Kerja Khusus Geografi (pmr)

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Khusus Geografi (pmr) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,248
  • Pages: 20
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN HUSSIEN ONN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN (PMR) TAJUK : POTENSI BENTUK MUKA BUMI NAMA PELAJAR : NUR ILIYA ATIKAH BT. IBRAHIM TINGKATAN : 1 KREATIF NO.KAD PENGENALAN : 961015-07-5092 GURU PENILAIAN : PUAN JAMILAH TANDATANGAN : …………………………. TANDATANGAN : ………………………….

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT 1.

Muka hadapan

1

2.

Isi kandungan

2

3.

Penghargaan

3

4.

Pendahuluan

4

5.

Objektif kajian

5

6.

Kawasan kajian

6

7.

Kaedah kajian

7

8.

Hasil kajian

8

9.

Rumusan

9

10.Rujukan

10

11. Lampiran

11

PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana limpah kurnia – Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya . Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru subjek saya iaitu Puan Jamilah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan sumber rujukan yang amat diperlukan untuk menyiapkan folio ini . Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan – rakan sekelas kerana telah memberikan cadangan, idea dan pengetahuan yang telah anda kongsikan bersama saya .

PENDAHULUAN Nama saya Nur Iliya Atikah Binti Ibrahim .Saya menuntut dalam tingkatan 1 Kreatif di Sekolah Menengah Tun Hussien Onn . Sebagai memenuhi kehendak subjek geografi, saya perlu menyiapkan satu Kajian Geografi Tempatan (KGT) yang bertajuk “ Potensi Bentuk Muka Bumi ” saya telah memilih kawasan perumahan Taman Sutera untuk menjalankan kajian .

OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut: • Mengenalpasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman Sutera . • Memerhati dan mengkaji potensi bentuk muka bumi di kawasan Taman Sutera. • Mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan bentuk muka bumi di kawasan kajian saya . • Mengkaji langkah-langkah mengatasi .

KAWASAN KAJIAN

5.1. Latar Belakang Kawasan Kajian Saya telah memilih Taman Sutera sebagai kawasan kajian . Taman Sutera merupakan kawasan hutan dan berdekatan dengan Highway. Kawasan ini mula dibangunkan dan dimajukan pada tahun 2003 . Taman Sutera merupakan kawasan perumahan kos sederhana rendah dan kos sederhana tinggi . Terdapat rumah pangsa, kondominium, apartment, rumah teres dan rumah banglo . 5.2. Lokasi Kawasan Kajian Taman Sutera mempunyai keluasan seluas 100 km persegi . Lokasi kawasan ini adalah di Seberang Perai Tengah . Taman Sutera terletak berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Bandar Sunway , Bukit Mertajam (BM) , Taman Kelisa Emas dan Desa Cemara . Untuk pengetahuan semua , Taman Sutera berada 50 meter daripada sempadan Pulau Pinang .

5.3. Jarak Dari Bandar Taman Sutera terletak lebih kurang 10 km daripada Pusat Bandar . Penduduk di kawasan ini dapat ke Pusat Bandar dengan menggunakan segala kenderaan awam seperti teksi dan bas Rapid . 5.4 . Jenis Petempatan Taman Sutera adalah sebuah kawasan perumahan yang didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu , China dan India . Majoriti masyarakat terdiri daripada bangsa Melayu diikuti oleh India dan China .

KAEDAH KAJIAN 6.1. Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah : a) Pemerhatian b) Bancian c) Internet 1. PEMERHATIAN Selama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa memerhati ciri-ciri bentuk muka bumi di kawasan Taman Sutera dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan . 2. BORANG SOAL SELIDIK Saya juga telah memberi soalan kajian saya kepada 20 orang penduduk di Taman Sutera melibatkan 5 orang dari penempatan rumah pangsa, 5 orang di kawasan apartment dan kondominium, 5 orang di rumah teres dan selebihnya yang tinggal di rumah banglo .

3. INTERNET Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh di dapati melalui pemerhatian ataupun melalui kaedah soal selidik . Antara maklumat yang berguna saya perolehi adalah jumlah penduduk dan keluasan kawasan kajian .

HASIL KAJIAN 1. CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI Bentuk muka bumi di Taman Sutera adalah hampir rata serta beralun . Oleh sebab itu, Taman Sutera dibangunkan dan dibina kawasan penempatan keluarga yang luas . Selain itu, Taman Sutera juga dibangunkan untuk kawasan pejabat dan deretan kedai . Ini menyebabkan kawasan Taman Sutera padat dengan penduduk . Kepadatan penduduk ini kerajaan yabg membina infastruktur-infastruktur seperti lebuh raya yang dapat berhubung ke kawasan-kawasan lain dengan mudah, rumah kakitangan kerajaan ,deretan kedai, kemudahan pengangkutan awam seperti teksi, sekolah dan Hospital .

2. POTENSI BENTUK MUKA BUMI

Bentuk muka bumi yang hampir rata dan beralun tadi menyebabkan penduduk di Taman Sutera terlibat di dalam aktiviti perniagaan dan perkhidmatan . Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Taman Sutera telah menggalakkan aktiviti-aktiviti perniagaan . Terdapat ramai usahawanusahawan yang membuka perniagaan . Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan, butik, kedai runcit dan kedai servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel . Oleh itu, ramai penduduk disini menjalankan aktiviti perniagaan . Selain itu, penduduk di Taman Sutera terlibat di dalam bidang perkhidmatan kerana di kawasan Taman Sutera terdapat beberapa sekolah menengah, sekolah rendah, tadika, kelas Fardhu Ain dan IPTS iaitu Kolej Tunku Abdul Rahman . Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempattempat tersebut .

GRAF JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI TAMAN SUTERA 70 60 PELBAGAI BARANGAN

50 40 30

PELBAGAI PERKHIDMAT AN MAKANAN

20 10

3. Masalah

(JUMLAH KEDAI)

MAKANAN

PELBAGAI PERKHIDMATAN

PELBAGAI BARANGAN

0

(JUMLAH KEDAI)

Semasa saya men jalankan kajian di sekitar Taman Sutera dan mengedarkan borang kaji selidik kepada 20 orang penduduk Taman Sutera, saya dapati pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di sini . Antara masalah-masalah tersebut ialah :3.1. Vandalisme Masalah ini banyak berlaku di kawasan Taman Permainan di sekitar kawasan Taman Sutera . Di mana segala alat-alat permainan tadi yang rosak boleh mendatangkan bahaya kepada kanakkanak yang menggunakannya . Selain itu, kemudahan-kemudahan awam yang lain seperti pondok telefon yang didirikan untuk panggilan kecemasan telah dirosakkan dan tidak dapat digunakan lagi oleh para penduduk terutamanya ketika berlaku sebarang kecemasan seperti rompakan, kecurian dan kebakaran .

3.2. Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi di kawasan Taman Sutera berpunca daripada aktiviti-aktiviti pembinaan kawasan penempatan contohnya bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi . Bunyi bising ini boleh mengurangkan tumpuan para pelajar terutamanya kawasan pembinaan yang berhampiran dengan Sekolah Menengah Tun Hussien Onn . Selain itu, kesan yang lain adalah seperti pekak . 3.3. Sampah Penduduk di kawasan Taman Sutera tidak membuang sampah di tempat yang sepatutnya disediakan .

LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA

Segala masalah pasti terdapat cara untuk mengatasi . Disini, adalah beberapa cadangan saya perolehi daripada boring kaji selidik yang diedarkan untuk mengatasi masalah tersebut adalah :1. Pihak yang berhak perlu menguatkuasakan undang-undang bagi mengatasi masalah vandalisme . Bagi mereka yang melakukan jenayah ini, boleh dikenakan denda dan membayar duit untuk menggantikan alat yang rosak itu . 2. Masyarakat di Taman Sutera juga boleh bergotong-royong di kawasan yang bermasalah sampah .Aktiviti gotong-royong boleh dijalankan sebulan sekali untuk memastikan kebersihan kawasan penempatan . Pihak berwajib juga boleh memperbanyakkan tempat membuang sampah dan bagi memudahkan masyarakat .

RUMUSAN Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri-ciri bentuk muka bumi dan kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Taman Sutera . Selain itu, kajian ini membantu saya menyelidiki masalah-masalah yang sering dihadapi oleh penduduk-penduduk Taman Sutera serta mengumpul maklumat daripada sebahagian penduduk di Taman Sutera tentang cara-cara mengatasi masalah-masalah tersebut . Hasil daripadakajian ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di kawasan yang serba lengkap dan maju dengan kemudahan-kemudahan asas dan infastruktur yang lengkap .

RUJUKAN 1. Buku teks Geografi Tingkatan 1, KBSM Terbitan : Arus Intelek Sdn.Bhd. Tahun : Cetakan 4, 2006 . 2. Laman web : www. Scribd .com www. Tutor . com . my

LAMPIRAN

PETA PULAU PINANG GAMBAR SAYA

NAMA SAYA : NUR ILIYA ATIKAH BINTI IBRAHIM

Related Documents