Falsafah Juhida.docx

  • Uploaded by: Rosman Bin Haris
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Falsafah Juhida.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,194
  • Pages: 6
PENGENALAN “ Tidak kenal maka tidak Cinta ”. Begitulah ungkapan keramat yang dapat ditakrifkan bagi kita memahami tentang betapa pentingnya kita mengenali dan mengetahui konsep dan prinsip yang lebih mendalam tentang falsafah atau pemikiran pendidikan yang digunakan di dalam sistem Pendidikan Islam di Malaysia. Pada dasarnya, kita telah diperkenalkan dengan pelbagai kurikulum pendidikan yang menjadi asas bagi melahirkan modal insan dalam mencorakkan masa depan Negara pada masa akan datang. Dengan berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi fokus utama dalam falsafah pendidikan di Malaysia, dasar pendidikan Negara telah mendapat suntikan baru atau rejuvinasi “anjakan” agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan setanding dengan standard antarabangsa. Jadi, pemahaman yang jitu kepada sumber yang kita gunakan sebagai teras utama falsafah pendidikan perlulah kita hadam dan kita fahami dengan mendalam supaya kita dapat memperkasakan kurikulum baru dan melahirkan modal insan kelas pertama yang seimbang dalam segenap aspek. Menurut (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2015) falsafah ialah suatu cubaan untuk mencari kebenaran dan merupakan satu kajian yang komprehensif, holistik dan logikal ke atas pemikiran manusia dalam bidang agama, sastera dan sains pendidikan. Oleh itu, kajian ilmiah ini dijalankan bagi melihat kembali antara mazhabmazhab falsafah dari Barat, Timur, dan Islam manakah yang menjadi teras kepada pemikiran Pendidikan Islam di Malaysia. Atas pertimbangan tersebut kita akan melihat sejauhmanakah sumbangan Al-Ghazali terhadap pemikiran Pendidikan Islam di Malaysia.

SEJAUHMANAKAH SUMBANGAN AL-GHAZALI TERHADAP PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA

“Suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah bagi menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab untuk kebaikan dunia dan akhirat”( Ahmad, 2008) Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Islam diatas, apabila kita memperkatakan tentang sejauh manakah Sumbangan Al Ghazali terhadap pemikiran pendidikan Islam di Malaysia, tidak dapat tidak kita akan mengakui bahawa diantara falsafah yang amat signifikan dengan Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia ialah Falsafah Islam. Bahkan, Al Ghazali merupakan antara tokoh ahli falsafah Islam yang mempunyai julukan “Hujjatul Islam” yang menyumbang kepada pembentukan mazhab falsafah Islam itu sendiri. ( Ninian, 2008). Tambahan pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan di Malaysia menggariskan bahawa: “ Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”

Menurut Ahmad (2008), Berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) jelaslah konsep dan falsafah bahawa, bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani mestilah panduannya berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia yang berpegang kepada Al-Quran dan AL-Sunnah merupakan prinsip asas kepercayaan kepada tuhan, jika tidak, terpesonglah umat Islam yang tidak berpandukan kepada kedua-duanya sekali.Benarlah sabda junjungan Rasulullah S.A.W:

"‫ كتاب هللا وسنة رسول هللا‬: ‫ لن تضلوا إن تمسكتم بهما‬، ‫" تركت فيكم أمرين‬ Mafhumnya: Telah aku tinggalkan pada kamu dua perkara. Bahawa tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya(iaitu) Kitab Allah dan sunnah Rasulullah (Hadis riwayat Imam Malik). (Ghazali, 2001) (IPGM, 2015) menyatakan bahawa Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal oleh ideologi-ideologi negara beraspirasikan Falsafah Pendidikan Islam. Maka dengan itu jelaslah bahawa pendekatan yang kita gunakan adalah berteraskan Falsafah Islam yangmana telah dipelopori oleh Tokoh-tokoh Falsafah Islam itu sendiri dan diantaranya pula ialah pemikiran Al-Ghazali itu sendiri yang menjadi topik utama perbincangan.

Merujuk Abdul Salam, (2003) antara sumbangan besar Al- Ghazali ialah yang kita dapat lihat di Malaysia ialah dari segi pemikirannya yang telah diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Kitab beliau masih menjadi rujukan penting kepada asas akidah, akhlak, falsafah, dan ilmu tasawwuf bahkan Kurikulum Bersepadu Dini yang kini sedang dilaksanakan juga merujuk kepada hasil penulisan beliau. Diantara hasil

tulisan beliau yang masih lagi digunakan hingga ke hari ini ialah Kitab Ar-Risalah AlLadunniyah, Al-Munqidh Mina Ad Dalal, Bidayatul Hidayah, Minhaj Al-Abidin, Mizan AL-‘Amal, Kimya ‘As Saa’dah, Misykah Al-Anwar dan Ihya’ Ulumuddin yang amat terkenal di kalangan masyarakat Islam di Malaysia.(IPGM, 2015) Buku terulungnya iaitu Ihya’ Ulumuddin (Jiwa Agama) masih lagi menjadi rujukan utama pendidik agama di Malaysia. ( Abu Hamid, 1980) Bukan sekadar itu sahaja, dari segi ilmu pendidikan, Al-Ghazali menerapkan dengan terperinci tentang kewajipan ibu-bapa terhadap anak-anak. Selain itu, kewajipan murid dan juga guru ditekankan berteraskan dasar kehidupan yang selari dengan teori-teori pendidikan moden. Dari segi pendidikan kanak-kanak, anak-anak dibiar untuk memilih sendiri bidang kesukaan mereka. Disamping itu juga, Al-Ghazali menjelaskan dalam kitab Asas Belajar iaitu Bidayatul Hidayah bahawa ketika belajar, pelajar perlulah membersihkan diri, jiwa dan akhlak dari sifat yang tercela kerana ia merupakan faktor asas untuk kita mudah memahami ilmu. Jika hati kita mempunyai kekotoran maka agak sukar untuk kita menerima ilmu kerana ilmu sifatnya bersih dan tinggi nilainya. Allah mengangkat darjat insan yang mempunyai ilmu. Namun demikian, bukan sekadar pelajar sahaja yang perlu mempunyai adab atau akhlak ketika belajar, Al-Ghazali juga menjelaskan di dalam kitabnya bahawa, guru juga perlu mempunyai rasa belas kasihan pada pelajar, dan mengasihi mereka seperti anak sendiri.( Diantara ilmu-ilmu yang telah kita bincangkan, Al-Ghazali sebenarnya banyak memberi sumbangan ilmu kepada asas teori Kaunseling ataupun ilmu jiwa. Bukan sekadar di Malaysia, bahkan ada teori Al-Ghazali yang dijadikan rujukan oleh pakarpakar Kaunseling dalam Dunia Kaunseling Barat.Menurut Yatimah,(2008) Contohnya, Al-Ghazali merupakan seorang yang pakar dalam bidang hati dan rohani, bukan

sahaja berkaitan dengan jiwa baik, sebaliknya, Al-Ghazali juga turut mengupas dalam banyak penulisannya tentang jiwa jahat. Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Al-Ghazali banyak mengupas tentang ciri-ciri nafsu baik dan nafsu jahat dengan lebih mendalam.( Abu Hamid,1980 ) Di Malaysia hari ini, perlaksanaan kurikulum baru telah dilaksanakan secara menyeluruh bukan hanya bagi matapelajaran Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan Menengah bahkan kepada semua matapelajaran yang dipelajari bagi melestarikan FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) (Fauzi , 2006) . Menurut Pelan Pembangunan

Pendidikan

Malaysia(PPPM),

Gelombang

Kedua

Pendidikan,

kementerian telah memperkenalkan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR ) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yangmana telah berlaku anjakan pendidikan terutamanya kepada pemikiran Pendidikan Islam di Malaysia. Bagi memperkasakan Kurikulum baru, Kurikulum Dini yang telah diperkenalkan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) juga merupakan sebahagian dari pemikiran Al-Ghazali kerana isi kandungan

atau Standard

Kandungannya mengupas tentang falsafah Islam dan kupasan ilmu yang terkandung dalam kurikulum ini juga dengan jelas menunjukkan panduan utama isi kandungannya menjurus kepada pemikiran Al-Ghazali. Maka dengan itu, jelaslah sejauhmanakah sumbangan Al-Ghazali terhadap pemikiran Pendidikan Islam di Malaysia. Menurut ( IPGM, 2015) walaupun terdapat pelbagai implikasi Falsafah Pendidikan Timur atau Barat terhadap perkembangan pendidikan dari segi positif mahupun negatif, kita perlulah bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan Negara untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif, dan berakhlak mulia, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi

bersaing dengan dunia globalisasi. Pendek kata, jika ada falsafah Pendidikan Barat yang dapat kita islamisasikan bagi kepentingan Pendidikan Islam, maka rasanya tidak salah untuk kita jadikan rujukan selagimana tidak melanggar hukum syarak kerana telah terselit hikmah mengatakan :

"‫"الحكمة ضالة المؤمنين‬

Mafhumnya: Hikmah itu telah hilang dari kalangan orang mukmin Oleh itu, kita haruslah sama-sama berganding bahu bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Islam agar insan yang akan terbina hasil pemikiran dan kurikulum ini akan menjadi pendokong agama pada masa hadapan. Dan matlamat utama pendidikan Malaysia akan direalisasikan selaras mengikut apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Related Documents


More Documents from "nurulainbarahim"

Falsafah Juhida.docx
November 2019 32
Rph Isnin 1.pdf
November 2019 22
Janahidam - 10
April 2020 24
Admitcard_190310609293.pdf
October 2019 52