Lebai Malang

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lebai Malang as PDF for free.

More details

  • Words: 1,833
  • Pages: 10
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA1104 TAJUK TUGASAN : KARYA KLASIK – NILAI-NILAI MURNI DALAM “LEBAI MALANG”

NAMA : MOHD HIJASRI BIN HASSIM NO. MATRIK : JEA080044 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

KARYA KLASIK Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak demikian ini, seperti laku orang gila? Kemana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku keatas dirinya. Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya kebelakang Pak Lebai seraya berkata: ‘ Lebai nasib langkahan malang , Kehulu hilir penat berulang Celaka sial bedebah jembalang Pakaian dibuang bertelanjang pulang.' Maka Pak Lebai pun lari masuk kedalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula: ‘ Ayuhai nasib fikir miskin, Dapat sedekah sebungkus lempeng, Habis hilang baju dan kain, Penganan habis dibaham anjing. Penat berkejar tidak terkira, Kesana kemari tersera-sera, Punah golok bersama nira, Pulang kerumah mendapat mara.' Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu.

KUPASAN KARYA KLASIK Antara pemikiran falsafah yang dapat diintepritasikan dalam bait-bait petikan karya klasik Lebai Malang di atas ialah mengenai kepentingan menjaga maruah diri. Sebagai seorang yang sentiasa mendalami ilmu agama dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T, Pak Lebai tidak seharusnya tidak bersikap seperti seorang yang kurang siuman. Selaras dengan kehidupan kita di muka bumi ini, kita tidak seharusya menggadaikan maruah hanya kerana mengejar sesuatu yang dicitakan. Maruah sebagai pelengkap kepada kehidupan sebagai seorang seorang mukmin dan khalifah dimuka bumi ini seharusnya dipelihara dan dijaga dengan baik kerana ia mencerminkan keperibadian individu tersebut. Dalam konteks menjaga maruah diri, harus diingat bahawa kita tidak hanya menjaga maruah diri sendiri semata-mata, namun kita juga membawa maruah keluarga, agama, dan bangsa kita sendiri. Oleh itu jika ada individu yang melakukan sesuatu perkara yang boleh menjejaskan maruah dirinya, individu tersebut juga dapat diibaratkan seperti ‘menconteng arang dimuka keluarga’. Perbuatan ini bukan sahaja dapat memberikan implikasi buruk terhadap individu tersebut, malah ia turut mengundang tempias kepada ahli keluarga, bangsa dan agama individu yang tidak bermaruah tersebut akan terkena. Natijahnya, sebagai seorang yang diberikan akal dan pegangan agama yang cukup, kita seharusnya menjaga maruah sebaik-baiknya kerana dapat dilihat sekarang perbuatan tidak menjaga maruah seakan tidak dipandang berat oleh sesetengah masyarakat di negara ini khususnya golongan bunga bangsa yang sudah tentunya akan mewarisi tampuk pimpinan negara pada masa hadapan.

Pemikran falsafah seterusnya yang ditampilkan dalam karya klasik ini ialah mengenai pentingya bersikap sabar dalam hidup. Melalui perwatakan yang dimainkan oleh Pak Lebai dalam petikan diatas ialah terdapatnya sikap tidak bersabar dalam melakuakan sesuatu. Akibat tidak bersabar dalam melakukan sesuatu, kita mungkin akan melakukan sesuatu yang salah atau tersasar dari matlamat asal tindakan kita. Contohnya Pak Lebai yang pulang ke rumah dengan keadaan berbogel sedangkan beliau tahu perbuatan yang dilakukan olehnya itu adalah salah dari segi adat masyarakat melayu yang berkehendakan kita supaya sentiasa berkeadaan sopan.

Dek kerana tidak bersabar

menghadapi dugaan, dia sanggup berbogel demi menyelamatkan penganan yang nilainya hanyalah tidak seberapa dan boleh moleknya jika disedekahkan kepada anjing tersebut. Di samping itu juga, sikap yang ditonjolkan oleh Pak Lebai itu juga adalah salah dari sisi agama kerana dirinya tidak menutup aurat. Sebagai seorang yang arif tentang ilmu agama dan menjadi bahan rujukan masyarakat, perbuatan, perangai Pak Lebai itu boleh dianggap melampau dan boleh mengalihkan tanggapan positif masyarakat yang selama ini menjadikan dirinya sebagai contoh dan teladan. Sikap isterinya yang tidak bersabar dan terburu-buru dalam mengambil tindakan terhadap suaminya juga tidak seharusnya dijadikan contoh yang baik kepada masyarakat.

Keadaan ini berkaitan juga dalam

kehidupan seharian yang kita tempuhi. Adakalanya mungkin kita tidak bersabar dalam mengejar cita-cita yang dimpikan tidak kira sama ada cita-cita tersebut adalah cita-cita yang ingin dicapai dalam jangka masa terdekat atau jangka masa panjang. Oleh itu, sesuatu tindakan yang ingin dilakukan harus didahului dengan berfikir, merenenung sejenak memikirkan faedah, dan kesan buruk yang berlaku pada masa akan datang supaya hasilnya sama seperti yang diidam-idamkan dan diberkati Allah S.W.T.

Seterusnya, pemikran falsafah yang cuba di tampilkan dalam petikan di atas ialah pentingnya sikap seorang isteri yang seharusnya beradap terhadap suami selaras dengan tuntutan agama. Seperti yang berlaku terhadap cerita di atas, seseorang isteri tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata yang kesat dan melakukan sesuatu yang melampau terhadap suami.

Perbuatan tersebut sememangnya bertentangan dengan

syariat agama dan adat masyarakat melayu sendiri yang berkehendakan si isteri supaya taat kepada perintah suami. Perbuatan tersebut juga bertentangan dengan bidalan yang selama ini dikaitkan dengan pasangan suami isteri iaitu ‘syurga isteri di bawah telapak kaki suami’. Perbuatan ini juga sudah tentu memudaratkan si isteri kerana sudah berdosa dan sekiranya dosa isteri tersebut tidak diampunkan oleh si suami, maka si isteri tidak akan mendapat merasa nikmat syurga kerana dianggap menderhaka. Walaupun pada hakikatnya kita tidak boleh menderhaka kepada ibu bapa, tetapi sebagai seorang isteri yang telah sah menjadi hhak suami, mereka juga tidak boleh menderhaka kepada suami kerana si suami telah di amanahkan untuk menjaga si isteri selepas tanggungjawab ibu bapa si isteri telah di serahkan kepada suamimya.

Selain itu, pemikran falsafah yang dapat dikupas dalam petikan diatas ialah kepentingan suami isteri menjaga keharmonian rumah tangga.

Selain tugas isteri

menjaga makan minum dan pakaian serta tempat tidur suami, si isteri juga perlu memahami tanggunjawab sebenar mereka iaitu menjaga keharmonian, maruah dan keaiban keluarga mereka. Jelas yang berlaku pada masa kini, si isteri seakan tidak menghayati sebenar-benarnya konsep keluaraga bahagia. Begitu juga dengan si suami. Mereka meletakkan material semata-mata seperti wang, harta dan juga pangkat sebagai

sandaran utama untuk menghasilkan keluarga bahagia. Material bukan segala-galnya kerana sebagai seorang hamba Allah S.W.T di muka bumi ini, tugas kita yang sebenarnya adalah mencari bekalan diri untuk di hari akhirat kerana di sanalah kehidupan yang sebenarnya dan bersifat hakiki. Pemikiran falsafah seterusnya yang cuba ditampilkan dalam karya Lebai Malang khususnya dalam bait-bait monolog daripada Pak Lebai di atas ialah mengenai kemampuan seseorang bertindak dengan waras apabila ditimpa musibah. Kewarasan seseorang sangat penting di mana kita seharusnya bijak mengawal diri dan keadaan sekeliling pada ketika musibah melanda diri kita. Kita seharusnya berada dalam keadaan yang tenang, baik, kondusif, dan tidak melibatkan atau menyusahkan orang lain terutama dalam kalangan ahli keluarga sendiri dan sahabat karib. Seperti dalam karya klasik di atas, jelas menunjukkan ada segelintir golongan yang tidak mampu berfikir dengan waras ketika menghadapi kesulitan. Seharusnya nikmat yang diberikan sebaik-baiknya dari Allah S.W.T iaitu akal digunakan dengan baik dan kena pada senarionya. Hal ini kerana nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa itu hanya diberikan kepada makhluk yang bernama manusia sahaja.

Justeru itu, kesempatan yang diberikan itu seharusnya

digunakan sebaik-baiknya. Selain itu, pemikran yang seterusnya yang cuba dikupas dalam karya klasik ini ialah kebijaksanaan dalam mengawal diri. Kita perlu bijak mengawal diri dalam bertindak melakukan sesuatu supaya tidak melampaui batas.

Melakuakan sesuatu

melampaui batas sudah tentunya di sebabkan kegagalan diri dalam mengawal perasaan dan terlalu mengikut hawa nafsu serakah. Perbautan ini sudah tentunya disukai oleh

syaitan kerana sudah menjadi lumrah syaitan yang akan sentiasa mengganggu dan merosakkan akhlak manusia di samping menyesatkan kita. Sekiranya kita sendiri yang hanyut dalam permainan syiatan dan tidak mempunyai benteng keimanan yang kukuh dalam melawan godaan syaitan, kita sendiri yang akan menerima padahnya. Oleh itu, antara langkah yang dapat diambil semasa kita menghadapi musibah ialah dengan cara bertenang dan sentiasa memohon keredhaan daripada Allah S.W.T. Hanya Dia sahaja yang dapat membantu kita mengahadapi dugaan ini. Kita tidak seharusnya menghadapi dugaan dengan melakukan sesuatu yang tidak berfaedah dan boleh dianggap tidak bertamadun. Di samping itu, pemikiran falsafah yang ditampilkan dalam karya klasik di atas ini ialah kesan bersifat mazmumah yakni antaranya sikap tamak yang akhirnya memakan diri senidiri. Sikap tamak atau ingin mendapatkan semua perkara dalam satu masa merupakan sikap negatif yang dilarang dalam agama kerana tamak itu adalah amalan syaitan iaitu makhluk Allah yang dilaknat.

Sebagai seorang manusia yang diberi

kelebihan akal yang tidak diberikan kepada makhluk yang lain, kita seharusnya bijak menilai sesuatu perkara atau tindakan supaya ia tidak lari landasan kewarasan manusia. Sikap tamak bukan sahaja memberi kesan yang buruk terhadap diri, malah ia turut memberi impak buruk kepada orang lain. Seharusnya tindakan yang dilakukan oleh sesorang itu harus seiring dengan kewarasannya supaya ia tidak tersasar jauh. Tuntutan agama yang berkehendakan kita supaya “amar makruf nahi mingkar” atau membuat segala kebaikan dan meninggalkan segala keburukan dan larangan Allah S.W.T dijadikan panduan hidup kerana dengan berpandukan hidup menuju ke jalan Allah, perjalanan hidup kita sudah tentu tidak tersasar dari syariat Islam.

Kita juga tidak hanya

memperolehi kebahagian di dunia semata-mata, malah di akhirat jua kita akan dapat menikmatinya. Dalam syair diatas, terdapat unsur alam digunakan seperti anjing dan nira. Penggunaan perkataan seperti anjing dan nira ini menampakkan yang kita sememangnya berkait hubung dengan unsur-unsur alam. Oleh itu, sebagai seoranga khalifah muka bumi dan diberikan akal yang sempurna, kita seharusnya bijak mengatur alam dan diri senidri supaya segala-galnya dapat berjalan dengan lancar dan aman. Karya klasik diatas ada menekankan falsafah mengenai perlunya sikap tolongmenolong dalam kehidupan kita. Walaupun tidak dilampirkan secara terang-terangan dalam petikan di atas mengenai perbuatan tolong-menolong, namun sebagai seorang yang kuat dari segi jasmani dan rohani, Pak Lebai seharusnya membiarkan sahaja anjing tersebut mengambil penganan tersebut. Hal ini berkemungkinan kerana pada waktu itu anjing tersebut sangat memerlukan makanan. Sebagai manusia yang berakal, Pak Lebai seharusnya berfikir panjang kerana kita diberikan akal supaya berfikir. Amalan tersebut sudah tentunya memberi nikmat pahala kepada Pak Lebai sekiranya dia berfikiran positif dan memberikan penganan kepada anjing tersebut. Kesimpulannya, Pak Lebai sendiri yang menerima padah di atas tindakannya. Pemikiran falsafah seterusnya yang ditampilkan dalam karya klasik ini ialah kesungguhan dalam mengejar sesuatu cita-cita. Jika dilihat dari sudut positif dalam petikan diatas, terselitnya semangat kesungguhan tersebut walaupun terpaksa melakukan sesuatu yang dianggap tidak masuk akal atau terpaksa mengorbankan sesuatu yang berguna.

Contohnya Pak Lebai yang sanggup berbogel demi mendapatkan semula

penganan yang dicuri oleh anjing tersebut. Walaupun tidak berjaya, namun daya usaha yang ditunjukkan oleh Pak Lebai itu seharusnya dipuji dan menjadi teladan kepada kita semua. Walaupun kita berada dalam senario yang berbeza dengan cerita Pak Lebai ini, kita boleh mengambil iktibar melalui semangat daya usaha yang ditunjukkan oleh Pak Lebai tersebut dan mempraktikkan amalan tolong-menolong dalam kehidupan kita. Secara keseluruhannya, konsep ketuhanan atau konsep cintakan tuhan dapat ditampilkan dalam karya Lebai Malang ini. Sesungguhnya, kita sebagai makhluk dimuka bumi ini seharusnya bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kerana hanya Dialah yang menjadikan kita dan hanya Dialah yang memberikan rezeki kepada kita.

RUJUKAN Ahmad Sunawari2006.Sejarah Falsafah.Bangi: Fakulti Pengajian Islam Awang Sarian.2007.Falsafah dan Logika Melayu.Selangor : Synergymate. Sdn.Bhd. Hashim Musa.1998.Falsafah, Logik, Teori Nilai, dan Etika Melayu.Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu.

Sidi Gazalba.1974. Sistematika Filsafat: Pengantar Kepada Dunia Filsfat, Teori Pengetahuan, Metafika, Teori Nilai. Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu Berhad.

Wolff, Robert Paul.1992.About Philosophy.New Jersey: Prentice Hall, Inc

Dipetik daripada Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah yang diambil pada hari Selasa, 19 Ogos 2008. Dipetik daripada Wikipedia: Dipetik daripada Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Lebai_Malang yang diambil pada hari Isnin,18 Ogos 2008. Dipetik daripada Ashtech :http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat /pak_kaduk.html yang diambil pada hari Isnin, 18Ogos 2008.

Related Documents

Lebai Malang
October 2019 35
Hikayat Lebai Malang
October 2019 46
Malang Pdf
November 2019 47
Iso Malang
November 2019 30
Peta Malang
June 2020 19

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48