun’ itu dipakai dengan makna ‘perumpamaan’: tetapi akhirnya, orang memahamkan pula bahawa ‘pantun’ ialah sejenis karangan berangkap yang terbahagi dua – sebahagiannya ‘pembayang maksud’ dan sebahagian lagi ‘maksud yang sebenarnya’ seperti yang kita fahamkan sekarang.
Fungsi Pantun sebagai penyampai maksud.
Dalam memperkatakan tentang bahasa budaya, pantun tidak boleh diketepikan kerana ia merupakan satu warisan lisan yang lahir dan berkembang dari zaman ke zaman. Adapun dalam karya-karya pantun, ada tersirat satu bentuk ucapan atau pesanan. Adakalanya berbentuk sindiran, luahan isi hati, ada berbentuk nasihat dan untuk melahirkan idea serta buah fikiran dalam susunan kosa kata yang halus dan menarik.
2
Selain itu, pantun juga dicipta bagi melahirkan rasa hati yang kasih, sayang, rindu, kecewa, hampa dan pelbagai perasaan yang terdapat dalam jiwa nurani manusia. Pantun dapat memberi maksud yang tepat, disamping penuh dengan kehalusan serta keindahan. Contoh :
“Pokok pauh di atas permatang, Tetak tengah papan kemudi Dari jauh kekanda datang Mendengarkan adinda tinggal di sini”1
Berdasarkan contoh pantun di atas, tidak dapat disangkal bahawa susunan kosa kata menjadikan ayat-ayat dalam rangkap-rangkap pantun tersebut begitu indah dan lebih bermakna selain dapat menonjolkan lagi rasa kasih sayang. Oleh yang demikian, pantun merupakan satu wadah atau cara untuk menyampaikan sesuatu maksud yang tersirat di hati, menjadikan ia suatu yang tersurat dan difahami tanpa menyinggung perasaan yang mendengar atau membaca.
Fungsi pantun sebagai alat hiburan.
Pantun telah digunakan sebagai alat hiburan sejak awal kewujudannya di nusantara ini. Oleh itu, akan lahirlah rasa riang ria melalui pantun. Masyarakat yang berpantun itu bukan sahaja berlaku di kalangan orang-orang dewasa. Golongan muda, malahan kanak-kanak kecil pun ada berpantun. Namun demikian, kanak-kanak berpantun sambil bermain dengan hati riang ria. Manakal orang dewasa pula berpantun untuk menghiburkan hati selepas penat keluar bekerja seharian.
1
Contoh Pantun Kasih dipetik dari buku Pantun Melayu Warisan Bangsa, hlm 33.
3
“Pat, pat2 siku lipat, Siapa cepat dia dapat.”
Pantun di atas merupakan sebuah pantun kanak-kanak yang biasanya dinyanyikan atau diucapkan. Ia amat terkenal di kalangan kanak-kanak yang berusia di antara usia 3 tahun hingga 6 tahun. Seringkali dinyanyikan oleh mereka semasa di tadika atau ketika bermain beramai-ramai.
Falsafah dan pemikiran melayu.
Menurut H. Mukhtar Yahya dalam sepatah kata buku Pengantar Falsafah Islam (1969:6), berfalsafah bermaksud berfikir sedalam-dalamnya dengan bebas dan teliti mengenai sesuatu perkara,sama asa perkara yang berkait dengan diri kita atau yang berkait dengan alam semesta.
Menurut Aboebakar Atjeh(1970:13), tiap–tiap manusia mempunyai pandangan tersendiri tentang kehidupan sama ada mengenai asal kejadian dan kematiannya, kesucian jiwa, kebaikan dan kejahatan. Persoalan-persoalan ini akan menggerakkan manusia berfikir untuk melahirkan sesuatu pendapat, sama ada salah atau benar menurut tanggapan masing-masing.
Merujuk kepada pendapat-pendapat di atas, dapat difahamkan bahawa pantun itu adalah sesuatu yang lahir dari fikiran seseorang. Kata-kata indah disusun agar ia menjadi lebih halus, agar mesej yang ingin disampaikan tidak menyiggung perasaan yang mendengar. Ada juga dijadikan sebagai pesanan untuk saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain.
2
Pat,pat = singkatan sebutan cepat, cepat
4
“Ikan siakap ikan senohong, Dibeli oleh si orang kaya Hidup jangan bercakap bohong Nanti orang tidak percaya”3
Antara falsafah lain yang dapat dicungkil di sebalik karya-karya pantun Melayu adalah keperibadian yang ada pada orang Melayu sendiri. Sememangnya orang Melayu tidak didapat dipisahkan dengan keperibadian dan budi pekerti yang baik, bersopan santun, malu dan rendah diri.
Oleh kerana keperibadian sebegitu sudah ada dalam diri orang Melayu, maka kebanyakan dari karya-karya pantun Melayu ada mengandungi unsur-unsur atau nilai-nilai murni. Lantaran itu, pantun Melayu bukan sahaja mengandungi potongan ayat dan kosa kata, malah falsafah dan pendirian seseorang.
Kesimpulan Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan di atas, dapat dirumuskan dan sekaligus menjadi kesimpulan mengenai pantun-pantun Melayu, yang ia bukan sahaja sekadar karya-karya kosong. Namun begitu, di sebalik pantun-pantun ini, terselit peribadi masyarakat Melayu, yang penuh dengan pegangan hidup dan pandangan mereka. Lantaran itu, jelaslah bahawa di sebalik setiap pantun terkandung falsafah yang tersendiri.
3
Pantun dipetik dari buku Pantun Melayu Warisan Bangsa, hlm 84
5
Bahan Rujukan
1. Muhammad Ariff Ahmad (MAS), 2004, “Mari Kita Berpantun (Suatu Petunjuk)”, MBMS, Singapura.
2. Wan Ab.Kadir Wan Yusoff, (1996). “Pantun: Manifestasi Minda Masyarakat”, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
3. Amina Haji Noor (2000), “Pantun Melayu Warisan Bangsa”, Maju Jaya Indah Sdn.Bhd.Ampang.
4. Dr Abbas Mohd. Shariff, (2002), “Budaya dan Falsafah Orang Melayu”, EDN Media, Singapura.
6