QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA LARI PECUT
Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani/Pendidikan Sains Sukan, para guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada para pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut: a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. c) Tangan digerakkan dengan pantas. d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan).
TEKNIK MULAAN LARI PECUT Terdapat dua teknik mulaan yang digunakan dalam acara lari pecut, iaitu: a) Mulaan gaya berdiri b) Mulaan gaya dekam Mulaan gaya berdiri Gaya ini seringkali diamalkan oleh para pelajar semasa mereka bersedia untuk memulakan larian dari sesuatu tempat. Oleh yang demikian, adalah paling baik jika para guru memperkenalkan teknik asas mulaan gaya berdiri dalam sesi permainan kecil yang memerlukan para pelajar berlari. Langkah-langkah bagi penggunaan teknik mulaan gaya berdiri adalah seperti berikut: a) Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis mula. b) Bengkokkan sedikit kaki hadapan. c) Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa seperti telah terkumpul di kaki hadapan. d) Condongkan badan ke hadapan. LOK YUN LOI D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA LARI PECUT
e) Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak.
Mulaan gaya dekam Pengajaran mulaan gaya dekam ini kepada para pelajar semasa waktu Pendidikan Jasmani/Pendidikan Sains Sukan amat wajar diperkenalkan dengan tujuan untuk mendedahkan mereka kepada gaya mulaan dan penggunaan kelengkapan olahraga. Berikut adalah langkah-langkah dalam gaya mulaan dekam: a) Daripada kedudukan sedia dalam gaya berdiri, badan direndahkan ke bawah. b) Melutut dengan kaki belakang. c) Kedua-dua tangan menyentuh tanah dan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis mula. d) Penyesuaian dibuat mengikut keselesaan masing-masing.
Gaya dekam (bersedia)
LOK YUN LOI D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA LARI PECUT
Terdapat tiga jenis gaya dekam yang harus diketahui oleh para pelajar, iaitu: a) Gaya peluru (kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki belakang ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan). b) Gaya sederhana (lutut kaki belakang selari dengan hujung kaki hadapan). c) Gaya panjang (lutut kaki belakang selari dengan bahagian tumit kaki hadapan) Kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya yang digunakan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut: a) Bentuk badan peserta (tinggi/rendah) b) Masa tindak balas peserta c) Kekuatan kaki d) Koordinasi yang cekap
MENGGUNAKAN BLOK MULAAN Blok mulaan digunakan adalah bertujuan untuk menghasilkan suatu daya tolakan yang lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok mulaan adalah seperti berikut: a) Jarak blok mulaan dari garis mula hendaklah memberi keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada penggunanya ketika dalam keadaan sedia. b) Jarak di antara bahagian hadapan blok mulaan dengan garis mula adalah di antara 30-48cm. c) Jarak di antara bahagian belakang blok mulaan dengan bahagian hadapan blok mulaan adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan. d) Melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok mulaan dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu. e) Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan untuk memijak bahagian belakang blok mulaan. f) Pastikan blok mulaan dipasang dengan ketat dan kuat.
LOK YUN LOI D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA LARI PECUT
Keadaan “ke garisan”
Berjalan menuju ke blok mulaan dan berdiri dengan blok itu berada di bawah kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan.
Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas blok.
Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. Jarak di antara kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan bidang bahu.
Sesuaikan
kedudukan
badan
untuk
mendapatkan
keselesaan
keseimbangan yang maksimum.
Keadaan “sedia”
Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu.
Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.
Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan.
LOK YUN LOI D20071030478
dan
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA LARI PECUT
Berlepas dari blok mulaan Pada fasa ini, ianya merupakan suatu tindakan ledakan. Semasa ia dilakukan, kedua-dua belah kaki pelari menolak blok mulaan dengan kuat dan pantas. Tangan pelari dihayun untuk membantu pelepasan keseluruhan badannya dari blok mulaan tadi. Bagi memastikan pelari dapat berlepas dengan pantas dan sempurna, dia mestilah melakukan pergerakan-pergerakan yang berikut:
Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta merta.
Jarak langkah yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
LOK YUN LOI D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA LARI PECUT
Mulaan di bahagian selekoh lorong larian Sekiranya pelari harus memulakan larian dari bahagian selekoh lorong larian, dia hendaklah memasang blok mulaan secara bersudut. Cara ini akan membolehkan pelari tersebut bergerak dengan lurus ke bahagian dalam lorong lariannya.
MENAMATKAN PERLUMBAAN LARI PECUT Semasa menuju ke garisan penamat, seseorang pelari tidak digalakkan melompat ke garis tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan kepantasannya. Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru supaya para pelajar faham dengan maksud “lari terus melintasi garisan penamat”. Biasanya dalam perlumbaan lari pecut, apabila tiba di garisan penamat, pelari akan: a) mendepakan tangannya ke belakang dan badannya (bahagian torso) digerakkan ke hadapan atau b) memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir atau c) menundukkan bahagian kepalanya. Tanpa mengira gaya apa yang digunakan ketika sampai di garisan penamat, kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut susunan bahagian tubuh mereka iaitu bahagian torso yang jelas mencecah alur menegak terdekat garisan penamat.
LOK YUN LOI D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA LARI PECUT
Guru
mestilah
menyedarkan
para
pelajar
bahawa
adalah
penting
untuk
mengekalkan postur mekanis yang baik semasa menamatkan perlumbaan lari pecut. Sekiranya tidak, kepantasan dan imbangan badan pelari mungkin terjejas.
Lakuan di garisan penamat
KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PELAJAR SEMASA BERLARI PECUT
LOK YUN LOI D20071030478
QSS 1121 KEMAHIRAN IKHTISAS OLAHRAGA LARI PECUT
LOK YUN LOI D20071030478