Teks Mc Syarahan Negeri Sembilan

  • Uploaded by: Ni'
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Mc Syarahan Negeri Sembilan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,257
  • Pages: 7
KETIBAAN YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMMAD BIN HAJI HASAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN (KEBERANGKATAN TIBA YANG TERAMAT MULIA TENGKU BESAR TAMPIN DAN TERAMAT MULIA DATO’ UNDANG YANG EMPAT) Lagu kebesaran Negeri Sembilan Darul Khusus KAIN PELIKAT PANJANG SEMBILAN PANJANG SERTA KEPALANNYA PEMIMPIN ADALAH IBARAT INTAN RAKYAT MENUMPANG SINAR CAHAYANYA ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARKATUH DAN SELAMAT PAGI. TEBANG MERANTI DI ATAS PERMATANG TEBANG MARI TIGA MUKA YANG DINANTI SUDAH DATANG SAYA CUBA MEMBUKA KATA ANAK BERUK TERLOMPAT-LOMPAT LOMPAT MARI DALAM KELADI CAKAP BURUK JANGAN DIUMPAT CAKAP BAIK JANGAN DIPUJI KE BAWAH KAUS YTM DATO’ MENDIKA MENTERI AKHIRULZAMAN DATO’ HAJI MUSA BIN WAHAB UNDANG LUAK JELEBU KE BAWAH KAUS YTM DATO’ JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA SETIAWAN DATO’ HAJI MOHD JAN BIN ABDUL GHANI UNDANG LUAK JOHOL KE BAWAH KAUS YTM TUNKU BESAR TAMPIN TUNKU SAYED RAZMAN BIN TUNKU SYED IDRUS AL QADRI HAMBA, DATO’ MENJUNJUNG KASIH DI ATAS KESUDIAN KE BAWAH KAUS YTM DATO’-DATO’ UNDANG DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN KERANA SUDI HADIR KE MAJLIS SYARAHAN NEGERI SEMBILAN BUAT KALI KE 2 PADA PAGI INI.

2

YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS YAM TUNKU BESAR SERI MENANTI TUNKU MUKHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR DAN YM TUNKU ISTERI SAYA MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DI ATAS SUDI YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS YAM TUNKU BESAR SERI MENANTI TUNKU MUKHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR, YANG ARIF, SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI, AHLI-AHLI YANG BERHORMAT, TAN SRI-TAN SRI, DATO’-DATO’, DATINDATIN, TUAN-TUAN, PUAN-PUAN KE MAJLIS SYARAHAN NEGERI SEMBILAN KALI KE 2 YANG AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR NANTI.

Bacaan doa Adat bosondi syarak, syarak bosondi Kitabullah Adat iolah syarak semato Adat semato quran dan sunnah Adat sobonar adat iolah Kitabullah dan sunnah Nabi Syarak mengato, adat momakai Io kato syarak, bonar kato adat Adat tumboh ee dari syarak Syarak tumboh ee dari Kitabullah Bodiri adat kerano syarak Adat tak lokang dek paneh Adat tak lapuk dek hujan Adat berwarikh kepada nabi Adat berkhalifah kepada Adam Adat berinduk ke ulama Adat dianjak layu Diumbut mati Adat ditanam tumbuh dikubur hidup Adat terconteng di lawang Adat tersurat di kertas Adat tersirat dalam Sunnah Apalah tando Melayu bermarwah

3 Kojo ee membawak faedah Elok di topi, molek ko tongah Menyobot Allah lidah ee basah Kok jumpo orang yang lobih tuo mintak nasihat Kok jumpo hulubalang mintak kuek Kok menyombah rajo mintak daulat Kok jumpo guru mintak ilmu Kok jumpo ulamak mintak doa Totak buloh panjang sopuloh Buek menjolok pokok sakat Angkek tangan jari sopuloh Doa dimintak biar solamat Majlis menjemput dan mempersilakan Al-Fadzil Tuan Haji Mad Jusoh bin Sudin Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus untuk memimpin bacaan doa. Yang dikatokan tahu diri Tahu hak dan kewajipan Tahu hutang bosorto boban Tahu adat jadi pogangan Tahu syarak jadi sandaran Tahu sunnah jadi podoman Tahu pusako jadi warisan Tahu makno dongan pakaian Tahu adab dongan sopan Tahu di mano tompek makan Tahu di mano tompek bojalan Tahu hidup bokosudahan Tahu mati bokokalan Daun solasih daun koladi Koladi ditanam di topi tanjong Tanjong bonamo Tanjong Karang Karang mengarang sobuah hikayat Hati kasih korano budi Budi baik raso nak junjong Sampai bilo dikonang orang Konangan sampai di akhir hayat Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadzil Tuan Haji Jusoh bin Sudin Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus kerana memimpin bacaan doa.

4 Kalau duduk mondongar amanah Yang tosirat jadi tosurat Yang jauh monjadi dokek Yang torondam buleh diangkek Yang panjang menjadi singkat Yang tobontang buleh dilipek Yang togonggam buleh disukek Yang culeh monjadi lokek Yang tolupo monjadi ingat Botuah duduk mondongar potuah Fahamnyo dapek makno tododah Ilmu dapek pongotahuan botambah Yang sulit monjadi mudah Yang polek dapek dijamah Majlis menjemput Yang Berhormat Dato’ Haji Norzam Bin Mohd Nor, Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Masakan Tradisional Negeri Sembilan 2008 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Peliharolah petuah amanah ini Pahatkan oleh kito di dalam hati Kok jago dijadikan tungkek Kok tidur dijadikan solimut Kok bojalan jadikan pakaian Kok kito momogang amanat Amanat jangan dilupokan Amanah jangan didiamkan Adat kito jangan ditinggakan Posan jangan dilalaikan Nasihat jangan dilecehkan Potunjuk jangan diabaikan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Norzam Bin Mohd Nor, Selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Masakan Tradisional Negeri Sembilan 2008 di atas ucapan yang telah disampaikan. Menjemput Yang Berhormat Tuan Mohammad Razi bin Haji Kail Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Adat Istiadat Melayu selaku Moderator Kehormat memperkenalkan penceramah Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar untuk memulakan Syarahan Negeri Sembilan “Adat Perpatih dan Dunia Korporat ”.

5 Yang dikatokan pomimpin Didahulukan solangkah Ditinggikan soranting Bokato lidah e masin Bocakap pintak e kabul Bagaikan pokok di tongah padang Tompek beramu bosa dan kocik Rimbun daun tompek botoduh Kuek dahan e tompek bogantung Bosa batang tompek bosanda Togap urek e tompek bosilang Elok kain kerano beragi Elok bonang kerano dipinta Elok pomimpin kerano bobudi Elok orang kerano boraka Elok kain kerano bonang Bilo dicolup amatlah cantik Elok pomimpin bedado lapang Seumur hidup bobuek baik Apo tando kain polekat Ragu e halueh bewarno warni Apo tando pemimpin ummat Budi e halueh mulio pokorti Pucuk lakum bungo tepilin Jalin e indah jurai terjurai Elok negeri kerano pomimpin Pomimpin botuah bijak dan pandai Ambik kapak dongan boliung Hondak monotak pohon buluh Datuk Seri Utama di ateh kemuncak payung Kami di bawah tompang botoduh Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Tuan Mohammad Razi bin kail Exco Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Adat Istiadat Melayu selaku Moderator Kehormat untuk memperkenalkan penceramah iaitu Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar memulakan Syarahan Negeri Sembilan “Adat Perpatih dan Dunia Korporat”. Dipersilakan. Elok mudo menjago amanat Elok tuo menjago ummat

6 Banyakkan kasih jauhkan solisih Banyakkan saudaro, jauhkan sengketo Banyakkan kawan jauhkan lawan Banyakkan ilmu jauhkan sotoru Banyakkan kaji jauhkan koji Banyakkan amal jauhkan bual Banyakkan musyawarah jauhkan marah Banyakkan muafakat jauhkan khianat Banyakkan budi jauhkan dongki Budi somporono kerano agamo Akhlak mulio kerano syarak Tuah togak kerano sunnah Sifat topuji kerano adat Elok ilmu diamakan Elok kojo disolosaikan Elok nikmat disyukurkan Elok potuah dijalankan Elok amanah diturutkan Elok nasihat dipogunokan Elok potunjuk diikutkan Ikan duri dimasak kari Digoreng jugo ikan sola Terimo kasih di ateh syarahan yang dibori Segalo pandangan diambik ikhtiba Pandangan yang baik kito bosakan Potuah amanah dimuliokan Nasihat amanat diingat-ingat Supaya adat kito bopanjangan Supayo yang baik bolanjutan Supayo botuah tidak punah Amanah tidak musnah Supayo nasihat mombori manfaat Supayo amanat mombori berkat Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Mohammad Razi bin Haji Kail Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Adat Istiadat Melayu selaku Moderator Kehormat dan penceramah iaitu Y.Bhg Prof. Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar di atas syarahannya yang bertajuk “Adat Perpatih dan Dunia Korporat”. Penyampaian cenderamata

7

MAJLIS MEMPERSILAKAN YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA PENCERAMAH DAN MODERATOR KE HORMAT. DI PERSILAKAN PROF DATO’ DR KAMARUDDIN KACHAR DI PERSILAKAN YB TUAN MOHAMMAD RAZI KAIL TERIMA KASIH YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASSAN MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Santapan di-Raja KEBERANGKATAN YTM DATO’-DATO’ UNDANG YANG EMPAT,YTM TUNKU BESAR TAMPIN,MENTERI BESAR DAN YANG AMAT MULIA TUNKU BESAR SERI MENANTI SERTA DIF-DIF KE HORMAT KE MAJLIS SANTAPAN Lagu Kebesaran Negeri Sembilan Darul Khusus Yang Teramat Mulia Dato’-Dato’ Undang Yang Empat dan Yang Teramat Mulia Tengku Besar Tampin meningglkan majlis. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan meningglkan majlis.

Related Documents

Teks Syarahan Akir.ii.docx
December 2019 28
Teks Mc Merdeka.docx
December 2019 32
Teks Mc Ponggal.docx
November 2019 28
Teks Mc Seminar.docx
June 2020 18

More Documents from "Orita Satria"