9.0 Acara yang dipertandingkan 9.1 Lompat Berpagar
Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagarpagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran
pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu
mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar. Acara lari berpagar yang dipertandingkan ialah 100 meter lari berpagar untuk lelaki dan perempuan.
9.1.6 Syarat –syarat pertandingan
1. Pelari berlari dalam lorong masing-masing 2. Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang yang belari dalam keadaan berikut:
Mengheret kaki di bawah palang pagar Melompat pagar di lorong lain atau Menjatuhkan pagar dengan tangan