Karangan Sambutan Hari Guru.docx

  • Uploaded by: 张瑜玲
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Karangan Sambutan Hari Guru.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 318
  • Pages: 2
Contoh Karangan Ucapan Sempena Hari Guru Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru. Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. Rakan sekalian, Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar . Sekian , terima kasih.

Ucapan Sambutan Hari Guru Selamat pagi saya ucapakan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid. Saya ingin mengucapkan

selamat menyambut Hari Guri kepada

semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

1. 16 Mei setiap tahun ialah Hari Guru. 2. Sambutan Hari Guru ini diadakan untuk mengenang dan menghargai jasa guru.

3. Marilah kita menghargai jasa guru. 4. Guru mengajar kami menjadi murid yang cemerlang dan berguna.

5. Guru mengajar kami membaca, menulis dan mengira. 6. Guru adalah ibu bapa kita.

7. Kita mesti menghormati guru. 8. Kita mesti mendengar nasihat guru.

9. Guru menasihati kami rajin belajar.

10. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru.

Sekian, terima kasih.

Related Documents