Laporan Amali 3 (Amali 7) Tarikh: 5 Mac – 9 Mac 2017
Tajuk Amali: Pergerakan makanan dan sistem penghadaman manusia.
Pengenalan: Sistem penghadaman adalah satu proses metabolisme dalam badan untuk mengubah secara kimia atau mekanik sesuatu zat makanan menjadi nutrisi. Penghadaman ialah proses pemecahan zarah-zarah makanan yang besar menjadi molekul-molekul boleh larut ringkas yang dapat diserap ke dalam sel. Sistem penghadaman merangkumi pencernaan fizikal dan pencernaan kimia. Pencernaan fizikal ialah pemecahan makanan secara mekanikal untuk menghasilkan butir makanan yang kecil. Pencernaan kimia ialah proses pemecahan molekul kompleks makanan menjadi molekul ringkas. Contohnya, molekul protein diuraikan kepada peptida dan akhir sekali asid amino.
Objektif:
Untuk
mengenalpasti
pergerakan
makanan
dan
struktur
sistem
penghadaman manusia.
Prosedur: 1. 3 orang pelajar dikehendaki makan makanan serta minuman yang sama selama 5 hari berturut-turut 2. Menu makanan yang diambil haruslah seimbang dari segi karbohidrat, protein, lemak serta serat-serat makanan yang diperlukan 3. Catatan bilangan pelajar buang air besar akan dibuat pada setiap hari.
Rajah 1 : Menu harian yang diambil
Keputusan:
Jadual sistem penghadaman Pelajar
Hari – 1
Hari – 2
Hari – 3
Hari – 4
Hari – 5
A
√
√
√
√
√
√√
√
B
C
√
√ √
Berdasarkan jadual catatan bilangan pelajar membuang air besar selama 5 hari, dapat kita dapati dengan jelas disini bahawa pelajar A dapat membuang air besar pada setiap hari selama 5 hari berturut-turut iaitu sehari sekali dimana merupakan jumlah yang diperlukan oleh seorang manusia yang mempunyai sistem penghadaman yang baik serta sihat. Pelajar A mungkin seorang pelajar yang aktif serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Oleh yang demikian, pelajar A haruslah
mengekalkan gaya hidup sihat ini supaya pergerakan makanan serta sistem penghadamannya berjalan lancar seperti biasa.
Seterusnya, dapat kita lihat dengan jelas bahawa pelajar B dan juga pelajar C tidak membuang air besar pada setiap hari. Ini menunjukkan bahawa pelajar B dan C mempunyai sistem penghadaman yang kurang efisyen. Faktor gaya hidup juga memainkan peranan yang besar disini dimana seseorang yang aktif dalam melakukan aktiviti harian akan mempunyai
badan yang sihat serta sistem
penghadaman yang lebih efisyen. Oleh yang demikian, pelajar B dan juga pelajar C boleh mengatasi masalah penghadaman ini dengan mengambil makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti sayur-sayuran serta buah-buahan yang dapat membantu proses penghadaman supaya lebih lancar serta efisyen.
Selain itu,
mereka juga boleh mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Pengambilan air juga amat penting dalam proses penghadaman ini. Setiap individu sepatutnya minum 8 gelas air setiap hari bagi melancarkan proses dlam tubuh badan kita.
Berikut merupakan struktur sistem penghadaman manusia yang bermula dari mulut lagi.
Disini amat penting kerana semasa mengunyah makanan, proses
penghadaman itu sebenarnya sudah bermula.
Jadi penting bagi kita untuk
mengunyah makanan sehingga hancur atau lumat sebelum menelannya.
Kesimpulan Pergerakan makanan dan struktur sistem penghadaman manusia itu sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri dimana cara pemakanan serta gaya hidup sihat dapat membawa kearah sistem penghadaman yang efisyen. Oleh itu, pentingnya untuk menekankan kepentingan pemakanan seharian kita.
Rujukan Donald C. Ricco (2010). Fundamental of Anatomy Physiology. Clifton Park NY. Cengage Learning Oatis, Carol A. Kinesiology: The Mechanics and Pathomechanics of Human. 2nd ed. Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins, 2009. Print