30. 25sept2018.docx

  • Uploaded by: AMALIN
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 30. 25sept2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 284
  • Pages: 2
REFLEKSI – SELASA (25/9/2018) Pengajaran saya pada hari ini bagi kelas 4 Takwa bagi subjek Sejarah . Saya telah melaksanakan pelbagai aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran sama

ada

berbentuk

aktiviti

individu,

kumpulan

dan

sebagainya. Aktiviti

pembelajaran yang pelbagai ini adalah bertujuan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelaajaran adalah kondusif dan menyeronokkan. Dalam pada itu, aktiviti pembelajaran yang menggunakan strategi belajar sambil bermain ini dapat menjadikan murid-murid ini bersemangat untuk belajar dan melibatkan diri dalam proses pengajaran yang berlangsung. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar seperti peta i-Think ini akan memudahkan murid-murid untuk memahami akan topik pengajaran yang diajarkan oleh guru. Dalam pada itu, kaedah pengajaran yang belajar sambil bermain ini akan dapat mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dengan murid dan dapat mewujudkan penglibatan murid secara aktif di dalam kelas.

Antara cadangan yang dapat dilakukan ialah guru mestilah merancang dan menyediakan pelbagai aktiviti ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah bertujuan untuk menjadikan suasana pembelajaran adalah kondusif dan menyeronokan. Antara strategi pengajaran yang dapat digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah belajar sambal bermain, simulasi dan perbincangan. Dengan adanya pengaplikasian pelbagai kaedah pengajaran akan menyebabkan murid- murid ini aktif dan ingin melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Selain itu, guru juga mestilah memberikan peluang yang sama rata kepada murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Hal ini kerana, di dalam kelas terdapat pelbagai jenis murid sama ada murid yang aktif, murid yang tidak aktif dan murid yang ingin perhatian. Maka dengan itu, guru mestilah memberikan peluang dan perhatian yang adil dan saksama kepada semua murid agar mereka tidak berasa disisihkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas tersebut.

Related Documents

30
November 2019 54
30
November 2019 69
30
November 2019 48
30
May 2020 31
30
November 2019 70
30
April 2020 40

More Documents from ""

Lari Pagar.docx
May 2020 14
12. 14ogos2018.docx
May 2020 12
Refleksi Mikro.docx
May 2020 12
1. Khalifah Omar.pptx
May 2020 15
Rph Ydpa.docx
May 2020 13
30. 25sept2018.docx
May 2020 5