Analisis Amal Islami Orang Asli

  • Uploaded by: Mohd Akmal Majid
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Analisis Amal Islami Orang Asli as PDF for free.

More details

  • Words: 2,750
  • Pages: 13
DAFTAR KANDUNGAN 1.0 PENGHARGAAN ............................................................................................................ 2 2.0 PENGENALAN ............................................................................................................... 3 3.0 ANALISIS AMALAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI SUNGAI LALANG BARU, SEMENYIH, SELANGOR ..................................................................................................... 5 3.1 ASPEK AKHLAK ........................................................................................................ 5 3.2 ASPEK AKIDAH ......................................................................................................... 6 3.3 ASPEK IBADAH ......................................................................................................... 8 6.0 RUJUKAN .................................................................................................................... 11 7.0 LAMPIRAN ................................................................................................................... 12

1

1.0 PENGHARGAAN Alhamdulillah hirrabil’alamin, pertama sekali dan selama-lamanya saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat juga saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sesungguhnya, tanpa izin dari-Nya saya tidak mampu untuk melaksanakan tugasan ini dengan hanya berbekalkan kudrat sebagai seorang hamba yang lemah.

Di kesempatan ini juga, saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustazah Nor Ildahayati binti Ilias, Pensyarah Kursus Pendidikan Islam, atas kesudian beliau yang sedia memberi tunjuk ajar tanpa mengenal erti penat dan lelah demi membantu saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam merungkai setiap isu yang perlu diketengahkan dalam tugasan ini serta memberi dorongan dan semangat untuk untuk saya terus berusaha menyiapkan tugasan yang kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang sentiasa berdiri teguh di belakang saya memberikan pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga sedaya mampu menyediakan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang membina sehingga saya mampu untuk merealisasikan kerja kursus ini dengan sempurna.

Akhir kata, ucapan terima kasih saya tujukan buat semua individu yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung semasa proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

2

2.0 PENGENALAN

Masyarakat Pribumi atau lebih dikenali sebagai orang asli adalah merupakan masyarakat yang mempunyai susur galur hubungan dengan zaman Mesolitik dan Paleolitik. Merekalah yang mempunyai status penduduk terawal dan telah mencorakkan negara kita. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, orang asli dapat didefinisikan sebagai penduduk asal sesebuah negeri. Akta Orang Asli 134, 1954 menyatakan bahawa Orang Asli ialah manamana orang yang bapanya ialah daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu. Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai Orang Asli lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya juga mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli. Anak daripada mana-mana penyatuan seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada satu kaum lain, dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli.

Masyarakat Orang Asli sering dilabel sebagai sebuah masyarakat yang tidak bertamadun dan kuno serta sering ditindas oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai tamadun yang tersendiri dan hebat. Didalam masyarakat orang asli tidak berlakunya perbuatan jahat dan keji seperti membunuh, merogol, mencuri, sumbang mahram, khianat dan lain-lain lagi. Statistik di Malaysia menurut bancian JAKOA pada tahun 2010, mendapati bahawa sebanyak 178,197 jumlah orang asli di seluruh Malaysia. Mereka merupakan kumpulan minority yang hanya 0.7 peratus daripada jumlah penduduk negara ini. Orang Asli terdiri daripada tiga kelompok besar iaitu Melayu Proto, Negrito, dan Senoi. Setiap kelompok dipecahkan kepada enam suku kecil yang berjumlah 18 suku kaum. Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi beregang kepada kepercayaan Orang Asli kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu (Akta Orang Asli 134,1954). Menurut Abdul Ghafar (2016), sejumlah 30,000 daripada jumlah keseluruhan Orang Asli adalah muslim dan beragama Islam. Persoalannya, sejauh manakah amalan amal Islami diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Justeru, satu kajian lapangan telah dijalankan di sebuah perkampungan Orang Asli di Sungai Lalang Baru, Semenyih, Selangor bertarikh pada 15 Mac 2019 untuk melihat sendiri berkaitan amalan amal Islami Orang Asli di situ.

3

Di negeri Selangor, terdapat tiga suku kaum masyarakat Orang Asli iaitu suku Semai, Temuan dan Mah Meri. Bagi suku Mah Meri, mereka menetap di Pulau Carey, Klang. Manakala bagi suku Temuan, mereka boleh didapati hampir di seluruh daerah di Selangor. Kaum Temuan dan Mah Meri merupakan dua suku kaum yang utama di Negeri Selangor, manakala bagi kaum Semai, mereka boleh didapati di Hulu Selangor dan mereka merupakan kaum minoriti, di mana hanya terdapat dua buah perkampungan sahaja. Dibawah ini merupakan taburan kependudukan masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor (Laporan JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan, 2014).

Jadual 1 Statistik Kependudukan Masyarakat Orang Asli di Negeri Selangor (Laporan

Bil

Daerah

JAKOA Negeri Selangor, 2014) Bil Bil Ketua Isi

Bil Ahli Isi

Kampungg

Rumah

Rumah

Bil Penduduk

1

Hulu Langat

9

614

1777

2391

2

Hulu Selangor

16

1047

3229

4276

3

Sepang

15

808

2453

3261

22

1637

4458

6095

12

1035

2703

3738

74

5141

14,620

19,761

4

5

Kuala Langat dan Klang Gombak dan Petaling JUMLAH

4

3.0 ANALISIS AMALAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI SUNGAI LALANG BARU, SEMENYIH, SELANGOR

Lawatan saya bersama rakan-rakan ke Perkampungan Orang Asli Sungai Lalang Baru, Semenyih, Selangor bertarikh pada 15 Mac 2019 adalah untuk melihat dan mendalami berkaitan amalan amal Islami yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli yang beragama Islam dari aspek akhlak, akidah dan ibadah di perkampungan tersebut. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan proses temubual bersama Orang Asli di situ. Saya bersama ahli kumpulan saya berkesempatan untuk mengunjungi rumah dan menemu bual seorang muslim dalam kalangan Orang Asli yang mesra dikenal sebagai Lernard. Sedikit latar belakang berkaitan Lernard adalah beliau merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan umur 27 tahun. Lernard memeluk Islam melalui hasil perkahwinannya dengan Suraya seorang wanita beragama Islam pada tahun 2012. Pasangan ini dikurniakan 3 orang cahaya mata dua orang perempuan dan seorang lelaki.

3.1 ASPEK AKHLAK Hasil daripada kajian lapangan yang dijalankan, saya mendapati bahawa akhlak yang ditunjukkan oleh masyarakat Orang Asli yang beragama Islam di perkampungan ini sebahagiannya mengalu-alukan dan meraikan kehadiran kami siswa guru sebagai tetamu dengan baik. Mereka ringan mulut untuk menjawab salam daripada kami dan melontarkan senyuman kepada kami seolah-olah kehadiran kami bukanlah sebagai orang asing terhadap mereka. Namun, terdapat juga sebahagian daripada mereka yang tidak mahu memberikan kerjasama dan enggan di temu bual oleh pihak kami walaupun beragama Islam. Pada pendapat saya, mungkin Orang Asli yang enggan ditemu bual ini mempunyai perasaan malu kerana menurutnya, beliau sudah lama tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya dan ada juga yang sudah tidak mengaku Islam walhal anaknya memeberitahu bahawa ayahnya itu adalah seorang Islam.

ْ‫ف عَنْ َطا ِئفَةْ ِمنكُمْ نُ َعذِبْ َطا ِئفَةْ ِبأَنَّ ُهم‬ ُْ ‫َْل تَعتَذ ُِروا قَدْ َكفَرتُمْ بَع َْد ِإي َما ِنكُمْ ِإنْ نَع‬ َْ ‫كَانُوا ُمج ِر ِم‬ ‫ين‬ Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu, niscaya Kami akan mengazab golongan disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. (QS. AtTaubah [9]: 66)

5

Seterusnya, masyarakat muslim Orang Asli dilihat sebahagiannya dilihat berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna. Sebagai contoh, terdapat sekumpulan siswa pelajar yang berpeluang untuk menerumah seorang wanita tua beragama Islam dan semasa temu ramah dijalankan wanita itu berusaha untuk menutup rambutnya dengan memakai tudung dengan sempurna

walaupun

masih

memakai

baju

berlengan

pendek.

Rata-rata

mereka

menggunakan bahasa yang sopan semasa ditemu bual dan bercakap dengan orang lain dengan membahasakan diri mereka sebagai “saya” dan menggelar kami dengan kata panggilan “adik” dan senang untuk berkomunikasi dengan mereka yang terbuka untuk memberikan kerjasama.

Jika dinilai aspek akhlak terhadap Lernard, individu yang ditembual oleh saya dan ahli kumpulan sendiri, lelaki ini nyata mengamalkan akhlak sebagai seorang muslim dengan sangat baik. Beliau menyambut kami dengan baik, senyum dan mesra. Beliau juga berusaha menutup auratnya dengan sempurna walaupun memakai seluar pendek semasa di rumah tetapi ia masih dapat menutup bahagian lututnya. Beliau juga menjaga batas dalam pergaulan melalui usahanya untuk berkahwin awal pada usia muda 22 tahun sudah cukup untuk menjelaskan betapa Bernard sebenarnya berusaha untuk menjaga batas dalam pergaulannya antara lelaki dan perempuan. Namun, apa yang dikesali adalah apabila melihat kepada keadaan rumahnya kerana kebersihan persekitaran rumah berada pada tahap memuaskan. Islam amat menitikberatkan perihal kebersihan kerana

3.2 ASPEK AKIDAH Sejumlah besar masyarakat Orang Asli di perkampungan ini masih mengamalkan kepercayaan animisme dan menganut agama Kristian. Hanya segelintir sahaja daripada mereka yang beragama Islam. Bagi yang mengamalkan animisme saya yakin dan percaya mereka masih mengamalkan aktiviti pemujaan dan ritual nenek moyang yang sekian lama diamalkan oleh mereka. Di sesebuah rumah, masih terdapat objek pemujaan yang diletakkan di hadapan rumah mereka dan semasa mereka menjalankan aktiviti harian seperti menyapu sampah dan menyidai pakaian di ampaian saya mendapati ada diantara mereka yang memakai “takal” yang digunakan sebagai pelindung mengikut kepercayaan mereka. Sesungguhnya mereka adalah dalam golongan yang masih tidak megetahui kerana firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat ke-3;

6

‫اْل ْس ََل َم‬ ِ ‫ْاليَ ْو َم أ َ ْك َم ْلتُ لَ ُك ْم دِينَ ُك ْم َوأَتْ َم ْمتُ َعلَ ْي ُك ْم نِ ْع َمتِي َو َر‬ ِ ْ ‫ضيتُ لَ ُك ُم‬ ُ ‫ض‬ ‫َّللا َغفُور َر ِحيم‬ ْ ‫دِينًا ۚ فَ َم ِن ا‬ َ ‫ط َّر ِفي َم ْخ َم‬ َ َّ ‫ص ٍة َغي َْر ُمت َ َجانِفٍ ِ ِْلثْ ٍم ۙ فَإ ِ َّن‬ Maksudnya: Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Hasil tinjauan terhadap masyarakat muslim di kawasan tersebut, mereka kebanyakkannya sudah meninggalkan amalan atau ritual nenek moyang mereka atau apaapa aktiviti pemujaan. Mereka juga sudah tidak mengetahui adat-adat orang asli yang diamalkan oleh sebahagian animisme yang lain. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, kami mendapati masyarakat Orang Asli ini sebenarnya masih cetek pengetahuannya tentang Islam kerana mereka kurang memahami perkataan atau terma-terma tentang Islam sendiri contohnya Qada’ dan Qadar, Kaabah, dan Malaikat. Apa yang mereka tahu tentang Islam hanyalah apa itu solat dan puasa.

Menurut Lernard, beliau tahu sikit-sikit tentang Nabi Muhammad SAW tetapi tidak tentang nabi dan rasul yang lain. Beliau juga tahu tentang adanya malaikat yang mencatat dosa dan pahala apabila seseorang berbuat baik dan melakukan kejahatan tetapi tidak tahu namanya dan berkaitan malaikat-malaikat yang lain baik dari segi nama mahupun tugasnya. Bernard juga percaya pada hari akhirat yang akan tiba suatu hari nanti tetapi belaiu tidak tahu tentang akan berlakunya kemunculan Dajjal dan Nabi Isa sebelum hari akhirat. Sehingga ke hari ini, Lernard juga masih belum mampu untuk membayangkan bagaimana keadaan Kaabah yang menjadi kiblatnya semasa menunaikan solat dan suasana di Tanah Suci Mekah.

7

3.3 ASPEK IBADAH Berdasarkan tinjauan yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa masyarakat muslim di Kampung Sungai Lalang Baru sebahagiannya menunaikan ibadah seperti solat di surau yang berhampiran. Ada di antara mereka yang masih tidak yakin untuk menunaikan solat secara bersendirian di rumah da nada di antara mereka yang meragukan berkaitan soal kebersihan persekitaran di rumah mereka sendiri. Mana tidaknya, di sekitar kawasan rumah mereka terdapat begitu banyak anjing berkeliaran yang dahulunya menjadi haiwan peliharaan keluarga masyarakat Orang Asli. Apabila ditanya berkaitan keharaman haiwan seperti anjing dan babi dalam Islam, mereka rata-rata enggan mengulas panjang berkaitannya. Di rumah juga mereka tidak mempunyai kelengkapan yang cukup seperti sejadah, kain pelekat dan sebagainya. Maka, surau menjadi pilihan rata-rata masyarakat Orang Asli di kampung ini kerana di surau mereka lebih selesa dan yakin untuk beribadah kepada Allah.

Selain itu, masyarakat muslim Orang Asli juga sebahagiannya sudah mengetahui cara berwudhuk dengan betul. Ada diantara mereka dapat mendemostrasikan cara mengambil wudhuk mengikut urutan dengan betul. Namun, sebahagian daripada mereka yang ada kalanya terlupa dan kurang pasti berkaitan urutan berwudhuk dengan betul. Di samping itu, mereka juga sering mengikuti program-program yang dianjurkan oleh surau. Hal ini dapat dilihat apabila mereka memberitahu bahawa banyak ceramah-ceramah yang diberikan oleh ustaz di surau.

Di samping itu, masyarakat muslim di kawasan tersebut kurang pengetahuan tentang berpuasa di bulan Ramadhan. Hal ini kerana segelintir daripada mereka mengakui bahawa mereka jarang-jarang berpuasa pada bulan Ramadhan. Mereka juga kurang pengetahuan tentang amalan-amalan yang diamalkan sepanjang bulan Ramadhan misalnya solat tarawih, bersahur dan lain-lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka kurang tahu atau tidak memahami rukun Islam yang menjelaskan tentang kefardhuan untuk berpuasa di bulan Ramadhan.

Menurut Bernard, sejak memeluk Islam, beliau berusaha untuk menjaga solatnya dengan baik. Apabila azan berkumandang di surau berhampiran, beliau akan surau untuk menunaikan solat di sana. Namun apabila meyentuh bab puasa, beliau jujur menjawab bahawa beliau hanya “kadang-kadang” berpuasa dan kebiasaannya beliau tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atas faktor keletihan kerja di hutan dan kampung. Kendatipun begitu, beliau sentiasa ternanti-nanti ketibaan bulan Ramadhan ini kerana pihak surau selalu mengadakan majlis berbuka puasa di surau. Beliau juga amat jarang membaca Al-Quran baik di rumah mahupun di surau. 8

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Berdasarkan tinjauan yang dilaksanakan dengan menjalanakan kajian lapangan di perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Lalang Baru, terdapat beberapa cadangan bagi menambah baik amalan amal Islami dalam kalangan masyarakat Orang Asli muslim di Malaysia antaranya ialah dengan memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat Orang Asli bagi membeli keperluan untuk menunaikan ibadah seperti telekung, sejadah, AlQuran dan lain-lain. Selain itu, sumbangan juga dapat diberikan bagi tujuan menaik taraf rumah yang sudah usang dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di rumah mereka. Hal ini juga menunjukkan keprihatinan muslim yang lain dan mengesyorkan bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dalam beribadah.

Seterusnya, wakil-wakil yang arif dalam bidang agama perlulah dihantar dan diletakkan di setiap kawasan perkampungan orang asli bagi mengajarkan dan menjalankan aktiviti keagamaan secara percuma. Hal ini dapat memberi pendedahan dan menjadikan masyarakat muslim Orang Asli tidak terabai untuk mencari ilmu sendiri. Wakil-wakil seperti ustaz dan ustazah juga dapat memantau dan memperbaiki amalan mereka seperti solat dan berpuasa. Ceramah juga dapat dilaksanakan setiap minggu bertujuan untuk saling ingatmengingati agar akidah Islam yang dipegang tidak terpesong daripada ajaran agama yang sebenarnya.

Di samping itu, penempatan masyarakat muslim Orang Asli dapat dijadikan sebagai satu kelompok agar tidak bercampur dengan penganut agama lain. Hal ini kerana, melalui tinjauan yang dilakukan, terdapat anjing-anjing peliharaan daripada kejiranan yang berlainan agama berkeliaran di kawasan tersebut mengakibatkan kebersihan di kawasan perumahan diragui. Hal ini juga dapat menjejaskan perihal ibadah yang ingin dilaksanakan oleh penganut agama Islam. Penempatan yang berkelompok juga dapat memberi faedah kepada masyarakat muslim kerana mereka dapat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, iftar perdana dan lain-lain.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)

9

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, masyarakat Orang Asli yang beragama Islam di perkampungan Orang Asli di Sungai Lalang Baru, Semenyih, Selangor masih kurang penghayatan berkaitan Islam dan kurang mengamalkan amalan amal Islami dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini demikian kerana, mereka kurang pengetahuan tentang agama Islam itu sendiri. Usaha untuk membantu masyarakat ini perlulah dilakukan secara jitu dan konsisten supaya masyarakat ini terpandu arah dan tujuan hidup mereka ke jalan yang sebenar seperti mana yang dianjurkan dalam Islam melalui pengabdian diri hanyalah kepada Allah. Jika perkara ini dapat dilakukan melalui usaha sama oleh semua pihak, maka tidak mustahil lebih ramai masyarakat Orang Asli yang akan tertarik untuk memeluk agama Islam dengan izin Allah SWT. Firman Allah dalam surah AL-Qasas;

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam) tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang perturnNya): dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)

10

6.0 RUJUKAN

Hasan Mat Nor, 1998. Warga Pribumi Menghadapi Cabaran Pembangunan. Kertas Kadangkala Bil. 8. JabatanAntropologi & Sosiologi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Iskandar Carey, 1976. Orang Asli: The Aboriginal of Penisular Malaysia. First Edition. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015. Edisi Keempat, Cet. Keenam, Kuala Lumpur: Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd.

Laporan JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan, 2014. Shah Alam: JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan.

Siti Nor Awang dan Juli Edo, 2003. Isu Pembangunan dan Dampak Sosial di Kalangan Masyarakat Orang Asli. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

11

7.0 LAMPIRAN

12

Gambar-gambar sekitar lawatan pelajar di perkampungan Orang Asli Sungai Lalang Baru, Semenyih, Selangor

13

Related Documents


More Documents from "wanee"

Skrip Drama
August 2019 46
Assignment Pai.docx
August 2019 21
Pidato Tenaga Sepakat
August 2019 29
Kertas Kerja
August 2019 54