Kerja Khusus Geografi

  • Uploaded by: nani_cute
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Khusus Geografi as PDF for free.

More details

  • Words: 987
  • Pages: 10
1. JENIS DAN POLA PETEMPATAN

Pola petempatan di Taman Kenari ialah pola petempatan terancang. Jumlah penduduk di Taman Kenari ialah lebih kurang 10 ribu orang. Aktiviti penduduk di Taman Kenari ialah berniaga, bekerja di sektor perkilangan dan di sektor awam. Pola petempatan negara bandingan iaitu Indonesia ialah pola petempatan berpusat dan berselerak.Jumlah penduduk di Indonesia ialah 222 781 500 orang. Petempatan berpusat terdapat di bandar-bandar besar seperti Jakarta, Surabaya dan Medan. Petempatan berselerak terdapat di kawasan pedalaman seperti di pulau-pulau dan di Kalimantan. Kepadatan penduduk di Indonesia ialah 117 per km . Saya amat bersyukur kerana penduduk di Taman Kenari tidak membuang masa dan melakukan aktiviti yang berfaedah.

2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

Bentuk muka bumi di kawasan kajian saya sebelum ini adalah tanah tinggi dan dipenuhi tanaman getah. Tanah tinggi tersebut diratakan manakala tanaman getah ditebang untuk dijadikan kawasan perumahan iaitu Taman Kenari. Selain itu, faktor yang mempengaruhi adalah kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan tersebut. Antaranya ialah perniagaan. Contoh perniagaan yang dijalankan ialah kedai runcit, kedai alat tulis dan sebagainya. Seterusnya ialah perkilangan. Kebanyakan penduduk di Taman Kenari bekerja dalam sektor perkilangan di Kulim Hi-Tech, Kulim dan Perai, Pulau Pinang. Di negara Indonesia, bentuk muka bumi adalah tanah tinggi dan tanah pamah. Di tanah tinggi Pulau Jawa dijadikan kawasan pertanian. Tanah tinggi tersebut dijadi lereng dan ditanam tanaman padi. Terdapat beberapa gunung berapi di kawasan pedalaman petempatan. Selain itu, faktor yang mempengaruhi adalah kegiatan ekonomi yang dijalankan di negara tersebut. Antaranya ialah perniagaan di bandar seperti Jakarta dan Surabaya. Saya bersyukur kerana keadaan bentuk muka bumi di Taman Kenari tidak membawa faktor yang negatif kepada penduduk Taman Kenari.

3.FUNGSI PETEMPATAN Terdapat 3 fungsi petempatan iaitu dari segi ekonomi, politik dan sosial. Dari segi fungsi sosial boleh dilihat fungsi sebagai pusat pendidikan. Di Taman Kenari terdapat sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Kenari dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari. Selain itu, terdapat beberapa buah tadika iaitu Tadika Cahayaku al-Itqan, Tadika Abim al-Hasanah dan banyak lagi. Fungsi dari segi ekonomi pula, kebanyakan kegiatan ekonomi yang dijalankan di sini adalah perniagaan, perkhidmatan dan bekerja di kilang. Contohnya, terdapat kedairuncit, kedai makan dan kedai alat tulis. Selain itu, kawasan Taman Kenari juga mempunyai kemudahan pengangkutan (jalan raya) yang baik menghubungkannya dengan bandar Kulim dan kawasan sekitarnya serta bandar-bandar lain seperti Butterworth dan Sungai Petani. Manakala, di negara Indonesia pula mempunyai fungsi yang pelbagai kerana petempatan ini merupakan petempatan bandar yang mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya fungsi dari segi ekonomi ialah di sektor perniagaan, pertanian dan pelancongan. Di negara Indonesia, terdapat satu tempat pelancongan yang popular iaitu Pulau Bali. Kegiatan pertanian pula dijalankan di Pulau Jawa. Saya bersyukur kerana di kawasan perumahan Taman Kenari terdapt pelbagai kemudahan terutama pendidikan yang memudahkan anak-anak penduduk di Taman Kenari belajar.

4. MASALAH PETEMPATAN Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk yang menetap di Taman Kenari ialah kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas yang berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Kenari dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari ketika para pelajar pergi dan pulang dari sekolah. Selain itu, masalah pencemaran udara yang berlaku berpunca daripada asap dari kenderaan bermotor dan pembakaran sampah secara terbuka. Masalah di bandaraya Jakarta, Indonesia ialah masalah kesesakan lalu lintas dan juga masalah kekurangan tempat tinggal. Masalah kesesakan lalu lintas di Indonesia berlaku pada waktu puncak iaitu semasa penduduk pergi dan balik dari kerja. Pertambahan kenderaan di jalan raya mengakibatkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Rumah-rumah yang terletak di sepanjang jalan raya yang sibuk ini sering terganggu dengan pencemaran bunyi. Selain itu, terdapat juga rumah yang diperbuat daripada kotak kertas. Di Indonesia, masalah perumahan merupakan masalah yang serius. Terdapat lebih 100 juta penduduk setinggan di bandar-bandar di Indonesia. Contohnya, di Jakarta. Kadar sewa kediaman yang sangat tinggi di Indonesiamemaksa keluarga berpendapatan 100 ribu rupiah sebulan tinggal di rumah setinggan di pinggir bandar. Walau bagaimanapun, saya bersyukur dan berbangga kerana pihak penduduk di Taman Kenari berusaha untuk mengurangkan masalah-masalah petempatan yang wujud. Oleh itu, penduduk di sini dapat hidup dengan aman dan makmur.

5. LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN Masalah petempatan di Taman Kenari iaitu masalah kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan cara pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan yang sama berkongsi kenderaan untuk ke sekolah. Selain itu, mereka juga boleh menaiki bas atau van sekolah. Dengan cara ini, kesesakan lalu lintas ketika para pelajar pergi ke sekolah atau pulang dari sekolah dapat dikurangkan. Langkah bagi mengatasi masalah pencemaran udara pula ialah penduduk yang menggunakan kenderaan bermotor menggunakan minyak petrol tanpa plumbum. Selain itu, mereka juga boleh memasang alat catalytic converter. Masalah pencemaran udara yang dilakukan melalui pembakaran sampah secara terbuka dapat diatasi jika pihak Majlis Perbandaran Kulim menguatkuasakan undang-undang mengharamkan pembakaran terbuka. Selain itu, pihak Majlis Perbandaran Kulim mengenakan denda terhadap mana-man pihak melakukan pembakaran terbuka. Kesesakan lalu lintas di negara Indonesia boleh dikurangkan dengan membina jalan raya bertingkat. Manakala untuk mengurangkan masalah rumah setinggan, kerajaan Indonesia memberi pinjaman kepada penduduk untuk membina rumah sendiri di kawasan pinggir bandar. Saya berterima kasih dan bersukur kerana penduduk Taman Kenari memberi kerjasama dalam mengurangkan masalah petempatan di Taman Kenari.

Taman Kenari merupakan sebuah petempatan bandar. Kawasan ini dijadikan petempatan kerana kesesuaian bentuk muka buminya yang rendah. Di negara Indonesia juga faktor yang mempengaruhi petampatan juga adalah kesesuaian bentuk muka buminya. Negara Indonesia juga merupakan petempatan bandar dan luar bandar. Manakala pola petempatannya ialah berpusat dan berselerak. Jaringan pengangkutan yang baik meningkatkan darjah ketersampaian di Taman Kenari dan di negara Indonesia. Dari segi fungsi petempatan pula Taman Kenari mempunyai penduduk yang terlibat dalm perniagaan dan perindustrian. Begitu juga di negara Indonesia. Taman ini juga menawarkan fungsi sosial seperti pusat pendidikan dan keagamaan, pengangkutan dan perhubungan. Walau bagaimanapun, beberapa masalah telah wujud di Taman Kenari seperti kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara. Oleh itu, saya mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil seperti menggunakan petrol tanpa plumbum dan menguatkuasakan pengharaman pembakaran sampah secara terbuka.

BIL.

FUNGSI EKONOMI

JUMLAH

1.

Kedai runcit

10

2.

Gerai buah-buahan

3

3.

Kedai / gerai makan

6

4.

Lain-lain

6

Related Documents