Cerita ‘Pak Lebai Yang Malang’ Watak: Pak Lebai (Saw Seng Tiong), Tetamu (Tan Ean Wuei dan Goh Xiao Yuan) Suara Latar : Tan Ean Wuei Suara Pak Lebai : Goh Xiao Yuan Pakaian: Surat khabar (Baju Melayu) Peralatan: Penyapu (pendayung), ikan kertas
Pak Lebai merupakan seorang guru agama yang tinggal di tepi sungai daerah Sumatera Barat. Suatu hari, dia mendapat undangan jamuan dari dua orang kaya. Pak Lebai tidak tahu mana yang dia ingin pergi kerana berada di tempat berjauhan. Pak Lebai: Eh? Apa ini? (Memegang kad undangan) Pak Lebai: Oh~ Undangan. Ada dua lagi. Dari siapa ni? Pak Lebai: Ohhhh. Dari desa hulu dan hilir. Pak Lebai: Alamak! Lagi sama hari. Mana yang harus aku pergi? Jika pergi undangan dari hulu, tuan rumah akan berikan dua ekor kerbau. Namun, masakan konon tidak enak. Jika pergi ke undangan dari hilir, maka akan mendapat seekor kerbau sahaja. Namun, masakannya enak.
Pak Lebai mula mengayuh perahunya. Namun, dia masih tidak membuat keputusan undangan yang ingin dipilih. Dengan ragu, dia mulai mengayuh perahunya menuju hulu sungai. Ketika dia dekat dengan hulu sungai. Dia terjumpa dengan beberapa orang tetamu. Pak Lebai: Bagaimanakah pesta yang dianjurkan di hulu sungai itu? Tetamu: Kerbau yang disembelih di hulu sungai sangat kurus, Pak Lebai.
Pak Lebai kemudian balik ke hilir, mengikuti tetamu itu. Sesampai di hilir pesta ternyata telah bersurai. Dia pun segera mengayuh perahu ke hulu sunga. Di sana pun sama, pesta baru sahaja bersurai. Pak Lebai berasa lapar dan letih kerana mengayuh perahu dari hulu ke hilir. Lalu, dia memutuskan untuk memburu dan memancing tetapi dia tidak ada joran. Pak Lebai: Eh, tak ada joran pulak, ah ha. Pak Lebai kemudian tanggalkan kasutnya dan rendamkannya ke sungai. Kaki yang busuknya tiba-tiba telah meracunkan beberapa ekor ikan dalam sungai. Apabila dia nak turun untuk ambil ikan, perahu telah tenggelam.