INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA
KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM HARI KECEMERLANGAN IPBA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA 1
INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA (IPBA)
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA. KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM “HARI KECEMERLANGAN IPBA” 1.0 TUJUAN 1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada Pengarah IPBA, untuk mengadakan program Hari Kecemerlangan IPBA. 1.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran IPBA untuk menampung kos bagi mengadakan program ini.
2.0 OBJEKTIF 2.1 Menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar IPBA dalam bidang akademik dan kokurikulum. 2.2 Merealisasikan misi IPBA untuk menjadi sebagai sebuah institut kecemerlangan bahasabahasa antarabangsa. 2.3 Meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar. 2.4 Merangsang pelajar untuk lebih tekun belajar dan melibatkan diri dalam semua aktiviti institut serta meningkatkan tahap keterampilan pelajar. 2.5 Menggalakkan persaingan yang positif dalam kalangan pelajar.
3.0 MAKLUMAT PROGRAM 2
Maklumat tentang program ini adalah seperti berikut: Tajuk Program : Hari Kecemerlangan IPBA Tarikh Cadangan : 24 Julai 2008 Hari : Khamis Masa : 2.30 – 4.30 ptg Tempat Cadangan : Auditorium, IPBA. 4.0 KEHADIRAN PELAJAR Semua pelajar diwajibkan menghadiri program ini kerana ia dijalankan ketika perhimpunan profesional pelajar.
5.0 STRATEGI PELAKSANAAN 5.1 Ahli MPP mengadakan perbincangan bersama Ketua Unit Peperiksaan & Penilaian (KUPP) Tn. Hj. Mohammad Razak b. Abdul Karim, bagi melihat skop penilaian yang boleh dibuat dalam keputusan peperiksaan pelajar setiap kursus bagi peperiksaan akhir semester Januari Jun 2008. 5.2 Mengadakan perbincangan dengan Ketua Unit Kokurikulum (KUKo), En Baharudin b. Hassan berkenaan penyimpanan rekod-rekod aktiviti kokurikulum pelajar dan jenis penghargaan yang boleh diberikan. 5.3 Memberikan senarai mentor-mentor setiap kursus dan cohort kepada KUPP untuk tindakan selanjutnya. 5.4 Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan mengadakan perbincangan bersama KUPP, KUKo dan mentor-mentor yang akan menyenaraikan pelajar-pelajar yang layak diberi penghargaan dalam bidang akademik dan kokurikulum berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dipersetujui. 5.5 Nama pelajar-pelajar yang terlibat akan diumumkan pada hari program tersebut dijalankan.
6.0 KRITERIA DAN ANUGERAH YANG DICADANGKAN 3
6.1 Pelajar yang memperolehi pencapaian akademik mencapai CGPA 3.50 dan ke atas, akan dicadangkan untuk menerima Anugerah Akademik / Anugerah Pengarah (Director List). 6.2 Pelajar yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam aktiviti luar seperti sukan, pidato, pasukan unit beruniform dan sebagainya seperti mana yang telah diperakui oleh KUKo akan dicadangkan untuk menerima Anugerah Kokurikulum. 6.3 Pelajar yang mempunyai kriteria di bawah berdasarkan persetujuan yang dicapai antara mentor-mentor dan pihak HEP, akan dicadangkan untuk menerima Anugerah Karisma. i. Mempunyai kehadiran kuliah 100%. ii. Banyak terlibat dengan kursus-kursus dan program yang dianjurkan sama ada oleh pihak IPBA atau BPG. iii. Berjaya mengharumkan nama IPBA sama ada di peringkat nasional mahupun internasional dalam program atau pertandingan seperti, kuiz, debat, tilawah AlQuran, pantun dan sebagainya. 6.4 Seorang pelajar yang berjaya membuktikan kecemerlangannya dalam ke semua kriteria yang dinyatakan di atas, akan dicadangkan untuk menerima Anugerah Tokoh Pelajar. 6.5 Bagi Anugerah Karisma dan Anugerah Tokoh Pelajar, pelajar tersebut haruslah mempunyai kriteria tambahan seperti sahsiah yang baik, tidak mempunyai rekod disiplin dan mempunyai hubungan yang baik dengan para pensyarah dan pelajar-pelajar yang lain.
7.0 KUMPULAN SASARAN ANUGERAH
KUMPULAN KURSUS
SASARAN ANUGERAH
Anugerah Akademik / Anugerah Pengarah (Director List)
1) TESL (kohort 2, 5 dan kohort 1 ambilan ketiga) 2) PISMP (kohort 1, 2, 3, dan 4) 3) Bahasa Perancis (kohort 2 dan 3) 4) Bahasa Jerman (kohort 1) 5) Bahasa Jepun
Diberi secara terbuka berdasarkan pencapaian akademik
Anugerah Kokurikulum
1) TESL (kohort 2, 5 dan kohort 1 ambilan ketiga) 2) PISMP (kohort 1, 2, 3, dan 4) 3) Bahasa Perancis (kohort 2 dan 3) 4) Bahasa Jerman (kohort 1) 5) KPLI (ambilan Julai 2007 dan ambilan Januari 2008)
Diberi secara terbuka berdasarkan penglibatan dalan aktiviti kokurikulum
Anugerah Karisma
1) TESL (kohort 2, 5 dan kohort 1 ambilan ketiga) 2) PISMP (kohort 1, 2, 3, dan 4) 3) Bahasa Perancis (kohort 2 dan 3) 4) Bahasa Jerman (kohort 1)
Diberi kepada pelajar yang dipilih oleh mentor dan pihak HEP
4
5) KPLI (ambilan Julai 2007 dan ambilan Januari 2008) Anugerah Tokoh Pelajar
1) TESL (kohort 2, 5 dan kohort 1 ambilan ketiga) 2) PISMP (kohort 1, 2, 3, dan 4) 3) Bahasa Perancis (kohort 2 dan 3) 4) Bahasa Jerman (kohort 1) 5) KPLI (ambilan Julai 2007 dan ambilan Januari 2008)
Diberi kepada seorang pelajar yang terbaik berdasarkan kesemua kursus berkenaan.
8.0 STRUKTUR JAWATANKUASA Struktur jawatankuasa bagi melaksanakan program ini adalah seperti dalam Lampiran 1.
9.0 JADUAL PROGRAM Jadual program adalah tertakluk kepada jadual perhimpunan profesionalisme pelajar yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan HEP.
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan program ini adalah seperti dalam Lampiran 2.
11.0 PENUTUP Kami amat mengharapkan jasa baik dari pihak tuan sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan supaya permohonan kami ini dapat diluluskan, seterusnya memberi pengiktirafan terhadap pelajar-pelajar yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum IPBA. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh ,
Disemak oleh , 5
……………………….. (Taiebah Mohamad Sagir) Exco Akademik , MPP IPBA
..……………………… (Pn. Zuraidah bt. Abd. Majid) Pensyarah Penasihat, Exco Akademik, MPP IPBA.
Disokong oleh, ………………………….. (En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.
Diluluskan oleh , ….…………………… (Dr. Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah, Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur.
LAMPIRAN 1 6
STRUKTUR JAWATANKUASA, PROGRAM HARI KECEMERLANGAN IPBA.
PENAUNG Dr. Mohd. Sofi b. Ali (Pengarah IPBA)
AJK PENILAI
Ketua Unit Peperiksaan & Penilaian (KUPP), IPBA.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPBA.
Mentor-mentor setiap kursus. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPBA. AJK Exco Akademik, MPP IPBA.
LAMPIRAN 2 7
Ketua Unit Kokurikulum (KUKo), IPBA.
Anggaran perbelanjaan untuk program Hari Kecemerlangan IPBA 2008. Perkara -
Anugerah
Anggaran perbelanjaan Trofi Anugerah Akademik , Kokurikulum dan Karisma: 1 trofi = RM 15 70 trofi = RM 15 X 70 = RM 1050 Trofi Anugerah Tokoh Pelajar: 1 trofi = RM 20
-
Makanan dan minuman (pelajar yang menerima anugerah)
Pelajar = RM 355 (71 orang X RM5)
JUMLAH KESELURUHAN
RM 1425
Pengesahan anggaran perbelanjaan. Disediakan oleh , ……………………….. … (Taiebah Mohamad Sagir) Exco Akademik, MPP IPBA
Disemak oleh , ..…………………… (Pn. Zuraidah bt. Abd. Majid) Pensyarah Penasihat Exco Akademik, MPP IPBA
Disahkan oleh, ………………………….. (En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA. Diluluskan oleh, …………………………… (Dr.Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa. 8