Majlis Sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar Upsr

  • Uploaded by: Ni'
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Majlis Sambutan Hari Kecemerlangan Pelajar Upsr as PDF for free.

More details

  • Words: 738
  • Pages: 5
MAJLIS SAMBUTAN HARI KECEMERLANGAN PELAJAR PERINGKAT SEKOLAH

*Minta perhatian: Bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini,

saya memohon agar tuan/puan,

saudara/saudari sekalian,untuk mematikan telefon bimbit masing-masing. TERIMA KASIH .. DARI MELAKA KE NEGERI PAHANG SINGGAH DI JOHOR BELI BERANGAN KAMI UCAPKAN SELAMATLAH DATANG APA YANG KURANG DI CACI JANGAN

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERHORMAT EN. MIZAN HAJI MOHD, PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK BERSAMA-SAMA DENGAN PEGAWAI DARI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BESUT (PPD) IAITU YANG BERBAHAGIA EN. NIK AWIRA SANI BIN ZAKARIA. Bagi memeriahkan majlis pada hari ini hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan LAGU NEGARAKU DAN LAGU SEKOLAH Hadirin dipersilakan duduk KAIN PELIKAT PANJANG SEMBILAN PANJANG SERTA KEPALANNYA PEMIMPIN ADALAH IBARAT INTAN RAKYAT MENUMPANG SINAR CAHAYANYA

1

ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARAKATUH & SALAM SEJAHTERA..

KICAU BURUNG SAHUT-SAHUTANG, BUNYINYA INDAH TIDAK TERKATA, YANG DINANTI SUDAH DATANG SAYA CUBA MEMBUKA KATA BERJALAN KE HILIR MELALUI PERMATANG, PERMATANG ELOK SERING DIGUNAKAN, KALAU SUDAH SEMUANYA DATANG, MOLEK KIRANYA KITA MULAKAN. YANG SAYA HORMATI EN. MIZAN BIN MOHD PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, DAN YANG BERBAHAGIA EN. NIK AWIRA SANI BIN ZAKARIA WAKIL DARI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BESUT (PPD) SERTA RAKAN-RAKAN GURU, IBU BAPA, DAN PELAJAR-PELAJAR YANG SAYA KASIHI SEKALIAN. SAYA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA SEMUA HADIRIN PADA HARI INI TERUTAMA WAKIL DARI PPD DI ATAS KESUDIAN MEMERIAHKAN MAJLIS KAMI PADA HARI INI. BACAAN DOA Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya memjemput saudara Ustaz Kamarrudin bin Ibrahim untuk memimpin bacaaan doa pada hari ini. Amin....amin Ya Rabbal Alamin. Semoga majlis mendapat keberkatan robbul izzati. BUKAN KACANG SEMBARANG KACANG, KACANG MELILIT KAYU SENAR, BUKAN DATANG SEMBARANG DATANG, DATANG MENYAKSIKAN KECEMERLAGAN PELAJAR. 2

Majlis menjemput Yang Berhormat En. Mizan Bin Mohd, Selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kecemerlangan Pelajar Sesi 2008 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. NUN DISANA INDAH KOTA, KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA, INDAH SUNGGUH BICARA KATA, MOGA JADI IKTIBAR PADA SEMUA. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat En. Mizan Bin Mohd Nor, Selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kecemerlangan Pelajar sesi 2008 di atas ucapan yang telah disampaikan. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput wakil pegawal dari Pejabat Pendidikan Daerah Besut iaitu En. Awira Sani bin Zakaria bagi menyampaikan ucapannya. Dengan segala hormatnya dipersilakan. PERGI KE HUTAN MENCARI HARTA, HARTA BANYAK PENUH ACUAN, KATA INDAH TIDAK TERKATA, BICARA BERNAS JADI PANDUAN. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Awira Sani bin Zakaria di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Baiklah, hadirin sekalian. Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, kita semua akan disajikan dengan beberapa persembahan daripada wakil bagi setiap tingkatan serta persembahan khas daripada guru sekolah ini.

3

Persembahan dimulakan dengan.....  Wakil dari tingkatan 1 ( lakonan)  Wakil dari tingkatan 2 (bacaan sajak)  Wakil dari tingkatan 3 (nyayian)  Wakil dari tingkatan 4 dan 5 ( Dikir Barat)  Persembahan khas daripada guru (menggunakan alat-alat muzik) Dengan berakhirnya persembahan daripada wakil guru itu tadi, maka berakhirlah persembahan kita pada hari ini. Bagi memeriahkan lagi majlis kita, acara yang seterusnya ialah acara yang sangat dinantinantikan oleh pelajar cemerlang pada tahun ini iaitu majlis penyampaian sijil penghargaan dan hadiah sebagai menghargai kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para pelajar. Untuk melancarkan acara ini, saya menyemput Pengetua SMKR En, Mizan Bin Mohd dan diiringi oleh guru Penolong Kanan 1 bagi menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan pelajar cemerlang bagi PMR iaitu dijemput..... Seterusnya dijemput pelajar cemerlang bagi SPM iaitu dijemput...... PERGI KE HUTAN MENCARI UBAT, UBAT DARI AKAR POKOK MERANTIN, YANG DINANTI SUDAH DAPAT, MARI BERALIH ACARA LAIN. Bagi menghormati tetamu kita, sekali lagi saya menjemput Pengetua SMKR En, Mizan Bin Mohd dan diiringi oleh guru Penolong Kanan 1 bagi menyampaikan cenderamata kepada wakil dari PPD iaitu En. Awira Sani bin Zakaria.

4

Penutup Akhir kata saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama rakanrakan seperjuangan yang banyak membantu dalam menjayakan majlis pada hari ini dan tidak lupa juga ucapan terima kasih di atas kesudiaan tuan/puan, ibubapa, saudara/saudari serta pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian kerana sanggup meluangkan masa bagi menjayakan majlis pada hari ini. Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang, Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sireh pulang ke gagang. Akhir kata, salah dan silap haraf dimaafi dari saya Siti Sapiah Mohd Yaacob selaku guru Kesusasteraan Melayu di sekolah ini. Sebelum hadirin sekalian pulang, dijemput para hadirin untuk menjamu selera di kantin sekolah. SEKIAN TERIMA KASIH (Nyanyian lagu cemerlang, gemilang dan terbilang mengakhiri Majlis Sambutan Hari Kecemerlangan pelajarpada tahun ini.)

5

Related Documents


More Documents from ""