Penulisan Reflektif Pengajaran Makro.docx

  • Uploaded by: Muhammad Syaheem
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penulisan Reflektif Pengajaran Makro.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 688
  • Pages: 2
PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO Pengajaran makro yang saya lakukan adalah subjek Matematik tahun 5. Bidang pembelajaran yang saya pilih ialah nombor dan operasi iaitu tajuk wang hingga RM 1 000 000. Objektif pengajaran ini adalah supaya murid dapat menambah hingga lima nilai wang melibatkan ringgit dan sen. Saya melakukan persediaan rapi sebelum memulakan pengajaran makro bagi mengelakkan

berlakunya

sebarang

masalah

sewaktu

masa

pengajaran.

Saya

juga

mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid bagi mengelakkan berlakunya miskonsepsi di kalangan murid-murid. Sepanjang saya menjalankan pengajaran makro, saya mendapati beberapa kelebihan dan kelemahan yang boleh ditambah baik sewaktu proses PdP. Pada fasa persediaan, saya telah menayangkan satu video yang bertajuk ‘Mari Mengira Wang’. Tayangan video ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid untuk fokus dan memerhatikan video tersebut. Setelah tayangan video tamat, saya mengajukan beberapa soalan berkaitan video kepada murid-murid. Hal ini kerana, saya ingin menguji tahap kepekaan muridmurid sewaktu menonton video tersebut dan dapat menganalisis video tersebut dengan baik. Bukan itu sahaja, saya juga ingin meningkatkan tahap komunikasi murid apabila bersoal jawab. Selain itu, semasa fasa perkembangan, saya telah menyediakan tayangan slaid dua kad gambar beserta tanda harga. Kemudian, bagi mengelakkan murid hilang fokus, saya meminta murid untuk sama- sama membaca tanda harga dua objek yang terdapat dalam gambar. Berdasarkan tanda harga yang dijadikan bahan rangsangan kepada murid, murid-murid diminta untuk menambah menggunakan bentuk lazim. Di sini saya sebagai guru, saya boleh mengenal pasti murid yang lemah dan murid yang menguasai penambahan wang menggunakan bentuk lazim melalui jawapan yang mereka hasilkan. Kemudian, pada fasa tindakan mempunyai proses penilaian yang mana dilakukan oleh guru untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menyediakan lembaran kerja kepada murid untuk menguji tahap kefahaman mereka terhadap penambahan wang menggunakan bentuk lazim. Saya boleh mengenal pasti murid yang lemah dan murid yang menguasai topik pengajaran berdasarkan kepada hasil kerja murid dan secara tidak langsung saya dapat memberi latihan peneguhan bagi murid lemah dan pengayaan bagi murid yang cemerlang. Antara kekuatan yang saya miliki semasa pengajaran makro dijalankan adalah mempunyai suara yang lantang dan cara penyampaian isi kandungan pengajaran dan pembelajaran adalah jelas. Bagi saya, suara guru yang lantang, jelas dan sebutan yang

dilantunkan mudah difahami adalah untuk memastikan agar tumpuan dan fokus murid hanyalah kepada guru semata-mata dan mereka dapat memahami isi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, cara saya mengawal kelas supaya murid-murid tidak bosan yang tidak hilang fokus juga merupakan salah satu kekuatan pengajaran makro saya. Hal ini kerana, seperti yang kita sedia maklum pengawalan dan pengurusan kelas amat penting dan wajib dikuasai oleh seorang guru. Bukan itu sahaja, dengan pengawalan kelas yang baik, murid-murid juga akan lebih senang dan fokus sewaktu proses PdP.

Kemudian, kelemahan sewaktu melaksanakan proses pengajaran bahan bantu mengajar saya yang gunakan adalah slaid powerpoint yang biasa dan tidak menarik menyebabkan murid kurang berminat untuk mendengar isi pelajaran yang ingin disampaikan. Selain itu, saya juga memiliki kekurangan dari segi pengurusan masa sewaktu mengendalikan aktiviti kumpulan bersama murid. Saya tidak mengikuti masa yang telah ditetapkan dalam rancangan pengajaran saya. Murid juga mengambil masa yang agak lama sewaktu menjalankan aktiviti berkumpulan. Hal ini secara tidak langsung mengakibatnya, saya terpaksa memendekkan masa sewaktu murid menjalankan aktiviti inidividu.

Akhir sekali, cadangan penambahbaikan yang boleh saya lakukan adalah dengan Saya seharusnya sebagai bakal guru yang kini terdedah dengan pembelajaran abad ke-21, saya perlu menyediakan slaid yang kreatif dan inovatif. Hal ini kerana, slaid yang menarik dan kreatif akan menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, saya juga perlu menambahbaik cara pengajaran saya dengan bijak menguruskan masa supaya rancangan pengajaran yang disediakan dapat dihabiskan mengikut waktu yang ditetapkan. Sekiranya masa ini tidak dapat diuruskan dengan baik maka guru tidak akan ada masa yang banyak untuk mengajar dan berkongsi dengan murid mengenai topik-topik yang lain.

Kesimpulannya, pengajaran makro ini amat berguna bagi saya sebagai seorang bakal guru. Hal ini kerana, perkara ini banyak mengajar saya tentang cara mengajar dan cara untuk menyiapkan diri sebelum masuk ke bilik darjah. Pengajaran makro yang dilakukan ini juga secara tidak langsung memberi saya gambaran tentang di mana kelemahan diri saya dan cara saya untuk membaiki kelemahan tersebut supaya menjadi seorang guru yang cekap dan berdedikasi apabila ditempatkan di sekolah suatu hari nanti.

Related Documents

Teks Reflektif
December 2019 9
Penulisan
April 2020 41
Log Reflektif 8.docx
November 2019 8
Laporan Reflektif Sdp.docx
November 2019 7

More Documents from ""