Laporan Pbs Boii B.docx

  • Uploaded by: genji cokodok
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Pbs Boii B.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 929
  • Pages: 5
LAPORAN PBS

Konsep perbezaan individu merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang wujud antara manusia yang berlainan. Keunikan dan ketidaksamaan ini wujud dalam kalangan manusia telah menyebabkan perbezaan yang ketara antara seorang individu dengan individu yang lain. Perbezaan ini telah mamberikan implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran guru. Guru perlu merancang strategi, pendekatan, dan kaedah yang sesuai pada masa kini bagi memenuhi keperluan dari segi perbezaan individu ini bagi muridmurid di sekolah. Oleh itu, sebagai seorang guru pelatih dan bakal menjadi pendidik tidak lama lagi, saya telah ditugaskan untuk meninjau dan menganalisis sejauh manakah pelaksanaan konsep perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang telah saya laksanakan PBS (pengalaman berasaskan sekolah). Saya telah melakukan PBS di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani, Kedah. Pbs saya berlangsung salama 5 hari iaitu dari tarikh 17 mac 2019 sehingga 21 mac 2019. Bagi memenuhi kehendak tugasan yang telah diberikan, saya telah menjalankan beberapa kaedah kajian lapangan bagi mendapatkan maklumat dan mengumpul bukti mengenai sejauh manakah pelaksanaan konsep perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran disekolah yang saya jalankan Pbs. Antara kaedah kajian lapangan yang telah saya lakukan ialah pemerhatian, soal selidik, dan temubual. Namun begitu, nasib saya tidak begitu baik kerana pada minggu saya menjalankan pbs, guru-guru yang mengajar murid-murid tahun 1 hingga 6 di sekolah itu sedang giat membuat persiapan bagi Hari Sukan Sekolah. Hal ini telah menyebabkan kajian lapangan saya dari aspek pemerhatian tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang kerana proses pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung disebabkan fokus guru-guru dan muridmurid tertumpu pada persiapan bagi menjalankan Hari Sukan Sekolah pada hari terakhir saya menjalani Pbs. Namun begitu, saya telah berjaya juga melakukan pemerhatian bagi murid-murid pra sekolah. Saya telah melakukan satu pemerhatian pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh guru pra sekolah sekolah itu iaitu Puan Normila Bt Kasim. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Puan Normila, beliau sangat menekankan perbezaan individu dari aspek kognitif. Hal ini kerana, beliau akan memanggil pelajar yang beliau tahu tentang kebolehan murid tersebut untuk berdiri dihadapan muridmurid yang lain untuk mengetuai aktiviti membaca perkataan yang sedang dipelajari. Selain itu, beliau juga membahagikan kumpulan mengikut tahap kognitif murid-murid tersebut. Contohnya murid yang cemerlang, akan mengetuai setiap kumpulan yang dibahaginya bagi membimbing rakan-rakan mereka yang kurang memahami tentang pelajaran yang diajarnya.

Kaedah ini sangat berkesan dan dapat membantu murid-murid yang kurang memahami pelajaran yang dipelajari kerana mereka mendapat bimbingan dan bantuan daripada rakan mereka. Pembahagian ini memberi peluang kepada semua murid untuk bergaul antara satu sama lain tanpa ada rasa rendah diri mahupun bangga. Murid yang cemerlang ini juga dapat membantu guru dengan menjadi ‘guru kecil’ kepada rakan-rakannya yang lemah. Pembahagian ini dapat membantu guru dalam meningkatkan prestasi murid-murid. Seterusnya, saya juga telah melakukan soal selidik terhadap beberapa orang guru di sekolah tersebut. Melalui soal selidik yang saya telah jalankan, saya mendapati guru-guru yang saya telah jalankan soal selidik sangat mengamalkan konsep perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, seorang guru yang mengajar subjek matematik bagi kelas tersebut, beliau sangat mengamalkan konsep perbezaan individu ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran beliau. Hal ini kerana, melalui borang soal selidik yang dijawab olehnya, beliau lebih suka menggunakan perbezaan individu dari aspek kognitif dan tingkah laku sosial. Beliau juga suka membahagikan kumpulan bagi melakukan aktiviti dengan perbezaan dari aspek kognitif. Hal ini dapat memudahkan beliau untuk mengenal pasti mana pelajar yang lemah sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang diajar olehnya. Saya juga telah melakukan temubual terhadap lima orang guru bagi mendapatkan maklumat mengenai tugasan yang saya jalankan ini. Temubual yang saya jalankan ialah temubual bual secara semi struktur iaitu saya telah menyediakan soalannya terlebih dahulu. Contohnya, saya telah menemubual seorang guru pendidikan jasmani iaitu En Rasyid Bin Abd Kadir yang mengajar di kelas 5 UKM. Melalui temubual bersamanya, beliau berkata konsep perbezaan individu terutamanya dalam aspek fizikal harus dititikberatkan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti sukan di sekolah. Aktiviti sukan yang murid jalani haruslah sesuai mengikut umur dan kekuatan fizikal murid. Sebagai contoh, perbezaan individu dalam aspek fizikal diaplikasikan ketika guru-guru mengadakan acara tarik tali hanya pada murid tahun enam pada Hari Sukan Sekolah. Acara olahraga yang dipertandingkan pada Hari Sukan Sekolah juga dibahagikan mengikut umur muridmurid. Jadi pertandingan yang adil dipertandingkan kerana persaingan sudah dikelaskan mengikut umur dan fizikal murid-murid. Kesimpulannya, konsep perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran disekolah sering diamalkan oleh guru-guru di sekolah yang saya jalankan pbs. Konsep perbezaan individu ini sangat membantu guru-guru untuk mengetahui tahap kefahaman murid-murid disamping dapat memenuhi keperluan murid disekolah. Berdasarkan kajian

lapangan yang telah saya jalankan juga menunjukkan semakin ramai guru menggunakan konsep perbezaan individu ini dalam proses pengajaran dam pembelajaran mereka.

Lampiran

Sesi pengajaran dan pembelajaran guru pra sekolah, Puan Normila bersama murid-murid.

Hari Sukan Sekolah SK Sungai Pasir Kechil kali ke - 1

Acara Tarik tali yang hanya dipertandingkan kepada murid tahun enam setelah guru-guru mengambil kira perbezaan individu dalam aspek fizikal.

Acara olahraga murid-murid dibahagikan mengikut umur berdasarkan aspek perbezaan individu.

RUJUKAN 1.0 Abdul Karim Daud, Mohd. Rahim Mohd. Sharif dan Faizah Ismail. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2.0 Mohd Fuad Sam, Marina A. Majid, Rosnah A. Rajak dan Nordin Mohd Yusof. (2016). Murid dan Pembelajaran . Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. 3.0 Noor Hisham Jalani dan Lai Chee Sern. (2015). Perbandingan Kesan Pembelajaran Berasaskan Contoh-Masalah dan Pembelajaran Pemusatan-Guru terhadap Pemerolehan Pengetahuan Pelajar. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1-10. 4.0 Sihes, A. J. (2006). Teori Pembelajaran. Retrieved from Doc Player : http://docplayer.net/257659-Teori-pembelajaran-ahmad-johari-sihes.html 5.0 Zakaria Stapa, Ahamad Munawar Ismail, Noranizah Yusuf. (2012). Faktor Persekitaran Sosial dan Hubungannya. Jurnal Hadhari Special Edition, 155-172.

Related Documents

Laporan Pbs Boii B.docx
November 2019 11
Laporan Penuh Pbs
May 2020 9
Laporan Pemantauan Pbs
December 2019 29
Pbs
October 2019 31
Pbs 5
November 2019 32
Pbs Portfolio.docx
December 2019 27

More Documents from "ms allyssia"