Pantun

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun as PDF for free.

More details

  • Words: 950
  • Pages: 6
KURSUS

: FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KOD KURSUS : JXEA1104 TAJUK : KARYA KLASIK NAMA : MARY KWAN NO. MATRIK : JEA080165 SESI : 2008/2009 SEMESTER : SATU NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BTE ABD. RAHMAN

PENGENALAN Pantun ialah satu bentuk sastera lisan dan hingga sekarang tidaklah dapat ditentukan tarikh bilakah pantun mulanya pantun popular dalam masyarakat Melayu. Sebagaimana genre-genre puisi yang lain, pantun mungkin telah wujud dan terkenal sejak daripada zaman permulaaan lagi, iaitu terdahulu daripada kedatangan Islam, bahkan lebih awal daripada kedatangan Hindu. Pantun juga merupakan warisan Melayu di alam Melayu. Menurut Anthony Reid(1988:230-231) mengutip daripada Alana (1668 (3):34-35) bahawa orang Visaya menyanyikan bikal antara dua orang lelaki dengan dua orang perempuan yang menyanyikan balak (lagu cinta). Menurut Reid lagi di Siam dan Laos, quantrin ini juga dinyanyikan di Vietnam (ly), di kalangan orang Jawa ( parikan ), orang Sunda (susuwalan), orang Batak (umpama), orang Melayu (pantun). Tradisi berpantun ini bukan sahaja khusus tradisi Melayu di Tanah Melayu dan Sumatera tetapi merupakan tradisi rantau ini, tradisi Alam Melayu. Pantun memiliki dua bahagian utama iaitu pembayang dan maksud atau sampiran atau isi, tetapi kedua-dua bahagian tersebut bertaut secara integrative sehingga menjadi pengucapan yang indah. Dua bahagian tersebut ibarat dua struktur yang saling melengkapi, lahir dan batin, luar dan dalam, tertaut menjadi satu, menjadi pantun. Daillie (Daillie Francois Rene, 1990:131) menyebut kedua-dua struktur itu ibarat body and soul atau “ jasad dan roh ”, tetapi menyedari falsafah Descrates, jasad dan roh tidak wujud sebagai kesatuan iaitu dualisme kerana kedua-duanya berasal daripada sumber yang berbeza. Namun dalam tradisi Melayu-Islam, jasad dan roh itu tergabung menjadi satu menjadi manusia, maka begitulah pantun Melayu.

Tradisi pantun-berpantun merupakan perkara yang semulajadi atau fitrah kepada mereka yang pandai berpantun dalam masyarakat Melayu. Dalam Pantun Melayu terdapat pelbagai jenis pantun seperti Pantun Kanak-kanak, Pantun Patriotik, Pantun Adat, Pantun Nasihat, Pantun Budi, Pantun Agama, Pantun Dondang Sayang, Pantun Erotis atau Humor dan Pantun Nasihat.

Kesemua pantun tersebut memainkan peranan

masing-masing dalam menyampaikan mesej sama ada menyindir, menasihat, dan menanam semangat kepada masyarakat agar sedar akan ketelanjuran kata maupun bahasa dalam kehidupan seharian. Ta-teh setahun lagi, Pandai berjalan pandai berkata, Ta-teh sebulan lagi, Boleh jadi bujang perkasa, Buai tinggi, Sampai ke cucur atap, Belum tumbuh gigi, Pandai baca kitab, Oh bulan, Di mana bintang, Sudah terlindung di kayu ara, Oh! Sayang, Di mana bujang, Bujang perkasa. Pantun kanak-kanak yang selalu digunakan orang ialah semasa ibu-ibu ataupun nenek-nenek memanjakan anak-anak atau cucu-cucunya. Ketika ibu-ibu atu nenek-nenek

menimang anak-anak atau cucu-cucu mereka sambil itu mereka

menyanyikan pantun untuk menanam semangat keperkasaan jiwa anak-anak atau cucucucu mereka supaya cergas, dapat berjalan dan sebagainya. Sehubungan itu, Pantun Kanak-kanak ini digunakan untuk menyemaikan semangat dalam jiwa dan sanubari kanak-kanak dengan harapan apabila mereka sudah

dewasa

nanti

mereka

akan

menjadi

orang

yang

bijak,

bersemangat

serta

bertanggungjawab kepada dirinya sendiri dan juga kepada bangsa dan negara. Pokok jati dahannya rendang, Tumbuh sebatang tepian pantai, Biar mati bertindih tulang, Pada hidup cerminkan bangkai. Anak enggang di dahan berangan, Terbang seekor menuju ke sawah, Selagi keris masih di tangan, Pantang pahlawan menyerah kalah. Perahu payung layarnya merah, Belayar menuju arah utara, Keris dipegang bersintokkan darah, Adat pahlawan membela Negara. ( Alias Yunus,1996 : 261 ) Pantun di atas adalah merupakan Pantun Patriotik. Kita sedia maklum bahawa Pantun Patriotik kebiasaannya menggambarkan semangat kepahlawanan dan keperwiraan para pengikutnya. Alias Yunus ( 1966 : 25 ) menyatakan bahawa pahlawan Melayu dahulu sering menggunakan pantun untuk menaikkan semangat pahlawan dan pengikutnya. Pendapat ini mengingatkan betapa orang Melayu Melaka pada masa lalu membaca Hikayat Muhammad Ali Hanafiah untuk membangkitkan semangat pahlawan Melayu mempertahankan tanah air daripada serangan tentera Portugis. Dalam konteks pantun di atas juga, menyatakan bahawa setiap pahlawan perlu menjaga kehormatan, harga diri serta maruah dan tahu malu. Bagi pahlawan, dalam perjuangan daripada hidup menanggung malu lebih baik mati sahaja. Selain itu, seorang pejuang juga ialah seorang yang berpendirian, berprinsip dan bukannya seperti lalang ditiup angin cepat melatah. Sehubungan itu, seorang pejuang juga merupakan seorang yang rasa cinta akan negara, bangsa dan keluarga. Hal ini disebabkan semangat patriotik

sudah sebati dan menjadi darah daging dalam sanubari mereka. Justeru, sukar untuk melunturkan semangat pahlawan atau kesetiaan mereka dalam unutk mempertahankan negara. Penakek pisau seraut, Ambil galah batang lintabong, Seludang ambil ke nyiru, Setitis jadikan laut, Sekepal jadikan gunung, Alam terkembang jadikan guru. Seterusnya ialah pantun enam kerat yang juga merupakan salah satu jenis pantun Melayu. Pantun ini adalah merupakan perbilangan adat Melayu. Pantun ini tidak seharusnya tinggal di dalam lipatan hidup masyarakat Melayu. Ia harus dihayati dan dijadikan pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu kerana disebalik keindahan bahasa terdapat falsafah yang tinggi dan dijadikan pedoman hidup serta motivasi di dalam mencapai kejayaaan. Pemikiran terpenting yang dapat dirumuskan daripada ungkapan ini ialah memotivasikan diri supaya terus memajukan diri dan menuntut ilmu. Pantun enam kerat ini juga menyeru agar kita berikhtiar dan berusaha juga berdaya kreatif.

Selain itu, pantun ini juga menyemaikan nilai positif dan optimis

bahawa manusia boleh melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan hidup. Kejayaan dapat dicapai melalui usaha yang berterusan.

Pandangan yang terpancar daripada

ungkapan ini juga adalah selaras dengan ajaran Islam untuk berusaha, bersabar dan bertawakal.

Al-Quran membawa ajaran bahawa manusia mempunyai daya ikhtiar.

Semangat inilah yang menjadi faktor yang membawa kemajuan umat Islam seperti yang diperjelaskan oleh Syed Naquib Al-Attas ketika membicarakan peranan Islam di dalam pembangunan tamadun Melayu.

Tamadun Melayu dibangunkan oleh semangat yang

dibawa oleh al-Quran yang menganggap manusia sebagai “ mempunyai daya ikhtiar “

Abdul Latif Abu Bakar dan Othman Puteh. 1995. Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur. Universiti Malaya Alias Yusof. Pantun Melayu Sastera Rakyat.1966. Selangor. Federal Berhad. Zainal Abidin Borhan. Pantun Dondang Sayang Melaka: Olahan Kasih Melayu, Bil.6, Hlm .41, 6-8 September 1999. http://ms.wikipedia.com/wiki/pantun http://penyair.wordpress.com/2008/02/19/pantun-patriotik http://w3.spancity.com/yosi/kaedah/mengarang- pantun.htn

Related Documents

Pantun
May 2020 33
Pantun
October 2019 41
Pantun
October 2019 47
Pantun
October 2019 40
Pantun
May 2020 28
Pantun
October 2019 53

More Documents from "Firda"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40