Kamal Mustaqim Hafidz Asiyah Hanis
Seloka ini menyindir perlakuan Pak Pandir yang tidak wajar dalam segala tindakannya. Pak Pandir digambarkan terlalu mengutamakan orang luar berbanding anaknya sendiri. Orang luar itu diberikan keistimewaan, manakala anak sendiri diabaikan. Hal ini berlaku kerana Pak Pandir tidak tahu membezakan antara musuh dengan kawan. Pak Pandir juga mudah terpengaruh dengan orang lain hingga tidak sedar hartanya habis dikikis. Lantaran sikapnya itu, Pak Pandir juga mengalami kerugian akibat terlalu mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti. Pak Pandir turut mengalami kesulitan lantaran orang yang dipercayainya telah menyusahkn dirinya pula. Semua kesulitan yang dialami oleh Pak Pandir berpunca daripada dirinya yang tidak berpendirian teguh dan mudah terikut-ikut dengan lagak atau
Bebas
Rima akhir bebas
CIRI DAN BENTUK
Setiap baris: 3-5 patah kata 7-10 suku kata
17 baris dalam 1 perenggan
Sinkof Peribahasa
Tak sedar bertelanjang Mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan Perulangan kata Orang berbunga, dia berbunga Simbolik Rambutan jantan Anafora Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram. Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela.
NILAI • Berhati-hati Sikap berhati-hati penting diamalkan dalam kehidupan bagi mengelakkan diri kita daripada melakukan kesilapan.
• Baik hati Sifat ini biarlah dilakukan dengan berpada-pada kerana adakalanya orang akan mengambil kesempatan.
• Kasih sayang Kasih sayang antara ahli keluarga sangat ditekankan oleh masyarakat bagi mewujudkan suasana yang harmoni.
PENGAJARAN • Kita jangan mudah terpedaya dengan lagak atau kata-kata seseorang yang tidak dikenali. • Kita mesti gunakan akal fikiran sebelum mengambil apa-apa jua tindakan. • Kita jangan melebih-lebihkan orang lain berbanding keluarga. • Kita jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. • Kita mesti mengelakkan diri daripada diperalatkan oleh seseorang yang berkepentingan.