Universiti malaya
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (JXEA 1103) PELAJAR SEMESTER 1 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU ( APM) NOR DIANA BINTI ABDULLAH (JEA080070) TAJUK :tokoh falsafah (imam al-ghazali)
NAMA PESYARAH: DR AMRAN BIN muhammad
Tokoh falsafah: Imam Al- Ghazali
Nama sebenar imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazali. Beliau dikenali di Barat sebagai Al-Ghazel. Beliau meningggal di Tus sebuah kampung di daerah Khorasan, Persia yang kini dikenali sebagai Iran. Asal Imam al-Ghazali adalah orang Parsi. Beliau mempunyai kebolehan dalam pelbagai bidang antaranya muslim theologian, jurist, philosopher, cosmologist, physician, psychologist dan mistik.
Falsafah Imam Al – Ghazali yang ingin saya kupas ialah “untuk membina kebahagiaan hidup kita perlulah mengenali diri kita terlebih dahulu.seterusnya mengenal akhlak kemudian mangenal bahaya riya’ ”. Untuk membina kebahagiaan hidup di dunia mahupun akhirat kita perlulah mengenal diri kita terlebih dahulu sebelum mengenal diri orang lain. Ketahuilah bahawa kunci pengenalan kepada Allah adalah mengenal diri sendiri. Tiada sesuatu yang lebih dekat pada kita kecuali diri kita sendiri. Maka jika kita tidak dapat mengenal diri kita sendiri, bagaimana kita mahu mengenal Allah?
Untuk mengenal diri,kita perlulah menyelami hati kita, kerana diri hanyalah jasad yang menjadi kenderaan kepada hati. Kalau kita sekadar mengenal anggota tubuh badan kita seperti kaki, tangan, kepala dan badan, maka kita tidak lagi mengenal diri kita sebenar, kerana kita tidak mengetahui apa yang ada dalam batin kita. Kita harus mngenali diri kita dengan sesungguh-sungguhnya,apa dan siapa kita? Dari mana kita datang?untuk apa kita di ciptakan? Dengan apa kita bahagia?dan oleh kerana apa kita sengsara?
Seandainya kita sering muhasabah diri kita dengan persoalan tersebut dan mengisafi akan diri kita sebagai hambaNya nescaya kita akan mengenali diri kita sebenar-benarnya. Jika kita mahu mengenal diri kita, maka ketahuilah bahawa kita terdiri dari dua hal: 1) Hati
2) Jiwa dan roh
Jiwa adalah hati yang kita kenal dengan mata hati dan merupakan hakikat yang dalam,sebab jasad adalah permulaan dan ialah yang terakhir, sedangkan jiwa adalah akhir dan ialah yang pertama dan disebut hati. Segala yang kita lihat secara zahir adalah termasuk alam ini.
Alam ini disebut alam syahadah yakni dunia yang boleh dilihat.sedangkan hakikat hati bukanlah dari alam syahadah ini,tetapi dari alam ghaib. Potongan daging yang kita nampak adalah kenderaanya.manakala yang ada dalam diri kita adalah ruh, ruh yang kita sebut hati dan menjadi tempat makrifatullah,yakni mengenal Allah.
Mengenal ruh sangat sulit kerana di dalam agama tidak ditemukan sesuatu cara untuk mengenalinya. Agama merupakan perjuangan sedangkan makrifat merupakan tanda hidayah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud “ mereka yang berjuang di jalan-Ku, pasti aku tunjukkan jalan-jalan Ku.
Diri adalah kenderaan hati hati dicipta untuk amal akhirat demi mencari kebahagiannya. Kebahagiaan adalah mengenal tuhannya, sedangkan mengenal tuhan dicapai melalui tindak-tanduk kita kepada Allah dan hati itu sendiri termasuk kumpulan alamnya. Hati tidak dapat mencapai pengenalan terhadap keajaiban-keajaiban alam kecuali melalui pancaindera .Pancaindera merupakan anggota lahiriah yang kita dapat lihat atau kita dapat rasai. Menurut Imam al- Ghazali hati mempunyai pelbagai sifat antaranya sifat kebuasan, kehaiwanan, keiblisan dan ketuhanan. Hal ini kerana manusia itu mempunyai pelbagai kerenah dan ragam. Contohnya bila manusia itu marah, sifat mereka boleh berubah menjadi
perangai binatang buas.mereka tidak lagi dapat berfikir dengan fikiran yang waras kerana hati mereka lebih banyak dikuasai oleh nafsu amarah.begitu juga jika jiwa manusia itu diisi dengan nafsu yang tidak dikawal, kemungkinan ia akan melakukan perbuatan-perbuatan haiwan, iaitu rakus dan tamak serta nafsu seks yang mengganas dan lain-lain lagi.
Manusia dikurniakan dengan akal fikiran yang lengkap sedangkan dalam dirinya ada sifat marah dan nafsu yamg sama dengan haiwan. Maka sifat ini juga merupakan sifat keiblisan dimana manusia boleh hilang pertimbangan. Mereka akan menggunakan akal yang dikurniakan kepada mereka untuk melakukan perkara-perkara yang melanggar perintah Allah bagi mencapai tujuan jahat mereka samada dengan helah atau tipudaya mereka.Mereka boleh berpura-pura baik sedangkan dalam hati mereka busuk seperti bangkai. Sifat inilah yang dikatakan sifat keiblisan.
Selain itu,untuk memperoleh kebahagiaan kita perlulah mempunyai akhlak yang baik, akhlak atau budi pekerti bermaksud sesuatu kelakuan yang benar-benar telah meresap dalam diri seseorang dan dari situlah timbulnya berbagai-bagai perbuatan dengan cara spontan dan mudah tanpa memerlukan pemikiran atau angan-angan. Dari kelakuan itu muncullah kelakuan-kelakuan yang baik dan terpuji menurut pandangan syariat dan akal fikiran. Maka kelakuan tersebut di namakan budi pekerti yang baik Seseorang yang mempunyai paras rupa yang cantik tidak semestinya mempunyai akhlak yang baik. Ramai yang berwajah cantik tetapi mempunyai akhlak yang buruk. Malah ada yang sanggup menjadi pelacur dan sebagainya. Hal ini terjadi kerana, mereka tidak pandai menjaga nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka, lantas mereka melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak.
Untuk pengetahuan kita,sendi-sendi seluruh akhlak terbahagi kepada empat bahagian :1) Hikmat atau kebijaksanaan Hikmat ialah mencari segala kebenaran dengan menyisihkan mana-mana yang salah dalam segala urusan secara ikhtiariah. 2) Keberanian Iaitu keadaan jiwa yang dengannya merupakan sifat kemarahan, tetapi dituntutdengan akal fikiran bukan dengan nafsu untuk terus maju. 3) Kelapangan dada Ialah mendidik kekuatan syahwat atau kemahuan dengan didikan bersendikan akal fikiran serta syariat agama.
4) Keadilan
Ialah Sesutu kekuatan dalam jiwa yang dapat membimbing dan membawa kearah sesuai dengan kebijaksanaan. Orang yang mempunyai keempat-empat sifat mulia ini dialah yang hampir dengan Allah S.W.T dan hampir dengan akhlak rasullah S.A.W,. Dia wajar menjadi pemimpin negara dan dapat dijadikan tauladan serta meniru perbuatannya.
Sifat riya’ merupakan pemusnah amalan-amalan baik yang kita lakukan. Bagi mencapai kebahagiaan di dunia mahupun akhirat kita perlulah mengetahui bahaya riya’dan mengikis sifat tersebut dari dalam diri kita. Raya’ merupakan suatu penyakit hati yang wujudnya terkadang tanpa kita sedari. Sifat riya’ itu dapat menghapuskan amalan-amalan yang soleh dan merupakan sebab kemurkaan serta kebencian Allah terhadap sesiapa sahaja yang melakukannya. Riya’ juga perosak jiwa dan perosak hati yang amat besar.
Riya’ juga mempunyai pelbagai jenis antaranya riya’ jelas, riya’ yang samar, dan riya’ yang tersamar. Mereka melakukan sesuatu amalan itu dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Ini bermakna mereka melakukan tanpa rasa ikhlas kerana Allah.bagi mengubati sifat riya’ ada dua cara perlu dilaksanakan. 1) Melenyapkan pokok-pokok riya’ yang telah lama berakar umbi dalam diri kita, kerana
riya’ itu mempunyai pelbagai cabang dan beranting. Contohnya suka pada pujian, sakit hati dan tamak dengan apa yang di miliki oleh orang lain, mahu menunjuknunjuk dengan apa yang mereka ada dan lain-lain lagi. 2) Tindakan kedua, menolak riya’ yang baru datang di tengah-tengah beribadah. Bagi
menghindari sifat riya’ yang wujud sewaktu kita beribadah. Kita perlu menyembunyikan ibadah yang kita lakukan. Kita perlulah menyedari bahawa riya’ itu akan mendatangkan kemurkaan Allah, sedangkan manusia itu tidak mampu memberi sebarang syafaat. Dengan demikian maka timbullah kebencian terhadap dorongan riya’.
Bibliografi Imam Al- Ghazali. 1998. Disebalik Ketajaman Mata Hati. Kuala Lumpur: percetakan Ihsan Baharuddin Ahmad. 1994. Falsafah Sains Daripada Perspektif Islam. Kuala Lumpur: percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Imam Al- Ghazali. Membina kebahagiaan Hidup. Kuala Lumpur: Majujaya Indah Sdn. Bhd Mohd Fauzi Hamat.2005.Ketokohan Al-Ghazzali dalam bidang Logik.Kuala Lumpur : Universiti Malaya
Ummu Saif. 1999. Riwayat Hidup Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Imam AlGhazali. Johor: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Http://ghazali.org/site-ms/index.html