Skrip Drama

  • Uploaded by: Mohd Akmal Majid
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skrip Drama as PDF for free.

More details

  • Words: 2,756
  • Pages: 13
MURABBI Mohd Akmal Majid

Sinopsis

Di penjuru padang Cikgu Arman melihat anak kecil bersendirian. Anak kecil itu pelajar kelasnya. Wajah penuh duka. Riak seakan ada dendam yang belum terlerai seolah ada rasa yang tak terluah tanpa air mata. Syazwan memendam rasa, jiwanya luluh saat mendengar perbincangan ibu dan ayah di ruang tamu. Saat ayat terakhir yang ingin diucapkannya, Cikgu Arman memeluk erat tubuh kecil itu. Ya Allah, kenapa begitu kejam orang dewasa. Pelukan erat itu meleraikan resah Syazwan lantas tangan guru itu dikucup. Terima kasih cikgu. Cikgu genggam tangan Syazwan. Cikgu tahu Syazwan akan berjaya saat jiwanya kembali pulih.

Watak

Syazwan

- Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Anak bongsu yang hilang perhatian ibu bapa dan keluarga.

Cikgu Arman - Seorang guru lelaki yang penyanyang dan prihatin terhadap nasib pelajarnya.

Cikgu Farah

- Seorang Guru Kelas murid tahun 6 yang mengajarkan subjek Matematik dan suka mencari salah orang lain.

Ibu

- Ibu kepada Syazwan yang sibuk dengan kerjanya dan kurang memberi sokongan moral kepada Syazwan.

Ayah

- Ayah kepada Syazwan yang juga sibuk bekerja tetapi masih mengambil berat terhadap Syazwan.

Kak Alia

- Kakak kepada Syazwan yang sibuk menyiapkan tesis untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana.

Rakan sekelas - Ahli-ahli kelas Syazwan yang tidak suka berkawan dengan Syazwan kerana lemah dalam pelajaran.

Pak Said

- Pemandu kepada ayah Syazwan yang membawanya ulang-alik untuk ke tempat kerja. 1

Babak 1

Syazwan merupakan anak bongsu daripada lima orang beradik. Semua mempunyai seorang abang dan tiga orang kakak. Kesemua abang dan kakak-kakaknya merupakan pelajar contoh di sekolah suatu ketika dahulu. Pada tahun ini, Syazwan akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

ARAHAN:

SET DI DALAM KELAS. CAHAYA PENTAS TERANG MENERANGI

RUANG DI DALAM KELAS PADA WAKTU PAGI. AUDIO MURID BISING SEAKAN-AKAN BERBINCANG DI DALAM KELAS DIMAINKAN SEBELUM PELAKON MASUK DENGAN SKRIP.

Cikgu Farah:

Syazwan, saya nak kamu tunjuk jalan kerja soalan no 5 ni di hadapan kelas.

Syazwan:

(CUBA UNTUK SELESAIKAN SOALAN NO 5 DI HADAPAN KELAS) Alaa, macam mana ni, lepas ni nak kena buat apa eh (MONOLOG SENDIRI). Cikgu, lepas ni nak kena buat apa ? (MENGGARU KEPALA SAMBIL PUSING KE BELAKANG MENGHADAP CIKGU)

Cikgu Farah:

Eh kamu ni, kan tadi saya dah ajar (NADA TERKEJUT DAN SEDIKIT MARAH), soalan ni sama dengan contoh sebelah ni. Kamu tak fokus masa saya mengajar. Apa yang kamu buat tadi kat belakang?

Rakan sekelas:

Hahahaha dia tidur la tu cikgu, takpun main pemadam. (KETAWA BERAMAI-RAMAI.)

Cikgu Farah:

Sudah-sudah semua diam (PENEKANAN TERHADAP SUARA). Syazwan kamu boleh balik ke tempat duduk kamu (SYAZWAN BALIK KE TEMPAT DUDUKNYA SAMBIL MENUNDUK MUKA). Saya bagi soalan senang pun tak boleh buat (MEMERLI DENGAN NADA SINIS SEMASA SYAZWAN SEDANG BERJALAN KEMBALI KE TEMPAT DUDUK). Haa, ada yang boleh tolong kawan kamu ni buat soalan ni?

Kamil:

(ANGKAT TANGAN) Saya cikgu, biar saya selesaikan soalan tu.

2

Cikgu Farah:

Haa bagus Kamil (NADA MEMUJI DAN BANGGA). Macam ni la anak murid cikgu. Lepas ni cikgu taknak ada di antara kamu yang buat kerja lain masa cikgu mengajar. Jangan asyik nak berangan. Peperiksaan kamu dah nak dekat ni. Jangan ingat kalau abang dan kakak-kakak kamu boleh berjaya dulu, kamu pun boleh akan berjaya sama macam diorang kalau perangai kamu tak berubah. Jangan asyik nak berangan macam Mat Jenin (NADA MEMERLI SAMBIL LIRIKAN HUJUNG MATANYA TEPAT KE ARAH SYAZWAN)

Rakan sekalas:

(KETAWA SAMBIL MELIHAT KEARAH SYAZWAN). Hahahahhahah. Mat Jenin. Hahahahaha

Cikgu Farah:

Eh cikgu takda sebut nama sapa-sapa, tapi kalau kamu terasa baguslah. Cikgu cakap ni pun untuk kebaikkan kamu juga. Sudahlah, masa cikgu pun dah nak habis ni. Bangun semua (BERDIRI MENGEMAS BUKU DAN BERSEDIA UNTUK KELUAR KELAS).

Ketua kelas:

Bangun semua. Terima kasih cikgu. (RAKAN SEKELAS MENYAHUT “TERIMA KASIH CIKGU” BERAMAI-RAMAI)

Syazwan bangun, berat mulutnya untuk mengucapkan perkataan “terima kasih cikgu”. Pedih rasa hatinya mendengar tomahan yang tidak henti-henti oleh Cikgu Farah dan rakan sekelas terhadapnya. Mukanya kekal menunduk ke bawah, tidak ada kekuatan untuknya mengangkat mukanya yang kini merah padam dan dia dapat merasakan yang kelopak matanya mula berair. Syazwan kembali duduk dan meletakkan kepala di atas mejanya. (RAKAN SEKELAS YANG LAIN BERSEMBANG SESAMA SENDIRI) “KRINGG..KRINGG..KRINGG” (BUNYI LOCENG SEKOLAH) Loceng sekolah telah pun berbunyi menandakan waktu persekolahan telah pun tamat. Syazwan bingkas mendapatkan begnya, dan terus meluru keluar dari kelas. Di hadapan pintu sekolah, kelihatan kelibat Pak Said, pemandu ayahnya sudah berdiri tegak menunggunya.

Syazwan

: Saya taknak balik rumah terus. Pak Said bawa saya pergi taman. Saya nak ambil angin. Pak Said jangan tanya apa-apa.

Pak Said

: Baik nak Syazwan.

3

Babak 2

Lahir dalam sebuah keluarga yang kaya tidak menjanjikan kebahagiaan buat Syazwan. Ibu dan ayahnya sibuk bekerja siang dan malam. Kedua-duanya baru sahaja dinaikkan pangkat pada tahun lepas. Abang dan kakak-kakaknya pula kebanyakkannya telah berkahwin. Yang tinggal di rumah hanya Syazwan dan kakaknya no 4, itupun beza umur mereka adalah 15 tahun.

ARAHAN:

SET

DALAM

BILIK.

SUASANA

LAMPU

SURAM

YANG

MENGGAMBARKAN SUASANA DI DALAM BILIK PADA WAKTU MALAM. KEADAAN BILIK YANG AGAK BERSEPAH DENGAN BUKU SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA KEADAAN TUAN BILIK YANG SIBUK.

Syazwan:

(NADA MEMINTA TOLONG) Kak Anis tolong adik buat soalan ni, boleh?

Kak Anis:

(NADA KEPENATAN MENDENGUS) Kakak sibuk ni dik, banyak kerja, kejap lagi eh kakak tengokkan.

Syazwan:

(NADA MERAYU) Alaa, tapi nanti adik tak siap kerja rumah ni, adik kena marah lagi dengan cikgu.

Kak Anis:

Haih budak sorang ni, bagi buku tu dekat akak. (TERUS SIAPKAN DAN TULIS JAWAPAN). Haa dah siap.

Syazwan:

(MERAIH SIMPATI) Ermm tapi adik nak..

Kak Anis:

(MENCELAH SEBELUM SEMPAT SYAZWAN HABISKAN AYATNYA) Takde tapi tapi, sekarang akak pulak nak adik tolong keluar dari bilik akak, sebab akak kena siapkan tesis ni.

Syazwan:

(NADA KECEWA) Yelaa, adik keluar. Terima kasih.

Syazwan berlalu meninggalkan bilik Kak Anis sekali lagi dengan perasaan hampa. Haih, aku masih tak faham macam mana nak buat soalan ni (MONOLOG SENDIRI). Sambil dia berjalan menuju ke biliknya, Syazwan perasan kelibat ibu dan ayahnya yang masing-masing baru

4

pulang dari tempat kerja (TERUJA DAN GEMBIRA MELIHAT IBU DAN AYAH DI MUKA PINTU)

Syazwan:

(DISAPA SOPAN DAN MESRA) Ibu dan ayah dah balik.

Ibu:

(NADA

TERKEJUT

MENGUNCI

SAMBIL

PINTU

RUMAH

BERPALING DAN

MUKA

MENGURUT

SETELAH DADA)

Astafirullahalazim kamu rupanya. Eh kenapa adik tak tidur lagi ni.

Syazwan:

Adik tadi dari bilik Kak Anis. Adik tadi be (MUKA TERUJA UNTUK MEMBERITAHU

YANG

DIA

MENGULANGKAJI

PELAJARAN

DENGAN KAK ANIS)

Ayah:

(MEMOTONG AYAT SYAZWAN) Adik janganlah kacau Kak Anis buat kerja. Dah, adik masuk bilik tidur ye, esokkan nak sekolah. Nanti adik bangun lambat, lewat ke sekolah.

Syazwan:

Tapi…adik

(MASIH MENCUBA UNTUK BERCERITA PANJANG

DENGAN IBU DAN AYAH)

Ibu dan Ayah:

(SERENTAK) Selamat malam adik” (BERLALU DAN MENINGGALKAN SYAZWAN)

Itu ucapan terakhir ibu dan ayah sambil berjalan meninggalkannya yang sangat ingin meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya tentang kejadiaan di sekolah tadi. Malangnya, tiada siapa yang pedulikannya.

Syazwan:

“Haih, apalah nasib aku. Tidur jelah kalau macam ni lagi bagus” (BERCAKAP SEORANG DIRI SAMBIL BERJALAN MENUJU KE BILIK)

5

Babak 3

Di penjuru padang Cikgu Arman melihat Syazwan termenung sendirian. Daripada raut wajahnya, seakan ada demdam yang belum terlerai, seolah ada rasa yang tak terluah tanpa air mata. CIkgu Arman mendekati Syazwan.

ARAHAN:

SET DI PENJURU PADANG SEKOLAH. TERDAPAT KERUSI YANG

DISUSUN DI PENJURU PENTAS SEOLAH-OLAH SITUASI DI PADANG. CAHAYA LAMPU DIPANCARKAN TERANG.

Cikgu Arman:

Kenapa kamu seorang di sini? (MENYAPA DARI ARAH BELAKANG DAN DUDUK DI SEBELAH SYAZWAN)

Syazwan:

(TERKEJUT) Eh, Cikgu Arman. Takdelah, saya tengah minum air, berehat kejap, kan panas ni. (NADA GUGUP BERPURA-PURA MENGAMBIL BOTOL AIR DAN MINUM).

Cikgu Arman:

Tapi dah lebih 10 minit cikgu perhatikan kamu dari jauh. Kamu ada masalah?

Syazwan:

10 minit? Alamak.. kantoi la macam ni (BERCAKAP BERPALING KE ARAH LAIN SAMBIL MENEPUK DAHI) Cikgu salah tengok orang ni, saya baru ja dekat sini (CUBA BERDALIH) Saya pergi dulu ya cikgu. Ish macam mana cikgu boleh perasan aku kat situ tadi (MONOLOG SENDIRI).

Cikgu Arman:

Pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Syazwan. Aku akan tanyakan pada guru kelasnya (MONOLOG SAMBIL MELIHAT SYAZWAN BERJALAN MENINGGALKANNYA).

6

Babak 4

Hari pelaporan prestasi pelajar tiba. Kesemua ibu dan bapa murid tahun 6 diwajibkan untuk hadir ke sekolah untuk menandatangani buku rekod anak masing-masing. Ibu dan ayah Syazwan terpaksa untuk hadir disebalik kesibukkan mereka bekerja.

ARAHAN:

SET DI BILIK GURU. MEJA DAN KERUSI DISUSUN SEOLAH-OLAH

BERADA DALAM BILIK GURU. LAMPU DIPANCARKAN TERANG.

Ayah:

(MENYAPA CIKGU DAN DUDUK DI KERUSI BERHADAPAN DENGAN CIKGU) Assalamualaikum Cikgu Farah. Macam mana prestasi Syazwan di sekolah? Baik-baik saja kan prestasinya cikgu (KETAWA KECIL DAN CUBA UNTUK MELAWAK DENGAN CIKGU).

Cikgu Farah:

(NADA KECEWA) Maaf encik, puan. Saya bukanlah nak kata yang anak encik dan puan tak pandai. Tapi yang jelas saya kecewa dengan prestasinya.

Ibu:

(TERKEJUT) Kenapa cikgu cakap macam tu? Setahu saya anak saya Syazwan tu pandai. Rekod dia sebelum ni pun cemerlang. Masa dia darjah 1 sampai darjah 4 dia dapat nombor satu dalam kelas kan bang? Abang ingat tak yang kita datang masa hari penyampaian hadiah dia dulu (NADA SERIUS MEMPERTAHANKAN ANAK).

Cikgu Farah:

(MELAWAN DENGAN NADA SINDIRAN) Tahun lepas? Masa dia tahun 5? Ada encik dan dapat surat jemputan untuk ke majlis penyampaian hadiah? Dan seingat saya la kan, masa hari pelaporan prestasinya juga encik dan puan langsung tak datang. Tengoklah ni buku rekodnya. Prestasinya jatuh menjunam sejak dia dari darjah 5 lagi. Saya tak tahulah kenapa, sebab di sekolah cikgu yang mengajar dia masih orang yang sama. Mungkin dia ada masalah di rumah?

Ibu dan ayah:

(MASING-MASING TENGOK SESAMA SENDIRI)

Cikgu Farah:

(NADA MENGALAH) Takpelah, tandatangan dekat sini. Encik dan puan boleh balik bawa Syazwan sekali pun takpa. Kelas P&P tak dijalankan harini. 7

Ibu:

Adik jom balik, ibu dan ayah tunggu dekat parkir kereta.

Syazwan:

(BERJALAN UNTUK KELUAR DARI KELAS MENUJU KE PARKIR KERETA)

Cikgu Farah:

(MEMERLI) Sayang, harap muka ja pandai.

“Syazwan sempat mendengar bait perkataan yang keluar dari mulut Cikgu Farah terhadapnya sebelum dia keluar kelas. Namun dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan hal tersebut. Syazwan gembira kerana dapat pulang awal ke rumah bersama ibu dan ayah.

Babak 5 Suasana hening menyelubungi ruang lingkup di dalam kereta. Ibu dan ayah langsung tidak berkata apa-apa. Hanya bunyi radio yang memecah sunyi di dalam kereta. Syazwan pada ketika itu sudah ketiduran semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebaik sampai di rumah.

ARAHAN:

SET DI RUMAH. TEMPAT PARKIR KERETA DAN RUANG TAMU RUMAH.

TERDAPAT SOFA YANG DISUSUN SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA KEADAAN DI RUANG TAMU. PENCAHAYAAN LAMPU TERANG.

Ayah:

Adik bangun sambung tidur dalam bilik ya.

Syazwan:

Eh dah sampai rumah rupanya. Baik ayah. (SYAZWAN KELUAR DAHULU DARI KERETA DAN MEMBUKA PINTU RUMAH)

Ayah:

(NADA SERIUS) Maria, saya nak kamu tunggu dekat ruang tamu. Kita perlu berbincang.

ARAHAN:

SYAZWAN YANG DALAM PERJALANAN KE BILIK MENDENGAR HAJAT

AYAH UNTUK BERBINCANG DENGAN IBU DAN TERUS BERDIRI DI BELAKANG DINDING DAPUR RUMAH.

8

Ibu:

(NADA MENGELUH) Abang nak bincang apa lagi? Sudahlaa, saya tengah takda mood nak berbincang sekarang. Saya penatlah, saya nak naik atas, mandi, solat, tidur

. Ayah:

(MENUDUH) Haa itulah awak. Pentingkan diri. Awak nak biar anak kita macam tu? Prestasi akademik dia yang jatuh merudum sekarang ni, awak langsung tak kisah?

Ibu:

(MELAWAN) Eh, abang ni cakap saya pentingkan diri pulak. Saya bukan tak kisah, tapi saya tengah takda mood nak berbincang dengan abang. Muka saya ni dah cukup malu dengan cikgu tadi.

Ayah:

Saya rasa kita kena hantar Syazwan ke kelas tambahan.

Ibu:

(MEMOTONG) Siapa pulak nak menghantar nak mengambil budak tu nanti? Abang nak suruh saya ambil? Memang taklah. Abang takpalah ada pemandu, saya ni dengan nak hadap jammed lagi. Abang nak suruh saya ambil budak tu pula?

Ayah:

Habistu, awak ada cadangan lain?

Ibu:

Abang, kita ni kadang kena terima hakikat. Dalam setandan pisang tu bukan semuanya elok. Dulu Faris, Anita, Alia, Anis kita tak hantar kelas tambahan pun kan. Abang takpayah nak pening kepala. Abang buat saya tambah serabut.

Ayah:

Awak ni cakap main lepas ja, kalau budak tu dengar nanti, kecil hati dia. Awak naiklah dulu. Saya nak keluar.

Menitis air mata Syazwan mendengar apa yang diperkatakan oleh ibunya. Syazwan tidak sangka ibu kini telah banyak berubah.

Syazwan:

(IMPROVISASI) Kenapa ibu sanggup cakap macam tu. Ibu kejam. (BERLARI MASUK BILIK)

9

Babak 6

Walaupun sebelum ini beberapa kali Cikgu Arman berusaha mendekati Syazwan untuk bertanyakan mengenai masalahnya menemui jalan buntu, namun tidak pada hari ini. Syazwan sendiri yang datang untuk mendapatkannya.

ARAHAN:

SET DI SEBUAH PONDOK DI SEKOLAH. TERDAPAT TEMPAT

DUDUK KERUSI PANJANG DI PONDOK DAN DAUN-DAUN BERTABURAN SEKITARNYA. PENCAHYAAN LAMPU AGAK MALAP SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA SITUASI SEDIH.

Cikgu Arman:

(HAIRAN) Syazwan kenapa kamu menangis jumpa cikgu?

Syazwan:

(MENGADU) Cikgu saya ni bodoh sangat ka? Saya ni anak yang tak guna ka? Saya ni memalukan keluarga ka cikgu?

Cikgu Arman:

(MEMUJUK) Tak Syazwan, kenapa kamu cakap macam tu? Apa yang dah berlaku sebenarnya?

Syazwan:

Semalam, saya dengar Cikgu Farah cakap dekat “Sayang, harap muka je pandai” Balik rumah saya dengar ibu dan ayah bertekak, ibu cakap saya.

Cikgu Arman:

(TERUS MENCELAH) Sssshhhh (DIPELUKNYA SYAZWAN SEERATERATNYA) Astafirullah, istighfar Syazwan (KENAPA BEGITU KEJAM ORANG

DEWASA,

ANAK

KECIL

INI

TAK

BERSALAH,

BERMONOLOG SENDIRI). Syazwan, kamu dengar apa yang cikgu nak cakap ni. Kamu tak sama dengan apa yang orang lain fikir terhadap kamu. Cikgu kenal kamu. Kamu pelajar yang cemerlang. Kamu bukan tak pandai, kamu cuma mungkin belum faham. Kamu boleh dapat keputusan

yang

cemerlang,

cikgu

akan

bantu

kamu(CUBA

MEMUJUK). Okay?

Syazwan:

(MENGELAP AIR MATA) Terima kasih cikgu, pelukan cikgu sama dengan pelukan ayah masa saya darjah 4 dahulu. Masa tu saya dapat no.1 dalam peperiksaan akhir tahun. Ayah peluk saya. Ibu pun sama. Terima kasih cikgu.

10

Babak 7

Sejak dari peristiwa di bilik guru tempoh hari, Cikgu Arman akan selalu menolong Syazwan untuk mengulangkaji pelajarannya terutamanya pada waktu rehat di perpustakaan sekolah dan sesekali dia akan membawa Syazwan untuk mengulangkaji di taman bersamanya.

ARAHAN:

SET DI PONDOK TAMAN PERMAINAN. PENCAHAYAAN LAMPU

TERANG KEMUDIAN DIMALAPKAN SEBAGAI TANDA WAKTU MENGANJAK KE MALAM. AUDIO BUNYI BURUNG BERKICAU SIMBOLIK SITUASI DI TAMAN.

Cikgu Arman:

Syazwan nak cikgu ajar apa petang ni?

Syazwan:

Cikgu ajar saya Matematik boleh cikgu? Saya masih lemah la dalam soalan kira-kira ni cikgu.

Cikgu Arman:

Boleh, soalan mana yang Syazwan tak faham?

Syazwan:

Soalan nombor sepuluh ni cikgu, soalan pecahan.

Cikgu Arman:

Okay, cikgu akan tunjukkan satu contoh lepastu Syazwan buat sendiri yang lain, boleh?

Syazwan:

(MENGANGGUK) Boleh, terima kasih cikgu.

Cikgu Arman:

Jalan kerja dia macam ni, kamu kena samakan penyebut dia dulu, kemudian baru kamu boleh selesaikan soalan operasi pecahan ni.

Syazwan:

Ouh, macam tu, barulah saya faham.

Cikgu Arman:

Okay, kamu buat dulu soalan yang lain ni, cikgu nak pergi belikan sesuatu. ……………..

11

(10 minit kemudian)

Cikgu Arman:

Nah, cikgu belikan aiskrim untuk kamu.

Syazwan:

(GEMBIRA) Wahh, aiskrim. Sedapnyaa makan aiskrim petang-petang macam ni.

Cikgu Arman:

(NASIHAT) Kadang-kadang kita kena bagi ganjaran untuk diri kita sendiri. Kamu tak boleh nak terus ulang kaji pelajaran 24 jam. Nanti kamu akan rasa tertekan dan makin susah untuk kamu faham pelajaran. Jadi, sesekali kamu kena rehat dan bagi ganjaran untuk diri kamu sendiri. Kamu boleh tengok kartun, makan aiskrim, main game, semua tu tak salah sebab ada masa untuk kita main, kita main sungguh-sungguh. Masa kita belajar, kita belajar sungguh-sungguh. Barulah kita boleh berjaya. Faham?

Syazwan:

(BERSEMANGAT) Faham cikgu.

Cikgu Arman:

(NASIHAT) Cikgu taknak kamu ulangkaji pelajaran masa cikgu ada dengan kamu ja tau. Kamu dah kena belajar sendiri berdikari. Sebab cikgu pun tak boleh ada dengan kamu setiap masa. Masa depan kamu, bukan cikgu yang tentukan, bukan juga mak ayah kamu yang tentukan, tapi masa depan kamu, kamu sendiri yang tentukan, Sama ada kamu nak berjaya atau gagal dalam kehidupan. Jadi, kalau kamu nak berjaya, kamu kena rajin belajar, ulangkaji pelajaran dan jangan cepat putus asa. Okay? Dah habiskan aiskrim tu cepat. Cikgu nak hantar kamu balik rumah dah ni. Jam pun dah nak dekat waktu maghrib ni.

(IMPROVISASI) Terbit senyuman di bibirnya seolah-olah telah tersemat sebuah azimat dalam hatinya. Kata-kata Cikgu Arman benar-benar meninggalkan kesan di dalam hatinya sehinggalah dia menanamkan tekad untuk menjadi seorang pilot berjaya suatu hari nanti.

12

Babak 8

ARAHAN:

SET DI TANAH PERKUBURAN. TERDAPAT DUA BATU NISAN

SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA KUBUR SESEORANG. AUDIO MUZIK LAGU SEDIH DIMAINKAN UNTUK MENGHENINGKAN SUASANA PILU.

(IMPROVISASI) 20 tahun berlalu, Syazwan kini pulang ke tanah air sebagai pemegang ijazah kedoktoran dalam bidang. Belum pun sempat dia menjejakkan kakinya di Malaysia, Syazwan telah menerima hampir puluhan tawaran pekerjaan daripada pelbagai syarikat penerbangan tempatan. Dia tidak mahu terburu-buru dalam membuat pilihan kerana itu bukan niat utamanya untuk kembali ke Malaysia. Hari ini dia pulang adalah semata-mata untuk melihat pusara gurunya sebelum pulang ke teratak ibu dan ayah tercinta. Dia puas menangis dan berdoa agar Allah merahmati arwah Cikgu Arman. Al-Fatihah.

-TAMAT-

13

Related Documents

Skrip Drama
August 2019 46
Skrip Drama
June 2020 25
Skrip
June 2020 16
Drama
April 2020 41
Drama
June 2020 27
Drama
November 2019 49

More Documents from ""

Skrip Drama
August 2019 46
Assignment Pai.docx
August 2019 21
Pidato Tenaga Sepakat
August 2019 29
Kertas Kerja
August 2019 54