Assignment Pai.docx

  • Uploaded by: Mohd Akmal Majid
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment Pai.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,489
  • Pages: 9
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirrahim Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana telah memberi ruang bagi saya melakukan tugasan ini yang sebenarnya menjadi sebahagian tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Saya juga ingin memberi penghargaan kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana telah menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya menperoleh maklumat dan membuat rujukan mengenai tugasan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Zaiton bin Mat Deris yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta penerangan yang sempurna kepada saya sejak daripada awal tugasan ini diedarkan sehinggalah proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu saya, Faridah binti Seliman yang telah memberi sokongan dan dorongan bagi menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan beliau mungkin saya tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Malah, jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini serta bertukar-tukar pendapat dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan di samping menyiapkan diri saya sebagai seorang bakal guru yang bertanggungjawab melahirkan insan yang bermodal tinggi.

1.0 PENGENALAN Menurut Kamu Pelajar Edisi Kedua, orang asli dapat didefinisikan sebagai penduduk asal sesebuah negeri. Statistik di Malaysia dilihat pada sekitar tahun 2010, mendapati bahawa sebanyak 178,197 jumlah orang asli di seluruh Malaysia dan mendapati bahawa sejumlah 30,000 daripada mereka adalah muslim (Abdul Ghafar, 2016). Hal ini menunjukkan bahawa terdapat sejumlah masyarakat orang asli yang beragama muslim. Namun sejauh manakah amalan Islam diamalkan oleh mereka. Justeru, satu kajian lapangan telah dijalankan bagi melengkapkan kerja kursus Pendidikan Islam yang dilaksanakan di Kampung Orang Asli Sungai Lalang Baru, Semenyih, Selangor pada 15 Mac 2019. 2.0 ANALISIS AMALAN MASYARAKAT ORANG ASLI Pada 15 Mac 2019, sejumlah siswa guru beragama Islam telah melaksanakan kajian lapang di perkampungan orang asli di Kampung Sungai Lalang Baru, Semenyih. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat amalan islami yang diamalkan oleh masyarakat orang asli dari aspek yang berikut; 2.1 ASPEK AKHLAK Hasil daripada kajian lapangan yang dijalankan, saya mendapati bahawa akhlak yang ditunjukkan oleh masyarakat orang asli Islam sebahagiannya meraikan kehadiran siswa guru dengan baiknya. Namun, terdapat juga sebahagian daripada mereka yang tidak mahu di temu bual oleh pihak kami yang kebanyakkan merupakan masyarakat yang bukan beragama Islam. Hal ini menunjukkan bahawa nilai akhlak Islam sudah diterapkan dan diamalkan oleh masyarakat muslim di kampung tersebut. Seterusnya, masyarakat muslim orang asli juga dilihat menutup aurat dengan sempurna meskipun mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan. Kawasan persekitaran rumah mereka tidak terjaga kebersihan akibat kedaifan hidup yang dialami. Mereka juga menceritakan kepayahan hidup untuk mendapatkan wang yang banyak untuk menguruskan kehidupan. Oleh yang demikian, mereka bercucuk tanam untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, mereka juga menggunakan bahasa yang sopan dan ramah apabila berbual. Namun, terdapat juga diantara mereka yang tidak melayan permintaan kami. Ada diantara mereka yang mengaku Islam pada mulanya namun apabila hendak di temu bual mereka menafikan keislaman mereka kerana sudah lama meninggalkan amalan Islami. Hal ini menunjukkan bahawa tidak semua muslim yang berdaftar di kampung tersebut masih mengamalkan ajaran Islam yang dianuti oleh mereka.

2.2 ASPEK AKIDAH Akidah merupakan perkara asas dalam Islam. Akidah juga memain peranan dalam menentukan perjalanan seseorang. Oleh itu, satu tinjaun dilaksanakan terhadap masyarakat orang asli di Kampung Sungai Lalang Baru bagi melihat aspek akidah yang diamalkan. Dalam sejumlah masyarakat muslim di kampung tersebut, majoriti penduduknya menganuti animisme dan sebahagiannya merupakan muslim dan kristien. Namun demikian, hasil tinjauan terhadap masyarakat muslim di kawasan tersebut sudah meninggalkan amalan atau ritual nenek moyang mereka atau apa-apa aktiviti pemujaan. Mereka juga sudah tidak mengetahui adat-adat orang asli yang diamalkan oleh sebahagian animisme yang lain. Berdasarkan tinjauan yang laksanakan, masyarakat muslim di sana kurang mengetahui terma-terma tentang islam misalnya kiblat, telekung, Al-Quran rukun iman, rukun islam. Hal ini menunjukkan bahawa mereka kurang pengetahuan tentang Islam. Selain itu, mereka juga tidak mengamalkan pembacaan Al-quran di rumah, namun mereka membacanya apabila berada di surau. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai AlQuran dirumah. Sesetengah daripada mereka masih baru dalam mempelajari Al-Quran namun dilihat usaha untuk mempelajarinya. Hal ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai kesedaran untuk mengamalkan cara hidup Islam. Selain itu, persekitaran di kawasan kampung tersebut terdapat anjing-anjing yang dijadikan sebagai haiwan peliharaan dan membuatkan mereka terbiasa dan kurang cakna tentang penjagaan anjing dikawasan rumah. 2.3 ASPEK IBADAH Ibadah dalam Islam merupakan satu cara hidup yang merangkumi segala persoalan akidah, akhlak, kekeluargaan, kemasyarakatan, pentadbiran, perdagangan, budaya, pendidikan dan sebagainya (Pengajian Islam, 2017). Berdasarkan tinjauan yang telah dijalankan didapati bahawa masyarakat muslim di Kampung Sungai Lalang Baru sebahagiannya melaksanakan amalan ibadah di surau yang disediakan. Hal ini diketahui melalui persoalan tentang ibadah solat mereka yang sebahagian besar daripada mereka melaksanakannya di surau. Hal ini kerana, mereka tidak mempunyai kelengkapan untuk solat di rumah. Selain itu, masyarakat muslim juga sebahagiannya mengetahui cara berwudhuk dengan betul. Hal ini dibuktikan melalui pengetahuan mereka tentang urutan cara berwudhuk. Ada sebahagian daripada mereka yang lupa dan tidak pasti tentang apa yang dikatakan dengan wudhuk. Seterusnya, masyarakat muslim kampung tersebut mengetahui pergerakan dalam solat dengan betul. Hal ini diketahui dengan bertanyakan kepada mereka tentang urutan solat dan kebanyakkan mereka juga hanya meniru pergerakan orang lain untuk lebih mengingatnya. Di samping itu, mereka juga sering mengikuti program-program yang

dianjurkan oleh surau. Hal ini dapat dilihat apabila mereka memberitahu bahawa banyak ceramah-ceramah yang diberikan oleh ustaz di surau. Di samping itu, masyarakat muslim di kawasan tersebut kurang pengetahuan tentang berpuasa di bulan Ramadhan. Hal ini kerana segelintir daripada mereka mengakui bahawa mereka jarang-jarang berpuasa pada bulan Ramadhan. Mereka juga kurang pengetahuan tentang amalan-amalan yang diamalkan sepanjang bulan Ramadhan misalnya solat tarawih, bersahur dan lain-lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka kurang tahu atau tidak memahami rukun Islam yang menjelaskan tentang kefardhuan untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Pendidikan juga merupakan aspek yang tergolong dalam kategori ibadah. Tinjauan yang dilaksanakan mendapati bahawa sebahagian daripada masyarakat orang asli Kampung Sungai Lalang Baru tidak mendapat pendidikan yang sewajarnya. Ada yang ditemui remaja perempuan yang berusia 13 dan 15 tahun hanya berkeliaran di kawasan kampung kerana tidak bersekolah. Hal ini kerana ada di antara mereka yang terpaksan berhenti sekolah kerana tidak mendapat keizinan ibu dan bapa mereka. Hal ini menunjukkan bahawa kurangnya kesedaran dan kepentingan dalam menuntut ilmu seperti mana yang dituntut oleh Islam.

3.0 CADANGAN MEMPERBAIKI AMALAN ISLAM DALAM MASYARAKAT ORANG ASLI MUSLIM DI MALAYSIA. Berdasarkan tinjauan yang dilaksanakan dengan menjalanakan kajian lapangan di perkampungan orang asli Kampung Sungai Lalang Baru, terdapat beberapa cadangan bagi memperbaiki amalan islam dalam masyarakat orang asli muslim di Malaysia antaranya ialah dengan memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat orang asli bagi membeli keperluan bagi melaksanakan ibadah seperti telekung, sejadah, al-quran dan lain-lain. Selain itu, sumbangan juga dapat diberi bagi menaik taraf rumah yang sudah usang dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan di rumah mereka. Hal ini juga menunjukkan keprihatinan muslim yang lain dan mengesyorkan bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dalam beribadah. Seterusnya, wakil-wakil yang arif dalam bidang agama hendaklah diletakkan di setiap kawasan perkampungan orang asli bagi memandu dan menjalanlan aktiviti keagamaan secara percuma. Hal ini dapat memberi pendedahan dan menjadikan masyarakat muslim orang asli tidak terabai untuk mencari ilmu sendiri. Wakil-wakil seperti ustaz dan ustazah juga dapat memantau dan memperbaiki amalan mereka seperti solat dan berpuasa. Ceramah juga dapat dilaksanakan setiap minggu bagi saling ingat-mengingati agar akidah tidak terpesong daripada ajaran Islam. Di samping itu, penempatan masyarakat muslim orang asli dapat dijadikan sebagai satu kelompok agar tidak bercampur dengan penganut agama lain. Hal ini kerana melalui tinjauan yang dilakukan mendapati bahawa terdapat anjing-anjing pelihara daripada kejiranan yang berlainan agama berkeliaran di kawasan tersebut mengakibatkan kebersihan di kawasan perumahan diragui. Hal ini juga dapat menjejaskan perihal ibadah yang ingin dilaksanakan oleh penganut agama Islam. Penempatan yang berkelompok juga dapat memberi faedah kepada masyarakat muslim kerana mereka dapat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah, iftar perdana dan lain-lain.

4.0 PENUTUP Kesimpulannya, masyarakat orang asli perlu diberi perhatian yang lebih oleh komuniti atau pihak dari Jabatan Agama Islam di setiap negeri bagi memantau dan terus memberi bantuan kepada masyarakat orang asli dari aspek kewangan, kemudahan serta ilmu-ilmu agama kepada mereka. Hal ini kerana menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka agar terus teguh mengamalkan ajaran Islam. Melalui kajian lapangan ini juga menjadikan saya lebih bersyukur dilahirkan dengan keluarga dan masyarakat sekeliling yang mengamalkan ajaran Islam selain persekitaran yang memudahkan saya untuk menuntut ilmu seperti yang tuntut oleh Islam untuk menyeimbangkan hal-hal dunia dan hal-hal akhirat.

5.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Sesi temu bual dijalankan di salah sebuah rumah di Kampung Sungai Lalang Baru

Gambar 2 : Bersama keluarga muslim yang ditemu bual semasa kajian lapangan.

Gambar 3 : Bersama-sama remaja perempuan di perkampungan orang asli.

Gambar 4 : Surau yang disediakan

Gambar 5 : Klinik kesihatan yang tidak diselenggara

Gambar 6 : Agihan makanan dan barang keperluan asas kepada masyarakat orang asli.

Gambar 7 : Agihan makanan dan ramah mesra bersama penduduk.

Gambar 8 : Perjalanan masuk ke perkampungan orang asli

Related Documents

Assignment
November 2019 71
Assignment
July 2020 45
Assignment
November 2019 56
Assignment
November 2019 57
Assignment
June 2020 28
Assignment
June 2020 20

More Documents from ""

Skrip Drama
August 2019 46
Assignment Pai.docx
August 2019 21
Pidato Tenaga Sepakat
August 2019 29
Kertas Kerja
August 2019 54