Aaea2305kajian

  • Uploaded by: chinese stream
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aaea2305kajian as PDF for free.

More details

  • Words: 2,904
  • Pages: 19
Nama: Chua Shie Li (TEA070019) Mary Ling Ee Chai (TEA070057)

Tajuk: Pendidikan Cina telah menjadi satu institusi dalam masyarakat Cina Malaysia lantaran sokongan padu daripada orang cina. Bincangkan

manfaat-manfaat

yang

diperoleh

daripada

aliran

pendidikan cina. Bagaimanakah masyarakat cina mempertahankan ciri, identiti dan keutuhan sekolah-sekolah Cina dalam dekad 90-an dan awal abad ke-21?

1

PENGENALAN Sejak mengalami zaman penjajahan British dan Jepun sehingga mencapai kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, perkembangan pendidikan cina di Malaysia telah melebihi 180 tahun. Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19 dimana pada peringkat permulaannya di Negeri-negeri Selat. Pada masa itu, pihak British telah memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Manakala pendidikan Cina dan Tamil pula dibiarkan berkembang secara bersendirian. Pendidikan

Cina

telah

membarakan

semangat

dan

kesedaran

kebangsaaan pemuda –pemuda cina. Sekolah Cina telah menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, tenaga pengajar datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Kerajaan sebelum merdeka telah menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem pendidikan yang unggul. Pelajar berkelulusan sekolah Inggeris akan terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan sahaja dari segi bahasa pengantar malah sukatan pelajaran juga tidak sama dan ini telah memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Walaubagaimanapun, pendidikan cina telah mengalami pelbagai halangan namun masyarakat cina yang bersemanangat tinggi tetap mengekalkan 2

pendidikan cina. Semasa era tahun 1980-an, keadaan masyarakat cina yang menerima pendidikan cina boleh dibahagi kepada tiga jenis, iaitu: i.

Keluarga yang berupaya mengupah guru-guru untuk mengajar anakanak mereka secara persendirian.

ii.

Pendidikan

persendirian,

iaitu

guru-guru

mendirikan

sekolah

persendirian di rumah masing-masing untuk mendidikan anak-anak masyarakat cina yang berminat mempelajari pendidikan Cina. iii.

Terdapat persatuan-persatuan yang mendirikan pendidikan yang percuma kepada masyarakat cina.

Oleh sebab pendidikan cina di Malaysia dipengaruhi oleh perubahan politik di China dan pengaruh revolusi masyarakat pada awal kurun ke-20, pendidikan cina telah mengubah strategi dengan mengamalkan pemodenan sekolah. Sekolah-sekolah swasta telah ditutup dan pada tahun 1904 Penang Chung Hwa Confucian High School telah didirikan sebagai sekolah pertama berteraskan berpendidikan cina moden di Malaysia.

ISU PENDIDIKAN CINA Isu pendidikan cina sememangnya sesuatu yang sangat sensitif kepada kaum cina di Malaysia.

Baru-baru ini,. isu pembinaan Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina menjadikan satu topik yang hangat dan sering dititikberatkan di kalangan masyarakat Cina. Sejak kebelakangan ini, kerajaan telah melaksanakan sistem pembelajaran bersepadu iaitu konsep Sekolah Wawasan,

3

pengurangan pembinaan SJK(C), dan pengajaran sanis dan matematik berlandaskan bahasa Inggeris. Masyarakat cina percaya bahawa sistem tersebut akan menghapuskan ciri dan identiti Sekolah Jenis Kebangsaa Cina pada masa hadapan. Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan

Gabungan

Persatuan-persatuan

Guru-guru

Sekolah

Cina

Malaysia

(DongJiaoZong) ditubuhkan untuk melindungi bahasa ibunda dalam masyarakat majmuk dan mempertahankan ciri dan identiti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

MANFAAT- MANFAAT ALIRAN PENDIDIKAN CINA

Bahasa ibunda adalah penting dan harus dipertahankan kerana ia melambangkan identiti bangsa. Pendidkan Cina merupakan pendidikan yang dipertahankan oleh Dong Jiao Zong dan Hua Tuan kerana ia melambangkan perpaduan masyarakat Cina dan mempunyai banyak manfaat-manfaatnya.

Mempertahankan dan Mengembangkan Bahasa Ibunda Sekolah

Jenis

Kebangasaan

Cina

merupakan

satu

aliran

untuk

mempertahankan bahasa ibunda dengan pengajaran menggunakan bahasa cina. Semua pelajar dapat mempelajari bahasa cina kerana kebanyakkan mata pelajaran diajar menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama. Pada masa kini, kebanyakan kaum cina dipengaruhi oleh arus globalisasi pendidikan inggeris. Hal ini mengakibatkan semakin ramai orang cina tidak memahami atau mengenali bahasa cina. Ini merupakan satu fenomena yang

4

buruk

kerana

lama-kelamaan

ia

akan

menghilangkan

identiti

bangsa.

Sehubungan itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan ciri dan identiti bangsa cina.

Mewarisi dan Mengembangkan Budaya Cina Selain itu, melalui aliran pendidikan cina dapat menerap budaya cina di kalangan masyarakat cina. Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya cina mempunyai sejarah selama beribu-ribu tahun. Kebudayaan cina haruslah dikekal serta dipertahankan selama-lamanya kerana ia merupakan ”akar umbi” bangsa dan melambangkan identiti sesuatu bangsa. Kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina menyediakan banyak aktiviti yang dapat mengembangkan dan mewarisi budaya cina contohnya, kelas wushu, tarian singa, tarian tradisional, Chinese yoyo, okrestra cina , kaligrafi dan sebagainya. Melalui aktiviti seumpama ini,

pelajar dapat mempelajari dan memahami kebudayaan cina. Contohnya

seperti puisi dan kaligrafi merupakan suatu yang unggul di kalangan masyarakat Cina dimana sistem tulisan dan maknanya susah difahami dan dibentukkan oleh bangsa lain. Suatu masyarakat atau bangsa haruslah mengenali sejarah bangsa diri sendiri kerana ia merupakan identiti bangsa. Jadi, berbanding dengan Sekolah Kebangsaan , tidak mempunyai banyak aktitviti yang mengembangkan budaya sendiri. Kaum lain yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dapat mengambil peluang ini untuk mengenali budaya Cina dengan lebih mendalam.

5

Peluang Pekerjaan lebih Tinggi Disamping itu, bahasa cina merupakan antara bahasa utama di dunia selain bahasa Inggeris. Sekarang kebanyakan orang cina menghantar anakanaknya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk menguasai lebih satu bahasa berbanding dengan Sekolah Kebangsaan hanya membelajari dua bahasa utama iaitu, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kaum – kaum lain juga dapat menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk mempelajari bahasa asing. Ini kerana ia dapat memberi peluang pekerjaan yang lebih luas serta menjadi satu kelebihan kepada kaum lain untuk berkerja di Negara China , Hong Kong, Taiwan yang merupakan negara gergasi ekonomi dunia dan rantau asia. Ini jelas dapat dilihat melalui syarat pengambilan pekerja oleh syarikat swasta (Multinational Cooperation, MNC) yang memberi keutamaan kepada pemohon yang menguasai lebih bahasa asing.

Memberi Peluang kepada Kaum Lain Belajar Bahasa Asing dan Melahirkan Pelajar yang Berakhlak Satu kelebihan dapat dikemukakan melalui aliran pendidikan cina adalah melahirkan pelajar yang berakhlak. Aliran pendidikan Cina memegang prinsip ajaran konfusiunisme yang menekankan ajaran taat setia, moral, kasih sayang kekeluargaan dan sebagainya. Teori dan fahaman Konfusiunisme dapat membina akhlak seseorang agar dapat membina modal insan yang berkualiti serta satu masyarakat yang mesra dan harmoni. Selain itu, kaum-kaum lain

6

didorong menerima pendidikan cina kerana ini dapat merapatkan hubungan antara kaum. Dengan menerima pendidikan Cina, kaum-kaum lain akan lebih memahami budaya, latar belakang dan fikiran masyarakat cina dan mempelajari satu bahasa asing. Justeru itu, ia dapat membina satu perpaduan kuat di kalangan masyarakat bagi mengelakkan rusuhan atau perpecahan kaum yang dapat menggugat kestabilan negara.

LANGKAH-LANGKAH DAN CADANGAN MASYARAKAT CINA MEMPERTAHANKAN CIRI, IDENTITI DAN KEUTUHAN SEKOLAH CINA Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan

Persatuan-persatuan

Guru-guru

Sekolah

Cina

Malaysia

(DongJiaoZong) telah mengemukakan pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan di aliran pendidikan cina .

Menghapuskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan pada tahun 2003. Terutamanya, cadangan menggunakan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dan bahasa peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik di semua aliran sekolah rendah. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tidak mendapat reaksi yang baik

7

dan prestasi mata pelajaran tersebut telah menurun. Tahap penguasaan bahasa Inggeris juga tidak dipertingkatkan. Masyarakat Cina mempercayai sistem ini tidak berkesan dengan meningkatkan pelajar menguasai bahasa Inggeris sebaliknya sistem ini menyebabkab prestasi pelajar semakin menurun dan yang pentingnya Dong Jiao Zong pendapat sistem PPSMI akan berubah identiti dan ciri Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina.

Mewujubkan Pelan Latihan Penguruan Yang Sempurna Masalah kekurangan guru terlatih di SRJK(C) sering ditimbulkan dan mengikut bilangan pelajar di SRJKC semakin bertambah masalah kekurangan guru terlatih semakin serius. Dong Jiao Zong dan Hua Tuan juga mengemukakan pelbagai rancangan untuk mengatasi masalah tersebut. Semasa penjajahan British, memang tidak latihan perguruan yang terancang bagi sekolah cina. TAHUN

SK/SRK

SRJK(C)

SRJK(T)

JUMLAH

1980 3296 1996 531 5823 1981 3435 2011 610 6056 1982 3687 2099 639 6425 1983 4920 3019 867 8806 1984 4349 2883 832 8064 1985 7154 3856 1118 12128 Jadual (2): Bilangan Kekurangan Guru Terlatih di Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan Di Malaysia,1980-1985 Masalah kekurangan guru terlatih tidak sahaja dialami oleh SRJK(C), malahan juga oleh SRJK(T) dan SR/SRK. Dong Jiao Zong dan Hua Tuan mendakwa Kementerian Pendidikan tidak mempunyai rancangan jangka panjang yang berkesan untuk melatih guru sekolah rendah .Setiap tahun, masalah

8

kekurangan guru terlatih paling ketara pada permulaan penggal persekolahan dan semasa pengambilan pelajar baru di universiti tempatan. (dipetik Sia, hlm 64). Penyelesaian masalah kekurangan guru terlatih di SRJK(C) dengan mengurangkan kelas sebagaimana yang dicadangkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan juga ditolak oleh Dong Jiao Zong dan Hua Tuan. Berhubung dengan perkara ini, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan

mengarahkan

SRJK(C)

di

Kuala

Lumpur

agar

membuat

penyusunan kelas mengikut ukuran baru. Tindakan ini dianggap boleh mengakibatkan bilangan kelas SRJK(C) semakin berkurang. Dong Jiao Zong mendakwa tindakan ini bukan sahaja tidak munasabah dan tidak berkesan untuk mengatasi masalah kekurangan guru. (dipetik, Sia hlm71). Dong Jiao Zong menyeru Kementerian Pendidikan mewujukan satu pelan latihan yang sempurna dan menyeluruh secara profesional, telus dan sistematik untuk melahirkan guru terlatih yang mencukupi berdasarkan mata pelajaran yang diperlukan supaya masalah kekurangan guru terlatih di SJKC yang telah berlarutan berpuluh-puluh tahun dapat diatasi dengan sepenuhnya. Untuk tujuan itu, Kementerian Pelajaran harus menerima Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificate, UEC) Sekolah Menengah Persendirian Cina sebagai salah satu kelayakan untuk melanjutkan pelajaran di Institusi Pendidikan Guru atau jurusan pendidikan perguruan di universiti-universiti tempatan.

Melaksanakan sistem Perancangan dan mempercepatkan Pembinaan SJKC Baru

9

Menurut kajian yang dilakukan oleh Dong Jiao Zong, peratusan bilangan pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) telah meningkat berbanding dengan peratusan pelajar pada abad 90 an. TAHUN 1994

ALIRAN

TAHUN 2007

Bilangan Bilangan

SEKOLA H

Bilangan Bilangan Purata

Sekolah

Pelajar

SK

48

61,596

SRJK(C)

14

SRJKT

15

TAMBAH/KURANG Bilangan

Bilangan

sekolah

Pelajar

Purata Sekolah

Pelajar

1283.25

101

100,957

999.57

+ 53

+ 39,361

19,567

1397.64

18

42,392

2355.11

+4

+ 22,825

7,046

469.73

16

7,489

468.06

+1

+ 443

Jadual (1): Aliran Sekolah di Petaling Jaya pada tahun 1994 dan tahun 2007 Kerajaan memang mengutamakan pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK)dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) bagi memenuhi aspirasi perpaduan nasional. Sejak 1960, sebanyak 1722 buah SK/SRK baru dibina di seluruh Negara bagi menampung keperluan berbilang kaum. Namun ini tidak bermakna kepentingan dan keperluan SRJK(C) dan SRJK(T) diabaikan.(dipetik Sia Keng Yek, hlm 49) Dari segi angka, bilangan murid SRJKC meningkat daripada 560985 orang pada 1976 kepada 598317 orang pada 1995,iaitu pertambahan sebanyak 6.7 peratus. (dipetik Sia, hlm 47). Dengan tindakan kerajaan menutup SRJKC , Dong Jiao Zong bimbang keadaan ini akan akhirnya membawa kepupusan budaya masyarakat. Jadi, Dong Jiao Zong tidak putus-putus mendesak Kementerian Pendidikan mengambil langkah untuk membina lebih banyak SRJKC di kawasan yang padat penduduk cina. Dong Jiao Zong membantah keras tindakan kerajaan untuk mencantum atau menutup sekolah yang 10

berbilangan kecil murid. Salah satu cara penggabungan sekolah kecil ialah dengan menggunakan sekolah induk. Antara kriteria pemilihan sekolah induk termasuklah mempunyai lokasi yang strategic, iaitu berdekatan dengan beberapa buah sekolah kecil, mempunyai kemudahan asas seperti bilik darjah yang mencukupi, asrama da kemudahan jalanraya, dan keutamaan sekolah induk akan diberikan kepada sekolah menengah. (dipetik Sia, hlm52)Dong Jiao Zong menyeru kerajaan mengkaji semula dan meminda garis panduan perancangan sekolah serta mengadakan satu sistem pembinaan sekolah bagi semua aliran sekolah dengan menyediakan tanah rizab sekolah dan peruntukan pembangunan untuk membina sekolah mana-mana aliran yang diperlukan oleh penduduk di setiap kawasan perumahan. Tambahan pula, dengan mengikut bilangan pelajar di SRJKC menambah dan mewujudkan kelas tidak mencukupi kerajaan harus memastikan semua projek pembinaan SJKC baru dan pemindahan SJKC sedia ada yang telah diluluskan dapat disiapkan dan diggunakan secepat mungkin dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010).

Mengecualikan Bayaran Peperiksaan Awam Memandangkan

Sekolah

Menengah

Persendirian

Cina

(SMPC)

merupakan insitusi pendidikan bukan keuntungan, maka Dong Jiao Zong menyeru Kementerian Pelajaran mengecualikan bayaran peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM yang dikenakan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Persendirian cina supaya mereka mendapat layanan yang adil selaku

11

rakyat Negara ini sebagaimana yang dinikmati oleh pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Menubuhkan Unit Penyelarasan Antara Kementerian Pelajaran Dengan Dong Jiao Zong Mencadangkan supaya satu unit penyelarasan yang tetap ditubuhkan untuk membolehkan Kementerian Pelajaran dan Dong Jiao Zong bertukar pendapat mengenai pendidikan Negara kita dan mencari penyelesaian tentang masalah-masalah pendidikan yang berkaitan.

Membela Hak Lembaga Pengelola SRJK(C) Sejak sejarah awal penubuhannya lagi, Lembaga Pengelola sekolah Cina memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pentadbirannya. Lembaga Pengelola sekolah cina bertindak sebagai majikan kepada guru bukan kerajaan dan mempunyai kuasa untuk menguruskan peruntukan kerajaan serta mendapatkan bantuan kewangan daripada sumber lain (dipetik Kementerian, hlm 27). Lembaga Pengelola yang dianggotai oleh penaung, pemegang amanah, ibu bapa, dan bekas murid. Guru Besar secara automatik dilantik sebagai setiausaha lembaga dan bertanggungjawab kepada Lembaga Pengelola tentang disiplin dan pentadbiran sekolah. Lembaga Pengelola mempunyai kuasa melatih dan memecat guru besar dan guru-guru persekolahan. Oleh itu, satu kontroversi berlaku berkaitan dengan status quo dan kuasa autonomi Lembaga Pengelola sekolah pada tahun 1968. Lembaga Pengelola dianggap sebagai lambang

12

autonomi dan identiti bagi SRJK(C)yang didirikan oleh masyarakat Cina. Oleh itu, mereka berpegang teguh kepada prinsip “ketiadaan Lembaga Pengelola sekolah bermakna ketiadaan sekolah Cina”. Dengan kefahaman dan pegangan yang sedemikian, Lembaga Pengelola SRJK(C) di bawah pimpinan Dong Jiao Zong membuat interpretasi bahawa saranan penyususnan semula tersebut bertujuan untuk membubarkan Lembaga Pengelola yang akhirnya akan membawa kepada penghapusan SRJK(C).

Menambah Peruntukan Pembangunan Kepada SJKC Peruntukan kewangan merupakan salah satu aspek yang sentiasa menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin lembaga pengelola SRJK(C), Dong Jiao Zong dan Hua Tuan. Mereka mendakwa kerajaan mengamalkan dasar diskriminasi dalam pemberian peruntukan kewangan kepada SRJK(C).

Jadual (3) : Peruntukan Kewangan untuk Sekolah Rendah Pelbagai Aliran di bawah RME dan RMT (dalam Ringgit Malaysia) Jenis Sekolah

Rancangan Malaysia

Rancangan Malaysia

13

SK SJKC SJKT Jumlah

Keenam (1990-1995) Ketujuh (1996-2000) Peruntukan % Peruntukan % 1,133,076,000 89.72 1,027,167,000 96.54 102,726,000 8.14 25,970,000 2.44 27,042,000 2.14 10,902,000 1.02 1,262,844,000 100 1,064,039,000 100 (Dipetik dalam Thock, hlm 116)

Dong Jiao Zong mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran, semasa menjalankan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-9, menambah peruntukan

pembangunan

berasaskan

bilangan

murid

dan

keperluan

pembangunan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Pembantahan Penubuhan Sekolah Wawasan Pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan ditentang hebat oleh masyarakat Cina disebabkan dikhuatirkan akan menguburkan identiti serta pengguanaan bahasa ibunda di kalangan murid SRJK(C). Walaupun Kementerian Pendidikan telah memberi jaminan bahawa konsep Sekolah Wawasan tidak akan menghapuskan identiti SRJK(C) dan SRJK(T), Dong Jiao Zong masih menolak keras gagasan Sekolah Wawasan.

Oleh sebab bantahan kuat daripada komuniti Cina, pelaksanaan konsep Sekolah Wawasan terpendam tanpa banyak publisiti. Bagi mencapai matlamat murni untuk memupuk perpaduan, Kementerian Pendidikan bertolak ansur dengan memansuhkan ketetapan Bahasa Kebangsaan sebaai bahasa pengantar di Sekolah Wawasan. Sebagai gentian, Kementerian Pendidikan menjamin setiap sekolah yang terlibat dalam Sekolah Wawasan tetap menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah 14

Bahasa Melayu, manakala SRJK(C) menggunakan Bahasa Cina dan SRJK(T) menggunakan Bahasa Tamil. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga sama mengikut jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya mengikut norma perjawatan yang ditetapkan.

Dengan ada jaminan undang-undang, kebimbangan Dong Jiao Zong dan Hua Tuan terhadap Sekolah Wawasan yang dikhuatiri akan menguburkan identiti SRJK(C) sepatutnya dihapuskan. Dalam hal ini, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Lee Kim Sai menganggap Dong Jiao Zong dan Hua Tuan terlalu awal melatah. Beliau menasihati mereka supaya tidak meragui bidang kuasa Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong yang memberikan jaminan tidak akan meminda akta-akta yang memelihara kepentingan masyarakat Cina di negara ini.

Dong Jiao Zong dan Hua Tuan berpendapat Program Sekolah Integrasi 1985, Projek Sekolah Wawasan 1995, dan Projek Sekolah Wawasan 2000 mempunyai latar belakang yang sama, iaitu berlandaskan andaian bahawa kewujudan sekolah rendah pelbagai aliran adalah punca polarisasi atau ketidakharmonian kaum. Maka dicadangkan Sekolah Wawasan bagi mengubah keadaan sekolah pelbagai aliran yang ditempatkan di atas tapak yang berlainan, tetapi mempunyai sukatan pelajaran yang seragam di bawah satu struktur organisasi yang baru.

15

Selain itu, Dong Jiao Zong dan Hua Tuan juga beranggapan bahawa kedudukan guru besar dan Lembaga Pengelola SRJK(C) akan tergugat .Hal ini kerana penubuhan Jawantankuasa Penyelaras bererti kuasa guru besar sekolah berkenaan akan tersekat.

Dong Jiao Zong juga mendakwa kononya bahasa pengantar kurikulum SRJK(C) akan ditukarkan kepada Bahasa Kebangsaan secara beransur-ansur apabila semakin ramai guru bukan berkelayakan bahasa Cina mengajar di sekolah berkenaan. Akibatnya, sesetengah mata pelajaran SRJK(C) seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Muzik akan diajar dalam Bahasa Kebagsaan.

Ringkasnya, reaksi Dong Jiao Zong dan Hua Tuan terhadap penubuhan Sekolah Wawasan merupakan suatu adunan perasaan tidak puas hati dan syak wasangka. Mereka membuat desakan kepada kerajaan supaya membatalkan rancangan Sekolah Wawasan dan digantikan dengan “Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan 1986”. Rancangan tersebut menjurus kepada aktiviti kokurikulum yang boleh dilaksanakan secara bersama oleh sekolah yang berdekatan.

16

Kesimpulan Secara kesimpulannya ialah aliran pendidikan cina merupakan satu agenda penting kepada kaum cina kerana ia melambangkan keutuhan bangsa dan identitinya. Di samping itu, pendidikan cina memberikan pelbagai manfaat dan

kelebihan

kepada

masyarakat

cina

serta

kaum-kaum

lain

yang

mempelajarinya. Sehubungan itu, masyarakat cina serta kerajaan haruslah

17

prihatin

dan

berusaha

untuk

mengambil

langkah

yang

wajar

dalam

menyelesaikan isu-isu yang telah dibangkitkan bagi mempertahankan ciri-ciri unik aliran sekolah pendidikan cina. Masyarakat cina percaya bahawa sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC) harus berteraskan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dan jikalau bahasa ibunda dihapuskan maka identiti sekolah cina akan turut terhapus.

Bibiografi •

Sia Keng Yek. (2005). SRJK (Cina) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Dilema dan Kontroversi. Penerbit Universiti Malaya.



Thock Ker Pong. (2005).Dilema Masyarakat Cina, Ketuanan Politik Melayu Pandangan Kaum Cina(pp.101-167). Penerbit Universiti Malaya.



Memorandum Memperkembangan Sekolah Cina, Berusaha Ke Arah Wawasan 2000, PPLPSCM dan GPGSCM, Kuala Lumpur,1995, hlm.8.

18



Urus setia Hal Ehwal Parlimen, Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Kesembilan 1996, 8 Julai Hingga 7 ogos 1996: Jawapan Soalan Mulut. Soalan Bertulis serta Ucapan di Parlimen. Jilid 63. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.



http://www.djz.edu.my/resource/wenxian/MemorandumKementerianPelajaran/Memorandum2008KP-BM.pdf



Kementerian Pelajaran Malaysia. 1971. Laporan Mengenai Perlaksanaan Syorsyor Jawantakuasa Penyemak Dasar Pelajaran,1960. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

19

Related Documents

Aaea2305kajian
November 2019 29

More Documents from "chinese stream"