Kupasan Falsafah (pantun)

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kupasan Falsafah (pantun) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,578
  • Pages: 12
KERJA KURSUS FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU PENGGUNAAN PANTUN DALAM TRADISI MASYARAKAT MELAYU Pantun Keagamaan

NAMA: AISAH BINTI MAT NO. PENDAFTARAN: JEA080002 NO.I/C: 880604-13-5490 NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD NAMA TUTOR: CIK SITI HADIJAH BINTI ABD RAHMAN

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

PANTUN BERKAIT ( PANTUN AGAMA )

Asam kandis asam gelugur, Ketiga asam cempelari, Duduk menangis di pintu kubur, Dunia tak boleh ulang dua kali.

Ketiga asam cempelari, Dari jauh bawa berlayar, Dunia tak boleh ulang dua kali, Sudah terjemur di Padang Mahsyar.

Dari jauh bawa berlayar, Turun ke pekan bermain-main, Sudah terjemur di Padang Mahsyar, Sekeping papan secarik kain.

Turun ke pekan bermain-main, Dari Johor ke Tanjung Tuan, Munkar Nakir dating bertanya, Apa jawapan hambamu tuan.

Dari Johor ke Tanjung Tuan, Petik belimbing di tepi kota, Apa jawapan hambamu tuan, Dua kalimah syahadat tentulah nyata.

(PROSA MELAYU TRADISIONAL)

PENDAHULUAN Hasbullah Bakry (1964:56), menghuraikan makna falsafah dari tiga sudut pandangan iaitu dari sudut bahasa,pengertian praktis,dan dari sudut perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain.Dari sudut bahasa ianya bermaksud ‘cinta akan hikmah atau kebijaksanaan.Manakala dari sudut pengertian praktis pula,falsafah bermaksud kita melihat sesuatu perkara bukan dari sudut luaran atau umum sahaja,tapi kita perlu meneliti ssuatu perkaraitu dengan lebih mendalam ataupun terperinci.Dari segi perbedaanya dengan ilmu-ilmu lain pula,falsafah bukan ilmu yang melihat sesuatu perkara dari satu aspek sahaja. Dalam bahasa melayu,perkataan ‘sastera’berasal daripada perkataan Sanskrit Shastera.Istilah ‘kesusasteraan’pula digunakan untuk merujuk kepada karya-karyayang berupa cereka yang dicipta dengan perantaraan bahasa dan alatan-alatan yang berkaitan,yang bukan berbentuk laporan ataupun esei. Sastera melayu klasik merupakan satu sastera melayu lama yang mempunyai peristiwa yang kompleks.Sastera ini bukan meliputi hasil-hasil karya bercorak cerita rekaan malah mencakupi bidang yang amat luas.Karya-karya ini ditulis dengan bahasa yang indah yang memperlihatkan nilai-nilai kesusasteran di dalamnya. Masyarakat melayu dahulu menggunakan pantun sebagai wadah untuk menyampaikan sesuatu perkara atau pengajaran.Mereka menggunakan pantun sebagai sumber untuk berkomunikasi. Dalam lingkungan budaya.Selain itu,pantun

juga merupakan satu cerminan budaya masyarakat melayu yang diadaptasikan dalam bentuk puisi. Pantun adalah satu genre yang dihasilkan dari dahulu hingga sekarang,yang terus hidup dan masih hidup,seperti kata pepatah;’tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’.Menurut Muhammad Haji Salleh(1986:3),’mungkin pantunlah yang jelas sekali memperlihatkan genius dan kesempurnaan seni sastera bangsabangsa melayu. Pantun bercorak keagamaan biasanya membicarakan persoalan tentang agama yang sebenar yakni tentang hubungan manusia dengan pencipta,manusia dengan manusia dan manusia dengan alam.Selain itu,pantun agama ini juga memberikan panduan hidup dan pengajaran kepada manusia sejagat.Disamping itu,pantun jenis ini juga turut membantu manusia untuk tidak melibatkan diri dalam perkara-perkara yang dimurkai oleh Allah s.w.t.

RINGKASAN ISI Masyarakat melayu dahulu menggunakan puisi sebagai wadah untuk menyampaikan sesuatu perkara atau pengajaran kepada generasi muda.Pemilihan pantun sebagai wadah penyampaian kerana pantun merupakan sumber untuk berkomunikasi.. Dalam pantun juga ada diselitkan dengan unsur-unsur kecintaan kepada agama atau ciri-ciri yang bersifat ketuhanan.Pengajaran ini sudah semestinya akan memberikan impak yang tinggi kepada generasi muda.Mereka akan diterapkan dengan unsur-unsur keagamaan dan nilai-nilai murni.Melalui pantun-pantun yang berunsurkan keagamaan ini,masyarakat diajar dan diasuh secara tidak langsung berkaitan dengan dunia akhirat. Selain itu,mereka juga diberi sedikit panduan untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna supaya tidak terpesong dari laluan akidah yang betul.Melalui pantun juga,mereka memberi gambaran berkaittan dengan kehidupan akhirat kepada generasi yang mendengarnya.Mereka memberi bayangan kehidupan alam ghaib yang bakal ditempuhi seta panduan untuk melaluinya dengan baik.Disamping itu,penggunaan akal secar rasinol amat perlu bagi setiap individu manusia agar dapat mencari bekalan yang secukpnya di akhirat kelak.

KUPASAN TEKS DARI SUDUT FALSAFAH.

Dalam memberikan sesuatu pengajaran,masyarakat dahulu menggunakan kiasan yang tersendiri untuk menyampaikan sesuatu perkara.Mereka juga tidak menggunakan perkataan yang terlalu menjurus untuk mengungkapkan sesuatu perkara.Kehidupan yang tidak abadi di alam ini menyeru manusia memperbanyakkan amalan mahmudah;menunaikan solat lima waktu sehari semalam,berpuasa di bulan ramadhan,membayar zakat,menunaikan haji bagi yang mampu dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Tuhan telah menganugerahkan manusia akal.Akal bukan sekadar intelligent,ia adalah segala potensi rohaniah yang memiliki pelbagai kemampuan berfikir,menyedari,menghayati,mengerti,mengetahui dan memahami,yang kadangkala bersifat teoritis dan praktis,yang semuanya berpusat di otak. Biasaannya,masyarakat melayu terlalu mengikut kata hati (qalbu ) yang kadangkala memakan diri sendiri.Bak kata pepatah,’ikut hati,mati;ikut rasa,binasa.’.Ini bermaksud,ia mempengaruhi keseluruhan tindakan dan pertimbangan budi bicara,budi bahasa dan budi pekerti individu tersebut. Menurut Hamdi Zaqzuq ( 1989:86 ),agama islam meletakkan penggunaan akal manusia pada tahap yang paling tinggi.Fenomena ini terbukti apabila Allah mengurniakan akal fikiran kepada manusia berbanding dengan makhluk-makhluk-

Nya yang lain.Agama islam meletakkan akal sebagai aqidah yakni tanggungjawab manusia.Justeru,manusia haruslah berfikir secara logic dan rasional sebelum melakuakan sesuatu tindakan.Dengan erti kata lain,mengamalkan cara pemikiran ‘second older thought’. Akal fikiran yang diibaratkan umpama permata yang dimiliki oleh manusia haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya.Manusia dianggap berdosa apabila mengabaikan penggunaan akal fikiran.Keadaan ini dibuktikan dalam al-quran surah al-Mulk,ayat 10 hingga 11.Oleh yang demikian,setiap individu haruslah menggunakan akal fikiran mereka untuk melakukan amal kebajikan di muka bumi yang sementara ini agar mendapat balasan yang baik di akhirat kelak. Kehidupan di dunia yang penuh pancaroba,rintangan dan masalah membolehkan manusia mudah terjerumus dalam kancah maksiat dan dosa.Jesteru,apabila kita menyedari kehidupan yang kita lalui sebelum ini penuh dengan dosa-dosa,maka sebaiknya kita bersegera untuk bertaubat selagi masa masih ada.Sepertimana yang kita ketahui,bila-bila masa sahaja kita pasti akan dijemput oleh Ilahi.Pada tika,detik,dan saat itu,pintu taubat-Nya telah tertutup dan setiap penyesalan yang dating selepas itu hanyalah satu pekerjaan yang sia-sia sahaja ibarat debu-debu dijalanan. Dalam meniti kehidupan yang singkat di dunia fana ini,kita haruslah berusaha untuk melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.Dengan berbuat demikian,kita dapat mengelak daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah s.w.t.Situasi ini membolehkan kita mengumpul bekalan positif yang banyak untuk dibawa ke alam lain yang kekal abadi.Sebaliknya,

bekalan yang tidak mencukupi akan menyebabkan individu tersebut terseksa di alam yang kekal abadi itu. Sebagai makhluk yang lemah dan mempunyai bayak kelemahan, manusia haruslah berusaha untuk mencari bekalan yang banyak untuk di bawa ke akhirat kelak.Manusia perlu ingat bahawa mereka hanya diberikan masa yang tertentu untuk siggah sebentar di alam kosmos ini.Oleh yang demikian,manusia haruslah memperbanyakkan amal ibadat mereka.Manusia haruslah menjalinkan hubungan yang baik kepada sesama manusia dan alam semesta.Apa yang paling penting ialah menjaga hubungan dengan pencipta yang Maha Esa.Selain itu,mereka perlu ingat bahawa bekalan itulah yang akan menentukan masa depan mereka di alam yang kekal kelak Kehidupan di dalam kubur yakni alam barzakh sungguh berbeza dengan kehidupan di dunia yang sementara.Semasa menjalani kehidupan di alam barzakh,berbagai-bagai soalan akan disoal oleh malaikat Munkar dan malaikat Nakir.Soalan-soalan yang ditanya adalah berkisarkan kepada tingkah laku,amal ibadat,dan pergaulan semasa hidup di dunia yang dicatat oleh Malaikat Raqib dan malaikat Atit. Sesungguhnya,kehidupan di dalam kubur amat berlainan dengan kehidupan di dunia yang fana.Di dalam kubur,individu tersebut akan disoal oleh malaikat Munkar dan malaikat Nakir dimana tidak ada peluang untuk individu tersebut untuk mempertahankan dirinya.Ketika itu,hanya anggota badan seperti mulut tangan dan sebagainya akan menyatakan apa yang telah mereka lakukan semasa di dunia.Antara soalan-soalan yang di tanya apabila berada dalam alam barzakh ialah

‘Ma Rabbuka’yang bermaksud siapa Tuhanmu.Selain itu,pertanyaan lain yang turut ditanya ialah ‘Ma Kiblatka’yang membawa maksud apa kiblatmu dan juga ditanya tentang apakah amalan yang telah dilakukan semasa menikmati kehidupan di dunia sementara. Alam kubur ini merupakan detik-detik bermulanya perjalanan manusia ke padang mahsyar.Bagi individu yang banyak melakukan amal kebaikan seperti yang telah disuruh oleh Allah s.w.t akan berada dalam keaadaan yang selesa.Hal ini bermaksud,mereka tidak akan diseksa oleh Malaikan Munkar dan malaikat Nakir sepanjang mereka berada dalam alam kubur.Sebaliknya,bagi individu yang sering melanggar perintah Allah s.w.t seperti melakukan maksiat,menderhaka kepada ibu bapa dan meninggalkan amalan-amalan wajib akan mendapat layanan yang buruk daripada malaikat Munkar dan malaikan Nakir. Semua manusia yang telah mati dan menjalani seksaan di dalam kubur akan dibangkitkan semula bila tiba hari akhirat.Selepas tiupan sangkakala yang kedua oleh malaikan Israel,semua makhluk Allah akan dibangkitkan semula dan dikumpulkan di Padang Mahsyar.Semasa berada di Padang Mahsyar setiap makhluk ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa akan menunggu giliran masingmasing untuk ditimbang segala amalan mereka samaada amalan tersebut baik mahupun jahat. Setiap individu akan memperoleh buku amalan masing-masing. Bagi individu yang melakukan lebih banyak amal kebaikan dan mengerjakan suruhan Allah,mereka akan mengambil buku panduan tersebut dengan tangan kanan.

Manakala individu yang melakukan lebih banyak kejahatan akan mendapat buku amalan dengan tangan kiri.Selepas selesai aktiviti membahagikan buku amalan, semua makhluk akan meniti titian sirat.Bagi golongan yang baik,mereka akan meniti titian tersebut dengan mudah dan akan masuk ke tempat idaman semua manusia iaitu syurga.Sebaliknya,bagi golongan yang ingkar,mereka payah untuk meniti titian sirat dan akan jatuh ke dalam neraka yang menyediakan seksaan yang begitu dahsyat. Sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang paling baik,manusia haruslah memanfaatkan segala keistimewaan yang telah diberikan kepada mereka.Sebagai contoh,manusia telah dianugerahkan akal fikiran.Melalui akal fikiran tersebut,manusia sepatutnya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Selain itu,dengan akal yang ada,manusia mampu berfikir secara rasional.Maksunya ialah,manusia menggunakan akal fikiran mereka untuk berfikir secara logic dan tidak percaya kepada kata hati(qalbu) dan pengalaman semata-mata. Disamping itu,manusia juga perlu beringat bahawa mereka perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.Sekiranya manusia dapat menikut rentak dunia yang telah ditetapkan.mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan mudah di alam kosmos ini.Secara tidak langsung,ia akan membantu manusia mendapat pahala dengan mudah sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada dimurkai ole Allah s.w.t Justeru,dapat disimpulkan bahawa,segala amal ibadat dan tingkah-laku manusia di dunia ini ada markahnya.Selain itu setiap gerak-geri manusia juga sentiasa diperhatikan dan dicatit oleh malaikat yang telah ditugaskan.Maka,

manusia haruslah mencari bekalan yang banyak untuk di bawa ke alam yang kekal abadi untuk menikmati kehidupan yang sungguh selesa,aman dan damai yang tiada tolak bandingnya. RUJUKAN 1.Pantun : Manifestasi Minda Masyarakat Selenggaraan & suntingan : Wan Abdul Kadir Wan Yusoff 2.Analisis Autentik Sastera Mutiara Sastera Melayu Tradisional Abdul Rahman Abdul Rasyid,Mohd.Rosli Saludin Zakaria Perngis 3.Falsafah Dan Logika Melayu Prof.Dr.Awang Sarian 4.Falsafah,Logik,Teori Nilai Dan Etika Melayu SUATU PENGENALAN Hashim Bin Haji Musa,Ph.D.

Related Documents

Kupasan Falsafah (pantun)
October 2019 31
Pantun
May 2020 33
Pantun
October 2019 41
Pantun
October 2019 47
Pantun
October 2019 40
Pantun
May 2020 28

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48