12. 14ogos2018.docx

  • Uploaded by: AMALIN
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 12. 14ogos2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 275
  • Pages: 1
REFLEKSI – SELASA (14/8/2018)

Hari ini merupakan kali pertama penyeliaan yang dibuat oleh pensyarah subjek minor saya iaitu Matematik. Bagi penyeliaan yang pertama ini saya telah mengajar kelas 5 Tekun bagi tajuk Wang. Fokus standard kandungan saya ialah penambahan wang. Saya telah melaksanakan pelbagai aktiviti sama ada melibatkan aktiviti individu, kumpulan dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk memastikan suasana pembembelajaran adalah menarik minat murid-murid. Namun demikian, dalam proses penyeliaan yang dibuat ini pensyarah telah menegur saya beberapa aspek bagi meningkatkan proses pembelajaran ini. Antaranya ialah pemilihan aktiviti semasa set induksi adalah mestilah sesuai untuk menarik perhatian dan tumpuan murid-murid ini. Penggunaan elemen muzik yang sesuai mestilah diberikan penekanan bagi memastikan pembelajaran berkesan. Dalam pada itu, kaedah penggunaan papan tulis juga mestilah ditambah baik bagi memastikan guru membuat interaksi antara guru dan muird. Guru mestilah berkomunikasi yang menghadap murid-murid ini. Ini adalah untuk memastikan guru membuat eye contact dengan murid-murid. Dengan adanya eye contact ini dapat menjadikan murid berasa lebih dihargai oleh guru.

Antara cadangan yang dapat dilakukan ialah guru mestilah kreatif dan sentiasa berfikir untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam kelas. Hal ini kerana, pembelajaran yang kondusif akan memastikan murid-murid berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam proses pembelajaran tersebut. Aktiviti yang dirancang juga mestilah menarik perhatian dan mewujudkan sifat kerjasama antara murid-murid di dalam kelas. Sikap dan semangat murid-murid untuk menyertai aktiviti ini mestilah dipupuk bagi memastikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Oleh hal yang demikian, saya akan merancang dan menyediakan aktiviti yang lebih berjaya menarik perhatian dan murid di dalam kelas. Penglibatan mereka di dalam setiap aktiviti dapat menjadikan satu pengukur kepada guru akan tahap kefahaman dan penguasaan murid-murid ini di dalam kelas.

Related Documents

12
June 2020 14
12
May 2020 15
12
August 2019 54
12
May 2020 25
12
May 2020 21
12
November 2019 21

More Documents from ""

Lari Pagar.docx
May 2020 14
12. 14ogos2018.docx
May 2020 12
Refleksi Mikro.docx
May 2020 12
1. Khalifah Omar.pptx
May 2020 15
Rph Ydpa.docx
May 2020 13
30. 25sept2018.docx
May 2020 5