Latar belakang Imam Al-Ghazali Nama sebenar Imam Al-Ghazali ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-tusi. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Al-Ghazali iaitu nisbah kepada kampung tempat kelahirannya iaitu ghazalah yg terletak dipinggir bandar Tusi di dalam wilayah Khurasan, Parsi, (Iran). Panggilan tersebut dinisbahkan kepada bapanya seorang tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa Arabnya dikatakan alGhazzal. Imam Al-Ghazali juga digelar Abu Hamid, yang bererti bapa kepada Hamid iaitu dinisbahkan kepada anaknya yang meninggal dunia ketika masih bayi. Beliau juga digelar Hujjatul Islam iaitu suatu gelaran penghormatan yang diberikan kepadanya kerana kejituan dan kekuatan hujjahnya di dalam membela agama Islam.
SEJAUHMANAKAH SUMBANGAN AL-GHAZALI TERHADAP PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
Imam Al-Ghazali (450H-505H/1058-1111M) merupakan satu nama besar yang begitu sinonim dengan masyarakat alam melayu nusantara amnya dan Malaysia khususnya.Kesan pemikiran Imam Al-Ghazali dapat dijejaki melalui karya-karya besar beliau seperti Bidayatul Hidayah, Ihya' Ulum al-Din, Minhaj al-'Abidin dan lain-lain( Mohd. Zain Abd. Rahman, 2001)
1
Imam al-Ghazali adalah cendekiawan Islam abad pertengahan yang mempunyai pengaruh besar dalam kebangkitan peradaban manusia sama ada dalam dunia Islam ataupun dunia keintelektualan Barat. Pemikirannya terkandung dalam lebih 300 buah kitab meliputi pelbagai bidang, dari falsafah, etika, pendidikan, kaunseling, tasawuf, psikologi hinggalah ke pemahaman mendalam mengenai politik dan pengurusan negara.
Walaupun Al-Ghazali lebih terkenal dalam bidang falsafah etika dan tasawuf, karya-karyanya turut memperlihatkan keinginan besar untuk menghidupkan semula jiwa agama dalam seluruh kehidupan manusia. Hakikat ini disampaikan oleh al-Ghazali dalam setiap karyanya dengan menjelaskan bahawa tujuan sebenar hidup ialah untuk “mencari keredaan Allah” dan “mencapai kesempurnaan iman.” Bertolak daripada pandangan itu, al-Ghazali mengambil pendekatan yang ditawarkan oleh Islam, iaitu secara berhemah dan melaksanakan tindakan dalam bentuk nasihat.
Dari sudut pandang ilmu pendidikan Islam, Imam Al-Ghazali menegaskan di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin bahawa “ hasil dari ilmu sesungguhnya ialah mendekatkan diri kepada Allah “.
Menurut Al-Ghazali, pendekatan diri kepada Allah merupakan tujuan pendidikan. Orang dapat mendekatkan diri kepada Allah hanya setelah memperoleh ilmu pengetahuan. Pengaruh pemikiran Imam Al-Ghazali di Malaysia sebelum kemerdekaan. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, karya-karya Imam Al-Ghazali banyak dijadikan sebagai bahan pengajaran di pondok, madrasah, surau dan masjid sekitar alam
2
melayu. Antara karya-karya beliau yang sering diajar adalah Bidayatul Hidayah (permulaan hidayah) yang membicarakan tentang adab-adab seorang muslim dari bangun tidur hingga waktu tidur.Selain itu kitab beliau yang terkenal dalam pendidikan awal
kanak-kanak yang mengandungi nasihat-nasihat dan hikmah-hikmah adalah
Ayyuhal Walad (Wahai anakku).
Dalam bidang tasawuf, pengaruh Imam Ghazali di alam Melayu juga dapat dilihat dalam pelbagai penghasilan karya-karya ulama alam Melayu, daripada para sarjana abad ke-17 Masihi seperti Syeikh Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumatarani, Nuruddin alRaniri, Abdul Rauf al-Singkili dan Yusuf al-Makasari, hingga ke barisan cendiakawan abad ke-19 Masihi seumpama Muhammad Nafis al-Banjari, Abdul Samad al-Palembani, serta Daud al-Fatani (Mohd.Zain Abdul Rahman,2001)
Dampak dari pengaruh pemikiran tasawuf Al-Ghazali, banyak karya-karya Imam Al-Ghazali diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi seterusnya diajar kepada umat melayu di nusantara termasuk semenanjung Tanah Melayu seperti Ihya' Ulum al-Din, Bidayat al-Hidayah yang diberi nama Hidayatus Salikin oleh Sheikh Abd alSamad al-Palimbani dan Minhaj al-'Abidin yang diterjemahkan oleh Syeih Daud Al Fatani pada tahun 1825.
Pengaruh pemikiran Imam Al-Ghazali di Malaysia selepas kemerdekaan.
Dalam konteks pemikiran pendidikan Islam di Malaysia, pengaruh Imam AlGhazali amat ketara terutamanya memartabat pegangan ahli sunnah wal jamaah yang bermazhab asya’irah dari sudat akidah dan mazhab syafie dari sudut pandangan fiqh dan
3
fatwa.Karya-karya beliau dijadikan bahan rujukan utama mazhab Al-Syafie dan ahli sunnah wal jamaah (aswj) negara ini.Antara karya-karya Imam Al-Ghazali yang menjadi rujukan (aswj) negara ini ialah Munqiz Ad dhalal dalam bidang falsafah, Al-Basit dan AlWajiz dalam bidang Fiqh, Al-Mustasfa dalam bidang Usul Fiqh, Mizan Al-Amal dalam bidang Akhlak, Minhaj Al-A’bidain dalam bidang Tasawuf Islam dan Nasihat Al-Muluk (Nasihat kepada pemerintah) dikarang dalam bidang politik dan kenegaraan. Pemikiran Al-Ghazali tentang Pendidikan Islam. Ciri khas sistem al-Ghazali sebenarnya terletak pada pengajaran agama Islam dengan tanpa mengabaikan urusan dunia. Tujuan pendidikan menurut Al-Ghazali adalah mengarah kepada realisasi tujuan keagamaan dan akhlak, dengan titik penekanannya pada perolehan keutamaan dan taqarrub kepada Allah dan bukan untuk mencari kedudukan yang tinggi atau mendapatkan kemegahan dunia (Afiful Ikhwan,2016).Jika dibandingkan dengan Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia, nescaya akan didapati kesan pengaruh pemikiran Imam Al-Ghazali iaitu menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab sebagaimana disebut di dalam kerangka Falsafah Pendidkan Islam Malaysia. “Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah bagi menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab untuk kebaikan dunia dan akhirat”.(Falsafah Pendidikan Islam) Menurut Imam Al-Gahazali, hukum ilmu pendidikan Islam terbahagi kepada dua komponen utama iaitu ilmu Fardu Ain dan ilmu Fardu Kifayah iaitu Iilmu yang berkaitan urusan dunia seperti sains, matematik, kedoktoran dan sebagainya.Ilmu Fardu Ain
4
adalah ilmu yang wajib dipelajari seperti ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran, As-sunnah, Akhlak dan ilmu agama yang lain.Atas dasar ini, kerajaan Malaysia mewajibkan semua pelajar beragama Islam mendapatkan pendidikan Islam di sekolah-sekolah.Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) diterapkan sejak dari awal peringkat persekolahan. Manakala Kurikulum pendidikan menurut al-Ghazali hendaknya mencakup tiga unsur utama, iaitu jasmani, akal dan akhlak, serta asas-asas dan prinsip-prinsip yang dipakai untuk mendidik anak (Imroh Atul Musfiroh,2014).Hal ini adalah selari dengan kerangka Falsafah Pendidikan Malaysia iaitu : “ Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”
Pengaruh pemikiran Al-Ghazali ini juga dapat dilihat dan diamati di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Gelombang 1 dalam perkara : “Mengukuhkan laluan pendidikan agama” telah menyatakan bahawa “ ..kementerian beriltizam menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk berjaya dalam pasaran kerja
berasaskan
nilai
dan
tasawur
Islam
yang
kukuh.
Kementerian
akan
memperkukuhkan pelaksanaan kurikulum kebangsaan di sekolah agama dengan 5
mengangkat kurikulum Dini dan Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan serta menerapkan unsur-unsur agama ke dalam kurikulum kebangsaan”.
Dengan melengkapkan ilmu agama yang kukuh tanpa melupakan aspek jasmani,intelek dan rohani iaitu gabung jalin tuntutan Fardu Ain dan Fardu Kifayah nescaya akan melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat sebagaimana diinspirasikan oleh pemikiran Imam Al-Ghazali.
Rumusan
Pendidikan Islam menurut imam Al-Ghazali adalah sarana kemasyarakatan bagi umat Islam yang berdasarkan Al-Qur‟an dan As-Sunnah untuk menuju kesempurnaan hidup manusia hingga mencapai insan kamil (sempurna) yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dan kesempurnaan manusia yang bertujuan meraih kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak. Pencapaian kesempurnaan hidup melalui proses pendidikan juga merupakan tujuan dari pendidikan Islam itu sendiri.
Selain itu, pendidikan Islam menurut Al-Ghazali yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah ialah berasaskan perbagai ilmu pengetahuan sebagai titik pertemuan yang menghubungkan hamba dengan Tuhannya, sehingga ia mendekatkan diri kepada-Nya. Melalui titik pertemuan tersebut, seorang penuntut ilmu itu akan mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.Perkara inilah yang menjadi aspirasi pendidikan Islam di Malaysia kini.Ironinya, konsep pendidikan yang ditawarkan oleh Al-Ghazali pada abad ke 21 sekarang masih signifikan untuk diadaptasi dan diaplikasikan. (1217 patah perkataan)
6
RUJUKAN 1
Mohd.
Zain
Abdul
Rahman,(2001).Bicara
Agama
Utusan
Malaysia.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1104&pub=Utusan_M alaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm 2
Al-Ghazali, (2003).Ihya’ Ulum Ad-Din.Cairo, Cetakan ketiga,Darul Kutub Turath.
3
Imroh Atul Musfiroh,(2014). Pemikiran Pendidikan Islam Perspektif al-Ghazali, IAIN Samarinda, Indonesia. https://www.academia.edu
4
Dr. Afiful Ikhwan, M.pd.I(2016). Pemikiran Pendidikan Islam Al Ghozali Dan Al Farabi, Universitas Muhammadiyah Ponorogo, Indonesia. https://www.academia.edu
5
Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini (2015). BPIKementerian Pendidikan Malaysia.
6
Falsafah Pendidkan Kebangsaan
7
Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian pendidikan Malaysia.
7