Laporan Amali 04.docx

  • Uploaded by: hafiz
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Amali 04.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,257
  • Pages: 7
LAPORAN AMALI 04: BERJALAN & MEMORI VISUAL

PENGENALAN Menurut Cheryl (2013), memori ialah kebolehan menyimpan dan mendapatkan semula maklumat. Memori merupakan antara fungsi otak yang sangat penting dan memainkan peranan yang dominan dalam kehidupan seharian khususnya dalam pembelajaran sesuatu kemahiran baru atau pengekalan prestasi seseorang atlet.

Hal ini demikian kerana, dalam memori

tersimpan pengalaman pergerakan yang lepas yang dapat membantu dalam membuat keputusan tentang tindak balas motor apa yang perlu dilakukan dan cara untuk melakukannya. Menurut model Atkinson dan Shiffrin (1968) dalam Schmidt dan Lee (2013), terdapat tiga jenis memori. Antaranya ialah memori deria jangka pendek (short term memory store). Menurut Schmidt dan Lee (2013) lagi, setiap individu bergantung kepada memori deria jangka pendek ini dalam setiap aktiviti seharian mereka. Sebagai contoh, semasa melihat minuman dalam peti ais, kita menggunakan memori deria jangka pendek ini untuk mengambil minuman tersebut di mana pada masa yang sama, mata kita berlegar mencari objek lain yang terdapat dalam peti ais tersebut. Hal ini menunjukkan terdapatnya perkaitan antara deria penglihatan dan memori.

Antara aktiviti atau amali yang sesuai untuk membuktikan hubung kait antara deria penglihatan atau visual dengan memori ialah amali berjalan dan visual memori. Amali berjalan dan visual memori adalah aktiviti yang bertujuan untuk menilai bagaimana penglihatan dan memori bergabung untuk mempengaruhi lakuan berjalan. Amali ini memerlukan peserta untuk berjalan ke sasaran yang terletak 3 meter (dekat), 6 meter (sederhana) dan 9 meter (jauh) dari kedudukan mula dengan tiga keadaan yang berbeza iaitu seperti berjalan dengan mata terbuka tetapi melurus ke hadapan dan bukannya ke bawah lantai, mata ditutup sebelum mula berjalan dan akhir sekali mata ditutup dan dikehendaki menunggu selama 20 saat sebelum mula berjalan. Antara bahan keperluan amali ini ialah pita pengukur, pembaris, masking tape, penutup mata dan borang skor. Prosedur bag amali ini ialah gunakan masking tape untuk menandakan titik mula di atas lantai dengan satu tanda X. Kemudian, tandakan satu garis pendek dengan masking tape di tiga jarak berbeza dari X serta satu garisan lurus dari 3m, 6m, dan 9m. Peserta akan melaksanakan aktiviti mengikut turutan melalui arahan

yang akan diberikan oleh penilai

berdasarkan borang skor/jadual keputusan. Sebelum setiap percubaan, peserta perlu memerhati jarak ketiga-tiga sasaran dan berikan isyarata sedia secara lisan kepada penilai. Penilai akan menyebut sama ada “pandang lurus ke hadapan” (situasi mata terbuka) atau “tutup mata” (situasi mata tertutup) dan memberitahu sasaran mana yang peru dicapai pada percubaan tersebut. Dalam keadaan mata dibuka dan mata ditutup tanpa penangguhan 20 saat, penilai akan maklumkan kepada peserta untuk mula berjalan. Dalam keadaan mata ditutup selama 20 saat, penilai akan maklumkan kepada peserta untuk mengiran “satu ribu 1 sehingga satu ribu 20” dan

mula berjalan. Ukuran akan diambil berdasarkan bahagian kaki hadapan kanan menyentuh garisan penamat dengan menggunakan pita pengukur dalam ukuran meter (m).

DAPATAN

Mata ditutup tanpa Mata

ditutup

Mata Dibuka

penangguhan

selama 20saat

Perfect Line

3m

0.33

1.37

0.09

0

6m

-0.06

0.74

-0.30

0

9m

0.66

0.33

0.72

0

Jadual 1

KESAN MEMORI PENGLIHATAN KE ATAS LAKUAN BERJALAN 1.6

Mata Dibuka

Mata ditutup tanpa penangguhan

Mata ditutup selama 20saat

Perfect Line

1.4 1.2

Skor Ralat Mutlak (m)

1 0.8 0.6 0.4 0.2 0 3m

6m

-0.2 -0.4

Jarak Sasaran (m)

Graf 1

9m

Berdasarkan graf di atas, kita dapat lihat keseluruhan keputusan saya di antara ketiga-tiga keadaan yang berbeza. 1. Mata dibuka Hafiz

Azikrul

Perfect

3m

0.33

-0.03

0

6m

-0.06

-0.06

0

9m

0.66

-0.11

0

Mata Dibuka 1.8

Hafiz Azikrul

1.6

Perfect 1.4

Skor ralat mutlak (m)

1.2 1 0.8 0.6 0.4 0.2 0 3m -0.2

6m

9m

Jarak Sasaran (meter)

2. Mata ditutup tanpa penangguhan

Hafiz

Azikrul

Perfect

3m

1.37

0.63

0

6m

0.74

-0.1

0

9m

0.33

0.08

0

Mata ditutup tanpa penangguhan Hafiz

1.6

Azikrul

1.4

Perfect

Skor Ralat Mutlak (meter)

1.2 1 0.8 0.6 0.4 0.2 0 3m -0.2

6m

9m

Jarak Sasaran (meter)

3. Mata ditutup selama 20 saat Hafiz

Azikrul

Perfect

3m

0.09

-0.04

0

6m

-0.30

0.42

0

9m

0.72

0.28

0

Mata Ditutup selama 20 saat Hafiz

0.8

Azikrul

Skor Ralat Mutlak (meter)

0.6

Perfect Line

0.4

0.2 0 3m

6m

9m

-0.2 -0.4

Jarak Sasaran (meter)

Min ralat prestasi: Peserta

Mata dibuka

Mata ditutup tanpa Mata ditutup selama penangguhan

20 saat

Hafiz

1.05

2.44

1.11

Azikrul

0.2

0.51

0.81

PERBINCANGAN Berdasarkan jadual dan graf di atas, prestasi berjalan dapat dipengaruhi oleh dua faktor. Faktor pertama ialah jarak. Hal ini dapat dibuktikan melalui data yang telah diperoleh di mana semakin jauh jarak yang perlu dilalui semakin tinggi ralat prestasi. Sebagai contoh, bagi keadaan mata ditutup selama 20 saat, ralat prestasi Hafiz bagi jarak 3 meter ialah 0.09 dan ianya meningkat ke 0.3 bagi jarak 6 meter dan 0.72 bagi 9 meter. Bagi Azikrul pula, ralat prestasi yang diperolehi bagi keadaan mata tertutup selama 20 saat bagi 3 meter ialah 0.04, dan meningkat ke 0.42 bagi jarak 6 meter dan kembali menurun bagi jarak 9 meter iaitu 0.28. Hal ini mungkin disebabkan apabila semakin jauh jarak yang perlu dilalui, semakin sukar pengekalan fokus oleh seseorang individu tersebut dan lebih sukar untuk menganggarkan jarak sebenar yang perlu dilalui.

Seterusnya, faktor kedua yang dapat mempengaruhi prestasi berjalan ialah keadaan penglihatan yang berbeza-beza. Dalam ujian amali ini, peserta dikehendaki berjalan dalam tiga keadaan iaitu mata dibuka, mata ditutup tanpa penangguhan dan mata ditutup selama 20 saat. Berdasarkan min ralat prestasi bagi ketiga-tiga keadaan oleh Hafiz, kedaan mata ditutup tanpa penangguhan mencatatkan min ralat prestasi yang paling tinggi iaitu pada 2.44 berbanding mata

dibuka, 1.05 dan mata ditutup selama 20 saat 1.11. Hal ini menunjukkan sedikit ralat pada ujian amali ini di mana sepatutnya keadaan mata ditutup selama 20 saat yang sepatutnya mempunyai min ralat prestasi yang paling tinggi. Hal ini demikian kerana, menurut Plotnik dan Kouyoumdjian (2011), memori deria jangka masa pendek hanya bertahan untuk jangka masa pendek iaitu beberapa ratus milisaat sahaja. Selain itu, bagi keadaan mata ditutup selama 20 saat, memori mempunyai risiko untuk hilang di mana berdasarkan Decay Theory, sesebuah maklumat yang diperoleh menjadi sukar untuk diingat kembali apabila semakin lama masa berlalu.

Selain itu, terdapat juga beberapa sebab yang lain yang mungkin turut mempengaruhi perbezaan data yang diperoleh. Antaranya ialah gangguan dari persekitaran. Sebagai contoh, semasa melakukan amali berjalan ini, fokus peserta boleh terganggu oleh suara-suara rakan atau bunyi-bunyi dari persekitaran. Hal ini sedikit sebanyak dapat menyebabkan ralat dalam perolehan data dan menjejaskan kesahan ujian amali tersebut. Selain itu, prestasi berjalan juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti permukaan lantai yang berbeza-beza. Sebagai contoh, semasa ujian amali tersebut yang dilaksanakan dalam dewan, saya telah melalui dua permukaan yang berbeza iaitu lantai dewan tersebut dan karpet yang telah dihampar di tengahtengah dewan tersebut. Hal ini dapat menjejaskan kesahan amali ini di mana peserta dapat mengagak jarak yang perlu dilalui apabila mereka memijak karpet tersebut.

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, amali yang dijalankan ini benar-benar bersesuaian untuk menguji perkaitan antara deria penglihatan atau visual dengan memori. Hal ini demikian kerana, melalui data-data yang telah diperoleh, telah dapat disimpulkan bahawa keadaan penglihatan yang berbeza-beza dapat mempengaruhi memori serta perlakuan sesuatu pergerakan. Selain itu, berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan, kita dapat menilai bahawa memori bukanlah hanya sekadar keupayaan untuk menyimpan dan mengeluarkan maklumat semata-mata malah turut mempunyai impak yang besar dalam mempengaruhi prestasi seseorang atlet khususnya dalam pelaksanaan sesuatu kemahiran dan dalam membuat sesuatu keputusan.

RUJUKAN

Coker, C. A. (2013). Motor learning & control for practitioners: With online labs. Scottsdale, AZ: Holcomb Hathaway.

Plotnik, R., & Kouyoumdjian, H. (2012). Discovery Series: Introduction to Psychology. Boston, MA: Cengage Learning.

Schmidt, R., & Lee, T. (2013). Motor Learning and Performance, 5E With Web Study Guide: From Principles to Application. Champaign, IL: Human Kinetics.

Related Documents

Laporan Amali 04.docx
December 2019 42
Laporan Amali Anatomi
August 2019 37
Amali
October 2019 41
Amali
October 2019 41

More Documents from "Ensiklopedia Pendidikan Malaysia"

May 2020 34
Teori An.pptx
June 2020 30
Kki.docx
June 2020 32
Skrip Latihan Imageri.docx
December 2019 58
Laporan Amali 04.docx
December 2019 42