Dilema Cina Dlm Negara Bangsa ( Pru-12 )

  • Uploaded by: siew chang yee
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dilema Cina Dlm Negara Bangsa ( Pru-12 ) as PDF for free.

More details

  • Words: 3,548
  • Pages: 11
1

Masyarakat Cina Dan Pembentukan Negara Bangsa 1946-1967 Pendahuluan Pembentukan negara bangsa merupakan satu agenda yang penting di negara dunia ketiga selepas Perang Dunia Kedua dan senario tersebut turut melanda Asia Tenggara yang dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang diwarisi dari era kolonialisasi Barat. Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan identiti serta polisi negara, dasar serta struktur pentadbiran serta sistem ekonomi dan pertahanan sering merencatkan usaha negara-negara berkenaan dalam usaha membina satu identiti serta jata diri yang merdeka. Ia dibebankan lagi dengan kewujudan masyarakat pluralisasi yang mempunyai identiti, budaya, agama serta kepentingan yang berbeza. Lantaran itu proses pembentukan negara bangsa dilihat sebagai satu proses yang berterusan dan ia merupakan usaha dalam mencari satu titik pertemuan di kalangan penduduk yang

pembent etnik bagi menjamin kestabilan serta masa hadapan

negara yang dimiliki bersama. Menurut Smith ( 2000 ), pembentukan negara bangsa meliputi dua elemen yang penting iaitu pembentukan negara dan pembentukan bangsa. Dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa, aspek-aspek seperti struktur politik, sistem politik, sistem ekonomi, soal-soal pentadbiran, penetapan sempadan serta kawasan di bawah lingkungan kuasanya, pertahanan serta keselamatan dalan negara perlu diberi keutamaan. Manakala dalam proses membina bangsa, satu titik persamaan perlu dicari dalam aspek kerakyatan, budaya kebangsaan, bahasa dan pendidikan perlu diusahakan agar negara bangsa yang dibina itu memenuhi aspirasi serta kehendak semua rakyatnya. Persoalan negara bangsa dan bangsa Malaysia menarik perhatian pelbagai pihak selepas bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakannya pada tahun 1991. Dalam ulasannya terhadap Wawasan 2020, beliau menegaskan bahawa dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kita perlu berusaha ke arah membentuk sebuah masyarakat yang liberal dan bertolak ansur tetapi pada masa yang sama bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan pegangan agama masing-masing. Walaupun begitu, rakyat Malaysia perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara.

2 Reaksi masyarakat terhadap konsep negara bangsa mahupun bangsa Malaysia kerap menimbulkan pelbagai perbahasan yang menarik. Ada yang memberikan pandangan yang positif dan membina walaupun tidak kurang yang melihatnya secara

prejudis. Pada

umumnya, orang Melayu menerima konsep negara bangsa dengan penuh prejudis kerana ia sering dikaitkan dengan konsep ‘Malaysian-Malaysia’ yang diilhamkan oleh Lee Kuan Yew dan diperjuangkan oleh Parti Tindakan Demokratik ( DAP ) sehingga ke hari ini. Di mana asas perjuangannya yang menekankan persamaan hak politik, ekonomi serta sosial dikhuatiri akan mengancam kedudukan serta hak keistimewaan orang Melayu serta kaum bumiputera yang lain. Oleh itu, konsep Bangsa Malaysia yang diusahakan itu dilihat perlu selari dengan perlembagaan negara yang mempunyai beberapa peruntukan khusus dalam melindungi status serta kepentingan orang Melayu. Ini seterusnya membawa kepada cadangan bahawa pembentukan negara bangsa perlu selaras dengan perlembagaan negara yang secara jelas memperuntukkan beberapa keistimewaan kepada orang Melayu dan ia seharusnya tidak boleh dipertikai atau dipinda tanpa persetujuan 2/3 ahli parlimen serta perlu mendapat keizinan Majlis Raja-Raja Melayu. Perkara-Perkara yang termaktub dalam fasa 153 yang menyentuh kedudukan serta kebesaran Raja-Raja Melayu, hak keisitmewaan orang Melayu, agama Islam serta peranan Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan perlu dihormati ( Utusan Malaysia. 17 Oktober 2008 ). Ia penting bagi memastikan asas pembentukan negara terpelihara dan tidak menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat jelata. Namun begitu, di pihak lain pula terutamanya dari masyarakat Cina memberi sambutan yang agak menggalakkan. Mereka melihat pembinaan negara bangsa sebagai satu perkembangan yang positif ke arah mengakui hak mereka sebagai warganegara yang mempunyai status yang sama. Ini seterusnya akan membawa kepada pembinaan sebuah bangsa baru dengan meninggalkan perbezaan etnik yang sedia ada. Walaupun begitu, masih wujud kegelisihan di kalangan masyarakat itu bahawa akan berlaku satu proses asimilasi yang bakal menghapuskan jati diri mereka. Dalam mengulas Gagasan Bangsa Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yakin usaha ke arah itu mampu menjadi kenyataan sekiranya rakyat bersedia mengubah persepsi dan minda mereka ( Berita Harian. 26. Mei 2008). Ia bakal menjadi kenyataan kalau semua rakyat mengenepikan soal warna kulit, agama, keturunan dan budaya sebaliknya menekankan pentingnya kerjasama serta perpaduan demi kemajuan serta kestabilan bersama. Sejurus menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Datuk Seri

3 Najib telah melancarkan program-program yang bersifat mesra rakyat dan kepekaan beliau terhadap pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat telah berjaya memikat hati dan minda ramai pihak. Antara perubahan drastik yang diambil beliau ialah mengkaji semula Akta ISA, liberalisasikan ekonomi negara, membasmi kemiskinan serta mempertingkatkan integriti serta kecekapan jentera pentadbiran kerajaan. Beliau turut mengilhamkan konsep ‘Satu Malaysia’ yang berteraskan slogan ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’. Di mana antara tujuan konsep tersebut ialah mewujudkan satu bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri yang kukuh serta mampu bekerjasama dan hidup bersama dalam konteks Malaysia dan keluar dari kongkongan perkauman. Dalam usaha merealisasikan wawasan tersebut beberapa nilai-nilai utama yang terkandung dalam konsep ‘Satu Malaysia’ ialah penerimaan sumbangan oleh semua kaum dan memastikan tiada yang ketinggalan dalam arus pembangunan. Di samping itu, ia turut memberi penekanan kepada konsep meritoraksi dengan tujuan mewujudkan kesaksamaan di kalangan rakyat serta menggalakkan persaingan yang sihat. Ia dapat dilihat dalam dasar liberalisasikan ekonomi negara di mana DEB yang dilihat gagal memajukan taraf orang Melayu serta tidak lagi relevan dalam era ini telah mula dirombak semula. Pada masa yang sama, Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan kesediaan kerajaan mewujudkan satu program biasiswa yang melandaskan merit semata-mata. Perancangan tersebut jelas memberi sinar harapan kepada rakyat Malaysia yang mengidamkan satu bentuk negara yang bercorakkan kebangsaan dan bukan berlandaskan perkauman selaras dengan impian ‘Satu Negara, Satu Rakyat dan Satu Bangsa.’ Sejarah Pembentukan Negara Bangsa Di Malaysia Pembentukan negara bangsa di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru dan ia, dikatakan telah bermula sejak era penjajahan British. Malayan Union dilihat sebagai satu kesinambungan daripada usaha British untuk membentuk satu kesatuan Tanah Melayu yang telah bermula pada tahun 1920 lagi. Kerajaan British telah melaksanakan langkah desentralisasi dengan mengagihkan kuasa pusat secara berperingkat. Sir Cecil Clementi Smith yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi British pada tahun 1930 mempunyai agenda untuk menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang bersatu. Dasar Pengagihan kuasa pusat dijadikan daya penarik kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersatu untuk bergabung dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersatu Malayan Union dilihat sebagai satu kesinambungan daripada usaha British untuk membentuk satu kesatuan Tanah Melayu yang telah bermula

4 pada tahun 1920 lagi. Kerajaan British telah melaksanakan langkah desentralisasi dengan mengagihkan kuasa pusat secara berperingkat. Sir Cecil Clementi Smith yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi British pada tahun 1930 mempunyai agenda untuk menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang bersatu. Dasar Pengagihan kuasa pusat dijadikan daya penarik kepada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersatu untuk bergabung dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersatu ( James de V. Allen. 1967: 5 ). Walau bagaimanapun, desentralisasi itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya akibat tercetusnya Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941. Perubahan dasar British selepas Perang Dunia Kedua dilihat sebagai titik tolak apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946. Di mana salah satu objektif Malayan Union ialah mewujudkan satu bangsa Malayan yang bersatu. Ia dilaksanakan melalui dasar kerakyatan yang liberal di mana kewarganegaraan berlandaskan prinsip ‘jus soli’ iaitu kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran diperkenalkan. Ini membolehkan semua warga asing yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka yang berusia 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 sebelum 15 Februari 1942 mendapat kerakyatan mereka secara automatik. Penentangan yang berterusan daripada orang Melayu serta sokongan yang berbelah bagi daripada golongan imigran memaksa British untuk menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Kompromi Inggeris – Melayu, British telah bersetuju dengan pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara yang penting termasuklah soal pembangunan, kebajikan , kerakyatan dan sebagainya. Namun begitu, kuasa serta kedaulatan raja-raja Melayu dikembalikan dan kepentingan orang Melayu terus dilindungi oleh British. British dilihat lebih selesa untuk berunding dan menerima UMNO daripada PUTERA atau AMCJA yang dilihat mempunyai pertalian dengan PKM yang sentiasa memberi pelbagai masalah kepadanya. Lantaran itu, British akur dengan kehendak orang Melayu yang menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union. Mereka perjuangkan sebuah kerajaan berbentuk persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu dan menolak kerakyatan jus soli. Di samping itu, orang Melayu turut meminta taraf negeri naungan dipulihkan dan raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.

5 Kemerdekaan Tanah Melayu menjelang 31 Ogos 1957 telah merancakkan lagi usaha ke arah pembentukan negara bangsa. Permuafakatan politik yang terbentuk antara UMNO – MCA – MIC bukan sekadar mempercepatkan lagi proses kemerdekaan tetapi telah berjaya membentuk satu gandingan yang mantap

dan terusnya menerajui negara ke satu dimensi

politik yang baru. Pembentukan Perlembangan Tanah Melayu 1957 hasil daripada tolak ansur kaum membuktikan bahawa Tanah Melayu berada di landasan yang tepat dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa yang dikongsi bersama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalam merangka sebuah perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Ia telah menerima pelbagai pandangan, cadangan serta bantahan dari pelbagai pihak dan memberi penekanan kepada beberapa aspek yang penting termasuklah soal kewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu. Proses pembentukan negara bangsa itu, tidak terhenti di situ tetapi terus dimantapkan dengan pembentukan Malaysia pada September 1963 dengan kemasukkan Singapura, Sabah dan Sarawak. Namun begitu, penggabungan tersebut telah membawa kepada satu perkembangan politik yang tegang dan diwarnai oleh sentimen-sentimen perkauman yang teramat sempit. Pemimpin PAP yang lantang memperjuangkan konsep negara ‘MalaysiaMalaysian’ dan secara terus terang mengkritik kedudukan orang Melayu serta kuasa raja-raja Melayu. PAP ternyata mengenepikan kontrak sosial yang telah dipersetujui sebelum ini dan ini seterusnya mengakibatkan penyingkiran Singapura pada tahun 1965. Namun begitu, bibit-bibit perkauman yang tercetus masih belum mampu diredakan dan pilihan raya umum 1969 yang menyaksikan kehadiran DAP dan Gerakan terus meniup sentimen perkauman apabila meneruskan perjuangan PAP yang mendesak persamaan politik, ekonomi dan sosial bagi semua. Senario politik negara yang tidak menentu serta sarat dengan unsur perkauman telah mencetuskan rusuhan kaum . Ini mengakibatkan parlimen digantung dan undangundang darurat diisytiharkan. Tragedi berdarah itu dilihat merencatkan proses pembentukan negara bangsa di Malaysia dan dilihat sebagai titik penolak kepada penguasaan politik orang Melayu. Di mana hegemoni Melayu yang wujud meletakkan kedudukan orang bukan Melayu tidak mungkin dicabar lagi. ( Thock 1994: 174 ).

6 Lantaran itu, pembentukan negara bangsa dan bangsa Malaysia dilihat sebagai satu perjuangan yang masih belum selesai. Pelbagai persoalan yang perlu diungkai dan ia memerlukan komitmen dari semua pihak bagi menjayakan wawasan tersebut. Ia ternyata bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan kewujudan masyarakat majmuk dan budaya politik perkauman yang masih mengongkong perkembangan negara. Krisis identiti serta kepentingan peribadi pelbagai kaum sering menghantui usaha murni tersebut. Di mana kepentingan diri serta sikap curiga antara satu masa lain dilihat kerap membantutkan usaha pembentukan negara bangsa mahupun bangsa Malaysia. Lantaran itu, sehinggalah hari ini ramai pihak yang beranggapan, kita hanya mampu membentuk sebuah negara Malaysia tetapi pada hakikatnya bangsa Malaysia itu masih terlalu jauh dari realiti. Pandangan dan Penerimaan orang Cina Terhadap Negara Bangsa Dalam usaha menyingkap aspirasi serta perjuangan masyarakat Cina dalam negara bangsa di Malaysia. Ciri serta budaya masyarakat Cina dipengaruhi oleh falsafah Kung Fu-Tze serta dikaitkan dengan konsep negara bangsa. Ini penting bagi memahami sikap serta sumbangan masyarakat Cina dalam pembentukan negara bangsa. Antara budaya masyarakat Cina yang dilihat relevan dengan pembentukan negara bangsa adalah seperti penghayatan semangat dan fahaman humanis, sifat keterbukaan, keutamaan keharmonian dan kepentingan bersama, kesederhanaan dan penyesuaian diri dengan persekitaran, penekanan kepada unsur-unsur moraliti, kemuliaan hati dan sikap berdikari dan tidak mudah berputus asa. Ia dapat dilihat dalam beberapa kenyataan pemimpin Cina termasuklah Lim Chong Eu ( 1996:3 ) yang menegaskan bahawa elemen dalam budaya masyarakat Cina yang memberi penekanan dalam konsep budi perkerti yang mulia dan bersikap jujur perlu diamalkan oleh semua pihak dalam usaha mewujudkan keharmonian dalam negara. Ia turut dipersetujui oleh Datuk Seri Ong Ka Ting (2005 ) yang berpendapat prinsip-prinsip moraliti perlu menjadi keutamaan oleh semua pegawai kerajaan dalam menjalankan tugas masing-masing. Ia selaras dengan pengajaran Kung Fu-Tze yang menegaskan bahawa keutuhan sesebuah kerajaan bergantung kepada pemimpinnya. Kepimpinan yang korup serta mengabaikan kebajikan rakyat jelata bakal membawa bencana kepada negara. Pandangan serta penerimaan masyarakat Cina terhadap negara bangsa akan dibicarakan dengan mengambil kira dasar serta perjuangan parti-parti orentasi Cina seperti MCA, Gerakan Dan DAP dalam usaha membentuk semua negara bangsa. Dasar kerajaan yang bertujuan untuk membentuk negara bangsa telah mendapat pandangan serta reaksi yang

7 berbeza-beza daripada parti-parti berkenaan. DAP yang memperjuangkan konsep MalaysianMalaysia’ menekankan aspek persamaan hak politik, ekonomi serta sosial tanpa mengira kaum. Ia melihat Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan sebarang layanan istimewa kepada mana-mana kaum yang memonopoli kepentingan ekonomi serta politik sebagai satu penindasan kepada kaum yang lain. ( Ulangtahun ke 25 DAP, 1993:10.) MCA pula mempunyai pandangan yang agak terbuka terhadap konsep negara bangsa. Ia melihat kewujudan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia sebagai satu kekuatan bangsa. Oleh itu, ia akan memperjuangkan keadilan, kesaksamaan serta kemajuan bagi semua kaum di negara kita. ( MCA: The Future of Malaysia Chinese, 1988:5 ). Konsep negara bangsa bagi parti Gerakan pula memperlihatkan wujudnya unsur-unsur akomodasi. Di mana ia berpendapat proses pembentukan negara bangsa perlu berlaku secara sukarela tanpa wujudnya sebarang unsur paksaan mahupun cubaan untuk asimilasikan budaya golongan minoriti. ( Gerakan : Its History and Strunggle, Cenderamata Ulang Tahun Gerakan ke 20, 1988:24-25). Dilema Masyarakat Cina Dalam Negara Bangsa Malaysia Perjuangan dan tuntutan masayarakat Cina dalam negara bangsa berkisarkan kepada beberapa persoalan yang penting iaitu persamaan hak di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, kebudayaan masyarakat yang berbilang kaum, kedudukan serta peranan bahasa Cina sebagai bahasa ibunda serta perkembangan sekolah-sekolah Cina. Kesemua tuntutan tersebut disuarakan melalui memorandum oleh parti-parti politik berlandaskan orang Cina serta dewan-dewan perniagaan Cina. Antara memorandum utama yang telah dikemukan termasuklah Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1983) yang disuarakan oleh Pertubuhan Cina Malaysia. Perisytiharan Bersama ( 1985 ) telah dibentangkan oleh wakil masyarakat Cina dalam usaha untuk meraih undi orang Cina dalam pilihan raya 1986 dan tuntutan Suqiu ( 1999 ). Politik di era pentabdiran Tun Abdul Razak telah membawa kepada pembentukan satu Malaysia Baru dan menyaksikan perubahan ketara dalam kehidupan masyarakat tionghua. Di mana ramai yang beranggapan ia merupakan titik tolak kepada hegemoni Melayu dalam politik Malaysia. Kemunculan golongan elit politik Melayu khususnya dalam UMNO menampakkan dominasi politik ketuanan Melayu dan juga menandakan kemerosotan pengaruh MCA dalam masyarakat Cina ( Vasil 1980:206). Di samping itu, MCA juga sering memperlihatkan sikap ambivalence di mana di satu pihak ia memberi jaminan bahawa parti

8 itu akan memperjuangkan hak serta kepentingan masayarakat Cina tetapi di pihak yang lain pula, MCA banyak mengalah serta menyakinkan rakan utamanya UMNO bahawa tujuannya adalah untuk memupuk perpaduan kaum ( Ting.1984:8 ). Sikap itu jelas mengecewakan masyarakat Cina dan ia terpapar dalam sokongan mereka terhadap MCA sejak pilihan raya yang pertama lagi. Dalam pilihan raya 1959, MAC hanya mendapat 14.7% dan ia hanya mampu mendapat 13.5% undi dalam pilihan raya 1969 apabila parti tersebut hanya memenangi 13 daripada 33 kerusi yang dimenanginya. Keputusan yang teruk itu mengakibatkan MCA dikritik teruk rakannya dalam Perikatan sehingga membawa kepada pengumuman bahawa MCA tidak lagi mewakili orang Cina dan ia tidak akan menyertai barisan Kabinet yang bakal ditubuhkan oleh Perikatan. Golongan nasionalis Melayu dalam UMNO telah mendesak agar MCA disingkirkan dari barisan kabinet Parti Perikatan dan Mahathir Mohamad( Khoo Boo Teik, 1995: 22 ) menegaskan bahawa: “ The whole idea of having the MCA in the cabinet is that the MCA represents Chinese views. It can be seen from the last election that the MCA is not supported by the large majority of the Chinese, so having them in the cabinet does not serve the purpose of giving representation to the Chinese.” Desakan itu dilihat sebagai satu percubaan oleh golongan nasionalis untuk mengubah struktur politik dalam Parti Perikatan dan lebih cenderung ke arah dasar yang pro-Melayu dan menjadikan UMNO sebagai tunjang kekuatan orang Melayu dalam usaha menyekat pengaruh parti PAS yang telah berjaya menawan kerajaan negeri Kelantan Penyertaan Gerakan serta PPP dalam Barisan Nasional gagal memperkukuhkan kekuatan kuasa politik masyarakat Cina sebaliknya ia telah mengakibatkan masyarakat Cina berada dalam keadaan dilema. Dari aspek politik, kegagalan MCA dan Gerakan dalam memperjuangkan kehendak komuniti Cina mengakibatkan kedua-dua parti berkenaan gagal memainkan peranan yang penting dalam kerajaan. Ini diakibatkan oleh kekuasaan UMNO dalam Barisan Nasional yang telah meminggirkan politik orang Cina di negara ini ( Heng 1988: 261). Impaknya begitu ketara apabila Gerakan dan PPP mahupun MCA gagal mencapai sepanjang keputusan yang memberansangkan dalam pilihan raya yang diadakan sejak 1969 sehinggalah 1990an. PPP yang menyertai Barisan Nasional gagal membawa perubahan sikap para pengundi di Kinta terutamanya pengundi Cina. Hakikat ini diakui oleh SP Seenivasagam bahawa penyertaan PPP ke dalam BN mengakibatkan kerisauan dalam parti berkenaan. Menurut The Straits Times , SP Seenivasagam yang bertanding bagi kawasan Parlimen Menglembu menyatakan bahawa ‘since supporting the government, I has probably lost

9 about 30 to 35% of the votes, most of them are opposition minded ( NST 23 Ogos 1974 ). Kenyataan Seenivasagam itu, jelas menunjukkan bahawa, penduduk Kinta yang majoritinya Cina mempunyai pemikiran yang pro pembangkang dan sebarang usaha untuk mempengaruhi mereka agar untuk memihak kepada pihak kerajaan bukanlah suatu perkara yang mudah. Justeru itu, majoriti pengundi Cina di kawasan bandar sering memihak kepada parti DAP. Namun begitu, pengaruh parti berkenaan pula sekadar berpengaruh di bandar-bandar besar dan kegagalannya menawan kerusi parlimen yang banyak mahupun menguasai sebarang kerajaan negeri mengakibatkan mengakibatkan banyak tuntutan masyarakat Cina gagal dipenuhi. Pada masa yang sama, prestasi MCA dan Gerakan yang tidak konsisten telah menghadkan kuasa ’tawar-menawar’ kedua-dua parti berkenaan. Ia menyebabkan keduaduanya bersifat subordinate dan dependent kerana terpaksa bergantung kepada restu UMNO dalam sebarang keputusan politik yang dibuat ( Ting Chew Peh 1984: 6 ). Ia jelas dalam pendapat bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yek yang mengambarkan status parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain lebih mirip sebagai pengemis berbanding rakan seperjuangkannya UMNO( Sin Chew Daily. 12 Mei 2008 ). Ini seterusnya telah membawa usul dari bekas Exco Pulau Pinang, Dr. Toh Kim Woon yang berpendapat adalah lebih baik Gerakan meninggalkan Barisan Nasional sekiranya ia gagal keluar dari kekangan UMNO ( Nanyang Siang Pau. 17. Mac 2008 ). Ia penting bagi memastikan parti tersebut terus relevan dalam arus perkembangan politik kini yang menyaksikan Pulau Pinang terlepas daripada cengkaman Gerakan buat kali pertamanya selepas pilihan raya 1969. Desas desus yang hampir sama turut disuarakan dalam MCA di mana pandangan terhadap peranannya serta penerimaan terhadap ketuanan Melayu mulai berubah. Tanggapan Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik bahawa ’orang Cina adalah golongan minoriti dan seharusnya memainkan peranannya dengan tidak mengajukan tuntutan yang berlebihan sehingga mencetuskan perasaan kurang senangnya raknnya dalam Barisan Nasional mulai ditolak oleh pemimipin-pemimpin generasi baru dalam MCA( Thock.2008: 10 ). Ia dapat dilihat dalam kenyataan Datuk Seri Ong Ka Ting yang menolak gagasan ketuanan Melayu dan mendesak agar lebih banyak kebebasan diberi penganut bukan Islam dan pembinaan sekolah Cina secara institusi dan sistematik ( Sin Chew Daily. 25 April. 2008). Lantaran itu, parti-parti komponen Cina di dalam Barisan Nasional mengharapkan

10 satu bentuk hubungan baru dan lebih seimbang dapat diwujudkan dalam Barisan Nasional dalam usaha memenangi kepercayaan dan sokongan kaum Cina. Tuntutan yang sama turut disuarakan oleh Datuk Ong Tee Kiat yang menyarankan agar konsep ketuanan Melayu tidak terus dijadikan agenda politik UMNO bagi mengaut sokongan pengundi Melayu. Ini kerana konsep tersebut jelas menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat Melayu kerana ia seolah-olah menunjukkan orang Melayu adalah tuan manakala kaum bukan Melayu pula golongan yang diperintah. Ia jelas bertentangan dengan perlembagaan negara yang menekankan persamaan hak semua kaum tanpa mengira keturunan mahupun agama. Namun begitu, pandangan serta hasrat pemimpin-pemimpin Cina tersebut jelas mengundang kontroversi serta kegelisahan di kalangan pemimpin UMNO mahupun ahli akademik Melayu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhiyiddin Yassin menyifatkan fenomena tersebut sebagai kemunculan kuasa politik kaum Cina dan India dan beranggapan kedudukan serta hak serta keistimewaan orang Melayu sedang tercabar ( Mingguan Malaysia. 13 April 2008). Isu yang sama turut diulas Dr. Zainal Kling yang mendakwa orang Melayu kini hanya berfungsi sebagai pelengkap di beberapa buah negeri yang telah dikuasai oleh orang Cina. Walaupun Menteri Besarnya orang Melayu tetapi mereka tiada kuasa kerana barisan Exconya terdiri daripada bangsa lain ( Mingguan Malaysia. 4 Mei 2008 ) Penstrukturan semula negara di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak yang membawa kepada Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat dilihat gagal mencapai objektifnya. Ia dilihat lebih cenderung ke arah memajukan masyarakat Melayu dan dasar-dasar ekonomi kawalan

yang diperkenalkan

banyak membantutkan perkembangan perniagaan masyarakat tionghua. Ia dilihat menjejaskan penguasaan ekonomi masyarakat Cina dan terlalu memihak kepada orang Melayu. Pelaksanaan Akta Koordinasi Industri ( AKI ) pada tahun 1975 telah memberi impak yang begitu besar terhadap masyarakat Cina ( Thock 2005:95). Di bawah akta ini, syarikat yang mempunyai permodalan melebihi RM100,000 atau mempunyai pekerja tetap yang melebihi 25 orang wajib memperuntukkan 30% daripada sahamnya kepada bumiputera. Di samping itu, ia juga perlu memastikan corak penggunaan tenaga pekerja yang mencerminan komposisi rakyat di Malaysia. Di samping itu, syarat-syarat tambahan dalam pelantikan pengedar dan perkhidmatan profesional dari golongan bumiputera turut dikenakan apabila permohonan untuk mengembang atau mempelbagaikan keluaran dilakukan.

11 Dari segi sosial pula, Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diperkenalkan bagi melahirkan jati diri bangsa Malaysia gagal mendapat sokongan masyarakat Cina. Dasar yang dilihat bersifat asimilasi itu dikhuatiri bakal mengancam kebudayaan asal masyaraktat Cina yang berpegang kepada prinsip ’biar mati anak jangan mati adat’. Di samping itu, soal-soal seperti bilangan sekolah Cina, peranan bahasa Cina dalam pendidikan serta pentadbiran dan pemilikan harta dan tanah oleh penduduk kampung baru terus menghantui komuiti Cina. Lantaran itu, perjuangan masyarakat Cina dalam sebuah negara Malaysia milik semua dan selaras dengan ilham Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Datuk Seri Najib Abdul Razak iaitu ’ Satu Malaysia’ dilihat masih belum selesai.

Related Documents


More Documents from ""

Malayan Union
December 2019 49
Dap Dalam Politik Malaysia
December 2019 40
Mahathir
December 2019 46
Detik Hitam Politik Malaysia
December 2019 36