ULASAN KRITIS
Video lagu tema Teletubbies telah saya pilih untuk dibuat ulasan kritis dalam menyempurnakan tugasan Seni Dalam Pendidikan. Saya memilih video ini kerana pada pengamatan saya sangat sesuai dan bertepatan dengan ciri-ciri yang perlu dikehendaki dalam tugasan subjek Seni Dalam Pendidikan ini. Antara kriteria yang harus dititikberatkan dalam pemilihan video ini ialah harus mempunyai elemen pergerakan, muzik dan warna. Seperti yang sedia maklum Teletubbies merupakan satu rancangan hiburan di televisyen untuk kanak-kanak yang berusia empat tahun dan kebawah. Rancangan ini telah diterbitkan pada tahun 1997 di British. Karya Anne wood dan Andrew Davenport ini telah mendapat sambutan hangat di sana. Teletubbies mengisahkan empat sekawan yang tinggal bersama iaitu Tinky Winky teletubbies berwarna unggu, Dipsy (hijau), Laa-laa (kuning), dan Po (merah). Untuk pengetahuan semua Tinky Winky merupakan yang paling besar dan matang daripada watak yang lain. Dia sentiasa bersikap tenang, lemah lembut dan juga suka berangan. Tinky Winky mempunyai beg merah kegemarannya dan akan selalu menggalasnya tidak kira dimana dia berada. Manakala Dipsy si hijau pula sangat suka menari dan selalu melantunkan dirinya. Dipsy juga mempunyai barang kegemarannya iaitu topi berbelang hitam dan putih. Dia suka menggayakan topi ini. Seterusnya, Laa laa si kuning terang pula sangat suka menari dan menyanyi. Dengan cara sedemikian Laa laa dapat menzahirkan rasa tenang buat dirinya. Laa laa sememangnya sentiasa bertenaga dan sering bergelak ketawa, menari dan menyanyi tanpa rasa letih. Bola berwarna oren amat digemari oleh Laa laa. Dia selalu bermain dengan bola oren tersebut hamper setiap episode. Dia akan melantun dan menangkap bola tersebut berulang-ulang kali. Ini sudah cukup untuk menceriakan hari-harinya. Watak akhir sekali ialah lah Po si merah. Po merupakan yang paling muda dikalangan yang lain. Po mempunyai sebuah skuter dan dia sangat gemar terbang dengan skuternya. Kegemaran Po ialah menunggang laju skuternya kerana baginya itu adalah satu kepuasan. Po juga menggemari karate dan lompat bintang. Jika tidak bersama skuternya Po akan melakukan aksi ini yang penuh bertenaga ini. Paling menarik sekali adalah kesemua watak Teletubbies ini mempunyai minat yang sama iaitu suka melakukan pelukan beramai-ramai. Pada awal video ini penonton disajikan dengan kemunculan The Sun Baby iaitu matahari berwajah bayi yang terbit di sebalik bukit- bukau yang menghijau. Terbitnya The Sun Baby ini diiringi oleh gelak tawanya menggambarkan dia sedang bergembira dan sebagai simbolik permulaan hari yang ceria. Sinaran cahaya yang di bawa olehnya telah meyinari perkampungan Teletubbies. Dia kemudiannya terpegun melihat keindahan alam semula jadi di tempat tinggal Teletubbies ini. Bukan sahaja penuh dengan kehijauan, malah di sini juga
terdapat pelbagai jenis bunga yang bermacam warna seperti kuning, merah, biru, dan juga putih. Sememangnya kehadiran pelbagai warna yang menarik ini menceriakan lagi kawasan persekitaran dan mampu untuk menarik minat penggemar kanak-kanak siri Teletubbies ini. Setelah menunggu seketika maka datanglah sekawan teletubbies dimulakan dengan Tinky Winky yang melompat dari lubang kawasan rumah mereka diikuti dengan Dipsy yang meniru aksi yang sama, kemudian Laa laa dan akhir sekali Po si merah. Mereka kemudiannya melambai kearah kamera menunjukkan betapa mereka teruja bertemu dengan penonton semua. Mereka kemudiannya menuruni bukit pada kediaman mereka dan menuju ke suatu tempat. Tiba di sebuah kawasan sebanyak lima pembesar suara telah muncul dan mengeluarkan bunyi “time to teletubbies” berulang-ulang kali. Situasi ini sangat membuatkan penonton teruja untuk terus menikmati keceriaan yang bakal disajikan oleh Teletubies. Tinky winky dan kawan-kawannya kemudiannya mengelilingi pembesar suara tersebut berulang kali. Mereka dilihat seronok melakukan aksi itu dengan gelak tawa mengiringi setiap perbuatan mereka. Apabila tiba di satu kawasan lapang mereka berempat mula mengenalkan diri masingmasing diringi dengan tarian mereka. Dimulakan dengan Tinky Winky dan tarian yang dilakukan ialah berdiri dengan sebelah kaki kemudian menukar kepada yang sebelah lagi. Tarian yang dilakukan lebih kepada pergerakan bukan lokomotor kerana bersifat statik dan tidak terlalu bergerak ke tempat yang lain. Kemudian diikuti pula oleh Dipsy si hijau yang melakukan tarian seakan sama dengan Tinky Winky cuma terdapat sedekit penambahan iaitu Dipsy menambah penggunaan kedua belah tangan dalam tariannya. Dia menari sambal bertepuk tangan sambil memperkenalkan dirinya. Seterusnya tiba pula giliran Laa laa si kuning. Laa laa menghentakkan kedua belah kaki sambil melambai kearah kamera. Tarian Laa laa kelihatan amat comel. Teletubies yang terakhir sudah semestinya si comel kecil iaitu Po si merah. Po melombat dan membuka kedua kakinya sewaktu berada di udara sambil tangannya didepakan. Aksi Po ini dilakukan sebanyak tiga kali ulangan. Mereka kemudiannya berbaris dalam satu garisan lurus, dihadapannya sudah semestinya Tinky Winky sebagai yang paling besar diikuti Dipsy, Laa laa dan akhir sekali ialah Po. Seterusnya mereka bergerak menggunakan formasi keretapi mengelilingi kawasan taman beberapa kali. Kali ni pergerakan yang dilakukan ialah berdasarkan lakuan pergerakan lokomotor. Mereka kemudian berkumpul dihadapan kamera dan melambaikan tangan sambil berkata “hello”. Kemudian secara berpasangan mereka telah melagakan perut mereka. Tinky winky bersama pasangannya Dipsy dan Laa laa dan po. Mereka berempat kemudiannya pergi ke tengah taman untuk melakukan pelukan secara beramai-ramai iaitu aktiviti kegemaran mereka dan para penonton sekalian. Secara tiba-tiba, kincir angin dihadapan mereka berpusing dengan laju sekali.
Kerana perasaan yang begitu takut mereka semua lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Setelah menonton video ini, dapat disimpulkan bahawa pengarah menitikberatkan penggunaan elemen-elemen seperti warna, muzik, dan pergerakan banyak dalam video ini. Elemen warna adalah paling ketaradipraktik kan kepada empat sekawan teletubbies dengan masing-masing mempunyai warna yang tersendiri. Seterusnya dari segi pergerakan pula, didapati bnyak pergerakan yang berhubung dengan konsep seni telah digunakan. Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor turut dipersembahkan didalam video ini. Muzik bagi setiap akiviti yang dijalankan juga berbeza-beza bersesuaian dengan latar tempat dan pergerakan yang ingin dilakukan. Didalam video ini juga banyak penekanan mengenai keindahan alam semula jadi yang nyaman seperti bukit-bukau, padang yang menghijau, bunga-bunga yang beraneka warna serta latar belakang yang menarik. Dengan adanya usaha untuk mengetengahkan keindahan alam semula jadi ini sudah pasti dapat meningkatkan kesedaran terhadap cintakan alam sekitar kepada si penonton cilik. Setelah diamati secara terperinci, didapati bahawa video ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai alat bantu mengajar kerana didalamnya terdapat elemen-elemen yang dapat memberikan banyak impak positif sewaktu proses pembelajaran dijalankan kepada murid-murid.
Rujukan https://www.youtube.com/watch?v=TIIWPACxHDU https://en.teletubbies.com/about-teletubbies/