Refleksi Mikro.docx

  • Uploaded by: AMALIN
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Refleksi Mikro.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 707
  • Pages: 3
Penulisan refleksi Mikro kami adalah berdasarkan kepada pengajaran Rancangan Pengajaran Harian (Rph) yang dihasilkan oleh kumpulan Tasya, Liyana dan Izzati. Mereka melakukan pengajaran bagi Sejarah Tahun 6 dengan tajuk pengajaran mereka ialah pembentukan Malaysia. Rph yang dihasilkan adalah bersesuian dengan pedagogi dan mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).Standard kandungan yang digunakan ialah 10.1 Pembentukan Malaysia serta masa pengajaran dan pemudacaraan (PdPc ) ialah selama 1 jam. Pertama sekali, Rph yang dirancang oleh mereka tersusun dan bersesuaian dengan murid tahun 6, di mana ia dapat dibuktikan melalui susunan langkah yang hendak di ajar. Pengajaran dimulakan dengan set induksi, aktiviti satu, aktiviti dua, aktiviti tiga dan penutup yang dibahagikan dalam masa 1 jam sesi Pdpc.

Terdapat kekuatan dan kelemahan yang boleh dibincangkan dalam kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh kumpulan tersebut. Pertama sekali, kumpulan ini menggunakan kemahiran peneguhan bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi pemahaman murid mengenai apa yang diajar. Cara pelaksanaan kemahiran peneguhan ini adalah dengan menggunakan Quizziz. Dari segi kekuatan kemahiran ini ialah pengunaan Quizziz dengan soalan yang dibuat sendiri oleh guru berdasarkan apa yang di ajar dengan mengambil kira keperluan murid yang mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Dengan menggunakan Quizziz ini murid dapat memahami proses apa yang diajar dengan lebih cepat dan mudah di samping melakukan aktiviti yang merangsang pemikiran mereka. Walau bagaimanapun, kekurangan yang terdapat dalam penggunaan Quizziz adalah murid akan mengalami kesukaran untuk mengakses quiz tersebut jika talian perlahan. Disebabkan Quizziz ini adalah atas talian maka talian yang digunakan perlulah kuat agar tidak berlaku gangguan.

Manakala bagi kemahiran papan tulis pula, kumpulan tersebut menggunakan kemahiran tersebut pada Aktiviti 2 iaitu menggunakan peta i-Think iaitu peta bulatan. Guru terlebih dahulu melukis peta bulatan dan menulis tajuk di papan tulis. Murid diminta untuk menulis nama negerinegeri dan negara yang terlibat dalam pembentukan Malaysia di papan tulis. Kekuatan yang terdapat dalam kemahiran ini ialah dalam aspek susunan (layout) yang mana penggunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai dan seimbang serta susunan tersebut jelas dilihat. Selain itu, kekuatan yang ditemui ialah dalam aspek penonjolan dan penekanan yang mana guru menggunakan warna pen marker yang sesuai dan menarik. Manakala kelemahan yang terdapat

dalam pengajaran mikro kumpulan ini ialah dari segi kejelasan yang mana tulisan kurang kemas dan tepat dan terdapat kesalahan ejaan. Hal ini berlaku kerana aktiviti yang menggunakan papan tulis ini bukan sahaja melibatkan guru, malah juga murid. Terdapat murid yang memiliki tulisan yang kurang kemas dan cuai dalam menulis jawapan dengan ejaan yang betul. Langkah untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah dengan membimbing murid membaiki kekemasan ejaan serta membantu murid membetulkan kesalahan ejaan yang dilakukan.

Di samping itu, bagi kemahiran menyoal pula digunakan untuk mengetahui kefahaman murid terhadap pengajaran guru. Soalan yang dikemukan mestilah jelas dan berfokuskan kepada tajuk pengajaran. Sebagai contoh bagi pengajaran ini, guru telah menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan ringkas. Antara soalan yang ditanyakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini ialah tentang dua tarikh yang berbeza iaitu 31 Ogos dan 16 Mei. Penyoalan dua tarikh ini adalah signifikan dengan tajuk pengajaran kerana aras soalan ini ialah pada tahap pengetahuan. Pada peringkat ini, guru cuba menekankan fakta dan meminta murid mengingat semula kembali info yang pernah diajar atau dibaca oleh mereka. Kemahiran penyoalan yang dimiliki oleh guru ini ialah menepati standard penyoalan yang dikehendaki iaitu daripada aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi ilmu pengajaran dan pembelajaran tersebut. Kemahiran menyoal ini amat penting dalam proses pengajaran untuk melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Jadi dengan adanya soal jawab ini akan menggalakkan murid untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, kelemahan kemahiran menyoal yang dapat dilihat ialah guru hanya menfokuskan soalan yang ditanya kepada seorang murid. Sepatutnya soalan tersebut perlu tersebar kepada semua murid. Oleh hal yang demikian, guru mestilah mempunyai suara yang lantang dan kuat agar semua murid dapat mendengar soalan tersebut. Apabila murid menjawab soalan tersebut guru mestilah melayan jawapan yang diberikan dengan memberikan pujian dan penuguhan.

Melalui refleksi ini, penilaian keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dalam pengajaran mikro dapat dilihat dengan lebih jelas. Di samping itu, ianya juga membantu dalam memperbaiki setiap kelemahan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran matlamat yang dirancang akan dapat dicapai. Sebagai seorang guru, kita sewajarnya membuat persediaan awal sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan lancar dan objektif tercapai.

Related Documents

Refleksi
June 2020 35
Refleksi
June 2020 30
Refleksi Cetakan.docx
October 2019 44
Refleksi...sup
April 2020 47
Andalas Refleksi
August 2019 29

More Documents from ""

Lari Pagar.docx
May 2020 14
12. 14ogos2018.docx
May 2020 12
Refleksi Mikro.docx
May 2020 12
1. Khalifah Omar.pptx
May 2020 15
Rph Ydpa.docx
May 2020 13
30. 25sept2018.docx
May 2020 5