Kerja Khusus Geografi 2009

  • Uploaded by: Hafiz
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Khusus Geografi 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,620
  • Pages: 18
Perkara:

Halaman:

Tajuk

1

Senarai Kandungan

2-3

Penghargaan

4

Pendahuluan

5

Objektif Kajian

6

Kawasan Kajian

7

Peta kajian •

Peta daerah



Peta yang dibandingkan



Peta lakaran

8 - 11

Page 1

Kaedah Kajian

12

Dapatan Kajian

13 - 16



Jenis dan pola petempatan



Faktor yang mempengaruhi petempatan



Fungsi petempatan



Masalah petempatan



Langkah mengurangkan masalah petempatan

Bahan Grafik

17 – 18

Rumusan

19

Lampiran

20 - 25

Rujukan

26

Page 2

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana ia telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan projek ini dengan sempurnanya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan berterima kasih kepada guru yang mengajar saya dalam mata pelajaran Geografi iaitu En. Annamalai kerana ia telah membimbing dan memberi keyakinan kepada saya bagi menjayakan kajian ini. Selain itu, ibu bapa saya juga selalu memberi nasihat supaya belajar dengan bersungguhsungguh kerana usaha itu adalah tangga kejayaan. Ibu bapa saya juga telah banyak menyumbangkan wang untuk membeli buku-buku kerana ia mahu saya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup. Saya berjanji untuk berjaya kerana ibu bapa saya telah membantu saya terlalu banyak. Kini, tiba masanya untuk membalas budi mereka. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan saya, Muhd. Sazmin, Muhd. Hanafi dan Zul Amin yang banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja khusus ini. Mereka akan menolong saya sekiranya saya ketandusan idea untuk membuat kerja. Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi untuk kepada pihak yang telah membantu saya.

Saya Muhammad Hafiz Azri Bin Mohd. Fouzi murid tingkatan tiga di SMK Saujana Indah. Saya telah menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan kerja khusus Geografi PMR pada tahun 2009. Saya telah memilih tema penempatan dan perkembangannya. Tajuk kajian saya Page 3

ialah petempatan di Kampung Sungai Kechil dan perbandingannya dengan negara Bangkok, Thailand . Kawasan kajian saya ialah Kampung Sungai Kechil ,Pulau Pinang manakala negara yang dibandingkan ialah Thailand, Bangkok. Saya telah menjalankan kajian bersama rakan-rakan saya, Muhd. Sazmin, Muhd. Hanafi dan Zul Haikal di kawasan Kampung Sungai Kechil. Saya mengkaji kawasan tersebut kerana ia dekat dengan kediaman saya. Walaupun kami membuat kerja khusus ini dengan secara berkumpulan tetapi maklumat dan data yang kami peroleh untuk menulis laporan lengkap adalah dengan secara individu. Oleh kerana itu, saya membuat kajian tentang kawasan Kampung Sungai Kechil dengan pergi ke sana malah Bangkok pula saya menggunakan internet untuk mencari maklumat tentangnya. Saya menjalankan kajian ini selama 4 bulan bersama-sama kawan-kawan saya.

Saya telah menjalankan kerja khusus Geografi untuk memenuhi objektif berikut:  Jenis dan pola petempatan  Faktor yang mempengaruhi petempatan  Fungsi petempatan  Masalah petempatan  Langkah mengurangkan masalah petempatan  Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian.

Page 4

Saya telah memilih Kampung Sungai Kechil sebagai kawasan kajian saya. Kampung Sungai Kechil terletak di dalam daerah Pulau Pinang. Kampung ini terbahagi kepada dua iaitu Kampung Sungai Kechil dan Kampung Sungai Kechil Ilir. Kawasan ini terletak satu jambatan yang menghubungkan Bandar Parit Buntar dan Kerian. Terdapat beberapa buah kilang di kawasan ini. Antaranya ialah Kilang NTPM iaitu kilang membuat tisu ‘Premium’. Keluasan kajian saya ini meliputi lebih kurang 6.7 km persegi. Kampung Sungai Kechil,Nibong Tebal terletak 6 kilometer dari Bandar Parit Buntar. Bilangan penduduk di kampung itu lebih kurang 400 orang. Terdapat pelbagai infrastuktur yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk kampung ini. Antara kemudahan yang disediakan di sana ialah sekolah, bekalan elektrik, perpustakaan awam, pondok telefon dan macam-macam lagi.

Page 5

PETA DAERAH

KAMPUNG SUNGAI KECHIL KAMPUNG NANAS, NIBONG TEBAL

PETA YANG DIBANDINGKAN

Page 6

Bangkok ,Thailand

PETA LAKARAN KAWASAN KAJIAN

Page 7

Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian saya dan membuat catatan perkara yang saya perhatikan ialah petempatan di kawasan kajian dan perbandingannya dengan negara lain iaitu Kampung Sungai Kechil, Nibong Tebal dan Bangkok.

Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 5 orang responden yang menetap di Kampung Sungai Kechil untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti penduduk di sana.

Saya merujuk pada buku-buku dan risalah di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan yang berdekatan. Di samping itu, saya juga membuat rujukan internet melalui komputer di rumah.

Jenis petempatan yang terdapat di kawasan saya ialah Kampung Sungai Kechil manakala pola petempatan ialah pola petempatan berjajar. Jenis petempatan dan pola berpusat terdapat di Page 8

negara yang diperbandingkan iaitu bandaraya Bangkok,Thailand. Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan kemudahan infrastruktur yang selesa dan selamat digunakn buat diri saya, masyarakat dan negara. Kemudahan yang sama juga terdapat di Bandaraya Bangkok dan menyediakan infrastruktur yang selesa bagi penduduk di Bangkok,Thailand.

♦ BENTUK MUKA BUMI Bentuk muka bumi yang terdapat di petempatan saya adalah tanah pamah. Petempatan yang terdapat di kawasan kajian di negara bandingan saya iaitu bandaraya Bangkok juga merupakan tanah pamah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan kemudahan asas seperti sekolah, klinik, surau, kuil kedai dan sebagai nya yang sesuai dengan bentuk muka bumi yang terdapat di petempatan saya. Kemudahan ini juga boleh didapati di bandaraya Bangkok.

♦ DARJAH KETERSAMPAIAN Petempatan Kampung Sungai Kechil telah mempengaruhi tahap ketersampaian sama ada mudah ataupun sukar untuk sampai ke sesuatu tempat. Kebanyakkan penduduk tinggal di kawasan yang rata dan tanah pamah mempuyai kemudahan jalan raya, jalan keretapi, jambatan dan sebagainya untuk memudahkan penduduk di kawasan saya berhubung ke kawasan lain seperti Parit Buntar,Perak, Kuala Lumpur dan Bandar Bharu,Kedah. Petempatan bandar juga tertumpu di sepanjang jalan yang menyediakan kemudahan pengangkutan dan perhubungan. Begitu juga di Bangkok, di mana kemudahan asas telah mampu menghubungkan Bangkok dengan daerah terdekat seperti Chonm Thong, Din Daeng dan Bang Khun.

Page 9

Sumbangan industri Kampung Sungai Kechil ♦ Meningkatkan Ekonomi Negara ♦ Peluang pekerjaan ♦ Kemajuan infrastruktur ♦ Meningkatkan taraf hidup ♦ Kebajikan sosial

Fungsi petempatan yang terdapat di kawasan petempatan saya ialah ia boleh dijadikan sebagai sebuah perniagaan dan perdagangan yang berjaya kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai pusat pengangkutan dan perhubungan yang berteknologi tinggi dan senang didapati di mana-mana sahaja. Selain itu, pendidikan merupakan asas penting dalam kehidupan seharian kita. Lantas, pusat pentadbiran juga terdapat di sekitar daerah Nibong Tebal untuk memantau kegiatan yang dilakukan oleh penduduk setempat di daerah itu. Fungsi petempatan ini juga seperti perniagaan dan perdagangan, pengangkutan dan perhubungan, pendidikan serta pusat pendidikan juga terdapat di bandaraya Bangkok. Saya amat bersyukur kerana kawasan saya dikenali sebagai segitiga ilmu kerana kedudukannya yang bersempadan dengan 3 buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah manakala Bangkok terkenal dengan pusat pentadbirannya bagi Thailand.

Page 10

Kesan industri Kampung Sungai Kechil terhadap alam sekitar. ♦ ♦ ♦ ♦

Pencemaran udara Pencemaran bunyi Banjir Jerebu

Masalah petempatan yang terdapat di petempatan saya ialah pencemaran udara dan pencemaran bunyi.Pencemaran udara ini terjadi kerana banyak kenderaan yang digunakan oleh penduduk di Kampung Sungai Kechil mengeluarkan asap eksos dari kenderaan bermotor mereka seperti kereta dan motorsikal. Manakala pencemaran bunyi pun boleh terjadi apabila pembagunan sedang dijalankan untuk membina tempat kediaman untuk mengatasi masalah setinggan. Selain itu, pembakaran terbuka sering berlaku di mana- mana sahaja . Hal ini juga boleh terjadinya jerebu dan boleh menimbulkan penipisan ozon di bumi . Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang berlaku di setiap negeri dan daerah dari segi jerebu dan pencemaran udara seperti menanam semula tumbuhan hijau di sepanjang jalan. Page 11

Selain itu , banjir juga sering terjadi apabila hujan turun dengan lebatnya.Hal ini juga terjadi di Bandaraya Bangkok, Thailand. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang berlaku di setiap negeri dan daerah dari segi Bandar mahupun luar Bandar seperti menyediakan penyaliran air yang bersesuaian dengan kawasan petempatan, menguatkuasa undang- undang mengenai pembuangan sampah merata – rata dan memastikan semua saliran dan parit – parit bersih dari sampah

Langkah mengatasi masalah pencemaran di Kampung Sungai Kechil: ♦ ♦ ♦ ♦ ♦

Mengubah suai enjin supaya mesra alam Kitar semula Berkongsi kenderaan Menggunakan sumber yang mesra alam Kempen ♦ Menguatkuasakan undang-undang

Masalah yang berlaku di petempatan saya telah menimbulkan kesan negatif sama ada dari segi petempatan ataupun pengangkutan. Hal ini menyebabkan saya telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah yang berlaku di petempatan saya, antaranya kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang, mengadakan kempen, kitar semula ataupun perhutanan semula. Selain itu, kita perlulah menggunakan sumber yang mesra alam dari segi enjin ataupun berkongsi kenderaan. Ini kerana asap yang keluar dari kenderaan yang bermotor telah memberi kesan kepada alam sekitar atau petempatan.

Page 12

Melalui kajian yang saya jalankan ini, saya menyedari bahawa kegiatan ekonomi yang giat dijalankan turut memberi kesan terhadap alam sekitar. Saya kini lebih prihatin terhadap isu alam sekitar yang berlaku di kawasan bukit menampakkan usaha dengan melaksanakan beberapa langkah bagi alam sekitar.

JUMLAH PENDUDUK DI KAMPUNG SUNGAI KECHIL:

KAUM Melayu India Cina Jumlah

BILANGAN 250 15 25 290

PERATUS 80 8 12 100

Sumber : ketua kampung dan dapatan soal selidik

Page 13

JUMLAH PENDUDUK DI KAMPUNG SUNGAI KECHIL:

Page 14

JUMLAH PENDUDUK DI KAMPUNG SUNGAI KECHIL:

Kampung Sungai Kechil merupakan sebuah kampung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan jantina. Kebanyakan pekerjaan mereka ialah kilang, guru, berniaga, dan banyak lagi. Faktor yang mempengaruhi jenis pekerjaan penduduk bandar ini ialah faktor fizikal, latar belakang keluarga dan taraf pendidikan. Cadangan saya ialah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kampung ini ialah menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan taraf pendidikan, kemudahan prasarana yang banyak. Kampung ini mempunyai pelbagai keistimewaan. Ini menyebabkan saya mencintai kampung ini. Penduduk ini sentiasa saling bantu-membantu dalam masyarakat supaya kampung Page 15

ini akan menjadi harmoni dan aman. Mereka juga mempunyai semangat kecintaan terhadap alam sekitar seperti mereka menjaga kebersihan kampung mereka sendiri.

Page 16

Page 17

INTERNET: http://images.search.yahoo.com/search/images?p=bangkok+map BUKU ILMIAH : Khaw Ah Seng ,Buku Teks Geografi Tingkatan 3 KBSM ,PTS Publications Sdn. Bhd. ,Pahang ,2004 : Abdul Rahman ,Geogarfi Tingkatan Tiga ,Sasbadi Sdn. Bhd. ,2003 : Shafiee Zakaria ,Tutor Geografi PMR ,Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. ,Johor ,2003

Page 18

Related Documents


More Documents from "Jeffry Buyung"

May 2020 34
Teori An.pptx
June 2020 30
Kki.docx
June 2020 32
Skrip Latihan Imageri.docx
December 2019 58
Laporan Amali 04.docx
December 2019 42