Kertas Kerja Persatuan.docx

  • Uploaded by: Mohd Akmal Majid
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Persatuan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 759
  • Pages: 7
1.0 Pengenalan

Penubuhan Persatuan Seni Visual SK Permatang Tok Mahat merupakan satu inisiatif kearah pembinaan dan kualiti murid sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Penubuhan persatuan ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan murid dengan seni visual dan juga sebagai platform untuk mencungkil bakat murid-murid di SK Permatang Tok Mahat dalam pelbagai bidang yang terdapat dalam seni visual. Selain itu, persatuan ini juga memberi peluang kepada murid yang mempunyai minat untuk melibatkan diri atau mencungkil bakat untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan dalam persatuan ini. Dengan menyertai persatuan ini, ahli-ahli persatuan akan didedahkan dengan teknik-teknik untuk menghasilkan karya yang tepat dan juga boleh mempelajari cara yang betul untuk menghasilkan karya yang menarik, mempunyai nilai estetika, bersifat komersial dan berkualiti. Persatuan ini juga dapat membantu murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dan bermanfaat pada masa lapang.

Di samping itu, penubuhan persatuan ini juga melahirkan murid-murid yang mempunyai pengalaman dan dapat menguasai pengetahuan asas mengenai seni visual. Pelaksanaan persatuan ini melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berminat dalam bidang ini.

2.0 Matlamat

Penubuhan Persatuan Seni Visual SK Permatang Tok Mahat ini bermatlamat untuk memantapkan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman seni untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) seterusnya menjadikan Persatuan Seni Visual sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia. Penubuhan persatuan ini juga bermatlamat untuk menerapkan salah satu daripada elemen yang terdapat dalam Elemen Merentas Kurikulum iaitu kreativiti dan keusahawanan.

3.0 Rasional

3.1 Belum pernah ditubuhkan persatuan Seni Visual di SK Permatang Tok Mahat 3.2 Menjadi titik permulaan untuk menarik murid mendekati bidang Seni Visual 3.3 Membantu murid mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah 3.4 Menjana idea yang kreatif dan imaginasi yang tinggi dalam kalangan murid

4.0 Objektif

4.1 Untuk memahami kepentingan Seni Visual dalam kehidupan seharian. 4.2 Untuk mengetahui teknik-teknik penggunaan warna yang betul. 4.3 Untuk mengaplikasikan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan dalam menghasilkan karya. 4.4 Untuk mengaplikasikan teknik-teknik dalam menghasilkan karya serta penggunaan warna yang betul. 4.5 Untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual. 4.6 Untuk mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira bangsa, umur dan jantina.

5.0 Lokasi Perjumpaan akan diadakan di blok akademik kelas 5 Bestari. (Lokasi tertakluk kepada sebarang perubahan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.)

6.0 Kumpulan Sasaran Murid tahap 2 SK Permatang Tok Mahat yang terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6.

7.0 Jurulatih Semua guru subjek Pendidikan Seni Visual di SK Permatang Tok Mahat.

8.0 Identiti 8.1 Cadangan Nama Persatuan Seni Visual (PERSENI)

8.2 Logo

Diskripsi Logo 8.3 Moto “Seni Citra Kehidupan”

8.4 Lagu

Marilah kita mengamalkan seni, Di dalam kehidupan, Janganlah malas untuk berseni, Kelak buruh padahnya.

Seni itu indah, Seni itu ceria, Seni itu warna, Warna kehidupan.

Amalkanlah seni, Dalam kehidupan, Semoga dengannya, Damai hidup kita.

8.5 Visi Persatuan Seni Visual berusaha memberi peluang kepada murid untuk memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar.

8.6 Misi Persatuan Seni Visual berusaha melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual dalam kehidupan seharian.

9.0 Struktur Jawatankuasa

9.1 Jawatankuasa Induk

9.2 Jawatankuasa Pelaksana

10.0

Langkah-langkah Penubuhan Persatuan

11.0

Carta Alir Penubuhan Persatuan

12.0

Perlembagaan Penubuhan Persatuan

13.0

Perancangan Aktiviti

Aktiviti

Bulan

Ceramah penggunaan teknik-teknik penggunaan Februari warna. Program 1 murid 1 catan

Februari

Sesi membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti Mac murid. Program mural di sekolah

Mac

Lawatan sambil belajar ke pusat kraftangan Pulau April Pinang. Membuat arca menggunakan bahan kitar semula

Mei

Membuat kraftangan kraf tradisional atau kraf

Jun

temporari Pameran karya-karya murid

Julai

Membuat baner Hari Kemerdekaan

Ogos

Gotong-royong memceriakan kawasan sekolah.

September

Jamuan akhir tahun

Oktober

14.0

Kewangan

14.1

Sumber Kewangan

14.2

Anggaran Perbelanjaan

Bil.

1.

Perkara

Warna plaka

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah

(Unit)

(RM)

(RM)

3 (merah,

20.00

60.00

kuning, Biru) 2.

Baju Persatuan

20

30.00

600.00

3.

Berus

30

5.00

150.00

4.

Kertas lukisan

2

10.00

20.00

5.

Kain putih

1

20.00

20.00

JUMLAH KESELURUHAN

15.0

Surat Perkeliling

850.00

16.0

Penutup

Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Seni Visual dapat meningkatkan kualiti murid di SK Permatang Tok Mahat. Diharapkan pihak tuan dapat meluluskan kertas cadangan yang diusulkan kerana Persatuan Seni Visual dapat memberikan manfaat, kemahiran dan pengalaman yang berguna kepada murid SK Permatang Tok Mahat disamping murid dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44
Kertas Kerja
December 2019 43
Kertas Kerja
May 2020 34

More Documents from ""

Skrip Drama
August 2019 46
Assignment Pai.docx
August 2019 21
Pidato Tenaga Sepakat
August 2019 29
Kertas Kerja
August 2019 54