Imam Al-ghazali

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Imam Al-ghazali as PDF for free.

More details

  • Words: 1,013
  • Pages: 8
ASSIGNMENT FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

TOKOH: IMAM AL-GHAZALI SEBAGAI SARJANA SAINS POLITIK NAMA: CHE ALIRA BT IBRAHIM NO MATRIK: JEA080010 NAMA PENSYARAH: PROF DR AMRAN MUHAMMAD

LATAR BELAKANG TOKOH Nama sebenar imam al-ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin AlGhazali At-Tusi. Beliau di lahirkan pada tahun 450 Hijrah, bersamaan 1058 Masihi di pinggir kota Tus,Khurasan. Imam Al-Ghazali merupakan ahli falsafah islam yang terkenal.Mendapat gelaran Hujjatul Islam kerana kemampuannya yang bijak berhujah serta banyak berjasa terhadap perkembangan ilmuan islam.Mempunyai dua gelaran iaitu Al-Ghazali kerana di ambil sempena tempat kelahiran beliau di Ghazalah dan Abu Hamid kerana salah seorang anaknya bernama Hamid.Ayahnya seorang penenun kain dari bulu biri-biri.Berasal dari keluarga yang miskin, kemiskinan tidak menghalang beliau menuntut ilmu. Beliau sangat mencintai ilmu pengetahuan. Imam Al-Ghazali pernah memegang jawatan sebagai Naib Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, iaitu pusat pengajian tinggi di Baghdad. Beliau pernah belajar ilmu sains politik dari gurunya yang bernama Imam Juwaini. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ulama fekah dan juga sebagai penasihat undang-undang di istana Raja-Raja Saljuk di negeri Nisabur. Dengan mempunyai pemikiran yang tajam, beliau mampu menghasilkan karya-karya yang terkenal di pelosok dunia. Antara karya-karya terkenal yang pernah di hasilkan oleh beliau ialah al-iqtisad fil-‘iltiqad (kesederhanaan dalam kepercayaan) yang membincangkan mengenai kepimpinan bagi sesebuah Negara islam. Seterusnya terhasil karya al-Mustadzhiri yang mengandungi tentang hakikat politik dan selok-beloknya secara lebih terperinci. Beliau muncul 300 tahun selepas Imam Syafie lahir. Imam Al-

Ghazali meninggal dunia pada pagi isnin 14 Jamaddil akhir tahun 505 Hijrah. Beliau di kebumikan di tempat kelahiran beliau. Banyak jasa yang beliau curahkan untuk membangunkan umat islam, sehingga islam di kenal di pelusok dunia.

FALSAFAH POLITIK UNTUK PERPADUAN DAN PEMBAIKAN Imam Al-Ghazali memegang falsafah politik untuk perpaduan dan pembaikan dengan menganggap politik yang sedia ada di sesebuah Negara dapat mewujudkan perpaduan dan perkembangan kemajuan islam. Imam Al-Ghazali mengatakan falsafah politik untuk perpaduan dan pembaikan memerlukan kesempurnaan lebih daripada bidang-bidang yang lain. Hal ini kerana cabang dalam bidang politik lebih mencabar,berbanding cabang bidang-bidang lain. Dalam konteks ini, hanya orang yang mampu mewujudkan satu kesempurnaan dalam politik sahaja yang mampu menangani dan menguasai semua bidang.Imam Al-Ghazali pernah berkata yang saya maksudkan dengan istilah siyasah(politik) itu ialah membaiki urusan manusia dengan cara memberi petunjuk kepada mereka kea rah jalan yang lurus yang menyelamatkan mereka di dunia dan di akhirat. Perkembangan politik bermula apabila seseorang peneraju politik, mampu menerajui sesebuah Negara dan masyarakat ke arah kemajuan dalam semua aspek. Oleh hal demikian,pemerintah yang bertanggungjawab dalam mentadbir sesebuah Negara, hendaklah meneliti setiap kebajikan rakyatnya. Kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh pemerintah seharusnya bertanggungjawab memberi kemudahan dan ke adilan kepada semua rakyat. Kekuatan dan kekuasaan yang di miliki bukan berdasarkan nama sahaja,bahkan perlu di manfaatkan untuk mewujudkan kesejahteraan dan keamanan Negara dan rakyat. Falsafah yang di pegang oleh Imam Al-Ghazali ini, menyebabkan beliau menjadi seorang ulama fikah yang terulung pada zaman Raja-Raja Saljuk. Sehingga beliau mendapat perhatian yang tinggi dihati Perdana Menteri Nidzamul-

Mulk. Beliau juga mempunyai banyak pengalaman dalam bidang politik, sehingga beliau banyak menghasilkan karya-karya yang terkenal, kerana mempunyai banyak pengalaman yang luar biasa. Setiap Negara perlu mempunyai politik yang stabil,demi mengukuhkan perpaduan dalam Negara tersebut. Salah satu faktor untuk mengekalkan perpaduan ialah dengan mempunyai peneraju politik yang berkemampuan dalam semua aspek. Sekiranya sesebuah Negara tersebut tidak mempunyai politik, oleh itu Negara tersebut diibarat sebagai ‘’rumah tanpa tiang’’ yang hanya pada dasarnya dapat di dirikan, tetapi kekuatannya tidak dapat bertahan dengan lama, dan akhirnya berlaku keruntuhan. Seseorng Pemerintah memerlukan komitmen yang tinggi, bahkan sanggup berjuang habis-habisan demi memastikan kebajikan masyarakat terbela. Imam Al-Ghazali mengatakan Pemerintah yang bijak menguruskan politik di sesebuah Negara, merupakan Pemerintah yang dapat mengendalikan pelbagai bidang, selain daripada bidang politik yang dipegang. Politik yang terdapat di sesebuah Negara itu, mestilah berunsur syariah islam. Asas yang paling utama, bagi mengekalkan keamanan Negara, dengan berpandukan hukum-hukum islam dalam menegakkan politik disesebuah Negara. Dengan mengambil contoh Khalifah yang terdahulu, dalam memerintah sesebuah Negara, perpaduan serta wujudnya kemajuan dapat dijadikan panduan seseorang pemerintah dalam mentadbir Negara. Perkembangan kemajuan dalam sesebuah Negara, merupakan pemangkin untuk memastikan taraf hidup masyarakat meningkat. Sekiranya taraf hidup masyarakat

meningkat, oleh itu kebajikan masyarakat terjamin. Peranan pemerintah bukan sahaja,mewujudkan kemajuan untuk Negara dan masyarakat, tetapi pemerintah juga bertanggungjawab memastikan rakyatnya terlindung daripada perbuatan yang menyesatkan mereka. Sebagai contoh, Nabi Muhammad menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemerintah dengan memainkan banyak peranan, iaitu sebagai ketua Negara dan pendakwah yang sentiasa memberi petunjuk kepada umatnya. Begitu juga dengan Imam Al-Ghazali,beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai Naib kanselor serta pendakwah islam. Tanggungjawab pemerintah dalam menegakkan politik, demi mewujudkan perpaduan memerlukan pemerintah yang cekap memahami keadaan atau suasana dalam sesebuah Negara. Hal ini bermakna, Pemerintah yang bersikap membisu untuk peka dengan keadaan Negara, akan menghadapi masalah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemerintah, bahkan perpaduan yang hendak diwujudkan sukar dibentuk tanpa ada kerjasama dalam situasi dua pihak. Imam Al-Ghazali sangat menitikberatkan konsep politik yang terbuka, iaitu beliau pernah mengalakkan orang ramai dalam memulaukan kerajaan yang zalim. Hal ini kerana, pemerintah yang zalim tidak akan berkemampuan membentuk suasana politik yang teratur. Dalam konteks ini, setiap pemerintah yang memerintah sesebuah Negara perlu peka dengan suara hati rakyat, kerana rakyat juga berhak menyuarakan pendapat mereka terhadap pentadbiran Negara atau ketidakpuasan hati mereka dengan sistem politik yang ada dalam Negara tersebut. Dengan wujudnya konsep dua hala ini, perpaduan akan dapat dicapai kerana masingmasing dapat memainkan peranan dalam mengekalkan keamanan Negara.

KESIMPULANNYA

Falsafah politik untuk perpaduan dan pembaikan ini mengutarakan persoalan tanggungjawab pemerintah dalam memainkan peranan sebagai pemangkin Negara untuk mewujudkan kemajuan dan memastikan Negara mendapat pengiktirafan sebagai salah satu Negara yang mempunyai kreabiliti Negara yang dapat mengekalkan keamanan dalam semua aspek. Pemerintah yang berwibawa perlu bijak membawa Negara yang di perintah kearah mewujudkan keharmonian hidup. Corak pentadbiran sesebuah Negara perlu selaras dengan corak pentadbiran islam. Falsafah ini seharusnya dipegang oleh semua manusia, bukan sahaja pemerintah bahkan semua golongan perlu memegang falsafah ini. Banyak pengajaran yang boleh diambil di sebalik falsafah yang di pegang oleh Imam Al-Ghazali ini.

BIBLIOGRAFI Abu Bakar Hamzah. Imam Al-Ghazali Sebagai Sarjana Sains Politik. Kuala Lumpur, Ogos 1988

Http:// famazuki. Multiply. com Http://HafiziMohd. S4 bizhat.com Http://Forum.Epkm.com Http:// Zikrullahassaif.blogspot.com Abdul SalamYussof, 2003. Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Utusan Publications dan Distributor Sdn Bhd

Related Documents

Alghazali
October 2019 45
Imam
May 2020 43
Imam
April 2020 52
Imam
June 2020 32
Logo Alghazali Optique.pdf
October 2019 46

More Documents from "Salah Ayoub"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48