Kerja Khusus Geografi Pmr

  • Uploaded by: Jeffry Buyung
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Khusus Geografi Pmr as PDF for free.

More details

  • Words: 1,569
  • Pages: 15
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

Kajian geografi tempatan Bentuk muka bumi Bandar Country Homes, Rawang,Selangor dan potensinya berbanding Pulau Jawa,Indonesia

Nama:Muhammad Jeffry Bin Buyung No K.P:940320-14-5509 Tingkatan:3 Gigih Tarikh Hantar:30.6.2009 Markah:

Isi kandungan BIL

ISI KANDUNGAN

1

Penghargaan

2

Pendahuluan

3

Objektif Kajian

4

Kawasan Kajian

5

Kaedah Kajian

6

Dapatan Kajian 1.BMB dan cirinya. 2.Potensi BMB kepada kegiatan manusia dan pembangunan Bandar Country Homes. 3.Halangan BMB terhadap kegiatan manusia. 4.Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. 5.Langakh mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

7

Rumusan

8

Lampiran

HALAMAN

Penghargaan Alhamdulillah,syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan folio sejarah ini.Tanpa izinnya tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya Muhammad Jeffry Bin Buyung ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ibu dan bapa saya yang telah membantu saya dari segi sokongan dan kewangan.Bapa saya juga banyak memberikan maklumat-maklumat.tambahan.Tugasan saya mungkin bertambah sukar jika mereka berdua bantuan daripada beliau.Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada pihak sekolah,terutama kepada pengetua S.M.K Taman Desa Puan Zakiah Binti Isa dan Puan Zaliah guru geografi saya yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang agak sukar ini.Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu saya dari segi pengetahuan dan berkongsi bahan semasa membuat kajian folio sejarah ini.Akhir sekali,saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan folio bangunan berserjarah ini.JASAMU DIKENANG

Pendahuluan Bagi memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR) yang diberi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, saya Muhammad Jeffry Bin Buyung telah memilih tajuk bentuk muka bumi Bandar Country Homes dan potensinya berbanding Pulau Jawa. Tujuan saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian adalah kerana kawasan ini berhampiran dengan tempat saya tinggal dan memudahkan lagi kerja-kerja kajian yang perlu saya lakukan. Selain itu, kos kajian adalah murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke kawasan kajian. Tambahan pula, sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah mesra. Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam menghasilkan kajian ini. Tempoh untuk menjalankan kajian ini memakan masa selama lebih kurang enam bulan bermula daripada bulan Februari hingga Julai.

Objektif kajian Objektif kajian dalam melaksanakan kajian ini adalah untuk: 1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan di Bandar Country Homes dan Pulau Jawa,Indonesia. 2. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi di Bandar Country Homes dan Pulau Jawa, Indonesia. 3. Mengenalpasti bentuk muka bumi ,potensi Bandar Country Homes dan Pulau Jawa,Indonesia. 4. Mengenal pasti pekerjaan penduduk Bandar Country Homes dan Pulau Jawa. 5. Mencadangkan langkah mengurangkan masalah petempatan di Bandar Country Homes danPulau Jawa,Indonesia 6. Memupuk perasaan bangga terhadap tempat tinggal yang selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan.

Kawasan kajian Bandar Country Homes,Rawang,Selangor. Kawasan kajian saya ialah Bandar Country Homes yang terletak di utara dari Pekan Rawang. Jarak Bandar Country Homes dari Pekan Rawang adalah kira-kira 10 kilometer dan 32 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang. Pandang darat fizikal ialah dari kawasan perladangan kepada pembinaan sekolah,kawasan perumahan, pasar berbangunan,masjid dan banyak lagi.Keluasan Bandar Country Homes seluas 730 hektar.

KAEDAH KAJIAN Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat:

1. PEMERHATIAN Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti bentuk muka bumi dan lainlain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan kajian nanti.

2. RUJUKAN Kaedah rujukan yang dilakukan ialah dengan merujuk kepada buku teks dan melayari internet selain merujuk kepada orang sumber seperti ibu bapa dan jiran yang telah lama tinggal di kawasan kajian.

3. TEMU BUAL Saya telah menemu bual beberapa orang responden yang merupakan penduduk di kawasan kajian.

Dapatan kajian 8.1.bentuk muka bumi Bandar Country Homes dan Pulau Jawa

Bentuk muka Bandar country homes terdiri daripada kawasan yang beralun.Disamping itu terdapat juga kawasan tanah pamah.Ketinggian kawasan Bandar Country Homes secara umumnya adalah lebih kurang 300 meter dari aras laut.Bahagian utara Bandar Country Homes lebih beralun berbanding kawasan yang lain.

Manakala Pulau Jawa merupakan sebuah pulau yang terletak di tengah-tengah Indonesia.Pulau ini dikelilingi oleh Lautan Hindi disebelah barat dan Lautan China Selatan di sebelah timur.Di Pulau Jawa terdapat gunung berapi yang masih aktif seperti Gunung Merapi dan Mahameru.

Oleh itu kita perlu bersyukur kerana kawasan kediaman kita tidak mempunyai dugaan alam yang dasyat.Selain itu juga kita perlu mempunyai semangat cinta akan negara kerana mempunyai sebuah negara yang kurang berlaku bencana alam.

8.2potensi BMB kepada kegiatan manusia dan pembangunan di BCH. Bandar Country Homes mempunyai tanah yang rata.selain itu juga lebuh raya yang berdekatan(hanya 3 kilometer dari Bandar Country Homes)mengambil masa selama 10 minit jika menaiki kenderaan.Oleh yang demikian purata penduduk Bandar Country Homes bekerja di kawasan-kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur,Petaling Jaya,Shah Alam dan banyak lagi. Di Bandar Country Homes terdapat beberapa perniagaan yang dijalankan oleh penduduk dan orang luar. contoh perniagaan yang dijalankan ialah membuka restoran kedai runcit dan banyak lagi.Selain itu juga kegiatan perniagaan di Bandar Country Homes boleh dibuktikan dengan adanya kilang lampin bayi yang terdapat di Bandar Country Homes.

Pulau Jawa juga mempunyai potensi dari segi bentuk muka buminya.Bentuk muka bumi Pulau Jawa yang sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian.Selain itu jugaPulau Jawa mempunyai tanah yang subur ini disebabkan kerana tanah di Pulau Jawa adalah bekas tanah gunung berapi.Pulau Jawa juga menjadi tumpuan pelancong kerana mempunyai banyak tempat menarik seperti gunung merapi

Penduduk yang menetap di Bandar Country Homes amat bersyukur kepada Tuhan kerana kawasan Bandar Country Homes adalah kawasan tanah pamah yang rata . Begitu juga dengan penduduk Pulau Jawa yang bersyukur dan berterima kasih kerana Pulau Jawa mempunyai tanah aluvium yang subur untuk kegiatan menanam padi.

8.3Halangan Bentuk muka bumi Kepada Manusia

Bandar Country Homes mempunyai beberapa halangan diantaranya kesesakan jalan raya yang hanya berlaku di satu kawasan diwaktu tengahhari kerana purata pelajar pulang sekolahdiwaktu tengahhari ini disebabkan oleh lokasi empat sekolah yang bersebelahan iaitu S.M.K Taman Desa,S.K Taman Desa,S.K Taman Desa,dan SRA Al-Furqan.

Pulau Jawa juga mempunyai beberapa halangan diantaranya ialah bentuk muka bumi yang berbukit dan mempunyai risiko yang amat besar terjadinya tanah runtuh. Selain itu juga Pulau Jawa terdapat gunung berapi yang masih aktif.

Melalui daripada kajian yang telah saya jalankan, saya berbangga dan bersyukur menjadi rakyatMalaysia kerana dapat hidup dengan aman dan selesa.

8.4 kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar yang berlaku di Bandar Country Homes,Rawang ialah pencemaran udara yang disebabkan oleh jumlah penduduk memakai kenderaan bertambah.Selain itu juga,asap kilang yang terletak berhampiran Bandar Country Homes.

Tambahan pula, saya juga mendapati sesetengah kawasan kajian saya mengalami masalah sistem saluran perparitan yang tidak diselenggara dengan baik. Ketika hujan, air tidak dapat mengalir dengan lancer disebabkan sikap segelintir penduduk yang selalu membuang sampah ke dalam longkang dan menyebabkannya tersumbat.

Manakala di Pulau Jawa,masalah yang di hadapi ialah pengunaan racun serangga yang berleluasa untuk kegunaan pertanian.pengunaan racun serangga yang berleluasa boleh menyebabkan pencemaran tanih seterusnya tanih tidak menjadfi subur.

Pulau Jawa juga mempunyai penduduk yang terlalu ramai dan menyebabkan kegunaan tanah yang terhad.Selain itu juga penduduk Pulau Jawa terpaksa tinggal di pinggiran bukit kerana tidak mempunyai tanah yang lain.

Walau bagaimanapun, saya sebagai penduduk tetap bersyukur dan bangga kerana pihak penduduk di Walau bagaimanapun, saya sebagai penduduk tetap bersyukur dan bangga kerana pihak penduduk di Bandar Country Homes berusaha untuk mengurangkan masalah-masalah petempatan. Sehubungan dengan itu, penduduk Pulau Jawa juga bersyukur kerana kurang berlaku pencemaran di kawasan mereka

8.5 Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

Masalah pencemaran udara yang dihadapi dapat ditangani dengan mengadakan kempen kesedaran kepada penduduk mengenai masalah jerebu yang semakin serius. Kempen ini juga dapat memberi kesedaran kepada penduduk agar menjaga alam sekitar seperti berkongsi kereta ketempat kerja selain untuk menjamin kesegaran udara bagi penduduk.

Kedua, masalah sistem parparitan dapat diatasi dengan menyebarkan poster kepada penduduk agar tidak terus membuang sampah kedalam longkang.Penyebaran poster tentang akibat atau kesedaran yang berlaku akibat dari pembuangan sampah-sarap ke dalam parit juga akan dapat mengurangkan masalah perparitan daripada terus teruk.

Manakala di Pulau Jawa pula harus di beri kesedaran kepada petani-petani agar idak menggunakan racun serangga dan baja kimia secara berleluasa dan menghadkan penggunaan racun serangga.Selain itu, kerajaan Indonesia perlu mengambil tindakan kepada petani yang menggunakan racun serangga dan baja kimia yang berlebihan

Selain itu juga,kerajaan Indonesia juga perlu membuka kawasan petempatan yang baru agar dapat mengurangkan masalah kepadatan penduduk yang serius.

Penduduk di Bandar Country Homes sangat bersyukur kerana terdapat pelbagai kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memudahkan kehidupan mereka.Penduduk Pulau Jawa pula bersyukur kerana tinggal di negara yang aman .

rumusan Jenis petempatan di Bandar Country Homes adalah merupakan sebuah petempatan bandar dan mempunyai pola petempatan berpusat. Hal ini kerana rumah penduduk dibina dalam keadaan rapat. Terdapat juga pelbagai infrastruktur dan kemudahan asas dibina berdekatan dengan kawasan kajian. petempatan berpusat.

Fungsi Bandar Country Homes dibangunkan adalah untuk kawasan petempatan. Selain itu, terdapat juga sistem kemudahan asas dan sistem pengangkutan dan perhubungan yang disediakan bagi kemudahan penduduk.

Di kawasan kajian juga mempunyai beberapa masalah seperti masalah pencemaran udara. Ekoran itu, saya telah membuat kajian cara untuk mengatasi masalah tersebut, iaitu, dengan mengadakan kempen dan menyebarkan poster kesedaran. Melalui daripada kajian yang telah saya jalankan, saya berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana dapat hidup dengan aman dan selesa.

Taburan tempat pekerjaan Tempat berkerja Kuala Lumpur Bandar Country Homes Rawang Damansara Shah Alam Lain-lain

Bilangan penduduk 43 4 4 6 1 8

Rujukan a)Buku Teks -Abdul Rahim Mohammad Nor,2008,Geografi tingkatan3,Cerdik Publications Sdn.Bhd,muka surat 196-221

b)Ensiklopedia. -The New Encyclopedia Britannica volume 21,fifteen edition,2002,Encyclopedia Britannica Inc,Muka surat 216-217

c)Internet -www.vmgo.com/vu/peta+pulau+jawa.html - en.wikipedia.org/wiki/Bandar_Country_Homes

Related Documents


More Documents from ""