Laporan Reflektif Sdp.docx

  • Uploaded by: genji cokodok
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Reflektif Sdp.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 801
  • Pages: 3
LAPORAN REFLEKTIF

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan. Semasa menjalankan tugasan ini, saya amat bersungguh-sungguh mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan tugasan. Saya mencari maklumat menerusi pelbagai sumber seperti rujukan internet, buku ilmiah, dan jurnal. Bukan itu sahaja, saya juga turut bertanya kepada senior tentang tugasan kit yang perlu dibuat. Hal ini kerana mereka mempunyai pengalaman dalam melaksanakan tugas ini. Kami telah diberikan tugas untuk menyediakan kit pembelajaran yang sesuai dengan menerapkan unsur seni, muzik dan pergerakan di dalamnya. Kami perlu mempersembahkan kit masing-masing secara persembahan berkumpulan. Kami tidak diberikan tajuk yang khusus dalam membuat persembahan tersebut. Setelah difikirkan secara berkumpulan kami sebulat suara bersetuju untuk memilih tema sketsa kisah teladan haiwan. Setelah mendapat tema tersebut, saya agak bingung untuk menyediakan kit yang berkaitan dengan tema yang diberikan kepada saya. Bagaimana saya hendak membuat kit tentang tema ini? Akhirnya, saya mendapat idea untuk membuat kit yang berbentuk topeng watak katak dimana pelajar perlu memakainya ketika menjalankan permainan kecil lompat si katak lompat. Tugasan ini juga memberikan cabaran kepada saya untuk menganalisis isu dan bahanbahan rujukan sebagai sokongan. Hal ini kerana saya perlu memasukkan elemen seni, muzik dan pergerakan pada kit tersebut. Akhirnya, saya berjaya menyediakan kit tersebut. Walaubagaimanapun, kit yang saya sediakan terdapat kekurangan dari segi muzik kerana kit tersebut tidak ada unsur muzik padanya. Namun, saya selesaikan masalah ini dengan meminta murid menyanyikan lagu lompat si katak lompat ketika bermain permainan ini. Alhamdulillah, saya dapat membuatkan murid menyanyi dengan betul kerana saya menggunakan lirik yang mudah untuk dihafal oleh murid . Perkara ini sangat penting kerana kita perlu memikirkan tahap kognitif murid sebelum memberi mereka tugasan seperti ini. Berdasarkan tugasan yang saya lakukan, saya mendapat pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan ini. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan penganalisaan yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat tersebut boleh digunakan atau tidak di dalam tugasan yang dilakukan. Ini adalah kerana tanpa penganalisaan maklumat, ia tidak dapat menjadi bahan sokongan yang baik terhadap tugasan ini.

Rakan-rakan lain pula menyediakan kit yang sangat kreatif pada pendapat saya. Terdapat rakan saya yang menyediakan kit dalam bentuk pop-up box. Kit tersebut sangat menarik kerana bahan-bahan yang digunakan sangat menarik perhatian. Sebagai contoh, mereka menggunakan gabungan warna yang sangat menarik dalam menyediakan kit tersebut. Selain itu, terdapat topeng haiwan yang kelihatan sungguh unik dan dapat menarik perhatian murid untuk lebih seronok melakukan aktiviti yang dirancangkan. Namun, kebanyakan antara kami banyak menyediakan kit yang menggunakan konsep yang hampir sama iaitu menjalankan permainan kecil yang lebih menumpukan kepada aspek pembangunan fizikal murid. Sebagai penambahbaikan kit, saya rasa kami perlu lebih kreatif dalam menyediakan kit tersebut. Sebagai contoh, membuat kit yang dapat bergerak dengan sendiri ataupun memerlukan murid membuat sedikit sentuhan pada kit tersebut dan kemudian perkara-perkara yang ingin diajar akan muncul secara tiba-tiba melalui kit tersebut. Hal ini akan lebih menarik perhatian murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ingin diajar oleh guru. Dari segi persembahan yang kami lakukan, semuanya berjalan dengan sangat baik. Persembahan yang dilakukan mempunyai jalan cerita yang sangat baik dan saling mempunyai perkaitan sebelum sesuatu kit hendak dikeluarkan. Watak utama yang dilakonkan juga sangat menjadi. Persembahan yang dilakukan adalah mengenai sketsa teladan haiwan di belantara. Antara watak yang ditonjolkan adalah belalang, belatuk, katak, ayam dan panda. Panda menjalankan tugas sebagai pencerita. Belalang dan belatuk pula memainkan watak dengan sifat ego mahu membuktikan bahawa diri mereka adalah yang paling pantas di dalam hutan rimba. Manakala katak dana yam memainkan watak penyabar dan sentiasa mahu menyelesaikan masalah di sekeliling mereka bagi mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Terdapat watakwatak yang menegur sambil menerangkan mengenai adab-adab yang sepatutnya dilakukan. Sebagai contoh, saya yang diberi watak katak berperanan menegur sikap belalang dan belatuk yang terlalu ego dan bangga diri terhadap kelebihan yang mereka miliki. Saya menegur sikap watak belalang dan belatuk seterusnya menyelesaikan permasalahan mereka dengan mengadakan pertandingan belalang dan belatuk. Pertandingan itu diadakan bagi menentuan raja pecut sebenar di dalam hutan belantara. Jadi, murid diterapkan dengan sikap merendah diri dan sentiasa memikirkan untuk menyelesaikan permasalahan di sekeliling mereka. Muzik dan tarian “kalua rasa gembira tepuk tangan” dilihat sangat berkesan kerana murid bergembira dengan turut sama menyanyi dan menari mengikut pergerrakan kami.

Namun begitu, kami terlepas pandang mengenai perubahan yang perlu dilakukan oleh watak utama. Dalam persembahan yang dilakukan, watak utama hanya mendengar kata-kata haiwan yang menegurnya tetapi selepas itu dia tetap tidak berubah. Sepatutnya kami memikirkan hal itu dengan menambah adegan watak utama tersebut memikirkan semula kesalahan-kesalahan yang dilakukan sepanjang hari seterusnya menginsafi perbuatan tersebut sebelum tidur. Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

Related Documents


More Documents from "HERMALINDA"