UNIVERSITI
MALAYA
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU (
JXEA 1104 ) SEMESTER 1 2008 /2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU (APM )
TAJUK : KUPASAN FALSAFAH IMAM ALGHAZZALI SEBAGAI AHLI FIKIR DAN PEJUANG POLITIK NAMA PENSYARAH :
PROF. DR. AMRAN
MUHAMMAD TUTOR : SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN NAMA PELAJAR : SITI FATIMAH BINTI AYUB
NO. MATRIK : JEA080130
Riwayat Hidupnya Sebutan al-Ghazali bagi Hajjatul Islam ini bukanlah nama sebenarnya. Sejak kecil, namanya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad. Kemudian, setelah berkahwin dan mendapat seorang anak lelaki bernama Hamid beliau dipanggil Abu Hamid (Bapa Hamid), tetapi anaknya itu meninggal dunia ketika masih kecil lagi .Beliau dilahirkan di kampung bernama Ghazalah yang terletak di wilayah Khurasan, Farsi (Iran) pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi. Oleh kerana itu, beliau digelar al-Ghazali. Ibu bapanya adalah orang miskin. Bapanya, Muhammad adalah seorang penenun dan mempunyai kedai tenun di kampungnya, tetapi hasil yang diperolehi amat sedikit dan tidak dapat memenuhi keperluan harian keluarganya. Sungguhpun keluarga beliau miskin, bapanya itu adalah seorang pencinta ilmu yang mempunyai cita-cita tinggi. Sebelum bapanya meninggal dunia, dia telah mengamanahkan Al-Gazali dan adiknya iaitu Ahmad atau digelar Abul Futuh kepada sahabatnya untuk diasuh dan dididik. Beliau belajar di Thus sehingga berusia dua puluh tahun dibidang ilmu fiqh secara mendalam daripada Razakani Ahmad bin Muhammad. Beliau kemudiannya belajar ilmu tasawuf daripada Yusuf an-Nassaj, seorang sufi terkenal. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Jurjan pada tahun 479 Hijrah. Kemudian, beliau pulang ke Thus selama tiga tahun untuk melanjutkan pelajaran di sekolah tinggi. Seterusnya beliau pergi ke Nishapur pada tahun 471 Hijrah untuk belajar di sekolah Nizamiyah. Disana beliau bertemu dengan gurunya yang terkenal iaitu Abul
Ma’ali, Dhia’uddin al-Juwaini yang digelar Imam al-Haramain. Al-Ghazali mempelajari segala ilmu dengan beliau seperti fiqh, ilmu kalam dan lain-lain ilmu termasuk falsafah. AL-GHAZALI, AHLI FIKIR DAN PEJUANG POLITIK
Pengarang Politik Negara dan Pemerintahan Suatu pengkhianatan besar yang terjadi di dalam sejarah dan dunia pengetahuan ialah mengingkari keahlian para ilmuan dan ulama Islam terdahulu di dalam hal politik. Umat Islam sendiri telah tertutup fikiran mereka dari penyelidikan ilmiah, begitu juga para sarjana Barat yang memang mempunyai maksud jahat terhadap Islam dan umatnya, membantah kenyataan sejarah yang semakin lama makin terbuka kebenarannya. Terutama terhadap diri Imam al-Ghazali sendiri.Mereka memperkecilkan bahkan membantah sama sekali peranan yang pernah dimainkan oleh al-Ghazali di dalam politik. Umat Islam sangat menghormati beliau sebagai seorang sufi yang bersih, tentulah menjauhkan diri daripada soal-soal politik yang kerap bermain kotor. Manakala para orientasi Barat pula menenggelamkan lagi nama al-Ghazali dengan menganggapnya pembunuh cita-cita politik Islam, yang dengan menggunakan fahaman sufinya mengajarkan ajaran-ajaran negatif dalam kalangan kaumnya. Seterusnya mereka menyatakan bahawa kemunduran Dunia Islam pada abad-abad terakhir sebelum abad ke 20 ini adalah disebabkan ajaran tasawuf al-Ghazali yang memberi pengaruh besar terhadap seluruh pelusok daerah-daerah Islam. Namun demikian, telah jelas bahawa al-Ghazali yang dihormati dengan gelaran Hujjatul Islam (pembela Islam) dan mengarang buku-buku politik dengan banyaknya, sama ada mengenai koonsep kenegaraan mahupun politik pemerintahan, bahkan beliau pernah
mempertaruhkan dirinya untuk menentang golongan pemberontak Batiniyah telah mencampuri politik yang berlaku di negerinya.
Pengasas Ideologi Islam Berbeza dengan para sarjana politik Islam sebelumnya, iaitu al-Farabi dan Ibnu Sina, al-Ghazali secara tegas mengemukakan ideologi Islam yang murni. Al-Farabi dan Ibnu Sina lebih banyak mengambil bahan-bahan pemikirannya daridapa sumber-sumber falsafah Yunani, dari Plato dan Aristotles. Al-Ghazali berpendapat bahawa pengaruh Yunani itu sangat jelas sekali dalam segala konsep yang mereka kemukakan, meskipun secara bersungguh-sungguh mereka berdua mengolahnya kembali dan menyesuaikannya dengan ajaran-ajaran Islam. Namun al-Ghazali mengakui bahawa kedua mereka memakai prinsip-prinsip Islam, tetapi dengan mempergunakan pandangan-pandangan Yunani yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam. Al-Ghazali mengambil jalan pemikiran yang bersumber kepada ideologi Islam, dan beliau mengemukakan contoh-contoh daripada Khalifah Islam terdahulu. Pengaruh Islam di dalam segala huraiannya dirasakan begitu mendalam, sehingga kepada perincian soal-soal yang paling kecil sekalipun. Di dalam memulakan langkah menuju soal-soal mengenai kenegaraan, al-Ghazali menerangkan tentang hakikat dunia dengan mendasarkan pendapatnya kepada ayat-ayat al-Quran. Beliau mengemukakan dua firman Allah S.W.T di dalam al-Quran sebagai sandaran utama di dalam pendapat politiknya, iaitu:
Surah al-Kahfi ayat 7, yang menegaskan bahawa Allah menjadikan segala benda di muka bumi ini sebagai alat ( hiasan ) hidup manusia untuk menguji nilai dan mutu hidup mereka: “Sesungguhnya Kami jadikan segala benda yang ada di atas bumi menjadi perhiasan, untuk menguji manakah di antara manusia yang paling baik pekerjaannya”. Negara Akhlak Sebagai
bapa
moralis
dan
ahli
tasawuf
yang
terkemuka,
al-Ghazali
mengemukakan politik yang bersendikan moral. Dalam hal ini, beliau bersandarkan kepada hadith Nabi Muhammad SAW: “Aku diutus ( menjadi nabi ) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Al-Ghazali berpendapat, pembentukan sesebuah negara mestilah disesuaikan dengan matlamat risalah Nabi SAW di atas, iaitu menyempurnakan akhlak yang mulia. Para pemimpin negara, pembesar, pemerintah, pegawai dan rakyat umum, sentiasa berdiri tegak di atas nilai-nilai moral, dan dipimpin ke arah cita-cita dan sikap yang bersendikan moral. Akhlak menjiwai setiap pendirian politik yang dikemukakan oleh al-Ghazali, sama ada mengenai isi pendiriannya ataupun cara pelaksanaannya. Al-Ghazali menunjukkan semangat keberaniannya, di dalam surat yang di kirimkan kepada Fakhrul Mulk iaitu Perdana Menteri Thus. Di dalam surat itu beliau menunjukkan semangat keberaniannya dengan berani berkata benar tentang keadaan negara Thus yang berada di dalam keruntuhan kerana kelaparan dan kezaliman. Di sini jelas menunjukkan al-Ghazali seorang pengamal politik yang bersendikan kepada ajaran Islam. Di dalam salah satu karangannya, beliau dengan lantang menyatakan bahawa segala harta benda negara adalah barang haram, barang curian dan tipuan yang di rampas
daripada rakyat secara paksa dan zalim. Oleh itu,beliau menganjurkan supaya para ulama, pemimpin dan rakyat menentang secara diam terhadap pemerintah yang zalim, menjauhinya dan memboikotnya, dengan menganjurkan sikap uzlah atau dengan kata lain tidak bekerjasama dengannya. Ini jelas menunjukkan ketokohannya sebagai bapa moralis dan ahli tasawuf yang ulung dalam mengemukakan politik yang bersendikan moral Islam. Beliau akhirnya meninggalkan dunia di Thus ketika berusia 55 tahun. Setelah mengabdikan diri untuk pengetahuan berpuluh tahun lamanya, dan sesudah memperoleh kebenaran yang sejati pada akhir hayatnya, maka al-Ghazali meninggalkan dunia pada 14 Jamadil Akhir 505 Hijrah dengan dihadapi oleh saudaranya, Abu Ahmad Mujidduddin. Jenazahnya dikebumikan di sebelah timur benteng, di tanah perkuburan Islam di Thaberran, iaitu bersebelahan dengan kubur penyair terkenal, Firdausi. Beliau meninggalkan tiga orang anak perempuan. Meskipun beliau tidak meninggalkan keturunan daripada pihak lelaki,kerana anak lelakinya meninggal dunia sejak kecil, namun nama yang ditinggalkannya melebihi segala-galanya. Dalam usia yang lebih dari setengah abad, beliau memenuhi tugas berdakwahnya setiap waktu, ada kalanya menunggang keldai atau unta, tetapi lebih kerap berjalan kaki dalam jarak berkilo-kilometer jauhnya. Badan yang sudah mulai rapuh itu, sama ada telah uzur kerana tuanya ataupun akibat kekacauan fikiran serta pengembaraan yang bertahuntahun lamanya, pasti menemui pengakhirannya. Dengan tenang, al-Ghazali menghadapi hari-hari akhir dalam hidupnya. Tegasnya al-Ghazali seorang pejuang dan pemikir Islam yang ulung dalam tamadun dunia Islam khususnya. Beliau banyak menghasilkan karya-karya unggul yang menjadi sumber rujukan para pengkaji Islam mahupun Barat sehingga hari ini. Contoh
karya unggul yang dihasilkan oleh beliau ialah Al-Ma’arif al-‘Aqaliyah dan Maqasid alFalasifah serta At-Tibrul Masbuk fi Nasihahat al-Muluk.
Bibliografi
Baharuddin Ahmad. 1994. Falsafah Sains Daripada Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Imam Al- Ghazali. 1998. Disebalik Ketajaman Mata Hati. Kuala Lumpur: percetakan Ihsan Imam Al- Ghazali. Membina kebahagiaan Hidup. Kuala Lumpur: Majujaya Indah Sdn. Bhd Mohd Fauzi Hamat.2005.Ketokohan Al-Ghazzali dalam bidang Logik.Kuala Lumpur : Universiti Malaya Ummu Saif. 1999. Riwayat Hidup Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Imam AlGhazali. Johor: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Http://ghazali.org/site-ms/index.html