SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
Senarai Kandungan
1
Penghargaan
2
1.0 Pengenalan (Konsep Asas)
3
2.0 Elemen Seni Dalam Pendidikan
4
2.1Elemen Seni Visual
5
2.2 Elemen Seni Muzik
6
2.3 Elemen Seni Pergerakan
7
3.0 Teori Pembelajaran
8
3.1 Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)
9
3.2 Teori Konstruktivisme (Lev Vygotsky)
10
3.3 Teori Hoka-Hoki ( Ned Hermann)
11
4.0 Rumusan
12
5.0 Laporan reflektif
15
Rujukan
18
Lampiran
19
1
PENGHARGAAN Alhamdullilah,bersyukur hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya amat berbangga kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan usaha saya sendiri. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang amat tinggi kepada pensyarah Ustazah Hafizah binti Zakaria kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan beliau telah membrikan tunjuk ajar dan bimbingan untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan beliau, saya tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lengkap dan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya, Ummi Habibah binti Idris kerana menjadi tulang belakang saya dalam menjayakan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan sokongan serta bantuan dari segi kewangan dalam menjayakan kerja kursus ini. Tanpa sokongan beliau, tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dari segi sokongan moral. Mereka telah banyak membantu dalam melakukan sesi perbincangan di dalam kelas. Kami saling bertukar-tukar pendapat bagi mendapat jalan solusi untuk menjayakan kerja kursus ini. Konklusinya, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menjayakan kerja kursus ini.
2
1.0 PENGENALAN Seni dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai art yang dipetik daripada istilah Latin ars yang membawa erti penyusunan. Dalam konteks ini, seni mempunyai maksud yang sangat luas iaitu merujuk kepada sebarang bentuk objek yang disusun mengikut aturan tertentu. Menurut Herbert Read (1959), seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang dapat melahirkan kesenangan hati yang lahir daripada rasa estetika. Usaha ini dapat menghasilkan bentuk yang indah tertakluk kepada kekayaan seseorang dengan melahirkan karya yang dianggap oleh masyarakat sebagai sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi. Sehubungan itu, menurut Sidi Ghazalba (1997), seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semula jadi mencintai sesuatu yang menyenangkan hati melalui kelima-lima pancaindera. Jika ditelesuri melalui perspektif islam tentang seni, islam tidak menolak kesenian kerana merestui sesuatu yang indah kerana “Tuhan itu indah dan Tuhan suka sesuatu yang indah. Pengertian pendidikan pula menurut Kamus Dewan (2007) adalah berasal daripada kata dasar “didik”, iaitu memelihara dan memberikan latihan tentang akhlak dan kecerdasan fikiran. Oleh itu, pendidikan bererti proses mengubah sikap dan tingkah laku seseorang dalam usaha mendewasakan manusia melalui pengajaran, latihan, proses perbuatan dan cara mendidik. Di samping itu, pendidikan adalah sesuatu
proses untuk
menemukan
dan mengembangkan kebolehan
serta
memindahkan sesuatu kesimpulan penyelidikan yang merupakan satu transisi memberi dan menerima antara potensi individu dan budaya daripada satu generasi ke satu generasi dengan berlandaskan syariah (Hassan Langgulung, 1991). Secara tuntasnya, Seni Dalam Pendidikan boleh ditakrifkan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni dalam yang melibatkan tiga komponen seni iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diintergrasikan ke dalam pendidikan. Penyatuan
tiga
komponen
ini
telah
menjadikan
kaedah
pembelajaran murid-murid menjadi lebih seronok dan menarik.
3
pengajjaran
dan
2.0 ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN Hasil ulasan kritis daripada artikel berjudul “Pupuk nilai melalui seni”, maka wujud satu pandangan atau kesimpulan berkaitan tentang elemen Seni dalam Pendidikan (SDP) khususnya dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah. Sebagai uswahnya, hal ini menyediakan permulaan untuk guru dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan tiga elemen utama yang terdapat dalam SDP iaitu seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen-elemen inilah yang akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi seronok dan akan menjadikan murid menunjukkan minat yang tinggi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana pembelajaran yang berkesan memerlukan elemen seni agar penerimaan ilmu dalam kalangan murid menjadi lebih jitu dan mampan, bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata.
4
2.1 ELEMEN SENI VISUAL Artikel “Pupuk nilai melalui seni” memberikan satu kesedaran kepada guru untuk menggunakan elemen seni visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Pendidikan Islam di sekolah rendah. Tamsilannya, guru Pendidikan Islam menggunakan elemen seni visual yang melibatkan pemilihan warna, kontra, penegasan dan harmoni dalam menghasilkan sesuatu bahan pengajaran yang menarik. Warna merupakan elemen yang
penting dalam kehidupan. Tanpa warna,
kehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang ada hanya warna hitam dan putih. Semestinya kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna-warni yang terdapat pada pelangi dan sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia. Jika ditelesuri, warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga psikologi seseorang. Oleh itu, seni visual dalam pengajaran Pendidikan Islam boleh diaplikasikan untuk menegaskan isi pelajaran dan menjadikan pengajaran lebih menarik dalam satu persembahan pengajaran melalui bahan maujud atau soft copy. Sebagai uswahnya, dalam pengajaran matapelajaran Pendidikan Islam, elemen seni visual boleh dilakukan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh aktiviti yang dapat dilakukan ialah guru melukis gambar haiwan di papan putih dan menyuruh murid untuk meneka nama haiwan tersebut. Setelah itu, guru akan menanyakan adakah haiwan tersebut halal atau haram untuk dimakan dan memanggil seorang murid untuk menjelaskannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa elemen seni visual adalah seiring dengan pengajaran Pendidikan Islam.
5
2.2 ELEMEN SENI MUZIK Jika ditelesuri dengan lebih mendalam, elemen muzik dapat meransang minda murid-murid untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran muzik dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat murid-murid untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Melalui irama atau muzik ini, proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan dalam subjek Pendidikan Islam. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah aktiviti bernasyid di dalam kelas. Jika murid hanya didedahkan dengan fakta-fakta sahaja, situasi pembelajaran akan menjadi lebih membosankan. Justeru, aktiviti amali bernasyid wajar dilakukan sebagai usaha untuk menarik minat pelajar.
6
2.3 ELEMEN SENI PERGERAKAN Setiap pergerakan sama ada psikomotor kasar dan psikomotor halus juga termasuk dalam seni pergerakan. Oleh itu, dengan mengaplikasikan elemen pergerakan, murid akan lebih mudah mengingat isi pelajaran Pendidikan Islam terutamanya topik yang berkaitan dengan amali sebagai contoh cara berwuduk atau cara solat. Jika murid hanya menerima input secara teori sahaja, maka sukar bagi murid untuk mengaplikasikan isi pelajaran di luar sesi pengajaran. Dalam tajuk solat, murid dikehendaki menunjukkan cara pergerakan yang betu. Hal ini dapat membantu murid untuk lebih berkeyakinan dan memahami cara sebenar melakukannya.
7
3.0 TEORI PEMBELAJARAN Menelusuri artikel yang berjudulkan “Pupuk nilai melalui seni” dalam Berita Harian Metro (2017), telah dipaparkan pelbagai informasi untuk dijadikan tauladan dalam dunia pendidikan di negara Malaysia.
Program Jangkauan Seni Budaya:
Seni@Pentas 2017 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes, Rawang. Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah sekitar Taman Desa Country Homes melalui pembelajaran seni budaya seperti teater, tari, muzik, nyanyian, pameran dan pengurusan produksi untuk masa depan mereka. Justeru, berikut merupakan antara teori pembelajaran dan elemen Seni Dalam Pendidikan yang dapat dikaitkan berdasarkan artikel.
8
3.1 TEORI KECERDASAN PELBAGAI (HOWARD GARDNER) Menurut Gardner (1999), kecerdasan boleh didefinisikan sebagai sebagai potensi biopsikologi untuk memproses informasi yang boleh digiatkan dalam sesuatu budaya dan menyelesaikan masalah serta membentuk produk yang dinilai oleh sesuatu budaya. Berdasarkan teori kecerdasan pelbagai, seseorang mempunyai lapan kecerdasan yang berbeza yang boleh digunakan untuk memproses maklumat iaitu
Kecerdasan linguistik
Kecerdasan logik matematik
Kecerdasan visual dan ruang
Kecerdasan muzik
Kecerdasan kinestetik
Kecerdasan interpesonal
Kecerdasan intrapersonal
Kecerdasan naturalis
Memetik petikan akhbar yang berjudul “Pupuk nilai melalui seni”, telah dikenal pasti bahawa terdapat kecerdasan pelbagai yang dapat dipupuk dalam kalangan murid di sekolah. Walaupun setiap insan mempunyai kecerdasan yang pelbagai, namun seni dalam pendidikan dapat meningkatkan kecerdasan sekali gus seterusnya meningkatkan potensi diri. Sebagai uswahnya, seni dalam pendidikan dapat menyokong pembelajaran bersepadu mengikut
jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Di samping itu, kualiti diri dan motivasi diri juga dapat dipertingkatkan dalam kalangan murid agar terus bergerak maju seiring dengan perkembangan teknologi di negara. Justeru, setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung. Hal ini kerana seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Selain itu, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran yang mana tanggungjawab guru adalah paling dominan dalam usaha melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang. Bak kata orang tua-tua, “kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”.
9
3.2 TEORI KONSTRUKTIVISME (LEV VYGOTSKY) Menurut Lev Vygotsky (1980), perkembangan kognitif dan penggunaan bahasa kanak-kanak tidak boleh diasingkan daripada konteks sosial. Perkembangan manusia dipengaruhi oleh kegiatan-kegiatan sosial dan budaya. Peribahasa katak di bawah tempurung adalah satu contoh yang tidak baik untuk diikuti kerana hal ini akan merencatkan perkembangan murid sewaktu berumur setahun jagung lagi. Justeru, artikel yang dibicarakan adalah sangat tepat bagi teori ini kerana aktiviti teater akan memberi satu pengajaran kepada murid untuk berusaha meningkatkan pengalaman sosial antara masyarakat sejagat. Hal ini dapat membantu murid untuk membina keyakinan diri serta mempunyai jati diri yang kukuh untuk mendepani arus kehidupan yang berliku-liku. Perkara ini dapat dianalogikan dengan seekor ikan yang hidup di tengah lautan. Walaupun keadaan sekeliling yang dipengaruhi oleh air yang masin, namun jika dimakan isinya tetap berasa tawar.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) yang merujuk kepada satu rangkaian rumit dikuasai oleh seseorang tetapi mampu dipelajari melalui bantuan dan bimbingan orang dewasa ataupun kanak-kanak lain yang terlatih dalam sesuatu bidang. Selain itu, konsep scaffolding juga boleh diterapkan yang merujuk kepada perkembangan kognitif yang akan berlaku dalam sesi pembelajaran apabila individu yang lebih mahir memberi bimbingan yang bersesuaian kepada individu yang dipimpin berdasarkan peringkat kemampuan masing-masing.
10
3.3 TEORI HOKA-HOKI ( NED HERMANN) Ned Herrmann telah melanjutkan teori Sperry yang membahagikan otak kepada 4 bahagian iaitu ‘Quadrant Concept’. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat mempengaruhi gaya pemikiran setiap manusia. Gaya pemikiran otak kanan lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh, intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak Gaya pemikiran otak kiri pula lebih menjurus kepada logik rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik Ilmu yang cenderung kepada otak kiri ialah matematik manakala bagi otak kanan ialah seni muzik. Kebanyakan sistem pendidikan di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan sesuatu tindakan berdasarkan logik dan rasional Gaya berfikir menggunakan otak kiri ini dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal iaitu memerlukan sebab rasional dan logik,
segala
keputusan
mesti
berdasarkan
sebab
dan
akibat,
pengalaman-pengalaman lalu dan mesti mempunyai rujukan, setiap idea mesti berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh diselesaikan. Berdasarkan teori ini, seni dapat membantu pemikiran rasional dan intuitif individu. Seseorang pelajar tidak sama dari segi gaya pemikirannya. Dengan adanya pemahaman tentang cara pemikiran menggunakan otak kanan dan otak kiri ini, maka SDP dapat menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid lebih mudah difahami selari dengan teori kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana SDP telah terbahagi kepada tiga elemen dan pelajar boleh memilih elemen yang sesuai dengan gaya pemikiran mereka untuk menyelesaikan masalah dengan lebih rasional. Seorang guru perlu memotivasikan diri, untuk menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka dan mempunyai personaliti yang seimbang, berketerampilan dan profesional Membantu perkembangan intelek terutama dari aspek menyelesaikan masalah Membantu perkembangan insan secara menyeluruh Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok Membantu meningkatkan rasa syukur kepada Tuhan, menghargai keindahan alam Membentuk keperibadian generasi yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kreatif, kritis, inovatif dan inventif. Oleh itu, sebagai guru kita haruslah memahami dan mendekati murid-murid kita agar kita dapat mengenalpasti kemahiran yang ada dalam diri anak murid kita.
11
4.0 RUMUSAN
Pada era globalisasi, sekolah di zaman abad 21 ini telah dimasukkan sistem pengajaran mata pelajaran seni yang dikenali sebagai Seni Dalam Pendidikan (SDP). Tujuan SDP diwujudkan untuk membantu perkembangan yang seimbang murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) sejajar dengan kehendak dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selain itu, dalam FPK juga bermatlamat untuk menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting iaitu, seni visual, seni pergerakan dan seni muzik. Bagi elemen seni visual ia lebih melibatkan kepada lukisan, manakala seni pergerakan pula merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interprestasi murid terhadap muzik yang didengarinya. Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang penting untuk mewujudkan suasana sekeliling murid. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan berkesan. Irama merupakan elemenn yang terdapat dalam seni muzik. Dalam pendidikan seni, susunan sekata yang menyerlahkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar akan sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan kanak, menari, melukis dan sebagainya. Dalam aktiviti yang melibatkan irama ini ia dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Dengan tiadanya bentuk irama muzik ini mungkin ia akan mengurangkan minat seseorang murid-murid. Sedangkan murid mudah memperoleh sesuatu yang diajar melalui pergerakan seperti irama muzik dan seni. Selain itu, kehadiran irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung akan menarik minat murid untuk menyertai sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Melalui aktiviti ini, akan menimbulkan perasaan seronok seperti melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Semasa menjalankan
aktiviti
tersebutlah
kanak-kanak
cuba
belajar
meneroka
dengan
pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila muzik atau irama didengarkan mereka lalu akan memberi tindakbalas seperti bunyi irama muzik tersebut. Seterusnya, ruang juga merupakan satu elemen penting dalam mata pelajaran pendidikan Seni Dalam Pendidikan. Ruang bermaksud sebagai kawasan yang terletak di 12
sekeliling sesuatu objek atau dengan jarak antara dua objek. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia ‘visual spatial” dengan lebih tepat. Contohnya, ruangan bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Suasana ini secara tidak langsung dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya dapat mencapai matlamat dalam PdP tersebut. Tambahan pula, sekarang pendidikan abad 21, pendidikan lebih ke arah berpusatkan murid. Oleh itu, susunan bilik darjah alaf 21 lebih menerapkan murid lebih mudah bergaul dan berbincang sesame mereka. Hal ini akan meningkatkan aktiviti murid lebih berfikiran kritis dan membuat keputusan yang kreatif. Selanjutnya, seorang guru mestilah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai sukatan pelajaran pendidikan seni visual. Kemahiran pada guru untuk mengolah sukatan pelajaran sangat penting bagi menumpukan perkembangan pengetahuan dan peningkatan pada seorang guru melalui pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Aplikasi seni dalam pengajaran sebenarnya memberi memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka iaitu dengan aktiviti sentuh, lihat, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran mereka lalui. Dengan kaedah ini, secara langsung akan mengajar murid untuk menguruskan imaginasi, kreatif, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Bagi kanak-kanak sekolah rendah pembelajaran mereka lebih kepada suasana yang aktif. Contohnya pengetahuan mereka bina secara aktif dengan melakukan pergerakan lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindak balas melalui rentak irama muzik mereka dengar. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak dapat melontarkan idea atau perasaan mereka iaitu mengawal emosi secara bebas dan kreatif. Di samping itu, pengajaran dalam bilik darjah dapat dilaksanakan dengan mengaitkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama, pergerakan. Contohnya matapelajaran pendidikan Islam ketika mengajar tajuk haiwan-haiwan yang halal dimakan. Dalam matapelajaran ini, guru boleh mengadakan lawatan dengan membawa murid melawat Zoo Negara. Melalui lawatan ini murid dapat belajar erti pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dalam aspek warna, saiz tubuh dan sebagainya. Selain itu, murid-murid juga dapat melukis rupa bentuk haiwan yang dilihat. Pada masa ini, murid-murid diberi kebebasan untuk menggunakan warna dan mencampurkan kesemua yang telah dipelajari bagi mendapatkan hasil yang kreatif. Guru juga boleh mengarahkan murid untuk mengulas hasil yang diperoleh. Mereka juga boleh membuat pergerakan dan bunyi haiwan yang telah mereka kaji. Oleh itu, perbincangan dalam kumpulan harus berlaku untuk menghasilkan persembahan yang menarik.
13
Kesimpulannya, aktiviti seni dalam pendidikan merupakan suatu kaedah yang perlu dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang lebih berkesan kepada murid-murid. Melalui pelbagai kaedah yang menerapkan semua unsur SDP ia dapat membantu dalam setiap mata pelajaran murid-murid dapat memperolehi ilmu baru akan merasa seronok dan tidak bosan kerana semua unsur seperti keindahan dan keceriaan warna, muzik melalui bunyi-bunyian yang dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan dengan isi pelajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, guru seharusnya mengetahui tanggungjawabnya yang
bukan sahaja memberikan ilmu baru kepada murid-murid malah
guru adalah sebagai pemudah cara untuk murid meningkatkan motivasi bagi menghasilkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis. Kekreatifan seseorang guru dalam meyampaikan ilmu pengetahuan kepada murud-murid amat perlu untuk menjamin masa depan masyarakat dan negara.
14
5.0 LAPORAN REFLEKTIF
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan..Semasa menjalankan tugasan ini, saya amat bersungguh-sungguh mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan tugasan. Saya mencari maklumat menerusi pelbagai sumber seperti rujukan internet, buku ilmiah, dan jurnal. Bukan itu sahaja, saya juga turut bertanya kepada senior tentang tugasan kit yang perlu dibuat. Hal ini kerana mereka mempunyai pengalaman dalam melaksanakan tugas ini. Kami telah diberikan tugas untuk menyediakan kit pembelajaran yang sesuai dengan menerapkan unsur seni, muzik dan pergerakan di dalamnya. Kami perlu mempersembahkan kit masing-masing secara persembahan berkumpulan. Kami tidak diberikan tajuk yang khusus dalam membuat persembahan tersebut. Jadi, kami telah memilih tajuk mengenai adab-adab seharian sebagai seorang muslim. Saya telah mendapat tajuk mengenai adab menaiki kenderaan. Pada mulanya, saya agak bingung untuk menyediakan kit yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan kepada saya. Bagaimana saya hendak membuat kit tentang tajuk ini? Akhirnya, saya mendapat idea untuk membuat kit yang berbentuk stereng kereta dimana pelajar perlu melekatkan adab-adab naik kenderaan di atas stereng tersebut. Tugasan ini juga memberikan cabaran kepada saya untuk menganalisis isu dan bahan-bahan rujukan sebagai sokongan. Hal ini kerana saya perlu memasukkan elemen seni, muzik dan pergerakan pada kit tersebut. Akhirnya, saya berjaya menyediakan kit tersebut. Walaubagaimanapun, kit yang saya sediakan terdapat kekurangan dari segi muzik kerana kit tersebut tidak ada unsur muzik padanya. Namun, saya selesaikan masalah ini dengan meminta murid membaca doa menaiki kenderaan dengan cara bernasyid. Alhamdulillah, saya dapat membuat nasyid tersebut dengan rentak yang mudah untuk murid-murid. Perkara ini sangat penting kerana kita perlu memikirkan tahap kognitif murid sebelum memberi mereka tugasan seperti ini. Berdasarkan tugasan yang saya lakukan, saya mendapat pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan ini.
Ia memerlukan masa yang agak lama untuk
mendapatkan penganalisaan yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat tersebut boleh digunakan atau tidak di dalam tugasan yang dilakukan. Ini adalah
15
kerana tanpa penganalisaan maklumat, ia tidak dapat menjadi bahan sokongan yang baik terhadap tugasan ini. Rakan-rakan lain pula menyediakan kit yang sangat kreatif pada pendapat saya. Terdapat rakan saya yang menyediakan kit dalam bentuk pop-up box. Kit tersebut sangat menarik kerana bahan-bahan yang digunakan sangat menarik perhatian. Sebagai contoh, mereka menggunakan gabungan warna yang sangat menarik dalam menyediakan kit tersebut. Selain itu, terdapat replika manusia yang sedang tidur nyenyak di atas katil dan juga terdapat replika dapur yang dibuat. Namun, kebanyakan antara kami banyak menyediakan kit yang menggunakan konsep yang hamper sama iaitu hanya menunjukkan kit tersebut di hadapan kelas dan meminta murid untuk sama-sama membacanya. Sebagai penambahbaikan kit, saya rasa kami perlu lebih kreatif dalam menyediakan kit tersebut. Sebagai contoh, membuat kit yang dapat bergerak dengan sendiri ataupun memerlukan murid membuat sedikit sentuhan pada kit tersebut dan kemudian perkara-perkara yang ingin diajar akan muncul secara tiba-tiba melalui kit tersebut. Hal ini akan lebih menarik perhatian murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ingin diajar oleh guru. Dari segi persembahan yang kami lakukan, semuanya berjalan dengan sangat baik. Persembahan yang dilakukan mempunyai jalan cerita yang sangat baik dan saling mempunyai perkaitan sebelum sesuatu kit hendak dikeluarkan. Watak utama yang dilakonkan juga sangat menjadi. Persembahan yang dilakukan adalah mengenai seorang murid yang masih kecil dan sepanjang hari murid tersebut banyak kesalahan yang dilakukan. Jadi, terdapat watak-watak yang menegurnya sambal menerangkan mengenai adab-adab yang patut dilakukan. Sebagai contoh, saya yang diberi tugas untuk menerangkan mengenai adab menaiki kenderaan melakonkan watak sebagai pemandu kereta. Jadi, murid tersebut masuk dalam kenderaan dengan kaki kiri. Maka, bermulalah peranan pemandu untuk menerangkan adab menaiki kenderaan kepadanya. Namun begitu, kami terlepas pandang mengenai perubahan yang perlu dilakukan oleh watak utama. Dalam persembahan yang dilakukan, watak utama hanya mendengar kata-kata orang yang menegurnya tetapi selepas itu dia tetap tidak berubah. Sepatutnya kami memikirkan hal itu dengan menambah adegan murid tersebut memikirkan semula kesalahan-kesalahan yang dilakukan sepanjang hari seterusnya menginsafi perbuatan tersebut sebelum tidur.
16
Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.
17
6.0 BIBLIOGRAFI Buku Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dokumen Standard Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 3. (2011). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikhsan Othman. (2010). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pelaksanaan Kurikulum, Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 21–32, Tanjong Malim: Universiti Sultan Idris. Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 3. (2012). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Read, H. (1997). Meaning of Arts. London: Faber & Faber. Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin & Hafsa Mohamed Makki. (2008). Faktor Kontribusi Kecerdasan Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Remaja, Jurnal Pendidikan, Vol. 33, 35-46. Siti Sarah binti Abdul Malek, Amir Hazlin bin Lin, Khadijah binti Yusuf. (2010). Bahasa Malaysia Tahun 1 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail & Jamilah Omar. (2014). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Internet Abu
Bakar. (2010). HBEF1403: Seni Dalam Pendidikan. (Atas Talian): http://abubakar69.blogspot.my/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html. Diakses pada 20 Februari 2017.
Colourexist. (2010). Pengenalan Seni, Definisi Seni, Definisi Pendidikan & Definisi Pendidikan Seni. (Atas Talian): http://colourexist.blogspot.my/2010/01/pengenalan-seni-definisi-seni-definisi.h tml. Diakses pada 20 Februari 2017.
18
LAMPIRAN
Kit pembelajaran adab menaiki kenderaan
Watak utama melekatkan doa menaiki kenderaan di dinding
Kit pembelajaran dipersembahkan
19