Peranan Semantik Dan Pragmatik

  • Uploaded by: Ni'
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan Semantik Dan Pragmatik as PDF for free.

More details

  • Words: 200
  • Pages: 1
Peranan Semantik dan Pragmatik Setelah kita mengetahui dan memahami erti sebanar bidang semantik dan pragmatik, cuba kita lihat pula bagaimana ilmu semantic dan pragmatik berinteraksi bagi mendapatkan makna sebenar sesuatu ujaran. Pragmatik ialah kajian tentang interpretasi ujaran dan bagaimana pengetahuan buka linguistik digunakan dalam kognisi dan komunikasi. Semantik pula ialah kajian berkenaan dengan makna sesuatu ayat yang dikhususkan oleh nahu sahaja. Dengan perkataan lain, semantic hanya terhad kepada bentuk logik sahaja. Makna pada peringkat nahu tidak dapat menentukan syarat benar bagi sesuatu ujaran. Disinilah munculnya peranan pragmatik bagi mendapatkan makna sebenar. Pada tahap semantik, kita hanya mendapat bentuk logik bagi sesuatu ujaran, tetapi untuk mendapatkan makna sebenar, kita memerlukan pragmatik. Sperber dan Wilson (1985) telah membina gambar rajah yang memperlihatkan interaksi antarea kedua-dua ilmu dalam memberikan makna sebenar. Ini adalah sebagai cadangan balas kepada ilmu semantik Montage. Di mana, makna pada peringkat semantic hanya diperolehi pada tahap bentuk logik sahaja. Pada peringkat ini juga peranan nahu terhenti. Bagi meneruskan penginterpretasian ujaran, kita memerlukan konteks. Konteks adalah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh pendengar. Pemilihan konteks yang bersesuaian dapat dikembangkan apabila maklumat baru ditambah. Dengan adanya konteks, segala penginterpretasian ujaran dapat dihasilkan sejajar dengan hajat sebenar si penutur.

Related Documents

Semantik Dan Pragmatik
April 2020 8
Pragmatik
April 2020 8
Pragmatik
June 2020 6
Semantik
June 2020 8
Semantik
November 2019 20

More Documents from ""