Ibnu Tufail

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Tufail as PDF for free.

More details

  • Words: 1,042
  • Pages: 8
UNIVERSITI MALAYA

NAMA PELAJAR

:NOR ASMANIRA BINTI ZAKARIA

NO MATRIK:

:JEA080187

SESI

:SEMESTER 1 2008/2009

NAMA PENSYARAH

:DR.AMRAN MOHAMAD

NAMA TUTOR

:CIK HADIJAH ABD RAHMAN

FAKULTI

:AKEDEMI PENGAJIAN MELAYU

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan……………………………………………………… 1 Falsafah pemikiran tokoh……………………………………….. 2-4 Penutup………………………………………………………….. 5 Bibliografi………………………………………………………..6

PENGENALAN Ibnu Tufail atau nama asalnya Abu Bakar Muhammad Bin Abdul Malik Bin Muhammad Bin Tufail al-Andalus.Nama Latin Abubacer ialah Filsuf,doctor dan pejabat pengadilan Arab Muslim dari Al-Andalus. Lahir pada tahun 1106 masihi diGuadix dekat Granada,ia dididik J Ibnu Bajjah(Avempece).Ia berjabat sekrataris untuk penguasa Granada.Lebih dikenali sebagai ahli hukum , doktor perubatan dan ahli politik yang handaldan kemudian

sebagai user untuk Abu Yaqub Yusuf iaitu seorang

penguasa Sepanyol Islam (Al-

Andalus).Ibnu Tufail meninggal di Marako, sepanjang hayatnya beliau berjaya mengarang ‘ Hary Ibnu yaqthan”(Hidup putra kesadaran). Roman firasat dan kesan Alegori lelaki yang hidup sendiri dari sebuah pulau dan yang tanpa hubungan dengan manusia lain yang telah menemukan kebenaran dengan pemikiran yang masuk akal.

Ibnu Tufail pernah memegang jawatan doctor peribadi kepada pemerintahan AlMuwahidin ,Abu Yakub Yusuf . Selepas bersara tempat Ibnu Tufail digantikan oleh anak muridnya iaitu Ibnu Rusyd.Semasa hayatnya , Ibnu Tufail pernah dilantik sebagai Menteri dan merupakan ahli politik yang terkenal dan dihormati dikalangan golongan pemerintah.

Selain daripada itu Ibnu Tufail juga melibatkan dirinya dalam bidang

pendidikan, pengadialn dan penulisan.Sebagai pemikir dan pelajar Ibnu Tufail pernah mendapat pujian sebagai Maecenas

IbnTufail banyak menghasilkan karya falsafah namun tidak semua berjaya ditafsirkan dan diwarisi hanya satu sahaja yang dapat diwarisi oleh umat Islam sehingga sekarang. Ini kerana karya-karya yang lain sukar untuk diterjemahakan, namun begitu buku ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa yunani. hasil karya Ibnu Tufail itu ialah`Yadzan’.

Kitab

Dalam kitab Yadzan beliau memutuskan

pandangannya secara umum dengan gaya bahasa dan imginasi yang indah.Yadzan juga merupakan kitab yang paling indah dihasilkan oleh seorang ahli falsafah Islam seabad dengannya. Dalam buku tersebut beliau cuba menerangkan bagaimana manusia mampu mengenali Allah,dilakukan dengan membuat pengkajian terhadap alam sekitar dan alam

sekeliling. Watak yang dibawa dalam buku ini , Ibnu Tufail cuba merangka satu falsafah melalui tahap pemikiran yang ada pada manusia.Ibnu Tufail menggunakan watak Hay ibn Yaqzan yang hidup disebuah pulau di Khatulistiwa dengan menggunakan gambaran percampuran empat unsur penting dalam kehidupan harian manusia iaitu panas, sejuk, basah dan kering. Beliau menceritakan tentang watak ini yang hidup ditempat yang terpencil dan mampu mempertahankan setiap aktiviti kehidupannya dengan baik kerana penggunaan kemampuan akal dan bantuan pancaindera dengan baik.Watak yang diperkenalkan oleh Ibnu Tufail ini dianggap sebagai watak luar biasa dalam karya falsafah yang dihasilkan oleh ahli falsafah sebelum ini.

Watak Hay Bin Yaqzan yang dikemukakan oleh Ibnu Tufail adalah watak yang tidak pernah mengenali ibu bapanya, tetapi Ibnu tufail telah melengkapkan watak ini apabila alam telah mengurniakan seekor kijang yang menyusu dan memberikan makan. Setelah menjangkau dewasa Ibnu Tufail telah mengarahkan pandangan Hay Bin Yaqzan terhadap perkara yang ada di sekelilingnya bermula dari itu Ibnu Tufail telah membahaskan tentang kejadian dan rahsia perubahan yang berlaku disekeliling. Bagi pandangan beliau juga disebalik alam terdapat sebab yang tersembunyi yang mentadbir dan menbentuknya. Watak Hay Bin Yaqzan yang diperkenalkan oleh Ibnu Tufail yang selalu membahaskan serta menganalisis sesuatu perkara sehingga Hay Bin Yaqzan ini mampu mengetahui bahawa kebahagian dan kesengsaraan manusia itu bergantung kepada hubungan manusia dengan Allah, iaitu pegangan agama. sebagai tokoh falsafah islam Ibnu Tufail ingin memberitahu kepada pembaca karya beliau bahawa pegangan agama

amat penting dalam kehidupan harian. watak inilah yang Berjaya menbantu pembaca memahami pemikiran falsafah Ibnu Tufail.

Ibnu Tufail banyak menghasilkan falsafah termasuklah mengenai ilmu metafizik,matematik,fizik dan sebagainya.beliau melihat alam yang dihuni manusia ini sebagai baru ditadbir oleh tuhan Yang Satu dan berkuasa penuh, dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber asas kehidupan mereka di muka bumi ini falsafah Ibnu Tufail bukan sahaja berdasarkan metafizik tapi sains tabii seperti fizik contohnya beliau mendapati lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan rendah disebabkan kepanasan berlaku dilapisan permukaan bumi bukannya diruang udara. Selain itu pemikiran falsafah Ibnu Tufail juga meliputi perkara yang berkaitan dengan masyarakat. Ibnu Tufail menyatakan sebahagian masyarakat, terdiri daripada anggotaanggota yang malas. masyarakat yang digambarkan oleh Ibnu Tufail adalah mereka yang mempunyai nilai-nilai yang sedia ada tanpa mahu mencari kelebihan masing-masing sebaliknya terserah apa yang dimiliki sahaja tanpa mahu memperbahaskannya.mungkin tujuan seorang falsafah menyatakan demikian adalah untuk menaikkan semangat masyarakat yang membaca karya beliau bahawa tidak semua masyarakat malas dan tidak berusaha untuk mempertahankan hak yang dimiliki, sebagai mana yang dinyatakan oleh Ibnu Tufail

Walaupun dikatakan Ibnu Tufail tidak mempunyai mana-mana pengikut namun beliau mempunyai anak murid,Ibnu Bajjah merupakan anak murid Ibnu Tufail namun anak muridnya ini tidak juga mengikut sepenuhnya falsafah yang dibahawa oleh

gurunya., namun dalam karya yang beliau hasilkan banyak dipengaruhi oleh falsafah anak muridnya Ibnu Bajjah. Hal ini dapat diperhatikan pada pertengahan buku ‘hay bin yazan” yang membawa mesej yang sama dengan kitab yang dihasilkan oleh Ibnu Bajjah iaitu Mutawwihid dalam buku ini Ibnu Bajjah telah melakukan pembelaanterhadap tulisan Al-Farabi dan Ibnu Sina. Ibnu Tufail juga mudah menerima pandangan serta pemikiran ahli-ahli falsafah Islam yang contohnya Al-Farabi dan beberapa ahli falsafah islam yang lain dengan baik.Namun demikian Ibnu Tufail tidak menerima bulat-bulat setiap saranan yang dibawa oleh ahli-ahli falsafah ini. Sebaliknya beliau mengkaji dan meneliti dengan lebih terperinci terlebih dahulu pandangan falsafah tersebut. Ibnu tufail mendapati kepanasan yang berlaku pada permakaan bumi dihasilkan oleh geseran, gerakan cahaya samaada di apt ataupun matahari.Pembaca menganggap perkara tersebut biasa pada zaman sekarang juga sebaliknya pandangan yang dibawa oleh Ibnu Tufail sebenarnya telah menyedarkan batasan kepada ahli-ahli sains untuk menjalankan setiap kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan dengan kepanasan permukaan bumi

KESIMPULAN

Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir pada 1185 Masihi,Beliau tetap aktif dengan masyarakat sekeliling dan terjebak dengan baik dalam bidang pemerintahan kenegaraan. Ini berbeza dengan kebanyakan ahli falsafah yang suka mengasingkan diri

apabila mengjangkau usia yang lanjut. Falsafah pemikiran yang dibawa oleh Ibnu Tufail dapat dipelajari sehingga kini. Walaupun hanya satu sahaja falsafah yang tersohor namun karya tersebut dapat mengharumkan nama beliau dikalangan tokoh-tokoh falsafah Islam. Pemikiran yang dibawa melalui kitab Hay Bin Yazan dapat mengorek pemikiran pembaca-pembaca falsafah bahawa pentingnya penggunaan akal dan pancaindera dalam kehidupan harian walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa dihadapidan tidak mensia-siakan kelebihan tersebut.

BIBLIOGRAFI

P.Bonnle,the awakening of the soul(London 1905)

Penerbit bulan bintang jakarta

dr wikipedia bahasa Indonesia,ensiklopedia bebas

wikimedia foundation.inc

http://id.wikipedia.org/wiki/ibnu tufail

http//wwwalhakelantan.tripod.com./tokoh/id3.html

Related Documents

Ibnu Tufail
October 2019 38
Ibnu Tufail
October 2019 34
Ibnu Tufail
October 2019 38
Tufail Khan
November 2019 37
Tufail Ahmed
June 2020 16
Ibnu
November 2019 53

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48