1. Khalifah Omar.pptx

  • Uploaded by: AMALIN
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1. Khalifah Omar.pptx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,480
  • Pages: 31
Pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab Ashaarthi A/P Mutharpavalar Nur Syazwani Binti Wahid Nurdiyana Amalin Binti Norazan Noor Faizah Ezzati Binti Ahmad

Pemerintahan Umar Al-Khattab • Menjadi khalifah setelah cadangan Abu Bakar AsSiddiq dengan persetujuan sahabat-sahabat yang lain • Ucapan dasar beliau adalah beliau berjanji untuk memimpin menurut perintah Allah dan rasulNya seperti Abu Bakar As-Siddiq

BIODATA DIRI Nama: Umar Bin AlKhattab Bin Naufal Bin Abdul Uzza

Terkenal sebagai pemuda yang bernai, tergas, berterus-terang dan berfikiran tajam

Lahir pada 584 Masihi. (13 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad S.A.W)

Berasal daripada Bani Adi

Beliau dahulu merupakan salah seorang penentang Islam yang kuat suatu masa dahulu

Memerintah selama 10 tahun (12- 13 hijrah bersamaan 634-644 M)

Beliau amat disegani dan ditakuti oleh rakan dan pihak lawan

• Abu Bakar telah membawa pelbagai pembaharuan dalam pelbagai bidang politik, ekonomi, sosial dan agama:

a) Perluasan kuasa negara Islam

b) Islam berkembang melalui proses penaklukan atau perluasan kuasa

d) Pentadbiran wilayah yang lengkap dengan pusat pentadbiran. Cth: Damsyik, Mekah, Kufah.

c) Kawasan pengaruh islam meliputi Hijjaz, Syiria, Iran, Iraq, Mesir dan Palestin d) Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah Islam.

Peluasan Kuasa Negara Islam

a) Penaklukan Parsi Peperangan 1- mengalami kegagalan menentang tentera Parsi oleh tentera Islam dan Muthana al-Harith minta bantuan Khalifa Umar. Khalifa umar mengerahkan sebanyak 10 000 orang tentera dan melancarkan serangan balas. Akhirnya, BERJAYA.

Dengan kemenangan tersebut diteruskan dengan kemaraan ke ibu negeri Parsi (al-Maidin). Tentera Islam di ketuai oleh Saad Bin Abi Waqas. Raja Parsi telah melarikan diri dan meminta bantuan dengan pihak luar. Maka Khalifah Umar sendiri mahu memimpin tentera Islam tetapi tidak meneruskan niatnya atas nasihat para sahabatnya. Tugas panglima perang telah diberikan pada Nukman Bin Muqarin menggantikan Saad.

Dalam peperangan, Nukman Bin Muqarin telah mati syahid. Beliau diganti oleh Huzaidan Bin Yaman.Kemudian tentera Islam telah mendapat kemenangan di Nahawind dan beberapa daerah seperti Qashan, Asbihhan dan al-Rae. Akhirnya seluruh Parsi telah jatuh ke tangan Islam.

b) Penaklukan Syria dan Palestin Peperangan Yarmouk (antara tentera Islam &Rom).Kekelahan Rom membuka peluang kepada umat Islam untuk menguasai Bait- al- Maqdis. Rom ingin menamatkan penguasan dengan memberikan kota al-Quds akan tetapi rakyat Iliya enggan menyerahkan Bait al-Maqdis kepada umat Islam kecuali ade sifat-sifat khusus seperti yang terkandung dalam kitab kepercayaan..

Khalifah Umar tidak berangkat ke Bait al-Maqdis dengan hanya menaiki unta ditemani pembantunya. Sebelum tiba di kota al-Quds, Umar melalui khemah2 tentera Islam dipimpin oleh Abu Ubaidah dan beliau telah beri cadangan untuk mengiringi Umar sehingga tiba di gerbang utama al- Quds

Sifat khusus tersebut ada pada Khalifah Umar dan rakyat Iliya menuntut agar Khalifah Umar sendiri ambil kuci al-Quads dari tangann mereka. Akan tetapi ada masalah keranan ada orang lain (Abu Ubaidah) yang layak selain beliau.

Rakyat Iliya tidak pernah lihat pemimpin yang sebegitu dengan penampilan yang biasa tanpa angkatan tentera. Khalifah Umar menerima penyerahan kunci kota suci secara rasmi.Kemudian persepakatan diadakan.

Kejayaan tersebut diraikan dengan amal ibadah dan kesyukuran setelah genap 10 hari khalifah Umar bersama tentera Islam berjaya memasuki kota alQuads.

c)Penaklukan Mesir Panglima Amr al-As minta Khalifa Umar untuk melakukan penaklukan terhadap Mesir. Pada awalnya tidak mendapat keizinan namun setelah diterangkan dengan lebih lantuj Umar telah menghantar surat kepada Panglima Ubaidah.

Tentera Islam (ketuai Amr)- serangan terhadap Babylon dan Gabenor Mesir telah ditawarkan perdamaian dengan 3 syarat. Tetapi hanya syarat 2 diterima. Serangan telah dilancarkan.Mesir jatuh ke tangan tentera Islam.

Panglima Ubaidah bersama 400 orang Yaman dan Palestin lancarkan serangan.Kejayaan adalah penaklukan Kota Balbis dan beberapa buah Bandar . Amar al_as juga telah minta bantuan ketenteraan daripada Umar dan 4 org panglima telah dihantar.

Penjanjian Iskandariah termenterai. Semasa pemerintahan Khulafah Umar, empayar kerajaan Islam telah meluaskan pengaruhnya ke Afrika Utara(Mesir).

POLITIK DAN PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Memantapkan majlis syura Penyerahan surat perintah

Pembahagian wilayah-wilayah Islam

Mengasaskan al-diwan

Pembaharuan bidang kehakiman

Pembukaan dewan tentera

Pembinaan Bandar tentera

1. Memantapkan Majlis Syura

• Merupakan majlis perundingan negara yang tertinggi dan terbahagi kepada dua iaitu majlis syura tertinggi dan majlis syura am.

• Majlis syura ini diadakan untuk melicinkan urusan pentadbiran dan mencapai kata sepakat. • Antara tokoh Islam dan Sahabat ialah Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abd Rahman bin Auf dan Mu’as bin Jabal.



2. Pembahagian wilayah-wilayah Islam Khalifah Umar membahagikan wilayah-wilayah Islam kepada lapan daerah dan ditadbir oleh seorang Gabenor iaitu :

 Mesir  Madinah  Syria  Jazirah (Mesopotamia)  Basrah  Kufah  Mekah  Palestine

3. Pembaharuan bidang kehakiman • Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain bagi mengelakkan salah laku rakyat.

• Gaji hakim adalah sebanyak 500 dirham sebulan bagi mengelakkan rasuah. • Hakim dan kadi ini tidak dibenarkan terlibat dalam kegiatan perniagaan atau membeli belah seperti orang lain bagi menjamin keadilan perundangan.

• Kadi di setiap wilayah berperanan untuk menjalankan perundangan Islam

4. Pembinaan Bandar tentera • Tujuannya adalah untuk menempatkan pasukan tentera di kawasan jajahan takluk Islam.

• Selain itu adalah untuk kemudahan tentera Islam apabila selesai menjalankan sesuatu misi.

• Antara bandar tentera dibina di Kufah, Basrah, Damsyik dan Fustat.

5. Pembukaan dewan tentera • Tentera terbahagi kepada 2 iaitu tentera tetap dan simpanan.

• Tentera tetap diberikan gaji, pakaian seragam serta keluarga mereka turut diberi bantuan serta latihan intensif seperti berjalan kaki, menunggang kuda dan memanah.

6. Mengasaskan al-diwan • Al-Diwan ialah daftar atau buku catatan untuk mencatat nama-nama tentera dan keluarga mereka serta jumlah sara hidup masing-masing.

7. Penyerahan surat perintah • Semua pegawai kerajaan termasuk gabenor telah diberi surat perintah oleh Khalifah Umar.

• Surat perintah ini menyatakan tugas-tugas dan bidang kuasa mereka. • Sebelum pegawai dihantar ke suatu wilayah, rakyat akan diberitahu akan tugasnya agar tidak timbul kekeliruan kuasa.

• Sebelum seseorang pegawai itu dilantik, semua harta benda dan peribadinya akan diperiksa untuk mencegah penyalahggunaan kuasa.

POLITIK & PEMERINTAHAN •

Ekonomi



Sosial

EKONOMI Memantapkan pentadbiran tanah

Sistem pencukaian tanah dan tanaman

Mata wang diperkenalkan

Ekonomi

Gaji tentera

Memantapkan penubuhan baitulmal

Memantapkan Pentadbiran Tanah • Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam telah dibahagikan kepada 2 jenis : • Tanah dhimmah-tanah bertuan (pemilik asal tanah tersebut) • Tanah sawafi (pemegang amanah yang dilantik daripada golongan Ahl alAyyam iaitu golongan peneroka. Tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

• Setiap wilayah Islam memperkenalkan undang-undang pengurusan tanah sendiri :  Tanah di Iraq menjadi milik kerajaan  Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di wilayan Islam kecuali jika dibeli untuk melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki.

SISTEM PERCUKAIAN TANAH DAN TANAMAN • Cukai yang dikenakan ialah cukai jizyah, kharaj, zakat dan usyur. Cukai yang dikenakan adalah rendah dan tidak membebankan

• Taraf dan hak awam diberikan sama rata. Contohnya golongan zimmi yang masih menentang Islam akan dibuang/dihalau keluar dari negara. Harta mereka tidak dirampas sebaliknya harta mereka tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

• Sistem pencukaian tanah mengikut jenis tanaman juga diperkenalkan : • Gandum dikenakan cukai sebanyak 2 dirham, bali sebanyak 1 dirham dan anggur sebanyak 10 dirham

• Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur.

MEMANTAPKAN PENUBUHAN BAITULMAL • Khalifah Umar menubuhkan institusi baitulmal iaitu tempat semua harta kerajaan disimpan.

• Sebuah buku kira-kira negara disediakan untuk merekod aliran wang keluar masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara.

• Sumber kewangan negara berpunca daripada pendapatan bayaran zakat, ghanimah. Jizyah, kharaj dan harta peninggalan orang mati yang tidak mempunyai waris.

GAJI TENTERA • Tentera pada zaman pemerintahan Khalifah Umar dibayar gaji yang khusus iaitu 4/5 daripada harta rampasan perang diberikan kepada tentera.

• Manakala, 1/5 lagu adalah milik kerajaan. • Namun harta-harta rampasan perang dikembalikan semula kepada tuannya setelah memeluk Islam

MATA WANG DIPERKENALKAN • Memudahkan urusan jual beli • Hasil daripada pengenalan mata wang menyebabkan perdagangan dalam dan luar negara semakin maju.

• Dapat memantapkan ekonomi Islam dan negara Islam

SOSIAL Memperkenalkan takwim Islam

Jalan raya dan pejabat pos

Bayaran sara hidup

Sosial Pembinaan rumah persinggahan Menggalakan kegiatan keilmuan dan pelajaran

Memperbaharu taraf kedudukan hamba

MEMPERKENALKAN TAKWIM ISLAM • Memperkenalkan takwim Islam berdasarkan tahun Hijrah iaitu bermula tarikh 1 Muharram.

• Mula diperkenalkan pada tahun 17 Hijrah • Tujuan adanya takwim Islam-memudahkan urusan pentadbiran negara.

BAYARAN SARA HIDUP • Khalifah Umar telah membuat bayaran sara hidup kepada bekas isteri, anakanak, cucu-cucu dan ahli keluarga Nabi Muhammad SAW mengikut kategori yang ditetapkan

• Golongan kurang nasib baik seperti cacat anggota badan turut diberikan bayaran sagu hati supaya mereka dapat berinteraksi dengan masyarakat.

MEMPERBAHARU TARAF KEDUDUKAN HAMBA • Hamba tidak lagi dihina dan ditindas. • Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenangnya seperti hamba lain

• Seperti juga hamba berkeluarga tidak boleh dipisahkan daripada keluarga lain.

MENGGALAKKAN KEGIATAN KEILMUAN DAN PELAJARAN • Khalifah Umar mengembangkan pelajaran al-Quran. • Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai bidang ilmu dan dihantar ke serata tempat yang memerlukan pelajaran ilmu.

• Guru-guru tersebut diberikan gaji yang lumayan. • Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid. • Umat Islam diwajibkan menghafal surah tertentu

Related Documents


More Documents from "Nurul Mukhlisa"

Lari Pagar.docx
May 2020 14
12. 14ogos2018.docx
May 2020 12
Refleksi Mikro.docx
May 2020 12
1. Khalifah Omar.pptx
May 2020 15
Rph Ydpa.docx
May 2020 13
30. 25sept2018.docx
May 2020 5