Pak Pandir Sakti

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pak Pandir Sakti as PDF for free.

More details

  • Words: 1,428
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

TAJUK : PAK PANDIR SAKTI NAMA : NOR FAHIMAH BINTI ISMAIL NO. MATRIK : JEA 080071 SESI : SEM 1,2008/2009 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

SINOPSIS CERITA PAK PANDIR SAKTI Mengisahkan tentang kesaktian Pak Pandir dengan barang- barang yang diperolehinya semasa melukah dan mengembara. Daripada melukah, Pak Pandir mendapat barangbarang ajaib serta petua dari haiwan yang dia lepaskan semula apabila diminta oleh haiwan tersebut. Antaranya duri landak, Raja Tenggiling memberi petua menyeru namanya 3 kali sekiranya di dalam kesusahan, dan cincin dari ular yang boleh meminta apa sahaja yang dikehendaki. Dengan barang dan petua yang dia dapati,Pak Pandir keluar pergi merantau mengikut kehendaknya meninggalkan isterinya di rumah. Semasa merantau,dia mendapat lagi barang-barang ajaib seperti tali, parang puting,kijang dan kacip yang mendengar arahan tuannya iaitu Pak Pandir.Setelah penat berjalan,Pak Pandir tumpang tinggal di rumah Nenek Kebayan Bunga. Berhampiran dengan rumah nenek kebayan,terdapat sebuah negeri naungan Raja Shah Alam yang ditakluki oleh Raja Naga Laut yang amat jahat.Hal ini kerana naga itu inginkan anak dara sebagai habuannya.Setelah habis semua anak dara di negeri itu,tibalah giliran puteri Raja Shah Alam untuk dijadikan habuan naga itu.Oleh kerana baginda amat menyanyangi puterinya,disuruh hulubalang menyebarkan berita,sekiranya ada dalam kalangan rakyat dapat membunuh naga tersebut akan dapat mengahwini puterinya. Dengan menggunakan barang sakti yang ada, Pak Pandir dapat mengalahkan naga tersebut dan puteri telah terselamat daripada menjadi mangsa naga tersebut. Namun begitu, konflik berlaku ketika untuk mengahwinkan puteri.Hal ini kerana hulubalang yang berpura-pura telah mengalahkan naga tersebut. Akhirnya, hal yang sebenar diketahui raja lalu dikahwinkan puterinya dengan Pak Pandir.

2

Daripada cerita Pak Pandir Sakti ini,telah saya temui beberapa falsafah yang terkandung dalam cerita ini dan saya hanya mengambil sebahagian sahaja cerita tersebut diantara halaman 7 hingga 13 untuk disingkap falsafah-falsafah tersebut. Falsafah yang pertama saya temui didalam cerita ini ialah tentang menghormati tetamu. Menghormati tetamu ini merupakan salah satu adat yang amat penting kepada masyarakat Melayu dalam memuliakan kedatangan tetamu ke rumah. Di sini, tetamu akan dilayan sebaik-baiknya oleh tuan rumah. Di dalam cerita ini, dapat dilihat Pak Pandir singgah sebentar di rumah tuan ladang untuk minum air tetapi tuan rumah tersebut bukan sahaja memberikan air minuman malah memberikan sekali makanan kepada Pak Pandir. Hal ini dapat dilihat daripada petikan di bawah “…Tidak berapa lama berjalan maka sampailah ia kesebuah ladang yang sangat luas. Ditepi ladang itu didapati ada sebuah rumah. Dengan tidak berlengah lagi ia pun berjalan menuju kerumah itu. Apabila sampai dihalaman tangga rumah itu maka Pak Pandir pun memanggil, “Oh chik orang dirumah, aku hendak menumpang minum air.” Maka jawab tuan rumah itu, “Naiklah.” Pak Pandir pun naik dan duduk diserambi rumah itu lalu ia pun dijamu oleh tuan rumah itu makan nasi…” ( m/s 7-8 ) Falsafah berikutnya ialah berkaitan meminta izin atau beradab dalam meminta sesuatu. Dalam cerita ini, Pak Pandir kerap meminta izin dahulu sebelum ingin melakukan sesuatu atau meminta sesuatu benda. Hal ini dapat menunjukkan sikap seseorang itu baik pekertinya dan beradab. Petikan berikut menunjukkan sikap Pak Pandir yang meminta izin untuk turut ingin memakan sirih bersama-sama. “…Tidak berapa lamanya berjalan itu maka sampailah ia kesebuah dusun pinang. Didalam dusun itu ada sebuah rumah. Pada masa itu tuan rumah itu sedang duduk diserambinya. Apabila terpandang kepada orang itu, Pak Pandir pun bertanya, “Wahai tuan, bolehkah hamba menumpang makan sirih.” Maka sahut orang itu, “Apa pula salahnya. Naiklah kepondok hamba ini.” …” ( m/s 9 )

3

Daripada petikan tersebut, Pak Pandir menunjukkan sifat yang ada dalam masyarakat melayu yang amat menitikberatkan soal mendapatkan keizinan terlebih dahulu sebelum mendapatkan sesuatu yang dihajati kepunyaan individu lain. Hal ini bagi mengelakkan daripada tuan punya barang tersebut memberi tanggapan yang buruk terhadap individu yang ingin meminta barang yang diingini daripadanya. Seterusnya, didalam cerita Pak Pandir Sakti ini juga turut terkandung tentang perlunya mendengar arahan atau perintah dari orang atasan. Hal ini menunjukkan taat setia dalam menjalankan tugas atau amanah yang diberikan oleh tuan dengan baik. Di sini, saya telah mengambil keratan petikan yang menunjukkan dengarnya barang yang dimiliki oleh tuan rumah iaitu kacip kepada arahan tuan yang menyuruhnya mengambil pinang di pokok.

“…Apabila pak Pandir duduk, tuan rumah itupun menghulurkan puan kepada Pak Pandir. Setelah sirih dikapurnya, didapatinya puan itu tiada berpinang lalu ia pun memberitahu tuan rumah itu. Setelah diketahuinya puan itu tidak berpinang maka tuan rumah itupun I mengambil kachip seraya berkata, “Hai kachip pergi engkau ambil buah pinang.” Dengan tidak berlengah lagi kachip itupun turun ketanah dan menuju kesebatang pinang yang sedang berbuah masak. Apabila sampai dibatang pinang itu, kachip pun memanjat dan mengachip tiga biji buah pinang masak. Setelah selesai berbuat demikian, kachip itupun turunlah semula dan membawa tiga biji pinang tadi masuk kedalam puan…” ( m/s 9 ) Petikan tersebut dapat memberikan gambaran bahawa kacip tersebut tidak membantah arahan tuannya malah dengan cepat melakukan arahan tersebut. Walaupun tuannya tidak mengarahkan mengambil pinang dari pokok mana,kacip tersebut mampu

4

mencari pokok pinang yang telah ada buah pinang yang sudah masak lalu meletakkannya didalam puan.

Setiap individu di dunia ini perlu adanya sikap ingin mengetahui dan ingin mendalami sesuatu ilmu yang baru diperolahi atau yang baru ditemui. Hal ini penting dalam meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dalam diri seseorang itu. Seseorang hanya akan dipandang berdasarkan pada banyaknya ilmu yang ada pada dirinya. Justeru dalam ingin menuntut ilmu tidak perlu berasa malu untuk bertanya atau meminta ilmu itu. Perkara ini ditunjukkan oleh Pak Pandir yang ingin mengetahui mengapa kijang tersebut berakkan benda berwarna kuning iaitu emas yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Oleh kerana jangkal dan adanya sifat ingin tahu dalam dirinya yang mendalam tentang perkara tersebut, dia meminta menukar kijang tersebut dengan cincin saktinya daripada tuan punya kijang tersebut.

“…dilihat oleh Pak Pandir kijang itu melompat kekiri dan melompat kekanan mengikut sahaja apa kehendak penonggangnya. Apabila puas menonggang kijang itu maka laki2 itu turun dan mengogah-ngogah pangkal ekor kijang itu, tatkala itu keluarlah beberapa banyak mas sebesar buah chenerai daripada ekor kijang itu. Akan Pak Pandir, tersangatlah hairannya ia melihatkan kijang itu berakkan benda2 yang kekuning-kuningan, akan tetapi oleh kerana ia tiada kenalkan mas maka ia pun berfikir, “ Mengapa pula kijang ini berakkan benda kuning macham itu. Aku tak pernah jumpa. Kalau begitu baik aku minta tukar.” ( m/s 11 ) Selain itu, daripada petikan di atas juga dapat dilihat akan kebodohan Pak Pandir. Hal ini kerana Pak Pandir tidak dapat mengenali akan najis kijang dengan emas. Dengan sifat kebodohannya itu, dia meminta menukarkan kijang tersebut dari tuan kijang itu dengan cincin yang boleh meminta apa sahaja dikehendaki yang dia ada.

5

Akhir sekali dapat saya temui daripada cerita ini ialah tentang patuhnya pada janji dan tanggungjawab menjaga rakyat negeri. Hal ini ditunjukkan apabila Raja Shah Alam menghantar seorang anak dara sebagai habuan kepada Raja Naga Laut bagi mengelakkan Raja Naga Laut itu naik ke darat membinasakan negeri dan mencederakan rakyat jelata. Daripada tindakan yang dilakukan oleh Raja Shah Alam menunjukkan yang baginda amat menjaga keselamatan dan kebajikan rakyatnya. Tindakan baginda itu menunjukkan tentang sifat yang harus ada dalam diri seseorang pemimpin negeri mahupun negara. Petikan dibawah menunjukkan gambaran tentang Raja Shah Alam yang mematuhi janji dan sifat pentingkan kebajikan rakyatnya dalam mentadbir jajahan takluknya. “…Pada masa itu negeri itu sedang ditakluki oleh Raja Naga Laut. Sungguhpun negeri itu ada mempunyai beberapa ramai hulubalang dan bala tentera akan tetapi tiada seorang pun yang berani hendak membunuh naga kepala tujuh itu. Pada tiap2 bulan purnama Raja Shah Alam terpaksa menghantarkan seorang dara yang rumaja puteri ketepi laut dekat tempat naga itu betapa untuk dijadikan makanannya. Jikalau tiada berbuat demikian, neschaya naga itu akan naik kedarat dan membinasakan hamba rakyat sekalian…” ( m/s 13 ) Daripada petikan di atas, dapat disimpulkan bahawa pentingnya dalam menepati janji dalam kehidupan seharian . Sekiranya tidak menepati janji akan dapatlah balasannya kepada individu tersebut. Selain itu juga, sikap menjaga kebajikan terhadap anak buah juga penting oleh pemimpin. Kesimpulannya, falsafah-falsafah yang terkandung di dalam cerita ini mempunyai mesej yang tersendiri dan harus dijadikan tauladan di dalam kehidupan seharian kita. Dalam menjalani kehidupan di dalam arus permodenan, tidak harus kita berputus asa dan jangan segan dalam menuntut ilmu walaupun dikutuk. Sesungguhnya, manusia dijadikan untuk terus mencari ilmu dan mengamalkan segala nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian.

6

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu . Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu . Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu Lok Chong Hoe. 1997. Falsafah Barat klasik Plato dan Aristotle : Universiti sains Malaysia Zakaria Hitam. 1972. Pak Pandir Sakti : Dewan Bahasa dan Pustaka

7

Related Documents

Hikayat Pak Pandir Sakti
October 2019 49
Pak Pandir Sakti
October 2019 39
Pandai Pak Pandir
December 2019 15
Pak
November 2019 67
Pak
July 2020 40
Om Jai Sakti
June 2020 13

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48