KERTAS KERJA HARI TERBUKA KOLEJ MATRIKULASI KEDAH(KMK) 17 Mac 2005 – 19 Mac 2005 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) untuk memohon pertimbangan bagi kelulusan aktiviti dan kewangan bagi menjayakan Hari Terbuka KMK.
2.0 LATAR BELAKANG Program yang penuh gilang gemilang ini dirangka, atas tuntutan sosial yang seharusnya dipenuhi. Kolej Matrikulasi Kedah yang baru berusia 2 tahun ini memerlukan lebih banyak pendedahan serta komunikasi dengan penduduk sekitarnya. Justeru, program ini di rangka dengan harapan agar dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada warga kolej dan penduduk setempat. Program seumpama ini turut memberi peluang kepada para penuntut kolej khususnya untuk mendapat mendedahan kepada dunia luar, selaras dengan matlamat kolej iaitu melahirkan generasi yang berkualiti dalam segenap aspek Diharapkan dengan jayanya program ini, ia menjadi simbol kesungguhan warga kolej dalam merealisasikan matlamat rersebut.
3.0 OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6
Memperkenalkan KMK kepada pihak luar khususnya penduduk setempat sekitar kawasan kolej. Mengeratkan tali silaturrahim antara masyarakat dan warga kolej. Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar serta pihak pentadbiran. Mewujudkan medan integrasi yang lebih kukuh dalam usaha menjana perpaduan yang lebih utuh di kalangan warga kolej matrikulasi-kolej matrikulasi dan masyarakat sekitarnya. Memberi pendedahan awal kepada pelajar kolej dalam bidang keusahawanan. Menjadikan Kolej Matrikulasi Kedah sebagai medan pertemuan dari seluruh pelusuk Malaysia.
4.0 TARIKH Program ini akan diadakan pada 17 Mac 2005 hingga 19 Mac 2005
1
5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Jawatankuasa program adalah terdiri daripada para pensyarah serta pelajar Kolej Matrikulasi Kedah dengan kerjasama daripada pihak luar. Seramai 500 orang pelajar berperanan sebagai penggerak setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Satu jawatankuasa induk dibentuk dan akan disokong oleh jawatankuasajawatankuasa kecil bagi memastikan kesinambungan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Sila rujuk Lampiran 1
6.0 KONSEP PROGRAM Program yang dijalankan adalah berkonsepkan Informasi.
7.0 TENTATIF Pengisian program disusun dengan rapi, selaras dengan objektif program untuk memberi manfaat kepada warga kolej mahupun masyarakat setempat. Justeru, pengisian yang dimuatkan dalam program ini diselaraskan bersesuaian dengan semua peringkat masyarakat termasuk kanak-kanak, pelajar peringkat sekolah dan pengajian tinggi serta golongan dewasa. Rujuk lampiran 2
8.0 PELAKSANAAN PROGRAM Setiap aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan dengan kerjasama seluruh warga kolej dan pihak luar. Setiap aktiviti akan dikendalikan oleh jawatankuasa pelajar yang berasingan bagi memastikan kelancaran aktiviti-aktiviti tersebut. Setiap jawatankuasa tersebut akan dibantu oleh pensyarah yang lebih berpengalaman dalam mengendalikan aktiviti seumpamanya.
9.0 PENYERTAAN Bertepatan dengan konsep dan objektif program, Hari Terbuka KMK melibatkan penyertaan yang meluas, tidak terbatas pada warga kolej sahaja. Sebaliknya program ini turut memberi peluang kepada semua pihak termasuk bank-bank tempatan, kakitangan kerajaan dan swasta serta badan-badan berkanun di sekitar utara semenanjung Malaysia. Sila rujuk lampiran 3. 2
10.0SUMBER KEWANGAN Perbelanjaan program ini diperolehi daripada beberapa sumber termasuk Tabung Amanah Pelajar, Pengurusan kolej, tajaan dan sumbangan daripada individu dan syarikat-syarikat perniagaan. Selain itu, setiap penyertaan para pelajar dan pengunjung dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dikenakan bayaran dengan kadar tertentu, sebagai sumber alternatif dalam memperoleh sumber kewangan bagi menjayakan program ini. Sila rujuk lampiran 4.
11.0ANGGARAN PERBELANJAAN Perbelanjaan diperlukan bagi mendapatkan peralatan untuk setiap aktiviti yang dijalankan serta menjaga kebajikan para urusetia dan jawatankuasa yang bersamasama menggembling tenaga bagi menjayakan program ini. Selain itu, peralatan yang lengkap juga diperlukan untuk memastikan kelancaran setiap pengisian yang dimuatkan dalam program ini, sekaligus dapat menaikkan nama baik Kolej Matrikulasi kedah. Sila rujuk lampiran 5.
12.0PENUTUP Setinggi-tinggi harapan dari pihak Jawatankuasa Pelaksanaan Hari Terbuka KMK, untuk Tuan Pengarah meluluskan kertas kerja serta lampiran kewangan yang dibentangkan. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif secara optimum.
3
Disediakan oleh, ……………………………… (MAIMANAH BT. MOHD RASHID) Setiausaha, Hari Terbuka, Kolej Matrikulasi Kedah. Disemak oleh, ………………………… (ZAKARIA B ISMAIL) Pengarah, Hari Terbuka, Kolej Matrikulasi Kedah. Diluluskan oleh, ……………………………………….. (TN HJ ABDUL WAHAB B SUNGIP) Pengarah, Kolej Matrikulasi Kedah.
4