Johnson Yek Chu Ong PPISMP MT SJKC Ambilan Jun 2014 Reflektif 8 Melalui pembelajaran hari ini, saya telah mengenai topik baru iaitu analisis koleras. Dalam topik ini, saya tidak mengenali topik ini sebelum diajar oleh Puan Lim. Dalam pembelajaran, kami mengenali pengenalan kepada kolerasi dan kegunaan kolerasi. Kami juga diajar menggunakan gambar rajah untuk menunjukkan kolerasi. Saya telah memahami bahawa kolerasi adalah perhubungan antara pemboleh ubah bebas mengakibatkan kesan kepada pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah bersandar menerima kesan akibat pemboleh ubah bebas. Perhubungan antara pemboleh ubah ini dinamakan sebagai korelasi. Kami memahami nilai pekali korelasi (r) ialah nilai pengukuran kekuatan perhubungan antara dua pembolehubah. Nilai r ini mempunyai sela antara +1.00 dan -1.00. Topik ini berkait rapat dengan ‘scatterplots’ Selepas itu, kami dibahagi kumpulan masing-masing untuk membuat latihan dan membuat perbincangan supaya lebih memahami topik yang kita pelajari. Kami menggunakan ‘Microsoft Excel’ untuk membuat satu latihan yang diberi oleh Puan Lim. Kami memcuba fungsi-fungsi formula dalam ‘Microsoft Excel’. Kami telah pun Berjaya menyiapkan latihan ini dengan sempurna dan hati yang senorok. Kami telah mengira secara automatik dalam computer dan mengira semula untuk membuktikan formula yang diberi adalah amat berkesan dan berguna. Dengan itulah,kami mengakhiri kuliah kami pada hari ini.