Majlis Perwakilan Pelajar

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Majlis Perwakilan Pelajar as PDF for free.

More details

  • Words: 371
  • Pages: 2
Majlis Perwakilan Pelajar, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang. Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 1 3200 Kepala Batas, Pulau Pinang. ____________________________________________________________________________ Penolong Pengarah, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kepala Batas, Pulau Pinang, Lot 2022, Jalan Pokok Jenerih, 1 3200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Tel:04-5776100 Fax : 04-5776144.

28 NOVEMBER 2007

Tuan / Puan,

Memohon Kebenaran Cuti Awal Akhir Semester 2007 Saya Mohd Radzuan Bin Ahmad selaku Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar 2007 mewakili pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas ingin memohon kebenaran cuti awal akhir semester 2007. Tarikh cuti yang di tetapkan oleh pihak Institiut ialah pada 19 Disember 2007. Manakala cuti awal yang dipohon oleh pelajar-pelajar ialah sehari lebih awal iaitu pada 18 Disember 2007. 2.Antara sebab-sebab memohon cuti awal ialah kerana di Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas menpunyai ramai pelajar yang datang dari negeri yang jauh antaranya dari Kelantan, Terengganu, Sabah, Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain. Untuk pengetahuan pihak Tuan/puan pada tarikh 20 Disember 2007 merupakan Hari Raya Aidil Adha. Sehubungan dengan ini ramai pelajar terpaksa pulang awal ke rumah masing-masing untuk pulang ke kampung ayah atau ibu mereka. 3.Bagi pelajar-pelajar yang datang dari luar negeri tidak dapat membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha kerana mereka akan sampai ke kampung halaman masing-masing pada pagi Hari Raya tersebut. Bagi pelajar-pelajar yang lain pula juga perlu balik awal kerana persediaan sambutan Hari Raya dirumah masing-masing. Bagi ibubapa yang akan datang mengambil anak mereka di ILP pada 19 Disember adalah perkara yang sukar kerana ramai ibubapa yang sibuk pada hari tersebut. 4.Saya juga ingin memohon agar pelajar-pelajar pulang ke asrama pada pukul 3.30 petang pada tarikh 18 Disember 2007 kerana pada hari tersebut pelajar-pelajar hendaklah mengemas pakaian, barangan dan bilik masing-masing. Dimana pelajar-pelajar hendaklah menyerahkan kunci bilik masing-masing pada Penyelia Asrama yang bertugas pada hari tersebut. Asrama juga akan di dikunci setelah semua pelajar pulang kerana bimbang akan kehilang barangan pelajar yang disimpan di dalam loker masing-masing.

Oleh yang demikan saya berharap pihak Tuan/Puan meluluskan permohonan kami ini secepat yang mungkin kerana pelajar memerlukan persediaan untuk membeli tiket untuk pulang ke kampung masing-masing. Kerjasama dari pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

……………………………… (Mohd Radzuan Bin Ahmad) Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas.

Related Documents