SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT 14300 NIBONG TEBAL, PULAU PINANG
KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN SENI VISUAL
PEMOHON:
MOHD AKMAL BIN MAJID
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TOK MAHAT, PULAU PINANG
“SENI CITRA KEHIDUPAN”
RINGKASAN EKSEKUTIF
Nama Kelab/Persatuan
Persatuan Seni Visual
Sinopsis
Persatuan Seni Visual merupakan satu medium untuk memberi pendedahan dan memantapkan penetahuan anak muda tentang seni visual iaitu unsur seni dan prinsip rekaan serta aktiviti-aktiviti berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual seperti membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, mengenal kraf tradisional dan kraf temporari seiring dengan kemajuan zaman masa kini seterusnya untuk menghargai seni, sekaligus memupuk nilai kreativiti dan keusahawanan dalam menghasilkan karya.
Penyertaan
Murid Tahun 4,5, dan 6
Penasihat
Arman bin Abdul Rashid
Alamat
Kategori Kelab
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Hobi dan Rekreasi
1.0 PENGENALAN
Penubuhan Persatuan Seni Visual SK Permatang Tok Mahat merupakan satu inisiatif kearah pembinaan dan kualiti murid sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Penubuhan persatuan ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan murid dengan seni visual dan juga sebagai platform untuk mencungkil bakat murid-murid di SK Permatang Tok Mahat dalam pelbagai bidang yang terdapat dalam seni visual. Selain itu, persatuan ini juga memberi peluang kepada murid yang mempunyai minat untuk melibatkan diri atau mencungkil bakat untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan dalam persatuan ini. Dengan menyertai persatuan ini, ahli-ahli persatuan akan didedahkan dengan teknik-teknik untuk menghasilkan karya yang tepat dan juga boleh mempelajari cara yang betul untuk menghasilkan karya yang menarik, mempunyai nilai estetika, bersifat komersial dan berkualiti seterusnya mampu menjadi penyumbang untuk mencantik dan mengindahkan sekolah dan kawasannya (SPI Bil.5/1985- Rancangan Mencantik dan Mengindahkan Sekolah dan Kwasannya). Persatuan ini juga adalah sebagai salah satu usaha guru untuk membantu murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dan bermanfaat pada masa lapang (SPI Bil.3/1981- Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang oleh Guru).
Di samping itu, penubuhan persatuan ini juga melahirkan murid-murid yang mempunyai pengalaman dan dapat menguasai pengetahuan asas mengenai seni visual. Pelaksanaan persatuan ini melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berminat dalam bidang ini.
2.0 MATLAMAT PENUBUHAN Penubuhan Persatuan Seni Visual SK Permatang Tok Mahat ini bermatlamat untuk memantapkan murid-murid dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman seni untuk meningkatkan keseimbangan jati diri berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) seterusnya menjadikan Persatuan Seni Visual sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia. Penubuhan persatuan ini juga bermatlamat untuk menerapkan salah satu daripada elemen yang terdapat dalam Elemen Merentas Kurikulum iaitu kreativiti dan keusahawanan.
3.0 OBJEKTIF PENUBUHAN 3.1
Untuk memahami kepentingan Seni Visual dalam kehidupan seharian.
3.2
Untuk mengetahui teknik-teknik penggunaan warna yang betul.
3.3
Untuk mengaplikasikan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan dalam menghasilkan karya.
3.4
Untuk mengaplikasikan teknik-teknik dalam menghasilkan karya serta penggunaan warna yang betul.
3.5
Untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual.
3.6
Untuk mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira bangsa, umur dan jantina.
4.0 RASIONAL PENUBUHAN 4.1
Belum pernah ditubuhkan persatuan Seni Visual di SK Permatang Tok Mahat
4.2
Menjadi titik permulaan untuk menarik murid mendekati bidang Seni Visual
4.3
Membantu murid mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
4.4
Menjana idea yang kreatif dan imaginasi yang tinggi dalam kalangan murid
5.0 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN i.
Mesyuarat penaja penubuhan kelab dipengerusikan oleh Guru Penasihat.
ii.
Surat permohonan penubuhan dari Jawatankuasa Penaja Persatuan melalui Guru Penasihat Persatuan Seni Visual kepada Guru Besar.
iii.
Surat kelulusan penubuhan Persatuan Seni Visual daripada Guru Besar kepada Jawatankuasa Penaja melalui Guru Penasihat. Sekiranya diluluskan, teruskan kepada Langkah 4. Sekiranya, ditolak, kelab tidak dapat ditubuhkan.
iv.
Surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran Persatuan Seni Visual daripada Setiausaha Persatuan melalui Guru Penasihat kepada Guru Besar. Surat permohonan tersebut hendaklah disertakan sekali dengan:
v.
Perlembagaan dan peraturan Persatuan Seni Visual
Senarai AJK Persatuan Seni Visual
Senarai aktiviti utama Persatuan Seni Visual
Surat pengesahan penubuhan dan pendaftaran Persatuan Seni Visual dari Guru Besar kepada Setiausaha Persatuan melalui Guru Penasihat.
vi.
Guru Besar memberikan surat pelantikan kepada Guru Penasihat Persatuan.
vii.
Penolong Kanan Kokurikulum menyenaraikan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh Guru Penasihat.
viii. ix.
Guru Penasihat menerima surat pelantikan daripada Guru Besar. Guru Besar menyerahkan surat penurunan kuasa kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan melalui Guru Penasihat.
x.
Senarai tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Persatuan diserahkan oleh Guru Besar kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan melalui Guru Besar.
xi.
Pelaksanaan Persatuan Seni Visual SK Permatang Tok Mahat.
6.0 CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN MULA
Mesyuarat Penaja
Surat permohonan Penubuhan Kelab Rukun Negara dari JK Penaja Persatuan
TIDAK Kelulusan Guru Besar YA Surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran Kelab Rukun Negara daripada Guru Penasihat TIDAK SEMAK
TERIMA YA Surat Pelantikan Guru Besar kepada guru penasihat
Surat penerimaan pelantikan kepada guru penasihat
Menyenaraikan
tanggungjawab
guru
penasihat
Surat penurunan kuasa daripada pengetua kepada AJK Persatuan
Perlaksanaan Kelab Rukun
TAMAT
7.0 CADANGAN PERLEMBAGAAN KELAB 7.1
NAMA PERSATUAN Persatuan Seni Visual
7.2
IDENTITI PERSATUAN 7.2.1
LOGO KELAB DAN HURAIAN
Lambang “Water Colour” dengan berus adalah simbolik utama kepada Persatuan Seni Visual itu sendiri dengan. Lambang tengkorak
kepala
yang
sedang
berfikir
pula
adalah
menggambarkan betapa untuk menghasilkan sebuah ciptaan seni yang mempunyai nilai estestika yang tinggi memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis. Gambar papan lukis pula adalah simbolik untuk seseorang mencurahkan idea mengasilkan sebuah ciptaan seni visual yang bermakna.
7.2.2
LAGU PERSATUAN
Marilah kita mengamalkan seni, Di dalam kehidupan, Janganlah malas untuk berseni, Kelak buruh padahnya.
Seni itu indah, Seni itu ceria, Seni itu warna, Warna kehidupan.
Amalkanlah seni, Dalam kehidupan, Semoga dengannya, Damai hidup kita.
7.2.3
MOTO PERSATUAN “SENI CITRA KEHIDUPAN”
7.2.4
MISI PERSATUAN Persatuan Seni Visual berusaha melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual dalam kehidupan seharian.
7.2.5
VISI PERSATUAN Persatuan Seni Visual berusaha memberi peluang kepada murid untuk memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar.
7.3
PENYERTAAN/ SASARAN Murid Tahap Dua SK Permatang Tok Mahat yang terdiri daripada murid tahun 4, 5, dan 6.
7.4
KEAHLIAN 7.4.1
Dibuka kepada murid Tahap Dua sahaja.
7.4.2
Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang.
7.4.3
Ahli-ahli mesti bersetuju dengan perlembagaan yang telah ditetapkan.
7.4.4
7.5
Ahli mesti bergiat aktif dalam aktiviti persatuan.
WAKTU PELAKSANAAN Setiap hari Khamis pada pukul 2.30 petang. (Waktu tidak tetap dan tertakluk kepada sebarang perubahan)
7.6
LOKASI PERJUMPAAN Perjumpaan akan diadakan di Kelas Tahun 5.
7.7
PEMBUBARAN PERSATUAN Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
7.8
YURAN KEAHLIAN 7.8.1
Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftar dan semester kepada kelab seperti berikut:
7.8.2
Bil.
Jenis Yuran
Jumlah
1. 2.
Yuran Pendaftaran Yuran Semester
RM10 RM5
Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak ewat dari 1 April tiaptiap tahun kepada Persatuan. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mestuarat Agong Tahunan.
7.8.3
Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) tahun tanpa alasan yang munasabah, Jawatankuasa persatuan berhak membatalkan keahlian ahli yang berkenaan.
7.8.4
Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli
semula,
permohonan
beliau baru
dikehendaki
dengan
untuk
menyertakan
mengemukakan bayaran
yuran
pendaftaran, yuran semester, dan penalty sebanyak RM10.
8.0 SENARAI AHLI JAWATAN KUASA YANG DIRANCANG 8.1 Ahli jawatan kuasa akan dilantik semasa Mesyuarat Agong. 8.2 Pemilihan ahli jawatan kuasa dipilih berdasarkan pemilihan demokrasi iaitu melalui undian majoriti. 8.3 Jawatan kuasa induk hendaklah terdiri daripada: 6.3.1. Penaung (Guru Besar) 6.3.2. Guru Penasihat 1 6.3.3. Guru Penasihat 2 8.4 Ahli Jawatan Kuasa Murid 8.4.1 Pengerusi 8.4.2 Naib Pengerusi 8.4.3 Setiausaha 8.4.4 Bendahari 8.4.5 AJK Publisiti 8.4.6 AJK Dokumentasi 8.4.7 AJK Peralatan 8.4.8 AJK Kebersihan dan Keselamatan 8.4.9 AJK Pameran
9.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATAN KUASA 9.1 Pengerusi 9.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat. 9.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 9.1.3 Memberi arahan yang jelas kepada jawatankuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti. 9.1.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
9.2 Naib Pengerusi 9.2.1 Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. 9.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 9.2.3 Membantu pengerusi persatuan dalam melaksanakan aktiviti. 9.2.4 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. 9.3 Setiausaha 9.3.1 Menguruskan hal-hal mesyuarat 9.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan persatuan 9.3.3 Mencatatkan kehadiran ahli pada setiap perjumpaan. 9.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan 9.3.5 Membuat laporan perjumpaan dan aktiviti persatuan 9.4 Bendahari 9.4.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. 9.4.2 Menyimpan semua resit-resit, buku rekod wang keluar masuk dan mengumpul wang. 9.4.3 Membuat laporan masuk dan keluar jika diminta oleh AJK.
9.5 Ahli Jawatan Kuasa Publisiti 9.5.1 Memilih tema aktiviti yang memerlukan tema. 9.5.2 Melekatkan notis pengumuman di papan kenyataan sekolah. 9.5.3 Menghias segmen Persatuan Seni Visual pada papan kenyataan. 9.5.4 Melekatkan laporan aktiviti pada papan notis. 9.6 Ahli Jawatan Kuasa Dokumentasi 9.6.1 Mengambil gambar pada setiap perjumpaan atau aktiviti kelab. 9.7 Ahli Jawatan Kuasa Peralatan 9.7.1 Menyenaraikan alatan yang hendak digunakan untuk perjumpaan atau aktiviti. 9.7.2 Menyediakan alatan yang digunakan. 9.7.3 Memastikan alatan dalam keadaan sempurna dan tidak hilang. 9.8 Ahli Jawatan Kuasa Kebersihan dan Keselamatan 9.8.1 Membuat jadual bertugas untuk membersihkan dan mengemas tempat perjumpaan dan selepas menyelesaikan aktiviti-aktiviti persatuan. 9.8.2 Memastikan keadaan tempat perjumpaan dalam keadaan bersih, kemas dan teratur sebelum dan selepas perjumpaan diadakan.
9.8.3 Memastikan keselamatan individu dan sekeliling semasa aktiviti. 9.8.4 Menyediakan peti kecemasan semasa membuat aktiviti luar dan sekiranya berlaku kecederaan. 9.9. Ahli Jawatankuasa Pameran 9.9.1 Mengetuai setiap pameran yang dijalankan untuk mempamerkan karya-karya pelajar. 9.9.2 Melantik AJK-AJK pelaksana untuk menyempurnakan pameran. 9.9.3 Menyenaraikan peralatan yang diperlukan untuk membuat pameran. 9.9.4 Memilih tempat yang sesuai untuk membuat pameran. 9.9.5 Memastikan setiap AJK melaksanakan tugas masing-masing 9.9.6 Melaksanakan mesyuarat untuk memastikan kelancaran pada hari pameran
10.0 PERANCANGAN AKTIVITI PERSATUAN SENI VISUAL
Bil.
Aktiviti
Bulan
1.
Ceramah penggunaan teknik-teknik penggunaan Februari warna.
2.
Program 1 murid 1 catan
Februari
3.
Sesi membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti Mac murid.
4.
Program mural di sekolah
Mac
5.
Lawatan sambil belajar ke pusat kraftangan Pulau April Pinang.
6.
Membuat arca menggunakan bahan kitar semula
Mei
7.
Membuat kraftangan kraf tradisional atau kraf
Jun
temporari 8.
Pameran karya-karya murid
Julai
9.
Membuat baner Hari Kemerdekaan
Ogos
10.
Gotong-royong memceriakan kawasan sekolah.
September
11.
Jamuan akhir tahun
Oktober
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil.
1.
Perkara
Warna plaka
Kuantiti
Harga Seunit
Jumlah
(Unit)
(RM)
(RM)
3 (merah,
20.00
60.00
kuning, Biru) 2.
Baju Persatuan
20
30.00
600.00
3.
Berus
30
5.00
150.00
4.
Kertas lukisan
2
10.00
20.00
5.
Kain putih
1
20.00
20.00
JUMLAH KESELURUHAN
850.00
Sumber Kewangan: 1. Yuran Ahli 2. Bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) 3.
Aktiviti Persatuan
4. Penaja dari badan bukan kerajaan 5. Tabung amanah sekolah 12.0 PENUTUP Kesimpulannya, penubuhan Persatuan Seni Visual dapat meningkatkan kualiti murid di SK Permatang Tok Mahat. Diharapkan pihak tuan dapat meluluskan kertas cadangan yang diusulkan kerana Persatuan Seni Visual dapat memberikan manfaat, kemahiran dan pengalaman yang berguna kepada murid SK Permatang Tok Mahat disamping murid dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
……………………………………..
……………………………........
(NURUL FATIN BINTI SIRON)
(ARMAN BIN ABDUL RASHID)
Setiausaha Persatuan,
Guru Penasihat Persatuan,
SK Permatang Tok Mahat, Pulau Pinang Tarikh:……………………….
Tarikh:……………………………
Disokong oleh,
Diluluskan oleh,
……………………………….
……………………………….
(KHAIRUL BIN HUSSIN)
(HALIM BIN ANUAR)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru Besar,
SK Permatang Tok Mahat, Pulau Pinang.
SK Permatang Tok Mahat, Pulau Pinang.
Tarikh:……………………………..
Tarikh:……………………………..
LAMPIRAN
Ruj. Fail. KP.8591/(80) 14hb. September, 1981 Pengarah Pelajaran Semua Negeri. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1981 PENGGUNAAN WAKTU TIDAK MENGAJAR/WAKTU LUANG (FREE PERIODS) OLEH GURU-GURU Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu mengajar masing-masing. Didapati ada sebahagian kecil guru-guru menganggapnya sebagai masa tidak bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan. 2.
Oleh itu tuan/puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya: 2.1
Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free period) itu adalah masa bekerja.
2.2
Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain untuk : 2.2.1
Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah / tingkatan.
2.2.2
Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar dan sebagainya.
2.2.3
Memeriksa buku latihan murid-murid.
2.2.4
Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar.
2.2.5
Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja ko-kurikulum.
2.2.6
Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar.
Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya. 3. Harap dapat surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah untuk panduan dan tindakan mereka. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “ Saya yang menurut perintah, t.t. ( DATO’ HAJI IDRIS BIN HJ.TAIN ) b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahya. (2005). Mengurus Sekolah. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Adam Mohammad. (2009). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan dalam Daerah Alor Gajah. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn.
James Ang Jit Eng. (2013). Pengurusan Aktiviti Luar Sekolah : Panduan Pengurusan Aktiviti Murid di Luar Sekolah. Selangor: PTS Akademia
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sharif Putra Sharif Ubong. (n.d). Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah. Dimuat turun pada 5 Mac 2019 melalui laman sesawang: https://drive.google.com/file/d/0B7OcEhLbGrGENzYyNGRlNDYtZWY5OC00Mzg5LWEy NGMtNjNhZTg4ODA5MWZh/view?hl=en