FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU JXEA 1104 KEMALASAN DAN KEBODOHAN PAK PANDIR DALAM HIKAYAT PAK PANDIR SAKTI
NAMA : NURULAINI MOHAMMAD HATAR NO MATRIK : JEA 080110 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD SESI : SEMESTER 1, SESI 2008/2009 NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABD RAHMAN
1
Dalam hikayat klasik terdapat hasil sastera yang dikenali sebagai sastera rakyat. Sastera rakyat terdiri daripada cerita binatang, cerita lagenda, cerita jenaka dan banyak lagi. Cerita Pak Pandir termasuk dalam cerita jenaka. Cerita jenaka mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai perwatakan yang terlalu bodoh atau terlalu pintar, mempunyai unsur kebetulan dalam sesebuah cerita, kelucuan yang ditimbulkan dari jalan cerita sendiri serta mempunyai kata-kata yang melucukan. Sinopsis cerita Pak Pandir Sakti ini adalah mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri. Si suami bernama Pak Pandir dan isterinya bernama Mak Andih. Pak Pandir seorang yang bodoh dan malas bekerja. Maka Mak Andih terpaksa menyuruh Pak Pandir membuat kerja seperti menebas dan melukah. Akan tetapi Pak Pandir yang malas dan bodoh itu tidak tahu membuat kerja. Sampai sahaja di kebun Pak Pandir terus tidur dan apabila perutnya lapar Pak Pandir pun makan bekalan yang Andih bekalkan. Apabila hari sudah petang Pak Pandir pun pulang ke rumah.
Setelah lama, Mak Andih pun
mengetahui yang Pak Pandir tidak menebas maka Mak Andih pun menyuruh Pak Pandir pergi menukah. Pak Pandir pergi menukah itulah dia mendapat kesaktiannya hasil daripada tangkapannya. Hal ini disebabkan Pak Pandir bukan mendapat ikan daripada hasil tangkapannya tetapi dia mendapat landak, ular dan sebagainya. Binatang-binatang inilah yang memberi kesaktian kepada Pak Pandir.
2
Falsafah yang dapat di kupas dalam cerita Pak Pandir Sakti ini ialah falsafah malas bekerja dalam petikan cerita Pak Pandir Sakti ini. “Pak Pandir ini adalah seorang yang sangat malas bekerja.” (M/S 1 p2) Sepatutnya sebagai seorang ketua keluarga Pak Pandir wajib bekerja. Pak Pandir tidak boleh mengharapkan isterinya untuk memberi makan dan minum.
Hal ini
disebabkan memang lumrah dunia bahawa tanggungjawab seorang suami adalah mencari rezeki.
Suami tidak boleh malas bekerja. Sifat malas bekerja akan mengeruhkan
sesebuah hubungan. Sama ada dalam hubungan suami isteri atau pun dalam kalangan adik-beradik. Jika seseorang itu malas bekerja maka otaknya tidak boleh berkembang. Maka seseorang yang malas bekerja itu akan sentiasa berfikiran yang tidak terbuka. Mereka tidak dapat memikirkan sesuatu perkara dengan fikiran yang kreatif serta inovatif. Mereka akan terus berfikiran yang sama. Oleh itu, sesuatu perkara yang boleh difikirkan secara lebih mendalam tetapi orang yang malas bekerja akan mendapat sesuatu keputusan yang ringkas sahaja. Selain itu, mereka yang digolongkan dalam golongan yang malas bekerja ini dikatakan golongan yang hanya pandai mengharap simpati orang lain.
Hal ini
disebabkan, apabila sesorang itu malas bekerja mereka hanya akan meraih simpati orang lain. Sebagai contoh dalam cerita Pak Pandir Sakti ini, Pak Pandir meraih simpati Mak Andih untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan.
Sedangkan Pak Pandih kuat untuk
mengerjakan pekerjaan yang Mak Andih suruh lakukan.
3
Jika seseorang itu malas bekerja maka kehidupannya juga akan susah seperti Pak Pandir ini. Pak Pandir yang malas bekerja terpaksa juga bekerja agak Mak Andih tidak risau akan kesusahan hidup mereka. Tetapi Pak Pandir hanya pergi bekerja tetapi tidak berusaha untuk bekerja. Pak Pandir hanya tahu tidur dan makan sahaja. Maka kehidupan mereka tidak berubah. Mak Andih yang pintar ini cuba mengajak Pak Pandir melakukan kerja yang lebih senang agar Pak Pandir rajin berusaha untuk bekerja tetapi usahanya siasia. Pak Pandir tidak mahu mengubah sikapnya yang malas bekerja ini. Mereka yang malas bekerja juga akan dipandang rendah oleh orang lain. Hal ini disebabkan orang lain yang memandang mereka yang malas bekerja sebagai orang yang berat tulang. Masyarakat sekeliling akan berfikir bahawa mereka yang gagah dan kuat bekerja tidak harus malas bekerja. Semasa tenaga masih ada eloklah berusaha mencari rezeki sebelum datangnya pelbagai jenis penyakit yang boleh membataskan seseorang untuk berusaha mencari pekerjaan dan mengumpul harta. Selain daripada falsafah malas bekerja yang terdapat dalam cerita Pak Pandir Sakti terdapat juga falsafah mengenai kebodohon Pak Pandir. “Dengan tidak berlengah lagi Pak Pandir pun berjalanlah sambil memikul lukah itu dan pergi ke Bukit Raya. Apabila dijumpai denai binatang lalu-lalang maka Pak Pandir pun berhenti. Tidak lama berhenti dilihatnya seekor ular berbelang-belang menempuh denai itu. Ia fikir bahawa yang lalu itu ikan tilan lalu ia pun menahan lukahnya di situ. Setelah selesai maka ia pun pulang.” (M/S:2-4)
4
Berdasarkan petikan di atas, dapat dilihat bahawa betapa bodohnya Pak Pandir. Selalunya orang yang bodoh ini mudah ditipu oleh orang lain. Orang yang digolongkan dalam golongan kebodohan ini tidak tahu bahawa jika mereka ditipu. Hal ini disebabkan mereka berpendapat bahawa mereka telah membuat sesuatu perkara dengan betul dan bijak. Sedangkan ia sebaliknya. Mereka dalam golongan orang yang bodoh ini juga sering mengalami kerugian. Hal ini disebabkan, orang yang bijak sering menipu golongan ini. Orang yang bijak akan mengambil kesempatan ke atas mereka yang lemah ini. Mereka yang bijak akan terus berjaya tetapi orang yang bodoh akan terus mundur. Ini amat merugikan diri sendiri. Orang yang bodoh ini sering berasa pintar seperti Pak Pandir. Pak Pandir berasa dia pintar sedangkan hakikatnya dia bodoh. Pak Pandir tidak mengenal emas yang diberakkan oleh kijang.
Pak Pandir berpendapat bahawa itu hanyalah najis kijang.
Maka sebenarnya Pak Pandir boleh menjadi kaya-raya dengan hasil emas yang diberakkan oleh kijangnya. Kebodohonan Pak Pandir menyebabkan kehidupannya terus mundur. Mereka yang dalam golongan yang bodoh ini juga tidak suka bertanya kepada orang lain. Mereka sentiasa berasa mereka di pihak yang benar. Mereka yang dalam golongan bodoh ini akan bertindak mengikut perasaan mereka sahaja. Mereka tidak mahu mengikut pandangan orang lain. Mereka tidak memikir risiko apabila sesuatu tindakan yang mereka telah lakukan. Seperti kata pepatah melayu, ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam.’
5
Kesimpulannya, kemalasan Pak Pandir untuk bekerja dan kebodohannya janganlah dijadikan pegangan hidup. Sebaliknya, jadikan kemalasan dan kebodohan Pak Pandir sebagai cermin untuk kita sebagai manusia yang bertamadun mengambil pengajaran daripada cerita Pak Pandir ini. Masyarakat sekarang semakin moden maka harus lebih berusaha keras agar dapat seiringan dengan arus kemodenan ini. Janganlah kita terus menjadi katak di bawah tempurung. Sesungguhnya sifat malas dan bodoh ini datang dalam diri setiap manusia oleh itu hanya diri sendiri yang boleh mengubatinya. Yakinlah pada diri sendiri bahawa semua manusia yang tercipta mempunyai kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
6
Bibliografi Al-Attas, S.M.N 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia. Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu . Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu . Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu Nash, S.H 1989. Falsafah kesusasteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Zakaria Hitam. 1972. Pak Pandir Sakti : Dewan Bahasa dan Pustaka
7