Org Cina M'sia N S'pore Dlm Pengekalan Budaya Tionghoa

  • Uploaded by: chinese stream
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Org Cina M'sia N S'pore Dlm Pengekalan Budaya Tionghoa as PDF for free.

More details

  • Words: 5,951
  • Pages: 34
AAEA 2305 KAJIAN MASYARAKAT CINA Tajuk: Komuniti Cina di Malaysia dan Singapura dikatakan telah menjadi dua kelompok komuniti yang berbeza dari segi pengekalan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan mereka. Mengapakah keadaan ini wujud? Bincangkan.

PENSYARAH : Dr. THOCK KER PONG

NAMA PELAJAR: TIEW SIAO LING TEA 070110 YEOH YIN YIN

TEA 070125

Kandungan 1.0

Pengenalan

2.0

Malaysia 2.1

Kaum Cina Bergiat Dalam Pengekalan Budaya Tionghoa

2.2

Penentangan Kaum Cina Demi Mengembangkan Budaya Tionghoa

3.0

2.3

Kaum Cina Di Malaysia Mengutamakan Pembauran Budaya

2.4

Budaya Tionghoa Malaysia Menuju Ke Arah Antarabangsa

2.5

Kebimbangan Penghakisan Budaya Kaum Cina

Singapura 3.1

Tempoh Masa ‘deemphasized the Chineseness of Singapore’ (去中华性 ) pada Tahun 1965 hingga 1979

3.2

Tempoh Masa ‘Asioanizing Singapore’ (亚洲化 ) pada tahun 1979 hingga 1990 3.2.1

Pengembangan Kebudayaan Tionghoa Atas Sebab Pragmatik

3.2.2 Pembinaan Asas Masyarakat Baru: Kempen Bahasa Mandarin 3.3

Tempoh Masa ‘Multiracial Culture Democracy’ (多元化 ) Selepas Tahun 1990 3.3.1

Pengaruh Kebudayaan Antara Kaum

3.3.2 Pengekalan Kebudayaan Tionghoa Bagi Orang Cina Singapura secara superficial 3.4

Kesan Singapura Terhadap Pengamalan Kebudayaan Tionghoa Selepas Mengalami Perubahan Ketiga-tiga Tempoh Masa

4.0

Kesimpulan

2

1.0

Pengenalan Malaysia dan Singapura merupakan negara yang terdiri daripada

berbilang kaum, seperti kaum Cina, kaum Melayu, kaum India dan sebagainya. Kaum Melayu merupakan kaum terbesar dalam negara Malaysia manakala kaum Cina telah menjadi majoriti kaum dalam Singapura. Sejak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu hingga kedua-dua negara ini mencapai kemerdekaan, banyak usaha dan pengorbanan telah dilakukan oleh nenek moyang kaum Cina dalam berbagai-bagai bidang untuk mencari rezeki agar dapat hidup di negara yang bukan miliki mereka. Namun, kedua-dua masyarakat Cina telah memegang prinsip dan sikap yang berbeza terhadap pengekalan kebudayaan Tionghoa dan identiti kecinaan diri sendiri. Kaum Cina di Malaysia dikatakan telah banyak menempuh rintangan dan kedukaan dalam perjuangan pengekalan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan. Ini termasuklah tuntutan pendidikan Bahasa Cina supaya dapat terus dijalankan di sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di universiti sejak sebelum kemerdekaan sehingga hari ini. Orang Cina di Malaysia mempercayai bahawa melalui pendidikan, seseorang akan lebih mengenali sejarah bangsanya dan seterusnya dapat menyemai ciri-ciri budaya yang cemerlang dalam diri sendiri. Terdapat satu peribahasa yang menyatakan pendidikan anak merupakan aspek terpenting bagi kaum Cina( 再 苦 不 能 苦 孩 子 , 再 穷 不 能 穷 教 育 ). Ini memperlihatkan betapa seriusnya pandangan kaum Cina terhadap pendidikan. Dengan ini, dapatlah kita memahami kenapa nenek moyang kaum Cina yang datang dari Negara China

3

sejak dahulu bergiat dalam mengembangkan dan menyalurkan pendidikan Cina kepada anak-anak mereka walaupun sudah berpenat lelah dalam pekerjaan masing-masing. Oleh itu, walaupun masyarakat Cina Malaysia telah menghadapi pelbagai rintangan untuk mempertahankan dan mengekalkan pendidikan Cina dan kebudayaan Tionghoa. Akan tetapi, masyarakat Cina tidak berputus asa begitu sahaja. Mereka terus mempertahankan pendidikan cina di samping itu turut mengekalkan budaya Tionghoa. Sebaliknya, walaupun kaum Cina telah menjadi rakyat majoriti dalam Singapura, tetapi pengekalan dan pertahanan dalam budaya Tionghoa tidak dilaksanakan oleh masyarakat Cina Singapura akibat konsep politik negara yang ditetapkan oleh bekas Perdan Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam tempoh masa tahun 1965 hingga 1979 selepas kemerdekaan Singapura. Kerajaan Singapura tidak menyekat perkembangan budaya Tionghoa tetapi telah bersikap memandang ringan dan mengabaikan demi pengeratan antara kaum. Matlamat Singapura untuk membina dan membentuk“warga Singapura” dan ini telah diterima oleh semua rakyat Singapura tanpa mengira kaum. Pihak kerajaan Singapura menyedari bahawa kedudukan bahasa Mandarin telah semakin meningkat dan memainkan peranan penting dalam sektor ekonomi sejak kebangkitan negara China. Kerajaan mengambil tindakan dan berusaha dalam pendidikan Cina serta pengekalan budaya Tionghoa demi rakyat Singapura mendapatkan peluang dan manfaat dengan menguasai bahasa Mandarin. Akan tetapi, pelaksanaan ini telah ketinggalan hampir 30 tahun.

4

Kebanyakan

kaum

Cina

tidak

lagi

berminat

dan

bersemangat

dalam

pembelajaran pendidikan Cina bahkan budaya Tionghoa yang dirangkumi dalam pendidikan Cina. Memandangkan sikap kedua-dua masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura terhadap pengekalan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan adalah berbeza. Maka, bolehlah dikatakan kelompok Cina dalam kedua-dua negara telah memainkan peranan yang berbeza-beza walaupun nenek moyang keduadua negara ini datang dari tempat yang sama iaitu negara China. Kajian ini akan membincangkan tentang keadaan di Malaysia dan Singapura dari segi pengekalan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan.

5

2.0

Malaysia 2.1

Kaum Cina Bergiat Dalam Pengekalan Budaya Tionghoa Kaum Cina di Malaysia amat tekal dan berusaha dalam pengekalan

budaya Tionghoa. Yang paling asasnya ialah mengekalkan amalan pemakanan orang Cina. Biarpun Malaysia terletak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dan tiada perbezaaan antara musim, namun, kaum Cina di Malaysia tetap mengamalkan tradisi Negara China termasuklah meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Banyak Huatuan mengadakan aktiviti seperti kunjung-mengunjungi sempena dengan perayaan tersebut. Selain itu, kaum Cina di Malaysia juga meraikan perayaan tradisional yang lain seperti Cheng Beng(清明节), Perayaan Duan Wu(端午节), Perayaan Zhong Yuan(中元节), Perayaan Kuih Bulan(中秋节), Dong Zhi(冬至) dan sebagainya. Sejak beberapa tahun ini, kaum Cina yang berbagai dialek juga banyak mengembangkan budaya tradisional masing-masing, ini termasuk juga makanan dari pelbagai tempat, wayang dan puisi tradisional tempatan seperti wayang orang Hokkien, wayang orang Kantonis, lagu orang Hakka dan sebagainya. Kepercayaan kaum Cina yang meluas dapat diperlihatkan melalui tokong-tokong yang senang dijumpai di kawasan penempatan orang Cina. Antaranya termasuklah ‘Tokong Datuk’(哪督公), dewi Guanyin(观音娘娘) dan sebagainya. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti tarian Singa dan tarian Naga manakala pada hari 6

kuih bulan terdapat permainan teka-teki(猜灯谜). Lukisan Cina, tulisan khaligrafi Cina, catur Cina, puisi-puisi Cina dan Orkestra Tionghoa juga diperkembangkan melalui persatuan-persatuan ataupun individu. Bidang perubatan tradisional Cina dan ubat tradisional Cina diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Bukan sahaja orang Cina yang menerima rawatan tradisional ini bahkan orang Melayu ataupun orang India juga mempercayai dan menggunakannya. Aktiviti kaum Cina seperti Tai Chii, Qi Gong, Wushu dan sebagainya turut berkembang dengan pesatnya dan terdapat juga kaum Melayu dan India yang menyertainya. Kesusasteraan Mahua juga merupakan stau bidang yang penting dalam kesusasteraan Cina di dunia.

2.2

Penentangan Kaum Cina Demi Mengembangkan Budaya Tionghoa Bangsa Cina memegang kepada pemikiran Konfusionisma yang

menekankan kesederhanaan dan mementingkan kesejahteraan. Walaupun begitu, apabila berdepan dengan pihak yang menghalang atau membantah pengekalan kebudayaan Tionghoa seperti pihak penjajah British, bangsa Cina akan sedia untuk melakukan penentangan. Ini termasuklah juga menuntut terhadap pihak kerajaan yang diketuai oleh UMNO selepas kemerdekaan. Penentangan yang utama ialah untuk mengekalkan dan memelihara pendidikan Cina. Ini kerana pendidikan Cina merupakan asas

7

kepada pengekalan budaya Tionghoa. Pihak kerajaan yang diketuai oleh UMNO pernah melaungkan slogan ‘satu negara, satu bahasa(Bahasa Malayu), satu bangsa’. Masyarakat Cina meminta supaya Bahasa Cina juga dijadikan sebagai salah satu bahasa formal. Kebanyakan orang Cina terpaksa menanggung penderitaan demi mempertahankan pendidikan Cina. Antara yang paling terkenal ialah pengerusi Jiaozong, En Lim Lian Geok. Demi menuntut kedudukan pendidikan Cina yang setaraf, beliau telah dirampas hak kerakyatan dan pas gurunya oleh kerajaan. Akan tetapi, semangat beliau yang tidak mudah berputus asa telah berjaya mengumpul seramai beberapa puluh ribuan orang untuk menentang dan mempertahankan pendidikan Cina. Ini telah memaksa kerajaan untuk memandang berat terhadap hasrat masyarakat Cina. Ianya juga memaksa kerajaan membatalkan akta pelajaran yang mempunyai hak untuk menutup sekolah Cina dan seterusnya mempertahan pendidikan Cina. Beliau juga digelar sebagai ‘roh bangsa’(族魂) selepas meniggal dunia. Hari kematian beliau juga dijadikan sebagai ‘Hari Pendidikan Cina’(华教 节). Masyarakat Cina mengadakan upacara menyembah yang formal lagi besar-besaran untuk mengingati sumbangannya terhadap pendidikan Cina dan mengekalkan semangatnya dalam penentangan pendidikan Cina. Selain itu, penentangan terhadap pendidikan Cina berlaku lagi pada tahun 1987 kerana pihak yang berkuasa mengarahkan guru yang tidak memahami Bahasa Cina menjawat jawatan tinggi seperti guru besar,

8

penolong kanan guru besar dan sebagainya. Masyarakat Cina khuathir keadaan ini akan memudaratkan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), maka banyak ahli jawatan tinggi parti politik seperti Parti Gerakan Rakyat, mahupun MCA turut menyertai bersama penentangan tersebut. Akibatnya, pihak yang berkuasa menggunakan ISA (Internal Security Act) untuk menangkap 106 orang yang terlibat dalam perhimpunan. Akan tetapi, pihak UMNO tahu bahawa masyarakat Cina tidak akan mudah mengalah dalam kes ini tetapi akan menentang berhabis-habisan. Jadi, mereka menarik balik arahannya maka Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dapat dikekalkan sehingga hari ini. Bak kata pepatah, ‘tekanan yang semakin besar mengakibatkan tentangan yang semakin hebat’(压力越大,反抗力越强), boleh didapati bahawa kadang kala tekanan yang kuat dapat membawa kepada kesan yang baik. Sebagai contoh, tiada tarian singa di Negara China pada masa dahulu dan ianya dibawa masuk dari luar negara, maka orang di Negara China membawa budaya tarian singa ini ke Malaysia dan seterusnya dipersembahkan di pelbagai perayaan. Akan tetapi, menteri melayu mengatakan bahawa tiada singa di Malaysia dan menginginkan kaum Cina menggantikannya dengan harimau supaya dapat bergaul dengan budaya tempatan. Pihak kerajaan juga banyak menghalang perkembangan tarian singa dan ini mengakibatkan tentangan hebat daripada masyarakat Cina dan mereka berhasrat tinggi untuk memperkembangkan budaya tarian singa ini. Lantaran itu, bilangan

9

persatuan tarian singa semakin banyak didirikan dari sehari ke sehari, pertandingan tarian singa juga diadakan di merata tempat di Malaysia. Selain itu, persatuan tarian singa di Malaysia juga sering mendapat juara dalam pertandingan singa antarabangsa. Akhirnya, budaya tarian singa di Malaysia mendapat iktiraf dari pihak antarabangsa justeru membolehkan latihan pengadil dalam pertandingan tarian singa antarabangsa dijalankan di Malaysia. Pada masa inilah ketua-ketua Melayu terpaksa menerima budaya ini dan membenarkan tarian singa ini dipersembahkan di perayaan besar Malaysia yang formal. Tarian singa juga dijadikan sebagai salah satu pertunjukan yang menarik pelancong asing. Kejadian ini dapat memaparkan tentangan masyarakat Cina terhadap tekanan masyarakat. Tanah perkuburan(义山) merupakan tempat untuk menempatkan orang yang meninggal dunia, ianya juga membuktikan penghijrahan orang Cina dari China ke Malaysia. Contohnya Bukit Sam Poh(三保山) di Melaka merupakan tanah perkuburan orang Cian yang paling bersejarah. Manakala tanah perkuburan Guang Dong di Kuala Lumpur pula merupakan tanah perkuburan orang Cian yang paling besar di Malaysia. Terdapat orang yang ingin ‘membangunkan’ kedua-dua tempat yang bersejarah ini tetapi dengan penentangan hebat oleh masyarakat Cina ianya dapat dipertahankan. 2.3

Kaum Cina Di Malaysia Mengutamakan Pembauran Budaya Di samping mengekalkan dan mengembangkan budaya Tionghoa,

kaum Cina di Malaysia juga menerima bahawa Malaysia merupakan

10

negara yang mempunyai pelbagai kaum. Kaum Cina mengetahui bahawa mereka perlu faham-memahami antara kaum Cina dengan kaum lain untuk mencapai permuafakatan. Terutamanya mereka perlu mengenali kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di Malaysia. Bahasa merupakan unsur utama dalam komunikasi. Dalam masyarakat Malaysia yang unik ini, orang Cina merupakan pakar bahasa kerana bukan sahaja tahu berbahasa Cina, malahan dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi, sekolah Cina juga mengajar ketiga-tiga bahasa ini. Selain itu, kaum Cina juga tahu bahasa dialek sendiri(Hokkien, Teowchew, Kantonis, Hakka) dan juga dialek tempatan seperti Bahasa Hokkien di Pulau Pinang dan Klang, Bahasa Fu Chaw di Sibu dan sebagainya. Disebabkan orang Hokkien merupakan kaum Cina yang datang paling awal ke Malaysia, masa pergaulan dengan orang Melayu adalah lebih lama, maka terhasillah perkataan Melayu dalam percakapan harian Hokkien seperti kahwin(结婚), pandai(聪明), pasar(巴刹), balai(警察局), roti(面包), timun(黄瓜) dan sebagainya. Sebagai kontrasnya, Bahasa Melayu juga terdapat campuran Bahasa Hokkien seperti teh(茶), tekoh(茶 壶), mee(面), bihon(米粉), poh(包) dan sebagainya. Di bawah Dasar Pendidikan yang dijalankan, Bahasa Melayu merupakan matapelajaran wajib bagi semua pelajar Cina. Oleh itu, penguasaan Bahasa Melayu bagi kaum Cina agak baik juga. Mereka membaca surat khabar Melayu justeru dapat memahami keadaan

11

masyarakat melayu di Malaysia. Terdapat juga sesetengah ahli akademik ataupun penulis menggunakan Bahasa Melayu untuk menulis, ataupun menterjemahkan bahan kesusasteraan Bahasa Melayu kepada Bahasa Cina ataupun sebaliknya, ini berjaya memupuk interaksi antara kaum dan menyumbang kepada bidang akademik. Cara pemakaian dan budaya pemakanan juga semakin luas pengaruhnya. Cara pemakaian tradisional kaum Cina telah digantikan dengan pemakaian barat seperti pakaian kot, manakala pemuda-pemudi lebih mengemari pakaian jeans, akan tetapi terdapat juga kaum Cina yang memakai batik dan baju kurung. Dari segi pemakanan, kaum Cina makan makanan Cina dan juga makanan Melayu, makanan India, makanan barat dan sebagainya. Kopi atau teh yang dijual di kopitiam Cina bukanlah makanan tradisional Cina. Pemuda-pemudi Cina pada masa kini gemar mengunjungi ke kedai mamak untuk minum ‘teh tarik’, ataupun pergi ke restoran barat seperti Starbuck dan Coffee Beans. Kebanyakan kaum Cina telah mengetepikan kegunaan mangkuk dan penyepit sebaliknya menggantikannya dengan sudu dan garpu ataupun menggunakan tangan kanan untuk makan seperti kaum Melayu. Sebenarnya, kaum lain juga banyak dipengaruhi oleh budaya Tionghoa dalam pertembungan budaya. Contohnya, terdapat lebih daripada enam pulu ribu orang murid yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) merupakan anak kaum Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak. Pada masa kini, terdapatnya guru Melayu yang mengajar bahasa Cina di

12

Sekolah Jenis Kebangsaa (Cina) dan bilangan ini akan semakin meningkat. Ini telah melahirkan pertembungan budaya yang bersifat positif antara budaya Cina dan Melayu. Terdapat orang Melayu yang menjual pao, Char Kuey Tiew(炒果条), orang India yang menyanyi lagu Cina dan lagu Hokkien. Kaum bukan Melayu belajar Wushu, Qigong, tarian singa, lukisan Tionghua, tulisan khaligrafi Cina, catur Cina mahupun Mahjong. Terdapat wanita Melayu yang menyertai pertandingan membuat ‘dumpling’(粽子) pada perayaan Duan Wu. Terdapat juga majlis kaum Cina yang tidak menggunakan daging babi untuk melayan tetamu dalam perayaan. Pada zaman penjajahan British hingga sekarang, kerajaan amat mementingkan dan menghormati hari perayaan pelbagai kaum dan dijadikan sebagai hari cuti awam. Oleh itu, selain perayaan kaum Melayu seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Nuzul Al-Quran, perayaan kaum cina seperti Tahun Baru Cina juga diberi cuti sebanyak dua hari. Manakala Hari Kristmas bagi orang beragama Kristian, Hari Wesak bagi penganut Buddha ataupun Deepavali bagi Hindu juga merupakan cuti awam yang diraikan bersama. Sejak beberapa tahun ini, perayaan penting bagi berbagai-bagai kaum telah dijadikan perayaan yang boleh diraikan bersama antara semua kaum, aktiviti kunjung-mengunjungi dan rumah terbuka juga banyak dijalankan. Namun begitu, interaksi sedemikian sebenarnya hanya merupakan kegiatan permukaaan sahaja dan mengandungi unsur-unsur kepentingan

13

politik dan lain-lain lagi. Masalah permuafakatan tetap wujud antara kaum di Malaysia. Kaum Cina dan kaum Melayu yang belajar Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin adalah untuk tujuan pelajaran, pekerjaan, perniagaan ataupun dari segi kepentingan politik. Mereka tidak mengkaji budaya Melayu ataupun tamadun Islam dengan teliti dam mendalam. Masyarakat Cina seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini. Selain itu, kaum Melayu yang berperanan sebagai kaum utama jarang bersifat aktif untuk belajar bahasa Cina dan dialek Cina serta mengkaji falsafah budaya Tionghoa dengan rela hati. Kesimpulannya, kefahaman kaum Melayu terhadap kaum Cina jauh lebih rendah daripada kefahaman kaum Cina terhadap kaum Melayu. Kaum Melayu diwajibkan menganuti agama Islam. Sekiranya orang Cina berkahwin dengan lelaki ataupun wanita Melayu, mereka mesti bertukar menjadi penganut Islam. Inilah sebab kenapa kebanyakan orang Cina membantah penukaran agama ini kerana orang Cina yang menganut agama Islam dikehendaki membuang gaya hidupnya dan sukar untuk bercampur dengan budaya masyarakat Melayu. Jadi, perkahwinan antara dua kaum ini jarang berlaku. 2.4

Budaya Tionghoa Malaysia Menuju Ke Arah Antarabangsa Menuju ke abad ke-20, perubahan keadaan di dalam dan di luar

negara banyak mempengaruhi perkembangan budaya Tionghoa di

14

Malaysia, antaranya termasuklah penujuan budaya Tionghoa ke arah antarabangsa. Dalam negara, kejayaan UMNO menjadikan kaum Melayu sebagai kaum yang kerkuasa. Barisan National melaksanakan dasar-dasar yang menyebelahi kaum Melayu, terutamanya kaum Melayu mendapat perkembangan yang besar dalam sektor ekonomi di bawah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru(DEB). Kejayaan kaum Melayu dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan kesusasteraan berjaya meningkatkan aras kehidupan mereka, menambahkan keyakinan mereka dan seterusnya menjadikan kerajaan yang dibentuk oleh Barisan National mengubah dasar terhadap budaya Tionghoa di samping pengaruh antarabangsa. Mereka mendorong budaya Tionghoa seperti menjemput persembahan tarian singa sebagai aturcara menyambut tetamu khas negara dan menjadi tarikan pelancongan. Hari Kebudayaan Tionghoa yang diadakan oleh FCAM(Federation of Chinese Association In Malaysia 华总) juga mendorong kaum Melayu dan kaum lain untuk menyertainya. Bekas perdana menteri Tun Dr.Mahathir juga sering merasmikan perayaan ini. Kementerian Kebudayaan dan Kesenian juga menaja aktiviti ini sebagai sokongan. Warisan dan tempat yang bersejarah bagi kaum Cina juga dipelihara dan dipulihara sebagai warisan kebudayaan negara. Kesemua ini menunjukkan kerajaan telah bersifat lebih terbuka untuk menerima perkembangan budaya Tionghoa.

15

Selain itu, kaum Cina juga menyebarkan budaya Tionghoa ini ke luar negara. Bukan sahaja tarian singa yang disebutkan di atas, terdapat juga pasukan debat Bahasa Cina yang sering menjuarai johan di pertandingan debat Bahasa Cina peringkat antarabangsa. Penulis tempatan juga banyak menang dalam pertandingan penulisan Bahasa Cina di Taiwan. Penyanyi-penyanyi yang terkenal di negara China, Taiwan dan Hong Kong sebenarnya merupakan penyanyi tempatan. Pengarah wayang tempatan juga sering kali mendapat hadiah di luar negara. Orang Cina di Malaysia juga mengeluarkan idea baru dari segi pemakanan dan budaya tempatan. Antaranya ialah ‘Lao Sheng’(捞生) yang dimakan semasa Tahun Baru Cina telah disebar luas sehingga ke Hong Kong dan Negara China. Bak Kut Teh(肉骨茶)di Klang juga banyak digemari oleh masyarakat Cina negara lain. Dari segi kesenian pula, gendang dua puluh empat(二十四节令鼓) juga diterima baik oleh China. Kesemuanya merupakan sumbangan dan ideal yang kreatif terhadap budaya Tionghoa. Polisi terbuka yang dijalankan oleh Malaysia dan China berjaya memberikan satu peluang yang baik kepada interaksi budaya antarabangsa. Pada masa pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr.Mahathir, beliau melonggarkan syarat bagi pengunjungan orang Cina ke negara China tanpa had. Ini membolehkan orang Cina di Malaysia melancong ke China, dan juga menziarahi nenek moyang mereka,

16

melanjutkan pelajaran, menjalankan perniagaan dan juga mendapat peluang pekerjaan di sana. Persatuan-persatuan dan Huiguan(会馆) memperbanyakkan lagi interaksi antara dua negara dan seterusnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan akhirnya melahirkan kesan dan kualiti budaya Tionghoa yang tinggi. 2.5

Kebimbangan Penghakisan Budaya Kaum Cina Selepas negara China menjalankan dasar keterbukaan politik,

perkembangan ekonomi China berkembang dengan pantas, pendapatan per kapita turut meningkat dan semakin banyak pelajar dari luar negara melanjutkan pelajaran ke China. Ini boleh ditunjukkan melalui penyata bahawa terdapat sebanyak empat ratus ribu orang yang belajar ke China dan terdapat lebih daripada tiga ratus juta orang yang sedang belajar bahasa mandarin di seluruh dunia. Keadaan ini secara tidak langsung memanfaatkan keadaan budaya Tionghoa di Malaysia. Hal ini kerana kerajaan lebih mengutamakan Bahasa Cina dan tindakan seperti mengarahkan supaya subjek Bahasa Cina dijadikan subjek wajib di Sekolah Kebangsaan. Ini membolehkan lebih banyak waris kaum Cina belajar Bahasa Cina dan memahami budaya Tionghoa dan mungkin terdapat kalangan yang berhasrat mengekalkan budaya Tionghoa melalui peristiwa ini. Biarpun ianya kelihatan seperti masa emas bagi kaum Cina di Malaysia mengembang dan meluaskan budaya Tionghoa, namun terdapat kebimbangan kaum Cina di dalamnya. Kebimbangan ini dapat dikelaskan

17

kepada dua bahagian iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Persatuanpersatuan Cina dalam Malaysia memainkan peranan penting dalam mengekalkan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan, tetapi dengan peningkatan aras kehidupan di Malaysia, nisbah bagi pemuda-pemudi Cina untuk menerima pendidikan tinggi dan menjadi ahli profesional semakin meningkat. Kebanyakan daripada mereka akan menyertai persatuan yang berkaitan dnegan pekerjaan mereka sahaja seperti Persatuan Peguam-peguam(Bar Council), Persatuan Akauntan dan sebagainya. Mereka tidak suka menyertai persatuan yang berasaskan budaya Tionghoa seperti Huiguan, persatuan tokong dan sebagainya. Ini mengakibatkan kebanyakan persatuan ini menghadapi masalah ketiadaan waris. Malahan, semakin banyak pemuda-pemudi yang tidak tahu bertutur dalam dialek Bahasa Cina. Mereka hanya tahu bertutur sesetengah dialek bandar seperti Kantonis di Kuala Lumpur, Hokkien di pulau Pinang dan Klang. Ini menyebabkan mereka tidak mengenali budaya tradisional mereka dan semestinya tidak dapat mengekalnnya. Dari segi luaran pula, faktor globalisasi terutamanya pengaruh besar dari budaya barat seperti Amerika Syarikat menyebabkan pemudapemudi pelbagai kaum mengikuti tren barat. Mereka cenderung dalam menonton wayang dan siri drama barat, mendengar muzik barat, makan makanan barat terutamanya Mc Donald dan Kentucky Fried Chicken(KFC). Banyak daripada mereka yang cenderung dalam budaya komputer internet dan tidak mengendahkan budaya tradisional.

18

Selain itu, sekiranya artis-artis dari Hong Kong dan Taiwan membuka konsert di Malaysia, golongan ini semestinya berebut-rebut untuk membeli tiket walaupun harganya amat mahal. Sebaliknya mereka tidak berminat terhadap persembahan budaya tradisional kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang sukar untuk difahami. Kedua-dua faktor ini amat membimbangkan masyarakat Cina di Malaysia kerana khuathir pengekalan budaya Tionghoa akan terputus dan takut dengan kehilangan identiti kecinaan mereka. Ini sudah dapat dilihat melalui ketiadaan waris dalam bidang orkestra Cina ataupun tarian tradisional Cina. Ketua persatuan-persatuan Cina telah memikir cara untuk mengelakkan keadaan ini daripada terus memburuk. Yang pertama ialah mendirikan persatuan wanita serta persatuan pemuda dan seterusnya membolehkan mereka mengekalkan budaya Tionghoa tersebut. Yang kedua ialah mengukuhkan lagi budaya tradisional Tionghoa seperti membuka kelas mengajar dialek bahasa Cina, kelas memasak, konferen akademik dan sebagainya untuk meningkatkan pengenalan kaum Cina terhadap identiti mereka. Usaha-usaha ini telah telah berjaya mengembangkan budaya Tionghoa di Malaysia. Walaupun aktiviti-aktiviti yang seumpamanya dijalankan dengan meriah tetapi tidak cukup mendalam dalam pengetahuan budaya. Kita seharusnya lebih prihatin dalam keadaan ini.

19

Satu lagi kebimbangan ialah kaum Cina pada masa kini lebih lambat berkahwin dan pandangan mereka terhadap melahirkan anak adalah ‘mengutamakan kualiti daripada kuantiti’(重质不重量). Maka ini menjadikan bilangan anak Cina semakin berkurangan sekiranya dibandingkan dengan kaum Melayu. Jika keadaan ini berterusan, kaum Cina akan menjadi kaum minoriti. Kita harus prihatin terhadap perkara ini kerana ianya berkaitan dengan pengaruh terhadap pengekalan budaya Tionghoa dan perkembangan identiti kecinaan.

3.0

Singapura 3.1

Tempoh

Masa

‘Deemphasized

the

Chineseness

of

Singapore’(去中华性 ) pada Tahun 1965 hingga 1979 Walaupun Singapura adalah ditadbir oleh orang Cina, tetapi kerajaan

Singapura

tidak

berani

membina

satu

negara

yang

mengutamakan orang Cina dan kebudayaan Tionghoa. Sebaliknya, semasa pentadbiran Lee Kuan Yew sejak tahun 1965, pihak kerajaan sentiasa mengambil polisi untuk menyekat perkembangan kebudayaan Tionghoa. Keadaan ini berlaku disebabkan Singapura sensitive dan tidak ingin dianggap sebagai “The Third China”. Selain itu, ianya juga disebabkan oleh ketakutan terhadap pentadbiran komunis, malah Lee Kuan Yew, Wu QingRui dan tokoh-tokoh lain dalam proses pembinaan negara Singapura adalah sekumpulan orang yang menerima pendidikan Inggeris, maka mereka tidak mempunyai semangat yang kuat terhadap budaya Tionghoa. Yang paling penting ialah mereka menganggap

20

penyekatan kebudayaan Tionghoa adalah satu taktik terselamat dalam politik (a survival tactic in political). Oleh itu, tiada sebarang kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan perkembangan dan pengekalan budaya Tionghoa. Selain itu, masyarakat yang berusaha mengekalkan budaya Tionghoa juga disekat oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, orang China dikenali sebagai orang Cina( 华人). Tambahan pula, pendidikan Cina juga menghadapi halangan kerana sekolah Inggeris mendapat kedudukan utama dalam masyarakat Singapura. Sejak kemerdekaan Singapura pada tahun 1965, pendidikan dan sektor-sektor lain telah dikuasai dan dirancang sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Konsep “warga Singapura” yang dipersetujui dan ditanam dalam minda setiap warga Singapura semakin mendalam selepas pelbagai dasar dan polisi yang dijalankan oleh kerajaan. Dalam masyarakat Cina Singapura, pelajar Cina perlu menerima dasar pendidikan yang “utamakan bahasa Inggeris, sampingkan bahasa Mandarin”. Walaupun keadaan sedemikian telah meningkatkan kesedaran warga Singapura terhadap identiti mereka, tetapi keadaan ini telah menyebabkan pendidikan Cina semakin diketepikan disebabkan keinginan untuk menjaga kepentingan pelbagai kaum dengan adilnya. Ini menyebabkan bahasa Mandarin semakin tidak dititikberatkan di kalangan masyarakat Cina Singapura. Universiti Nanyang yang berobjektif mengembangkan budaya Tionghoa juga digabungkan bersama Universiti Singapura

21

menjadi “National University of Singapore(NUS) disebabkan campur tangan kerajaan. 3.2

Tempoh Masa Asianizing Singapore (亚洲化 ) pada tahun 1979 hingga 1990 Walaupun bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Tamil menjadi bahasa rasmi dalam Singapura, tetapi rakyat Singapura lebih cenderung dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Ini kerana pihak kerajaan Singapura telah mengambil tindakan untuk menyambung dasar yang dijalankan semasa penjajahan British. Segala pengurusan, pentadbiran, dan surat secara rasmi adalah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Pada tahun 60-an, demi penggabungan dengan Malaysia, Singapura pernah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam dasar kerajaan. Akan tetapi, kerajaan Singapura telah mengambil keputusan untuk menggubal Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi antara satu sama lain dalam negara Singapura. Selepas tahun 80-an, segala bahasa untuk pembelajaran telah bertukar sepenuhnya kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Kedudukan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Mandarin tidak dipentingkan kerana tidak digunakan dalam parlimen mahupun dalam sektor ekonomi. Bahasa Inggeris diutamakan sebagai bahasa pertuturan antara kaum supaya semangat perpaduan antara kaum di Singapura dapat dipupuk.

22

Namun, keadaan ini mula berubah apabila bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menyedari tentang kepentingan Bahasa Mandarin pada masa depan dan mula melaksanakan polisi-polisi yang cuba mengubah keadaan sosial Singapura yang terlalu mementingkan pendidikan Inggeris sehingga mengabaikan pendidikan Cina.

3.2.1

Pengembangan Kebudayaan Tionghoa Atas Sebab Pragmatik Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menyesal

terhadap polisi yang ditetapkan olehnya yang sebelumnya iaitu menjadikan

bahasa

Inggeris

sebagai

bahasa

utama

untuk

berkomunikasi dalam Singapura. Beliau kini amat mementingkan “akar Cina”, iaitu identiti, budaya, pendidikan dan lain-lain yang diwarisi sejak ribuan tahun yang sebelumnya dan ditinggalkan oleh nenek moyang Cina. Beliau berpendapat bahawa kaum Cina sekurang-kurangnya harus tahu menggunakan bahasa ibunda untuk mengajar dan menyebarkan budaya Tionghoa. Beliau pernah memberitahu bahawa “jika kita sama dengan sesetengah masyarakat, hanya meniru orang Amerika dan orang British secara membabi buta, maka masyarakat dan negara yang sedemikian tidak perlu dibina.” Oleh itu, beliau telah menjalankan dasar dwi bahasa dalam pendidikan Singapura. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong juga telah menegaskan bahawa penduduk Tionghoa Singapura harus belajar dan

23

bertutur Bahasa Mandarin bukan sahaja demi ekonomi tetapi juga meliputi budaya. Dengan itu, dapatlah budaya Tionghoa yang telah berusia ribuan tahun ini dikekalkan. Jika meninggalkan bahasa ibunda, sesuatu kaum akan kehilangan identiti dan harga diri serta adat istiadat. Salah satu penasihat Universiti Teknologi Nanyang, profesor Zhou Qinghai mengatakan bahawa dasar ini mempunyai dua matlamat. Pertama, pelajar Cina dapat menguasai bahasa Mandarin sebagai asas dan dapat digunakan untuk masa depan. Kedua, untuk mengekalkan kebudayaan Tionghoa dan menanam kedudukan budaya Tionghoa dalam pemikiran pelajar Cina. Pada tahun 2004, parlimen Singapura meluluskan pengajaran pendidikan Cina melalui perdebatan. Dasar dwi bahasa perlu berjaya dilaksanakan dalam Singapura demi mengekalkan minat warga Singapura dan seterusnya menjadikannya sebagai keperluan harian bahasa. Oleh itu, kerajaan telah menciptakan suasana untuk belajar dwi bahasa (bahasa Mandarin dan Inggeris)

yang baik kepada generasi

muda kini agar mendorong mereka menguasai bahasa Mandarin kerana penguasaan ini amat berguna dan bermanfaat untuk meningkatkan peluang atau status diri sendiri di antarabangsa. Pelbagai langkah seperti kempen “speak Cool” dan kempen bahasa Mandarin juga telah dilancarkan untuk memotivasikan rakyatrakyat dalam pembelajaran bahasa Mandarin. Dengan usaha kerajaan,

24

bilangan rakyat yang mempelajari bahasa Mandarin mencapai tahap yang agak memuaskan dari semasa ke semasa.

3.2.2 Pembinaan Asas Masyarakat Baru: Kempen Bahasa Mandarin Kerajaan Singapura telah melaksanakan kempen bahasa Mandarin untuk menggantikan penggunaan bahasa dialek ( 方 言 ). Penggunaan bahasa dalam Singapura mempunyai suatu perubahan yang besar disebabkan dasar bahasa yang dilaksanakan oleh pihak kerajaaan Singapura. Pada tahun 1979, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew telah melancarkan dan merasmikan kempen ini. Beliau berkata bahawa masyarakat Cina Singapura adalah satu “dunia dialek”. Pihak kerajaan melaksanakan kempen bahasa Mandarin adalah bertujuan untuk menggantikan bahasa dialek dengan Bahasa Mandarin. Mengikut Tan LieFu, kempen ini mempunyai 4 matlamat. Pertama, demi membetulkan semangat dan pemikiran rakyat yang semakin

pembaratan

Inggeris.

Kedua,

disebabkan

untuk

terlalu

mengelakkan

mementingkan

pembaziran

bahasa

masa

untuk

mempelajari bahasa dialek. Ketiga, untuk menyatupadukan pemikiran orang

Cina.

Keempat,

mempertingkat

tahap

pembelajaran

dan

penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Mengikut statistik 1980 dan 1990, penggunaan bahasa dialek dalam keluarga orang Cina dari 76.2% menurun kepada 48.2%, iaitu

25

hampir 30%. Manakala penggunaan bahasa Mandarin daripada 13.1% telah meningkat kepada 30%, iaitu hampir 17%. Penggunaan bahasa Inggeris pula telah meningkat 10%. Ini dapat membuktikan bahawa penggunaan bahasa dialek telah kehilangan kedudukannya dalam Singapura. Namun, pengekalan budaya Tionghoa masih tidak dapat dikekalkan dan dikembangkan dalam masyarakat Cina kerana mereka hanya menganggap bahasa Mandarin sebagai satu alat berkomunikasi.

3.3

Tempoh Masa ‘Multiracial Culture Democracy’ (多元化 ) Selepas Tahun 1990 3.3.1

Pengaruh Kebudayaan Antara Kaum Negara Singapura merupakan satu negara yang berbilang

kaum. Kebudayaan antara saling mempengaruh mengakibatkan satu fenomena yang unik. Amalan masyarakat terhadap pakaian, makanan, kehidupan atau adat resam sesuatu kaum bukan sahaja diamalkan oleh satu kaum sahaja tetapi mempengaruhi kaum lain secara tidak lansung. Sebagai contoh, generasi muda Cina kini tidak memakai pakaian tradisional kaum sendiri, sebaliknya memakai jeans dan baju kemeja disebabkan pengaruh barat. Pengaruh budaya antara kaum juga dapat dilihat bahawa warga Singapura bukan orang Cina juga tahu cara menggunakan penyepit, nasi lemak juga merupakan suatu makanan Melayu yang diterima oleh semua warga Singapura tanpa

26

mengira bangsa. Tambahan pula, semua rakyat berpeluang untuk menyambut

bersama

perayaan

kaum

lain

demi

menjalinkan

persahabatan antara kaum. Walaubagaimanapun, masih belum ada satu budaya yang diterima dan diiktiraf oleh semua rakyat Singapura. Namun, matlamat berjangka panjang yang ditetapkan dalam pembinaan budaya adalah sama dan juga mengekalkan kelebihan budaya kaum masing-masing.

3.3.2

Pengekalan Kebudayaan Tionghoa Bagi Orang Cina Singapura secara superficial Masyarakat Cina Singapura amat mementingkan perayaan

tradisional Cina sejak nenek moyeng mereka, terutamanya perayaan Tahun Baru Cina. Orang Cina Singapura mempunyai adat makan bersama semasa malam Tahun Baru Cina, semasa Chap Goh Mei pergi menonton wayang, menyembah nenek moyang semasa Cheng Beng dan makan kuih bulan semasa perayaan kuih bulan. Perayaanperayaan ini dapat dibuktikan masyarakat Cina dalam Singapura dipandang berat. Namun, ini tidak dapat membuktikan masyarakat Cina Singapura dapat mengekalkan kebudayaan Tionghoa dengan baik kerana generasi muda kini memang tidak mengambil tahu tentang asal usul perayaan tradisional Cina. Mereka telah banyak dipengaruhi oleh budaya barat dan tidak pernah dididik dengan pendidikan tentang kebudayaan Tionghoa yang mempunyai sejarah melebihi ribuan tahun.

27

Ini mengakibatkan perayaan yang disambut hanya dianggap sebagai satu perayaan untuk bergembira tetapi tidak memahami tentang makna tersiratnya.

3.4

Kesan Singapura Terhadap Pengamalan Kebudayaan Tionghoa Selepas Mengalami Perubahan Ketiga-tiga Tempoh Masa Fenomena pembaratan kaum Cina semakin meningkat di Singapura

adalah disebabkan dasar-dasar dan polisi-polisi yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Dasar kebudayaan berbilang kaum dijalankan untuk mengekalkan kestabilan, sistem peraturan tersusun dan perkembangan negara. Namun, kerajaan telah mengabaikan kepentingan kebudayaan Tionghoa walaupun tidak menafikan nilai kebudayaan. Ini mengakibatkan segelintir warga Singapura beranggap bahawa pengguasaan Bahasa Inggeris adalah faktor meningkat status diri sendiri dalm masyarakat. Sebaliknya, jika hanya menguasai Bahasa Mandarin, ini tidak dapat melambangkan kebolehan dan kedudukan diri sendiri. Ini kerana semua ahli profesional adalah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi. Maka, pertuturan Bahasa

Mandarin

dianggap

sebagai

lambang

tidak

berjaya

dan

mengakibatkan pendidikan Cina tidak diambil berat di kalangan Singapura. Dengan itu, kebudayaan Tionghoa tidak dapat disampaikan melalui pendidikan Cina dan menyebabkan warga Cina Singapura kurang kesedaran dalam pengekalan kebudayaan Tionghoa dan identiti kecinaan diri sendiri sebagai seorang kaum Cina. Sebaliknya, fenomena pembaratan

28

di kalangan masyarakat Cina semakin meningkat apabila menerima pendidikan Inggeris dan dipengaruhi oleh pemikiran barat . Keadaan ini telah mula berubah sejak kebangkitan negara China sebagai negara maju. Perkembangan negara China menyebabkan bahasa Mandarin semakin dipandang berat oleh rakyat Singapura berbanding dengan mereka yang menghina orang yang bertutur ahasa Mandarin pada mulanya. Mereka mula menyedari akan kepentingan dan kedudukan bahasa Mandarin di peringkat antarabangsa pada masa kini. Kebanyakan ibu bapa juga berharap bahawa anak-anak mereka mengambil kesempatan belajar Bahasa Cina sempena dengan kebangkitan negara China menjadi negara penting untuk menguasai ekonomi seluruh dunia. Perdana menteri negara Singapura, Lee Hsien Loong juga berpendapat bahawa warga Singapura harus mempelajari bahasa Cina agar tidak menghilangkan identiti diri serta tidak ketinggalan dunia. Walaupun pihak kerajaan Singapura telah menebus kesalahan dan berusaha untuk mengembangkan kebudayaan Tionghoa kepada rakyat Cina Singapura, namun setelah ketinggalan usaha keras selama hampir 30 tahun, kebanyakan generasi muda kini telah hilang minat dan semangat terhadap pendidikan Cina dan budaya Tionghoa. Sebilangan rakyat Singapura terutamanya belia masih bersikap tidak hendak mempelajari bahasa Mandarin. Hal ini disebabkan mereka menganggap bahawa bahasa Mandarin adalah bahasa yang sukar dipelajari. Ada yang pula berpendapat bahawa mempelajari bahasa Mandarin hanya disebabkan nilai

29

tinggi bahasa Mandarin pada masa kini. Mereka hanya menerima pendidikan Cina dalam bahasa Mandarin sahaja tetapi tidak merangkumi dengan pendidikan budaya Tionghoa yang mengandungi dalam pendidikan Cina.

3.4.1

Kebimbangan Terhadap Kehilangan Nilai Kebudayaan Tionghoa Polisi-polisi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan Singapura dapat

menyatupadukan

rakyat

yang

berbilang

kaum,

tetapi

ini

juga

mengakibatkan budaya Tionghoa semakin diabaikan. Pertama, ini dapat dibuktikan dengan bukan sahaja masa pembelajaran bahasa Mandarin semakin dikurangkan dalam sekolah rendah dan sekolah menengah, malah bahasa Mandarin telah dijadikan bahasa sampingan dan dianggap sebagai bahasa asing. Selepas itu, ini juga dapat dilihat dengan persuratkhabaran Cina semakin lupus. Bilangan pembaca surat khabar Cina semakin mengurang sehingga menjadikan media kedua menyampaikan berita. Tambahan pula, kehilangan Universiti Nanyang merupakan rintangan yang paling berat kepada budaya Tionghoa dalam Singapura. Semua tindakan yang dilakukan oleh kerajaan telah mengugat perkembangan budaya Tionghoa dan kesedaran identiti kecinaan secara tidak langsung. Singapura telah menghadapi perubahan zaman semakin ke arah pembaratan

mengakibatkan

Singapura

semakin

hilang

identiti

dan

kebudayaan tersendiri. Sejak pembinaan negara Singapura, pihak kerajaan hanya mementingkan bahasa Inggeris sebagai satu “alat” dan bukannya

30

sebagai suatu media kebudayaan, oleh itu mereka tidak dapat menerima sepenuhnya kebudayaan barat untuk menjadikan panduan kepada pemikiran manusia dan hanya menganggap bahasa Inggeris sebagai satu alat untuk bersaing dalam antarabangsa. Akan tetapi, masyarakat Singapura amat mementingkan bahasa Inggeris justeru mengabaikan dan memandang ringan terhadap kewujudan bahasa ibunda, nilai dan kebudayaannya. Dasar Singapura sentiasa berubah mengikut keadaan antarabangsa, meliputi bahasa, pendidikan dan kebudayaan juga memberi kesan kepada rakyat terhadap kesedaran identiti kaum diri sendiri dan pengekalan budaya kaum masing-masing. Sebagai contoh, pihak kerajaan amat mementingkan Bahasa Inggeris dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam Singapura sebelumnya. Kini, pihak kerajaan telah

berubah

untuk

mementingkan

bahasa

Mandarin

disebabkan

kebangkitan negara China mengakibatkan nilai dan kedudukan bahasa Mandarin semakin meningkat dalam antarabangsa. Warga Singapura bukannya tidak mempunyai nilai kebudayaan, tetapi sentiasa berada di “sempadan” kebudayaan, dan keadaan budaya semakin tidak tenteram. Disebabkan negara, kuasa dan dasar-dasar sentiasa berada dalam keadaan berubah-ubah, ini mengakibatkan budaya asas tidak mendapat ruangan yang mencukupi untuk berkembang. Oleh itu, walaupun keadaan ekonomi dan taraf hidup semakin meningkat, tetapi taraf kehidupan budaya tidak meningkat bersama.

31

4.0 Kesimpulan Komuniti Cina di Malaysia dan Singapura telah menjadi dua kelompok komuniti yang berbeza dari segi pengekalan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan mereka. Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang amat unik kerana merupakan satu-satunya negara yang mempunyai sistem pendidikan Cina yang lengkap selain negara China, Hong Kong dan Taiwan. Manakala Singapura sedang giat mendorong penggunaan Bahasa Cina selepas beberapa puluh tahun diketepikan. Keadaan politik di Malaysia dan dasar-dasar pendidikan yang mementingkan Bahasa Melayu telah mendorong kepada komuniti Cina untuk bergiat dalam usaha menentang dan berusaha untuk mempertahankan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan. Tekanan daripada kerajaan dan masyarakat Melayu menjadikan masyarakat Cina menubuhkan persatuan-persatuan untuk menuntut kebajikan budaya Tionghoa dan antara tuntutan yang terpenting ialah pendidikan Cina di mana merupakan asas kepada kebudayaan. Manakala Singapura yang menjalankan dasar dwi bahasa dapat meredakan emosi komuniti Cina dan mereka turut bersetuju dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Walaupun kerajaan Singapura menyesal terhadap tindakan dahulu yang tidak mementingkan Bahasa Mandarin dan kini giat memperluaskan dan mengembangkan penggunaan bahasa Mandarin di kalangan rakyat. Namun, pengekalan budaya Tionghoa telah terputus dan amat susah

32

untuk meneruskannya. Walaupun komuniti Cina di Singapura bertutur Bahasa Mandarin, meraikan perayaan Tionghoa tetapi kalangan mereka tidak mengenali asal-usul mahupun keunikan budaya tersebut. Sebaliknya Malaysia mempunyai Huatuan dan persatuan seperti Dongjiaozong yang mempertahankan budaya Tionghoa sejal tahun 1951, maka komuniti Cina malaysia masih mengekalkan budaya tersebut dengan sempurna. Perkembangan negara China telah berjaya membawa kepada kepentingan mempelajari Bahasa Cina. Akan tetapi, komuniti Cina di Malaysia dan Singapura tetap menghadapi masalah kebimbangan penghakisan. Antara yang paling serius ialah ketiadaan waris dalam persatuan dan usaha meneruskan perjuangan mempertahankan budaya Tionghoa dan masalah lambat berkahwin. Kesimpulannya, komuniti Cina di kedua-dua negara harus prihatin terhadap masalah ini dan berikhtiar untuk mendalamkan identiti kecinaan orang cina dan seterusnya mendorong mereka bergiat dalam usaha mengekalkan budaya Tionghoa. Tiada sesiapa yang dapat menghancurkan budaya sesuatu kaum kecuali kaum tersebut yang melepaskan budayanya.

33

Rujukan Cui, GuiQiang. 1994. The Chinese In Singapore: Past And Present. Singapore: Singapore Federation of Chinese Clan Associations and EBP Publishers Pte Ltd. Ho Khai Leong, Thock Kiah Wah, Onn Huann Jan. 2006. Social Changes in Malaysia and Singapore(1965-2005). Johor: Southern College. Hong, JianDe. 1997. Singapore. Taipei: Yangzhi wenhua shiye gufen Sdn.Bhd. Liang, YuanSheng. 2004. Xin Jia Po hua ren she hui shi lun. Singapura: Universiti Singapura. Li, WeiYi. 1999. Xin Jia Po hua ren you yi bian yi de wo qun guan: Yu qun, guo jia she qun yu zu qun. China: Tang Shan chu ban she. Thock, KerPong. 2005. Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Voon Phin Keong. 2007. Malaysian Chinese and Nation Building: Before Merdeka and Fifty Years After, Vol 1. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian Chinese Studies. Artikel dari harian . Diperolehi pada 15 September, 2008 daripada http://osdir.com/ml/culture.region.china.budayationghua/2005-11/msg00247.html Lin, JinShu. 2007. Ma Lai Xi Ya hua ren de duo yuan wen hua jing yan. Diperolehi pada 1 September ,2008 daripada http://www.nandazhan.com/ jijinhui/nf17p033.htm Singapura. Diperolehi pada 12 September, 2008 daripada http://ms.wikipedia. org/wiki/Singapura Zhang, XiNa. 2004. Huazu Wenyi de Shengcun. Diperolehi pada 12 September, 2008 daripada http://www.zaobao.com/chinese/pages1/chinese_sg160204a.html

34

Related Documents


More Documents from "siew chang yee"